Dec 31, 2007

Mengenali diri sendiri

KEKADANG, kita sendiri tidak mengenali diri kita sendiri. OK ke aku ni? Susahnya aku nak masuk dengan orang lain...sering bermain di minda kita. Oleh itu, ada beberapa cara yang dapat kita lakukan supaya kita lebih kenal pada diri kita sendiri.

:: CARA PERTAMA

Dengarlah apa yang orang lain kata berkenaan diri kita. Dengan cara ini kita dapat melihat diri kita daripada sudut pandangan orang lain. Jadi, kita dapat melihat diri kita sebagaimana yang orang lain lihat, iaitu sebagaimana yang mereka nampak dan kenali diri kita. Biasanya kita mahu orang lain melihat diri kita seperti yang kita sendiri mahu lihat iaitu yang POSITIF sahaja.

Aapa saja yang kita buat dan katakan akan dinilai oleh orang lain. Adakalanya mereka akan perkatakan apa pendapat mereka berkenaan diri kita. Kadang-kadang mereka mengatakan dengan jelas dan berterus-terang, tetapi adakalanya secara yang halus dan tersirat. Dengan memberi perhatian dan bersikap terbuka terhadap segala pendapat orang lain berkenaan diri dan perbuatan kita, kita akan mengenali diri kita sendiri dengan lebih baik.

:: CARA KEDUA

Sengaja mencari maklumat-maklumat tambahan berkenaan diri sendiri. Kita boleh meminta pendapat orang lain berkenaan apa yang kita buat. Kita boleh bertanya "Patutkah saya buat begitu?" ataupun "Apa pendapat awak terhadap cara saya menyelesaikan masalah tersebut?" Apabila orang memberi maklumbalas kepada soalan-soalan kita itu, kita ELAKKAN BERSIKAP DEFENSIF!. Dengar saja dan ambil perhatian. Kalau kita bersikap defensif, lain kali orang tidak mahu memberi maklum balas lagi.

:: CARA KETIGA

Berlatih melihat diri sendiri seperti sebagaimana yang orang lain nampak. Setiap ahli keluarga dan sahabat handai kitamelihat diri kita secara berbeza-beza. Mereka semunya betul. Diri kita adalah semua yang mereka nampak. Cuba kita gambarkan bagaimana ibubapa kita, adik beradik kita, rakan sejawat kita, pasangan kita, malah bagaimana musuh kita melihat diri kita. Kita akan dapat memahami diri kita dengan lebih jelas.

:: CARA KEEMPAT

Mendedahkan banyak maklumat tentang diri kita yang selama ini kita rahsiakan. Cuba terangkan diri kita sendiri dari sudut pandangan kita sendiri. Dengan berbuat begitu kita akan tercungkil maklumat-maklumat yang selama ini kita pendamkan, atau selama ini kita tidak sedari...
Azlanlin:
Apa-apa jua pun, segalanya tertakluk pada diri sendiri. Sikap defensif membuatkan orang sekeliling kita akan menggula-gulakan kita dengan 'segala bentuk kata-kata manis' tentang diri kita... kerana yang manis sahaja kebayakan kita sanggup dan seronok mendengarnya? bagaimana dengan kata-kata yang 'masam - pahit - kelat?'. Bersediakah kita keluar daripada tempurung kaca yang melingkari dunia kita? Tepuk dada, tanya minda! Berdeia untuk segalanya..... Insyallah!

APA KOMEN ANDA?

Continue Reading...

Dec 30, 2007

Jendela Johari?

Sambil mengemas2 rak buku dalam bilik tidur, ternampak 3 set buku yang dibeli tahun lepas. Tajuknya, Psikologi Asuhan Keluarga. Menarik buku ini untuk menambah pengetahuan di dada dalam mengharungi "Pelayaran Kita"... Kupasan buku Jilid 1 ini banyak berkisar tentang menimbulkan "Kuasa Megnet Diri" dalam kata lain ialah bagaimana cara mengenali diri sendiri dan menambah kuasa tarikan diri kita terhadap orang lain.

Jendela Johari ini menyingkap 4 bentuk 'diri', tiap-tiap satu diri itu berbeza daripada yang lain-lain. Walaupun berbeza, tiap-tiap diri itu saling pengaruh-mempengaruhi satu sama lain.



::DIRI YANG TERBUKA
Jendela ini menyingkap maklumat asas tentang diri kita yang dibuka dan disebarluas kepada orang disekeliling. Maklumat asas seperti nama, tempat tinggal, agama, bangsa, pendidikan, kegemaran dan sebagainya. Sejauhmana sanggup kita membuka jendela ini ada kesannya pada sejauh mana orang-orang lain sanggup menerima kita. Semakin banyak kita dedahkan maklumat diri kita kepada orang lain, semakin mudah orang lain menerima kehadiran diri kita...

::DIRI YANG BUTA
Jendela ini melambangkan segala macam maklumat berkaitan diri sendiri yang diketahui oleh orang lain tetapi kita sendiri. Contohnya, orang lain ketahui tabiat2 buruk kita, bau badan kita. Sesetengah orang sangat 'buta' tentang dirinya sendiri. Setengah orang takut mendengar pendapat orang lain tentang diri mereka keculai yang baik-baik saja.



:: DIRI YANG TERSEMBUNYI
Jendela ini adalah lambang segala maklumat berkaitan diri kita yang kita sendiri tahu tapi kita tak ingin orang lain tahu. Ia adalah diri kita rahsiakan. Ada orang yang suka memberitahu segala macam maklumat berkenaan diri mereka kepada orang lain. Ada orang, kalu boleh , langsung tidak mahu sesiapa pun tahu apa-apa berkenaan diri mereka.

:: DIRI TANG TIDAK DIKETAHUI
Jendela ini adalah lambang siapa sebenarnya diri kita, tetapi kita tidak tahudan orang lain pun tidak tahu. Kalau kita tidak tahu dan orang lain pun tidak tahu, bagaimanakah kita tahu bahawa diri kita wujud?

1. Ketika kita menyedari beberapa perkara baru tentang diri kita yang tidak pernah kita katakan sebelumnya.

2. Mimpi-mimpi yang kita alami.

3. Ujian-ujian osikologi yang dilakukan di bawah pengawasan pakar-pakar psikologi.



Azlanlin:
Walau bagaimanapun, anggapan terhadap diri kita sendiri sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Adakalanya perubahan itu berlaku perlahan-lahan, adakalanya ia berlaku dengan mendadak dan drastik sekali! Terimalah seadanya skala perubahan, namun pembacaan juga dapat membantu perubahn diri kita....Insyaallah...IQRAK!
Continue Reading...

Dec 29, 2007

Lapang sebelum sibuk....

Alhamdulillah... selesai juga semua perkara-perkara yang perlu aku tangani segera. Dalam dua @ tiga hari ni, kaki aku agak 'keritih' sikit. Melompat ke sana, melompat ke sini.. segalanya untuk menyelesaikan sesuatu yang perlu diselesaikan.

Paling utama, hikmah aku tak ke Indonesia bersama Pengakap Kelana Johor amat bermakna. Dapat aku membantu urusan 'anak buah' dengan tenang. Juga dapat aku balik ke Melaka, menjengah ibu mertua yang kena serang 'demam selsema'. Pastinya, lepas isyak nanti, aku sefamili ke Melaka..balik kampung. Maklum le, buka sekolah nanti, sibuk dan menyibuk akan kunjung tiba tak kira masa dan tempat. Sebelum sibuk, dapat jugak kami sefamili balik kampung sementara ada orang tua, walaupun mertua...dah macam ibu sendiri...

Rumah sewa anak buah

Anak buah aku dah selesa di rumah baru. Maklum le, last-last minit, dapat surat pertukaran ke sekolah baru. Ini berlaku membuatkan dapatlah anak buah aku mengajar ikut opsyennya sendiri. Dalam terkalut-kalut, dapat juga selesaikan urusan rumah sewa dan memindahkan barang keperluannya. Untung juga ada bermacam-macam jenis member di Kluang nih... nak guna lori, call ajer... alhamdulillah, semoga perjalan kami sekeluarga ke Melaka dirahmati Allah SWT.

Azlanlin:
Apa-apa pun, rasanya, banyak anak buah aku dapat belajar khususnya berkaitan 'membuat keputusan' untuk dirinya sendiri. Aku jarang membuatkan keputusan untuk orang, selagi difikirkan orang itu mampu membuat keputusan sendiri. Selalunya, aku banyak menyokong dalam keputusan yang orang lain buat. Aku lebih gemar membuka dan mengembangkan sesuatu perkara yang kelam untuk dilihat. Namun, jika dilihat orang yang agak sukar membuat keputusan aku akan cuba buka ruang untuk orang itu melihat sesuatu isu/masalah dalam banyak sudut untuk difikirkan. Kekadang, terfikir juga bahawa aku ni 'sesumpah?'
Continue Reading...

Dec 24, 2007

Pelayaran Kita....

LUMRAH untuk sesebuah bahtera yang merentasi lautan luas untuk mencari destinasi, pasti ada gelora yang melanda sama ada kuat atau perlahan bergantung kepada nakhoda yang mengendalikan bahtera untuk mengharunginya. Nakhoda itu (sang suami) yang menjadi tonggak kekuatan pelayaran tersebut. Bayangkan sebaliknya, jika nakhodanya ialah sang isteri yang memiliki tahap kawalan emosi yang rencam hendak mengemudikan sebuah bahtera. Pasti ada pincangnya. Kepincangan yang melanda disebabkan sang suami yang agak sukar membuat keputusan dalam apa jua gelombang yang wujud.

Simbolik: PELAYARAN KITA
APABILA wujud perkahwinan, tidak semestinya semua berjalan dengan baik dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini diperturunkan pengalaman masyarakat serta tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Kawan saya dan isterinya baru saja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma mereka dapat rasakan bahawa mereka semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. “Nasib baik mereka berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.”
“Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.”


3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik saja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.


4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada saja SMS yang dihantar, kadangkala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.


5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang 100 peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutama dari segi kerjaya. Kadangkala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumah tangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mula berkenalan dulu.


7. Anda tidak semestinya bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur, mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.


8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Mereka inilah pasangan sehati sejiwa masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadangkala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ia bergantung kepada mood dan keadaan sekeliling.


10. Perasaan ego berlebihan amat berbahaya.

Apabila berlaku perselisihan, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Sedikit kupasan...
Maka, kebahagiaan sesebuah rumahtangga tertakluk kepada komitmen kedua-dua pihak dalam mengharungi hari-hari yang dilalui. Amat perlu sikap keterbukaan dalam membincangkan segala permasalahan yang timbul bagi mengelakkan pertelingkahan berlarutan.

Dalam tempoh perbincangan, cuba wujudkan watak lain untuk pasangan ketika berbincang. Andaikan masalah itu wujud di kalangan orang lain dan kita yang sedang bincang dan mencari punca masalah untuk diatasi segera. Kebiasaannya, kaedah ini mampu membawa kita melihat sesuatu masalah dalam pelbagai sudut. Malahan mampu berbincang tanpa ada tembok keegoan yang sering membatasi sesuatu perbincangan. Kaedah ini juga lebih secara bersantai...

Seringkali kita mendengar rungutan bahawa keegoan di kalangan sang suami yang membantutkan usaha mencari jalan penyelesaian. Sang suami gemar menggunakan "kuasa veto" dalam membuat keputusan tanpa melihat sudut penerima sesuatu keputusan itu. Sifat empati memainkan peranan dalam menyelami hati dan perasaan pasangan.

Apa komen anda? Marilah kita kongsikan cetusan dan kemelut yang melanda kebanyakan daripada kita & pasangan di sekeliling kita... Mari lah..


Continue Reading...

Dec 23, 2007

Ulasan Blog "The Journey"

Sekian lama aku melayari alam maya ini, pelbagai pengalaman yang dapat aku kutip daripada pengkisahan hidup dan maklumat yang dititip oleh blogger. Pelbagai cara dan pendekatan dalam kaedah penyampaian sesebuah penceritaan. Ada yang lucu, ada yang kelakar & ceria, ada yang serius, ada yang frust, ada yang berinformatif, ada yang bersantai dan bersahaja dan tak kurang juga yang copy & paste aje.

Kaedah penyampaian ini bukanlah satu isu yang besar. Namun yang pentingnya ialah apa yang cuba disampaikan melalui garapan penulisan dan bergambar.Kekadang, paparan yang digarap ialah mengikut mood penulis. Sama ada mood penulis dalam jaluran emosi tenang, kelam-kabut, marah, sunyi atau dan sebagainya.

Di sini, aku ingin membuat sedikit ulasan berkaitan blog PakTeh yang agak berinformatif dalam semua sudut. Sekian lama mengikuti hasil tulisan blognya, aku dapati sebuah entrinya yang amat bermanfaat untuk semua blogger yang baru seperti aku ini. Khususnya sesiapa yang ingin menambah RECENT COMMENT (Customizable Recent Comments - Installing the widget). Sesetengah blogger ada yang telah mengetahui tatacara untuk memasukkan pelbagai widget dalam blog mereka. Sebaliknya, bagi blogger yang baru bolehlah layari blog PakTeh (The Journey) ini.

Contoh paparan mukahadapan blog PakTeh

Beberapa cara dan langkah yang cuba diketengahkan olehnya amat mudah difahami. Sebagaimana hasilnya ada paparan KOMEN TERBARU dalam blog aku ini (di sebelah kiri blog ini). Terima kasih PakTeh!

Pandangan aku:
Blog PakTeh ini amat menarik dan tertarik untuk dilawati. Banyak pengalaman yang boleh dikutip oleh pembaca..termasuk aku!


Continue Reading...

Cermin Diri


KRITERIA PSIKOLOGI YANG SIHAT
(ELLIS AND BERNARD, 1985)

1. Kepentingan Diri.

Melebihkan sedikit daripada kepentingan orang lain.
Sanggup berkorban kepada orang yang disayangi secara munasabah.

2. Berminat Sosial.
Boleh hidup bersosial dengan baik.

3. Arahan Kendiri.
Tahu tanggungjawab dan boleh menguruskan diri sendiri.

4. Tahap Toleransi Kekecewaan yang Tinggi.
Memberi hak kepada diri dan orang lain untuk membuat kesilapan. Walaupun benci
tetapi tidak membuat kutukan atau penghinaan. Bijaksana membezakan rasional dan
tidak rasional. Tidak mudah terperangkap dengan perkara negatif.

5. Fleksibel-Keluwesan.
Terbuka kepada perubahan, berfikiran luas dan tidak rigid.

6. Menerima Ketidakpastian.
Merancang dan berusaha bersungguh-sungguh dan hasilnya diserahkan kepada Tuhan.

7. Bersungguh-sungguh Untuk Mencapai Sesuatu.
Keterlibatan untuk mencapai sesuatu bagi tujuan peribadi dan masa yang sama
menyumbang kepada masyarakat.

8. Berfikiran Saintifik.
Penggunaan pemikiran saintifik untuk merancang matlamat jangka pendek dan jangka
panjang dan pada masa yang sama boleh menerima kemungkinan.

9. Penerimaan Kendiri - bersyukur dan menerima diri.
Tidak menilai diri kerana faktor luar dan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau
membuktikan sesuatu.

10. Berkeupayaan mengambil risiko.
Suka mencuba, mengambil risiko yang munasabah, menerima kesilapan.

11. Kepuasan Jangka Panjang.
Sanggup bersusah sekaran demi masa depan. Menenggelamkan kenikmatan untuk
sementara. Terus mengukuhkan diri untuk mencapai visi. Manusia yang cekal dan
berjaya.

12. Sedar Batasan Utopia.
Sedar manusia tidak boleh dapat semua yang diingini dan tidak boleh mengelak semua
yang tidak disukai. Bertanggungjawab Terhadap Gangguan Emosi

Continue Reading...

C.I.N.T.A

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi kenapa tuhan menganugerahkan hanya sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lahi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.


Itulah namanya C.I.N.T.A

Jika kita mencintai seseorang kita akan sentiasa mendoakan beliau walaupun dia tidak berada di sisi kita. Adakala mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus berterimakasih atas kurniaanNya itu.

Jangan menolak cinta atau melarikan cinta bila ianya berada di hadapan kamu!



Cinta dapat mengubat yang pahit menjadi manis, debu beralih emas, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat, kemarahan menjadi rahmat. Amat menyakitkan jika kamu mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Kadangkala kala kita tidak menghargai cinta sehinggalah apabila ianya hilang dari kamu. Tika itu sesalan tiada gunanya kerana perginya takkan berpatah kembali kepadamu. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudia tiada gunanya.

Jangan ucapkan cinta jika kamu tidak mengambil kesah tentangnya dan tak usah menyebut tentang perasaan jika ianya tiada di hatimu. Begitulah indahnya dilamun cinta namun ianya juga menjadikan yang sihat menjadi sakit, yang gemuk menjadi kurus, yang normal menjadi gila, yang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cinta itu disambut oleh para pencinta palsu.

Itulah C.I.N.T.A

Sumber : BERSAMA MASA

Komen saya:
Cinta sesama manusia mampu pudar jika tidak dibajai taman cinta yang ada pada pasangannya. Oleh itu pencarian yang sukar diketemui ialah cinta sejati sesama insan. Kekaburan oleh Pencinta Palsu mampu membuatkan hati dilanda remuk-redam
Continue Reading...

Dec 19, 2007

Saya sefamili mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada sanak saudara
dan
semua pengunjung blog ini
walau di mana jua anda berada.

:: KAMI DI MELAKA ::


Continue Reading...

Dec 16, 2007

Cuti-cuti layan anak 2


Eyes On Malacca


Malam tadi aku merayau-rayau di alam maya, terjumpa pulak blog Bro Rick Wan, berketurunan Baba Melaka. Ada entrinya yang menarik selera aku. Dia menceritakan berkaitan Eyes On Malacca. Menarik gak tu. Maklum le, Eye On Malaysia di Kuala Lumpur, aku tak berapa terer bab-bab jalannya untuk nak bawa famili aku ke sana. Maka, takde ROTAN, AKAR pun ok. Tak gitu?

Semasa makan tengah hari, aku bersembang-sembang dengan anak aku di meja makan. Mama diaorang tersenyum simpul saja bila aku bertanyakan berapa hari diaorang nak balik beraya di rumah nenek di Melaka. Aku planning lepas Asar hari ni, aku akan bergerak ke Melaka. Aku nak ronda lagi di bandar Melaka untuk ke Eyes On Malacca. Macam menarik je planning nih. Mem besar pun sokong gak plan nih. Kompom jadi, kalu takde aral melintang. Malangnya, dalam blog Bro Ric Wan takde pulak diceritakan hala nak tuju ke tempat tu. Penin jugak aku!

Menarik tak? Sumber : BroRickWan

Menarik tak? Sumber : BroRickWan

Menarik tak? Sumber : BroRickWan

Baru tadi aku call semula Usop (member sekuliah semasa di KSPK-IPPM : tinggal di Taman Ozana, Bukit Katil). Dia maklumkan bahawa, Eyes On Malacca tu baru je operasi. Mulai bulan November. Patut la aku tak pernah dengar tentang tempat nih semasa di IPPM dulu. Rupa-rupanya, senang aje jika nak ke tempat tu. Aku agak le, Raszana dan TokNabe kompom akan buat planning untuk ke sana jugak selepas membaca entri ni. Sayangnya, Raszana kena tunggu mem besarnya abis pantang dulu...hehehhe. Sabo je lerrr Raszana..

Lokasi utama yang perlu dicari ialah :

1. Hang Tuah Mall
2. Bus Stand lama

Alaaaa....kalu kat situ kompom ramai yang tahu. Usop juga maklumkan bahawa, malam tadi dia ronda-ronda di kawasan itu.Maklum le, malam minggu. Ramai bangat dong! Di sana juga ada ronda-ronda Sungai Melaka dengan 'bot lanun' katanya. Entah macam mana rupanya pulak. Pastinya aku akan ke sana malam ini...jeng..jeng...jeng..

Selepas itu aku akan bawa famili aku ke JonkerWalk di malam hari. Biasanya, waktu malam agak meriah. Biasanya aktiviti malam (window shopping - macam pasar malam) dijalan pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin....aku pernah ke sana berdating ngan mem besar sewaktu aku di IPPM dan mem besar aku berkursus Kajian Tindakan di Hotel Strait Meridian anjuran JPN Johor.


Planning aku, esok aku akan ke UKM. Nak ziarah kenalan aku yang bertugas di Perpustakaan Jabatan Psikologi, UKM. Maklum le, ada member aku antokan sms bahawa minggu depan, tawaran biasiswa KPM untuk sambung master akan keluar. Maka, aku perlu ambil langkah berjaga-jaga le gamaknya. Apa-apa pun, standby brader!


Continue Reading...

Dec 15, 2007

Cuti-cuti layan selera

Hari Jumaat semalam, aku sefamili ke Batu Pahat. Sempat juga aku antokan sms pada TokNabe untuk tanyakan apa-apa yang menarik di Batu Pahat. Maklum le, sebelum tu dia juga dah ke Batu Pahat. Mana le tahu kalau-kalu dia boleh cadangkan tempat2 yang best untuk aku bawakan famili aku. Boleh juga aku tambahkan aktiviti dalam aktiviti 'layan selera' aku. Rupa-rupanya, TokNabe melawat tempat-tempat perabih duit. Boleh tahan jugak TokNabe bershoping sefamili...hehehheheh.

Aku berhajat untuk ke Jabatan Kastam Batu Pahat untuk meninjau-ninjau kereta lelong. Adaka patut Si Astro kata kete-kete ni kete banjir...cit! Heheheh. Entah-entah, dia pun teirngin jugak. Kalau dia pun teringin jugak, bagitau je ler.... boleh jugak diadjust-adjustkan apa-apa yang patut. tak gitu Astro?

Sempat juga aku sms kat Mr Budindo tentang harga buka tender untuk Mercedes tu. Murah katanya. Maklum le, kita kena tanya juga member-member yang dah berpengalaman pakai kete yang senama macam tu. Tak gitu Mr Budindo?
Harga buka tender BMW ni ialah RM8000.00.

Ghega tender Mercedes (masterpiece - 1995) ni ialah RM18,000.00


Anak-anak aku sempat berposing kat sebelah Mercedes tu.

Aku sedang menelefon pomen-pomen aku untuk datang jengah body
dan enjin Mercedes ni. Katanya lepas sembahyang Jumaat
nanti diaorang turun ke Batu Pahat.


Geram juga aku tengokkan Mitsubishi Grandis (Singapura) yang masih kat dalam stor.
Kata Pegawai Kastam, kes belum selesai
untuk dilelong.


Sebenarnya, aku masuk bida untuk mercedes tu sebanyak RM22,100.00 Aku tak pasti lekat ke idak. Aku buatkan bankdraf sebanyak RM2,210.00 (10% daripada harga yang dibida). Jika ada rezeki, bakinya aku perlu cashkan setelah menerima surat nanti. Jika xde rezeki nampak gayanya, deposit tu akan dipulangkan semula. Maka, dapat juga aku cari pengalaman membida kenreta lelong ni. Ada gak kawan aku pesan, jika nak membida barangan lelong ni, perlu letakkan harga 70% daripada harga pasaran. Gerenti dapat! Tetapi aku fikirkan pulak bahawa untuk kereta lelong x bleh camtu sbb perlu sediakan juga kos untuk repaire! Baru jadi cun.

Dalam tempoh aku membelek2 Mercedes tu, ada gak mamat yang cuba nak provok aku. Cinabeng betul! Nasib baik aku counter dia balik. Akhirnya dia pula yang tersengeh-sengeh dan terkulat-kulat macam aku juga seawal dia provok aku. Heheheheheh.

"Brader, aku dah amik berapa bijik Mercedes yang dilelong ni dalam tahun ni dan tahun lepas. Memang aku masukkan harga yang tinggi. Thn lepas, aku cuma fight dengan tauke cina dari Pontian. Kesian jugak aku kat orang lain yang letakkan harga yang rendah-rendah!" terkulat-kulat kejap aku mendengarnya. Maklum le, aku baru je nak belajar-belajar membida kereta lelong kastam nih. Mende le brader tu. Apa-apa pun, bagus gak dia provok aku......

"Takpe brader, sebelum ni aku belum pernah masuk tender. Thn ni belum tentu brader boleh dapat! Tak guna le kalu aku tak gunakan 'contact' aku! Kita cuba dulu", aku terus bersalam dengan mamat tu sambil tersengih-sengih. Heheheheh. Sedangkan aku sendiri takde kenal sesapa 'contact' yang aku sebut. Mulut aku memang jenis spontan je menyebut apa yang terlintas kat kepala otak aku nih!

Aku sekadar nak rasa dan cari pengalaman membida kereta lelong nih, bukannya apa pun. Kalu dapat, rezeki aku la gamaknya. Hahahahahah.

Moral:
Usahle kita kompiden sangat nak provok orang lain, jika kita tak bersedia mendengar orang lain provok kita. Heheheheheh.
Continue Reading...

Dec 14, 2007

Cuti-cuti layan anak...

Di Pintu Utama ikut Taiko!

Di bilik editing...
Continue Reading...

Dec 13, 2007

Sedarkah kita meLAYU?


Angkara Hindraf maka kini semua tahu, bukan India yang terkebelakang tetapi Melayu. Adakah benar, Melayu yang sedang memegang kuasa dan Melayu merupakan ketuanan di tanah ini? Mana sebenarnya kedudukan Melayu hari ini? Di mana kita dalam negara kita ini? Adakah mampu kita untuk mengisahkan apa yang sebenarnya berlaku pada Melayu dan sekiranya mampu adakah kelak kita tidak dilabel sebagai pembangkit semangat untuk memainkan sentimen kaum.

Sebenarnya untuk soalan di mana kita Melayu ini jawapannya, hampir 50% menteri kabinet negara ini adalah dari kaum lain dan bukan Melayu (Sun 07 Disember 2007) dan Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa pendapatan isi rumah kasar bulanan Bumiputera adalah yang terendah berbanding dengan Cina dan India. Ini ditambah dengan Melayu memegang rekod peratus kemiskinan tegar tertinggi.

Dan itu definisi Melayu hari ini. Tidak payah kita bercerita mengenai Ketuanan Melayu kerana definisi yang ada tidak melambangkan “Ketuanan Kita” . Tidak perlu kita mengisahkan hak keistimewaan dan kedudukan kita kerana semua itu telah terjawab. Habis mahu di letak mana kedudukan kita dalam kita sudah mencapai 50 tahun lebih merdeka.

Mungkin salah pada Melayu, Melayu yang malas, Melayu yang lupa dan Melayu yang haprak. Mungkin itu kini karakter nasional untuk Melayu, identiti sebagai seorang Melayu baik kepimpinan Melayu sampailah ke rakyat yang menjadi hamba pada Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia. Maka yakinlah kita hari ini bahawa sebenarnya kita kaum minoriti kerana pengecilan tempat dan kedudukan kita sebagai Bumiputera. Hampir pasti kelak kita hadir pada tahun retorik 2020 dengan kedudukan yang senget dengan lemah berdiri di bumi sendiri.

Sah kini. Melayu bukan lagi golongan yang boleh dibanggakan dalam negara kita ini. Melayu kini hanya tinggal nama dan igauan Dato Onn Jaafar melambangkan “gelap” Melayu kini menjadi realiti. Mana silapnya pendidik Melayu, mana silapnya kepimpinan Melayu dan mana silapnya Melayu itu sendiri.

Kita hari ini sibuk mengejar kejayaan. Malaysia diambang kemodenan dan kemajuan. Negara semakin bergerak ke arah yang amat memberangsangkan namun Melayu masih di situ. Melayu tetap Melayu dengan saban hari menceritakan tentang kemajuan bangsa lain. Melayu tetap di situ membicarakan kisah ketuanan Melayu, mengisahkan perjuangan Melayu dan akhirnya kuasa pegangan Melayu yang menyalahkan ketirisan sebenarnya menyebabkan ketirisan.

Kisah sedih Melayu ini patut diabadikan dalam sejarah Malaysia. Mungkin benar bahawa yang sepatutnya berdemonstrasi adalah Melayu. Namun untuk membantah kepada siapa, kerajaan Melayu....

Sumber : Arah Kita.

Komen Saya:
Kebiasaannya kita ALPA dalam banyak perkara tentang sedang dan bakal kita lalui dalam kehidupan. Kita berada dalam zon selesa kerana kita tahu bahawa 'ada orang akan menjaga kita'. PM ke4 kita pernah menyebut tentang perkataan hikmat iaitu "tongkat". Kerana terlalu memikirkan tongkatlah membuatkan kita kebergantungan kepada 'orang yang menjaga kita'. Juga sifat dan sikap kita yang mudah bermain di bibir seperti "cukuplah", "jadi leeee"... membuatkan kita tidak bergerak ke hadapan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

Kekadang saya juga terfikir bahawa terlalu bersyukur dengan ketentuan Ilahi tanpa usaha yang gigih boleh membantutkan mencapai kejayaan. INGATLAH bahawa bekerjalah kita SEUMPAMA hidup seribu tahun lagi & beribadatlah SEUMPAMA kita akan mati esok hari....

Bagi kaum lain yang merasakan "tidak ada orang yang menjaga mereka" menyebabkan mereka mempunyai sifat dan sikap berjaga-jaga ke atas diri sendiri dan keluarga serta kaum mereka. Sifat inilah yang membuatkan mereka sentiasa bergerak terus menempa kejayaan demi kejayaan sehingga kaum meLAYU kita tertinggal terkebelakang...

Continue Reading...

Dec 7, 2007

Cari Kalkulator...

Malam ni aku bermalam di rumah Pakteh setelah selesai perbincangan aku dengan kawan di Batu 17. Banyak ilmu dan maklumat aku kumpulkan semasa perbincangan tersebut. Alhamdulillah. Dalam perbincangan ini, aku membimbing seseorang untuk belajar membuat keputusan untuk setiap perancangan yang dibuat. Ke manakah halatuju terhadap perancangan yang dibuat.

Dalam perbincangan itu juga, pelbagai watak dan karektor aku yang terpamer. Cikgu, kengkawan, loyar, majistret, hakim, gangster dan paklawak. Macam tak percaya juga aku akan situasi ini.

Akhirnya, setelah bersembang dengan PakTeh hingga lewat malam, dapat juga aku buat rumusan bahawa setiap manusia memiliki karektor yang pelbagai. Maka teringin juga aku memasukkan salah satu petua untuk melihat karektor orang dari segi tarik lahir. Sila klik kalkulator elektronik. Klik pada start, accesories, calculator kat pc/laptop anda.

Contoh: Seorang insan dilahirkan pada 19 Jun 1974

19 Jun 1974
19 + 6 + 1974 = 1999
1 + 9 + 9 + 9 = 28
2 + 8 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik
diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum
mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di
dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak
serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai
kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya
mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta
sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka
sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang
baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan
yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah
ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan
sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka
untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri
mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu
bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Thanks raszana!
Continue Reading...

Nov 27, 2007

Bercuti VS Bercanda

Mulai Isnin (26/11/07) aku dah mula meninggalkan Kluang untuk menghala ke Perak. BALIK KAMPUNG!.

Aku singgah di Melaka, merendek aku sefamili. Memusing-musing aku membawa mem besar dan anak-anak. Kebetulannya, semasa aku sdg deal ngan pengayuh beca kat Bangunan Merah..tetiba hp aku berbunyi lagu 'aspalela'.

"Alamak kacooo je le....Potong stim betul le. Sapa la pulak yg call aku nih", gerutu aku dalam hati.

Aku membelek skrin HP Nokia N95 aku. Ada nama yang terpapar. Muzik lagu 'aspalela' masih berkumandang. Termanggu aku apabila memandang nama itu.

"t ckgu azi", nama keramat tu naik lagi.

Mem besar aku amik alih utk deal perihal beca. Aku menyorok-nyorok nak jawab telefon tu. Mem besar aku dah nyengeh-nyengeh nengokkan gelagat laki dia. Gelabah beruk aku jadinya. Maklum le, Budin dah kata aku 'kaki pompuan'. Macam la si Budin tu dah nengok betis aku yang tak berbulu mcm kaki pompuan.... hahahahah..

"Lan, aku risau ni", suara merdu dan gemersik serta hampir sengau memulakan bicara.

"Apa hal pulok ko ni Azi? Tetiba je ko jadi risau... Sapa yang buat onar kat ko?", tanya aku semula.

"Bukan apa, seharian aku cari Budin. Aku call pun dia tak angkat. Dia marah kat aku kut," mcm termengah2 je Azi bercerita kat aku.

"Aku sms pun dia tak balas....tolong la Lan.", sambungnya lagi.

"Dia merajuk kat hang kut", tanya aku.

"Budin tu berjiwa halus. Romantik orangnya. Mana boleh main sergah-sergah je mcm mana ko buat kat aku", terang aku kat Azi.

Walaupun aku belum pernah jumpa Budin, tetapi gerak hati aku mengatakan bahawa Budin ni badan je besor dan gagah perkasa...tetapi jauh di sudut hati kecilnya 'amat romantik'. Aku tau hal itu. Sebab tu la ramai pompuan di dunia maya menjadi kenalannya. Blognya seperti magnet utk pompuan. Sesapa yang membacanya akan tertarik. Tak gitu Budin? Kalu tak caya boleh tanyakan pada si Azi tu.

"Azi, ko kena pujuk si Budin tu. Buruk bebenor kalu dah tua-tua merajuk. Ada le hal yang dia berasa hati kat ko kut", sambung aku lagi.

"Cuba le kita bayangkan kalu rupa hansem Budin tu merajuk... Pergghhh...timbang kilo pun tak laku. Cepat-cepat le hang call dia semula. Ataupun mungkin bateri henpon dia kong kut!"

Azi mengiyakan saja. Mungkin dia mula memikirkan apa yang dia dah lakukan pada si Budin. Kami bergelak ketawa dalam henpon. Itu yang seronoknya bila berbual dengan si Azi tu. Ada je idea gila-gila yang dibuatnya. Mungkin sebab tu yang si Budin terasa cepat je masa berlalu bila berbual/chat ngan si Azi.

Moga-moga, korang bahagia...aku numpang bahagia jerrr..

Aku menenggekkan bontot atas beca. Meronda-ronda bandar Melaka ngan famili.

Selamat bercuti!




Continue Reading...

Nov 24, 2007

Kitakah ini?

Kononnya pada suatu ketika dulu, seorang Maharaja Budin pernah memberitahu kepada penunggang kuda di istananya. Katanya, jika si penunggang kudanya itu mampu menunggang kudanya dan menjelajah ke sebanyak mana benua yang mungkin, maka maharaja itu akan menghadiahkan setiap benua yang dijelajahi itu kepadanya.

Mendengarkan titah maharaja Budin itu, si penunggang kuda itu pun tidak berlengah-lengah lagi terus saja menunggang dan mengerah tenaga kudanya ke merata benua. Dia tidak langsung berhenti menunggang biarpun sedang kelaparan atau keletihan. Dia ingin terus menunggang sejauh yang mungkin.

Tiba di suatu ketika, apabila hampir serata pelusuk benua telah berjaya dijelajahinya, si penunggang kuda itu pun merasakan kepenatan yang teramat. Dia sudah tidak berdaya untuk meneruskannya lagi. Dia akhirnya berada di dalam keadaan tenat. Dia bertanya kepada diri sendiri... “ Kenapalah aku begitu tamak ingin menakluki seluruh benua? Sedangkan hanya sejengkal saja tanah yang kuperlukan untuk mengebumikan jasadku ini....”

Kisah dongeng di atas sama juga dengan kehidupan sebenar kita. Kita bekerja keras setiap hari untuk wang, kuasa dan pengiktirafan. Kita kadang2 tidak menghiraukan kesihatan, masa bersama keluarga dan kita juga lupa untuk menikmati keindahan dan keajaiban alam yang diciptakan Tuhan untuk kita. Kita lupa bahawa kehidupan bukanlah untuk mengejar kemewahan semata-mata, bukan juga untuk mengejar kuasa dan pengiktirafan dunia.

Hidup bukanlah semata-mata untuk kerja. Hidup adalah keseimbangan antara kerja dan riadah, keluarga dan kualiti masa untuk diri sendiri. Sebagai hambaNYA juga, kita seharusnya tahu akan maksud dan tujuan kita diciptakan lalu dihidupkan di dunia yang serba sementara dan fana ini. Hidup ini terlalu singkat, nikmatilah kehidupan dan hargailah kesempatan yang dianugerahiNYA.

Watch your thoughts ; they become words.
Watch your words ; they become actions.
Watch your actions ; they become habits.
Watch your habits; they become character .
Watch your character; it becomes your destiny


Diceduk dan diedit utk renungan bersama : Manjalara
Continue Reading...

Nov 23, 2007

Ke manakah aku?

Ke Mekah ke? Ke US ke? Ke India ke? Ke Indon ke? Ke Singapura ke? Atau tak ke mana-manakah aku? Yang pastinya, aku tak boleh ke Israel.

Apa-apa halnya pun, aku dah ada benda ini yang diperlukan untuk aku keluar dari Malaysia.... membawa diri untuk mencari sesuatu.....




Ari ni aku bergegas ke Pejabat Emigresen Kluang. Aku berhajat nak ambil apa yang aku layak sebagai OKU. Yang penting, ambil dulu, kalu nak gunakannya..itu belum pasti... tunggu masa dan keadaannya yang sesuai. PERCUMA!

Staff melihat aku atas dan bawah kerana macam tak percaya bila aku unjukkan kad OKU aku untuk buat paspot kerana dia memang kenal aku...

"Eh, Cikgu OKU kat mana?" tanya staff di pejabat tu sambil membelek-belek kad OKU aku.

Aku sekadar tersenyum saja....


Continue Reading...

Nov 19, 2007

Kawan @ Sahabat?

Cuti sekolah sudah bermula. Dalam kepala hotak aku, bermacam-macam planning. Utk diri, utk famili, utk bisnes, utk kengkawan, utk ahli keluarga lain...semuanya dicampur gaul dan diuli serentak. Bermacam-macam hingga jadi rencam. Akhirnya, utk menenang minda aku untuk seketika, aku buka blog aku akhirnya...aku dapat kawan baru iaitu MANJALARA! Menarik nama tu, pastinya pemiliknya juga sudah pastinya unik!

Ada artikelnya yang aku cedok tanpa tuannya kerana entrinya menarik jiwa aku...baca le kat bawah!

Tentang orang-orang yang hadir dalam hidup kita. Yang kadang-kadangnya bertujuan, kadang-kadang pula bermusim atau mungkin juga untuk sepanjang hayat! Jika kita sudah mampu untuk membacanya, mudahlah untuk kita berkawan dengan sesiapa jua. Tidak timbul masalah ditinggalkan/dipinggirkan/diabaikan oleh kawan. Tidak juga timbul masalah untuk menentukan siapa kawan, teman atau sahabat.

Jika yang datang itu bertujuan. Dia seringkali menepati apa yang kita cari. Dia akan membantu dalam susah dan senang, akan membimbing dan menyokong kita dari belakang. Dia di sisi sebagaimana yang kita inginkan. Kemudian, tanpa sebarang perselisihan faham atau mungkin kerana masa yang tidak mengizinkan, dia akan berkata atau melakukan sesuatu untuk meninggalkan kita. Mungkin kerana waktunya sudah sampai (mati), atau sekadar meninggalkan kita begitu saja. Atau mungkin juga meninggalkan kita untuk memberikan kita ruang untuk bertanya dan bermuhasabah diri setelah sesuatu perkara yang diperkatakannya memerlukan kita mengambil waktu untuk berfikir.

Jika yang datang itu bermusim. Dia tentunya hadir kerana giliran kita untuk berkongsi dan belajar sesuatu melaluinya telah tiba atau tertulis. Melaluinya, kita akan menikmati ketenangan. Kita akan terhibur dengan gelagat dan gurau-sendanya. Atau mungkin juga, dia akan mengajar kita tentang sesuatu yang tidak pernah seumur hidup kita lakukan (atau terfikir untuk lakukan!). Biasanya, orang yang datangnya bermusim ini akan memberikan sesuatu (kemeriahan/kesedihan/ketenangan) yang sungguh luar biasa! Namun cuma untuk semusim...atau mungkin untuk beberapa episod/musim dalam hidup kita.

Jika yang datang itu kekal sepanjang hayat. Dia akan hadir bersama pelajaran yang akan mendewasakan kita. Tugas kita ialah untuk menerima pelajaran yang dibawanya itu. Menghargainya dan mempraktiskan setiap apa yang dipelajari bersama itu kepada orang lain. Supaya kita boleh menjadi seseorang yang bertujuan; bermusim atau sepanjang hayat untuk kehidupan seseorang. Ada juga orang berkata, cinta itu buta, namun persahabatan itu celik!

Setuju?

Yang pasti, apa pun yang datang tentunya ia menjadi sebahagian daripada kehidupan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kehidupanku! Samada kalian dari kalangan bertujuan; bermusim atau sepanjang hayat!
Continue Reading...

Nov 14, 2007

Al-kisah PakBudin..

Alkisahnya, hebohlah satu Borneo bahawa PakBudin yang telah pencen RTM Kuching dan terus menetap di Kuching telah mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu dalam program RTM di Kuala Lumpur. Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi PakBudin, itu sudah cukup menggembirakannya.

Dipendekkan cerita, hari dijanji telah tiba. PakBudin pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang. Kapal terbang sampai, PakBudin pun naiklah dan terus ambil tempat. Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari Azi pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas.

::Gambar Hiasan::
Uiiii...bergaya sakan si PakBudin tu yer....heehheheh


Akhirnya, pramugari Azi nampak PakBudin duduk kat kerusi bisnes kelas, setahunya tak ada penumpang kelas bisnes hari itu. Dengan berbudi bahasa, pramugari Azi menegur;

"Pakcik, pakcik tak boleh duduk kat sini, boleh Pakcik pindah duduk di belakang?" kata pramugari Azi dengan senyum simpulan manoknya.

"Eeehhiii....bagus sungguh orang kapal terbang ni (Pramugari Azi). Tak apalah nak, pakcik selesa kat sini", balas PakBudin dengan kembang-kempis hidungnya sambil matanya menjeling ke arah.....Pramugari Azi tu.

Mana tak selesanya, kelas bisnes, mati akal pramugari Azi tu. Termasuk pramugari Chombi dan pramugara Arsaili datang silih berganti. Sakit kepala dibuatnya nak memahamkan PakBudin yang bermuka seposen tu.

Pilot AbgPutra yang menunggu lama nak berlepas, bengang kenapa masih belum ada isyarat kata 'okay' daripada Ketua Pramugari OD, dia pun keluar tengok.

Setelah diceritakan oleh pramugari Azi, Pilot AbgPutra itu pun pergilah kat PakBudin.

"Pakcik, boleh tengok tiket?" PakBudin pun menyerahkan tiketnya.

"Ooooo...pakcik nak pi KL yer pakcik?"

"Ya nak..."

"Tapi Pakcik, kerusi depan ni pi Johor Bahru, kerusi belakang baru pi KL!"

"Laaa ya ke nak? Nasib baik anak bagi tau."


Azlanlin:
Ooooo PakBudin....jangan suka hati nak dok mana saja...!
Continue Reading...

Nov 13, 2007

Aturan Memuji

...sambungan entri Memuji Pasangan


Pujian buat pasangan sebenarnya tidak semestinya dilakukan secara lisan. Bagi anda yang masih malu-malu kucing untuk meluahkannya, bolehlah memulakannya melalui bahasa tubuh. Pujian dengan bahasa tubuh ini adalah berbagai, daripada sentuhan, pelukan erat tatkala suami melihat isteri bergaya anggun mahupun sekadar pegangan tangan.

Setelah terbiasa, maka belajarlah pula meluahkannya melalui kata-kata. Tapi akata-kata pujian yang keluar itu hendaklah tulus ikhlas dari hati supaya ia kedengaran jujur dan bukan sengaja direka-reka. Anda juga tidak perlulah menunggu suami atau isteri melakukan sesuatu yang bagus untuk dipuji sebaliknya luahkan saja kata-kata pujian jika merasakan sidia layak dipuji.

Pujian akan memberi kesan lebih positif, jika anda tahu bila mahu mengucapkannya. Ini adalah antara aturan pujian yang harus diketahui terutamanya buat pasangan yang baru membiasakan diri.

Pujian akan lebih bermakna jika tidak terlalu kerap diucapkan dan tidak pula terlalu jarang. Berikan pujian pada saat-saat penting seperti ketika pasangan memulakan pekerjaan baru. Ini akan meniupkan semangatnya untuk memulakan tugas dengan lebih baik.

Atau berikanlah pujian ketika isteri atau suami berasa 'down/mandom' atau hilang keyakinan diri. Pujian yang tulus diwaktu ini akan memberikan harapan baru bagi suami atau isteri. Pilihlah kata-kata pujian yang mampu meresap dalam jiwanya.

Memuji pasangan di khalayak ramai juga tak kurang pentingnya, tetapi janganlah terlalu kerap sebabnya ia akan menimbulkan perasaan tidak senang pada pasangan yang dipuji. Ungkapkan bila benar-benar dan pada waktu yang tepat. Pilihlah pujian yang tidak berlebihan seperti memuji hasil masakan atau kemahiran menghias rumah yang dimiliki oleh isteri.

Sebenarnya, kebiasaan memuji pasangan ini bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan asalkan anda melupakan rasa EGO dan juga PERASAAN MALU. Keutuhan rumah tangga dan tali cinta anda berdua lebih penting daripada dua perkara tersebut.

Azlanlin : memberi pujian ni boleh diumpamakan bahasa orang muda2 sekarang iaitu 'mengayat'. Maka, belajar-belajar le mengayat... untuk memberi pujian...
Continue Reading...

Nov 12, 2007

Hubungan bertambah erat

...sambungan entri Memuji Pasangan

Seperti yang dikatakan sebelum ini, tidak semua orang mudah memberikan pujian termasuklah pasangannya. Sikap ini sebenarnya berpunca dari didikan seorang individu. Apabila suami atau isteri tidak pernah dididik dengan pujian sejak kecil maka dia akan berasa sukar untuk memuji orang lain atau pasangannya.


Hal yang hampir sama berlaku pada mereka yang mempunyai keperibadian introvert ataupun pendiam. Untuk berbual pun sukar apatah lagi untuk memuji-muji. Tapi ini bukan bererti mereka tidak mampu melakukannya cuma pasangan harus merangsangnya untuk membiasakan diri terlebih dahulu.

Awalnya, perasaan malu memang akan dirasai tapi lama-kelamaan apabila sudah terbiasa, suami atau isteri mungkin akan sentiasa mahu mengungkap isi hatinya. Kesan positif dari perkara ini adalah hubungan suami isteri akan tambah erat dan mesra. Anda mungkin boleh memulakan pujian dengan memuji prestasi pasangan selepas hubungan intim ataupun tatkala pasangan mendapat kenaikan pangkat.

Azlan :
:: Jika nak malu, biarlah bertempat...apa-apa pun kesediaan minda ke arah membentuk keluarga harmoni antara pasangan mestilah beriringan. Tepuklah kedua-dua belah tangan...

:: Dalam tempoh merangsangnya, usah le memprovok pulak, tersentot/terkulat-kulat jadinya..

Continue Reading...

Nov 11, 2007

Memuji Pasangan

Pasangan suami isteri yang bersikap suka memuji2 pasangan sebenarnya tidak menyedari betapa PENTINGNYA kata-kata pujian. Tradisi saling memuji adalah salah satu cara untuk menunjukkan betapa pasangan suami isteri saling menyayangi antara satu sama lain.



Memang pada awalnya, perasaan malu dan tidak biasa menyelubungi diri atau paling tidak pun ada pasangan berasa rimas dengan kata pujian. Namun apabila kerap dilakukan, ia akan menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan.

Diakui tidak ramai suami mahupun isteri yang terbuka dalam memuji pasangan ini. Selalunya mereka lebih cenderung menyimpan SEMUANYA DI DALAM HATI. Sukar untuk meluahkan perasaan mereka bahkan memanggil pasangan dengan panggilan yang mesra seperti SAYANG, masih ramai yang berasa canggung.

Walhal meluahkan perkara positif buat pasangan adalah sesuatu yang cukup baik dan sangan efektif dalam memberi dan menambah keyakinan diri pasangan. Malah luahan pujian juga akan membuatkan pasangan berasa dicintai dan dihargai.

Sebagai contoh apabila seorang isteri mampu luahkan perasaannya pada suami dan menujukkan dalam bahasa verbal maka suami akan mengetahui kelebihan dirinya. Dalam pada itu, suami pula akan berusaha membalasnya dengan mencari kelebihan isterinya pula. Pada tahap seterusnya pula, suami dan isteri akan cuba memperbaiki dirinya.

Dengan meluahkan kata-kata pujian seperti sayang, cantik, abang segak ataupun apa-apa kelebihan lain maka pasangan juga akan TURUT MELAKUKAN PERKARA YANG SERUPA.

Azlan : Kedua-dua pasangan seharusnya memahami antara satu sama lain. Usah terlalu leka dengan pujian yang diterima daripada pasangan sehingga kita lupa bahawa PASANGAN kita juga memmerlukan pujian daripada kita... x gitu?
Continue Reading...

Nov 10, 2007

Racun Minda

Meh kita pakat2 komen...apa itu RACUN MINDA dalam kepala hotak orang melayu ni...mcm kata PakLah...masing2 ada pendapat dan pandangan...cuba le komen...
Continue Reading...

Nov 9, 2007

Merakam sejarah

Hari ini jam 11.30 pagi, rancangan yang dikelolakan oleh Sifoo Hasbe berjaya! Ambik gambor sesama kami bersama dengan paa pensyarah dan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Kami berlatarbelakangkan pintu utama Anjung Hikmah (Pusat Pentadbiran IPPM & blok KSPK).

Sebenarnya aku agak hairan, kenapa aktiviti bergambar ini perlu dipanggil orang luar untuk mengambil gambarnya. Sedangkan, sia-sia saja rata-rata peserta kursus KSPK-TMK ni bukannya calang-calang orang dalam ilmu IT. Rasanya untuk mengedit gambar seperti 'kedai gambar' hasilkan..ermmmmm, boleh kut?

Walaubagaimanapun, aku positifkan situasi dengan mengaitkan situasi ini dengan situasi lain seperti :

" mungkin juga macam toke kedai makan, sesekali nak rasa juga masakan orang...ye tak gitu?"

Apa-apa pun aku ucapkan TAHNIAH kepada rakan-rakan yang senantiasa menguruskan aktiviti Kelas KSPK-TMK khususnya, Sifoo Hasbee (orang kuat), Sifoo Zuri (TokNabe), Azim (Ketua Unit) dan umumnya kepada semua rakan-rakan sekuliah. Aku hanyalah seorang penumpang setia, maklum le aku ni kategori OKU...hahahhahaha..thanks my friends!

Aku sekadar ambil peluang. Aku minta tolong 'orang kedai gambar' ambilkan gambar guna kamera digital aku yang 'cokia' tu..heheh, tetapi masih berfungsi sepenuhnya dan aku edit untuk paparan rakan-rakan sekuliah. Nanti aku update beberapa keping gambar lagi....




Hanya bro Mat Kelana je yang tak kelihatan kerana beliau terpaksa menjalankan visi negara tercinta. Ketika ini beliau berada di Kuala Lumpur untuk mengikuti latihan intensif untuk sukan catur. Beliau adalah salah seorang wakil negara Malaysia untuk Sukan Paralimpik (Sukan OKU) yang akan dijalankan di Korat, Thailand dalam bulan Disember nanti. Beliau memasuki acara catur untuk kategori kumpulan dan individu. Jika dilihat pada latihan beliau aku yakin bahawa beliau akan merangkul pingat EMAS dan RM20,000.00 untuk acara individu.


Continue Reading...










Aku sendiri
Dibelakangi bidadari!










Bro Rasbe VS Azlan










Usop VS Sifoo Zuri (TokNabe)


Azlan VS Usop












Bro Zaini!
Continue Reading...

Menyingkap diri 2

Lelaki separuh umur yang duduk di atas kayu tumbang di gigi air merenung jauh memandang ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya. Pantai Pasir Panjanglah, tempatnya membuang lara yang tersemat di hati. Kakinya menguis-nguis pasir. Sesekali ombak memukul pantai, membasahkan kedua-dua belah kaki lelaki itu.

Lelaki itu membuka kotak rokok Winstonnya. Diambilnya sebatang. Pemetik api dinyalakan. Hujung rokok mula menyala apabila disedut dalam-dalam. Perlahan-lahan asap dihembus keluar seolah-olah mengeluarkan segala lara yang terbuku di hatinya.

"Perutnya dah dibedung ke belum?", tanya si suami kerana sebentar lagi teksi akan sampai.

"Dah bedung. Beberapa helai baju Azlan dan saya juga dibawa. Mana la tau, kalau-kalau kena tahan wad pulak nanti,"
balas isterinya.

“Azizah, Mohamad… hangpa berdua jaga adik-adik hangpa kat rumah tau!. Jangan bagi adik-adik hang pi main parit kat darat Toksu.” pesan si ibu kepada anak-anaknya yang lain.

“Mak nak ke hospital Taiping ka?,” tanya Azian pada si ibu. Si ibu sekadar menganggukkan kepalanya.

“Mak balik petang kan?”, Tanya Azian lagi sambil tersengih-sengih seolah-olah ada perancangan di dalam kepalanya. Si ibu menjegil matanya tanda tidak membenarkan anaknya itu bermain jauh dari rumah.

“Mak, Man nak ikut sama. Nak tengok Lan jumpa doktor. Boleh tak mak?,” tanya Azman pula yang selalu mengesek-gesekkan kaki adiknya. Si ibu menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak membenarnya.

Mohamad dan Azizi membantu ayah. Mereka mengangkat beberapa alatan ke dalam bonet teksi yang baru tiba sebentar tadi. Disusun rapi, satu persatu. Bayi itu girang sekali semasa didukung oleh ibunya. Si ibu melabuhkan punggungnya di tempat duduk teksi di bahagian belakang. Bayi itu mengukir senyuman apabila diagah oleh ibunya. Seolah-olah tiada tiada masalah bakal yang dihadapi. Hakikatnya, bayi itu belum mengerti tentang erti sebuah kehidupan yang penuh warna-warni. Onak dan duri yang perlu ditempuhnya belum diketahui. Bagi si ibu, perlu berusaha untuk mengubah ketentuan selain berdoa dan bertawakkal.

Teksi mula bergerak ke Bandar Taiping. Terpaksa melintasi Simpang Empat "Jadam" yang agak sesak di pagi hari. Si ibu masih memangku anak bongsunya. Sesekali kaki anaknya diusap lembut.

"Mak akan usahakan sebaik mungkin. Semoga Tuhan akan makbulkan doa mak, Insyallah," bisik si ibu di telinga anaknya. Si ibu seolah-olah mendapat semangat baru demi sebuah kehidupan untuk anaknya.


Teksi telah memasuki perkarangan Hospital Taiping. Pemandu teksi itu meletakkan teksinya di tempat meletakkan kenderaan. Itulah salah seorang sahabat karib Lin. Segala kesusahan Lin dan orang-orang kampung Batu 51 sentiasa dibantu oleh pemandu teksi itu. Kini, pemandu teksi itu telah meninggal dunia hampir 10 tahun yang lalu.


“Lin, hang pi la daftarkan nama anak hang dulu, nanti aku angkatkan barang-barang dalam bonet tu,” kata pemandu teksi itu.

Bergegas si ayah ke kaunter pendaftaran. Si ayah mula mendaftarkan nama anaknya.


"Encik, boleh tolong tuliskan borang daftar ni. Pakcik tak pandai tulis…", rayu si ayah kepada atendan yang bertugas di kaunter itu.

"Takpa pakcik. Pakcik dan makcik boleh duduk dulu. Bagikan saya surat beranak anak pakcik tu. Nanti saya tolongkan," balas lelaki muda sambil menguntum senyuman.

Hari Isnin, sememangnya waktu yang ramai orang di hospital. Pendaftaran telah dibuat. Hanya ada dua orang doktor yang bertugas. Anak kecil mereka merengek-rengek kecil. Puting susu dihalakan ke mulutnya. Berdecip-decip, bayi itu menghisap susu ibunya. Muka bayi itu nampak girang sekali. Bayi itu tidak mengerti tentang kepayahan hidup yang bakal ditempuhinya.

“Azlan bin Lin, masuk,” panggil jururawat yang bertugas di pintu masuk bilik doktor.

“Silakan duduk makcik, pakcik. Kenapa dengan anak makcik ni?”, tanya doktor yang berpakaian lengkap serba putih sambil memegang kad pesakit.

“Cuba doktor lihat kaki anak saya ni,” kata si ibu dengan nada sedih sambil membuka stoking yang dipakaikan dikaki anaknya.

“Apa yang boleh kita usahakan untuk kakinya sama seperti orang lain? Boleh ke doktor?, tanya si ibu lagi, seolah-olah, doktor itulah tempatnya mengadu.

Bagi si ibu dan si ayah itu, perubatan moden yang disediakan oleh kerajaan lebih bermakna berbanding dengan perubatan tradisonal yang sememangnya digunapakai oleh masyarakat kampong ketika itu. Bagi mereka, jika kecacatan kaki yang dialami oleh anak bongsu mereka itu tidak akan dibawa berjumpa bomoh kampong. Yang mereka pasti ialah tentunya dikatakan anak bongsu mereka itu ‘terkena sampok jin’ ataupun terlangkah ‘sesuatu’ ketika mengandung dulu. Bagi mereka, seolah-olah memahami pendekatan yang akan digunakan oleh bomoh tradisional.

“Saya amat memahami perasaan makcik dan pakcik apabila melihat kepada kecacatan kaki anak makcik ni,” kata doctor muda itu.

“Bagaimana doktor? Ada ka cara untuk betulkan kaki anak saya ini?”, tanya si ibu itu lagi tanda cemas. Tidak sabar rasanya di hatikecil si ibu. Itulah tanda kasih sayangnya seorang ibu kepada anak-anak mereka.

Si ayah hanya memerhati perbualan doktor muda dengan isterinya sahaja. Si ayah nampak lebih tenang mengawal emosinya. Si ayah sekadar mengosok-gosok lembut belakang badan isterinya tanda menyokong dan meminta bertenang. Si suami sememangnya memahami emosi isterinya ketika itu. Si suami memahami perasaan seorang ibu kepada anak-anaknya.

“Apa-apa pun saya rasa bersyukur kerana makcik dan pakcik membawa anak ni sejak kecil. Tulangnya masih lembut,” kata doktor sambil melurut-lurut kaki kanan bayi itu.

“Insyallah, kami akan cuba usahakan. Hospital ni ada menerima seorang doktor pakar tulang yangpernah bertugas di Hospital Ipoh . Namanya Doktor Zainol. Orang Pantai Remis juga ni,” sambung doktor muda itu.

“Hari ini juga saya akan jumpakan anak makcik dengan doktor pakar tulang di tingkat atas”, kata doktor sambil menulis sesuatu pada kad pesakit. Ada beberapa catatan yang dibuat pada kertas putih.

“Baiklah, jururawat ni akan bawakan makcik dan pakcik untuk berjumpa dengan Doktor Zainol. Saya dah tulis sesuatu perihal anak makcik ni”, kata doktor lagi sambil menyerahkan kad pesakit kepada jururawat itu. Jururawat itu memahami apa yang dimaksudkan oleh doctor muda itu.

“Terima kasih doktor”, kata si ibu sambil menguntum senyuman tanda berterima kasih.

“Terima kasih doktor. Tuhan saja yang balas jasa baik doktor”, kata si ayah sambil bersalaman tanda terima kasih kepada doctor muda itu.

Mereka mengikuti jururawat menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Mereka dipelawa duduk di ruang menunggu. Jururawat mengetuk dan membuka daun pintu yang tertulis ‘Dr Zainon bin Muhammed’.

Si ibu dan si ayah masih menunggu. Si ibu masih lagi mengurut-ngurut kaki anaknya.

=> bersambung

Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template