Dec 23, 2007

Ulasan Blog "The Journey"

Sekian lama aku melayari alam maya ini, pelbagai pengalaman yang dapat aku kutip daripada pengkisahan hidup dan maklumat yang dititip oleh blogger. Pelbagai cara dan pendekatan dalam kaedah penyampaian sesebuah penceritaan. Ada yang lucu, ada yang kelakar & ceria, ada yang serius, ada yang frust, ada yang berinformatif, ada yang bersantai dan bersahaja dan tak kurang juga yang copy & paste aje.

Kaedah penyampaian ini bukanlah satu isu yang besar. Namun yang pentingnya ialah apa yang cuba disampaikan melalui garapan penulisan dan bergambar.Kekadang, paparan yang digarap ialah mengikut mood penulis. Sama ada mood penulis dalam jaluran emosi tenang, kelam-kabut, marah, sunyi atau dan sebagainya.

Di sini, aku ingin membuat sedikit ulasan berkaitan blog PakTeh yang agak berinformatif dalam semua sudut. Sekian lama mengikuti hasil tulisan blognya, aku dapati sebuah entrinya yang amat bermanfaat untuk semua blogger yang baru seperti aku ini. Khususnya sesiapa yang ingin menambah RECENT COMMENT (Customizable Recent Comments - Installing the widget). Sesetengah blogger ada yang telah mengetahui tatacara untuk memasukkan pelbagai widget dalam blog mereka. Sebaliknya, bagi blogger yang baru bolehlah layari blog PakTeh (The Journey) ini.

Contoh paparan mukahadapan blog PakTeh

Beberapa cara dan langkah yang cuba diketengahkan olehnya amat mudah difahami. Sebagaimana hasilnya ada paparan KOMEN TERBARU dalam blog aku ini (di sebelah kiri blog ini). Terima kasih PakTeh!

Pandangan aku:
Blog PakTeh ini amat menarik dan tertarik untuk dilawati. Banyak pengalaman yang boleh dikutip oleh pembaca..termasuk aku!


6 Coretan Lain:

Orked on 12/24/2007 10:22 AM said...

Lan...

sy nk tambah sikit, dari pengalaman sy..utk membina perhubungan yg selesa bersama blogger..kita kena peka dgn iklim persekitaran teman² rapat... tiap orang berbeza watak dan personaliti, kita kena tahu dan bezakan di mana patut kita diam, dimana patut kita bersuara...dan yang penting...hargai teman kita sepertimana kita suka dihargai..mcm kata Scorpion.." what u give u take back".

Apa yg kita suka?

Entri kita dikomen ( itu menunjukkan teman kita memberi perhatian pada blog kita)?

Tentu seronok kan melihat entri kita mendapat respon...jadi seperti itu jugalah org lain....

" cinta tak kan dapat kalau tak diberi... "

Hanya secebis pandangan saya... dari berjuta² cebis :p

azlanlin on 12/26/2007 1:35 AM said...

Trimas atas kunjungan Jie yang asalnya, silent reader. Namun, kunjugan Jie kali ini benar-benar bermakna...

Saya benar-benar hargai atas secebis pandangan yang diberikan.. Saya tertarik dengan "what u give, u take back"....really?

Teringat juga saya dialog dlm filem P.Ramlee... Benarkah pernyataan lagu scorpion tu? Benar-benar wujudkah... baaaannnyaaakkk atau kakadang-kadang atau jarang-jarang?

Orked on 12/26/2007 7:08 AM said...

prinsip asas yg mudah

Buat sesuatu dgn ikhlas..... Kita tak kan dapat kalau tak memberi, cinta tak kan datang kalau tak dicari.

Orked on 12/26/2007 7:11 AM said...

dulu silent reader sbb segan nak enterprem...malu lah dgn geng PakTam yg glemer² dan fofuler tu..cuma singgah tumpang baca je :p

PakTeh on 12/26/2007 8:51 AM said...

Salam, PakTam. Sebenarnya PakTeh baru terjenguk entri ni. Teruk betui PakTeh ni, cemana buleh tak perasan, dah lama post pulak tu. Terimakasih bnyk2 utk PakTam, buat ulasan yg amat positif utk blog PakTeh.

Nampak komen tu, macam la blog PakTeh tu baguih sangat.. haha. Dak sebenarnya. Walau PakTeh register tahun lepas, tapi mula memblog hujung Oktober lalu. (sama2 tau). Baru 2 bulan. Cuma setakat ni, bila PakTeh ada masa - suka mencuba sesuatu yg baru, tu yang kaki peghonek tu. Skrip2 tu berani le. Edit HTML tu masih risau sikit. (Tu yg tak berani nak buat entri pasal (read more) tu.. PakTehpun nak delete balik nampaknya.. kerap kacau bila nak post entri, ada la salah Pakteh edit tang mana2 tu). Photoshop pulak, sedang belajar pelan2. Nak berguru dgn PakTam yg mmg pro ni, jauh la sangat pulak. Harap dgn tutorial2 dlm web sajalah takat ni.

Dan sebenarnya, blog Paktam ni amat lengkap dari segala sudut. Macam sempurna dari segi content, visual, pautan dsb. Honestly, banyak yg PakTeh ambil ilmu di sini. Terima kasih sekali lagi.

Terimakasih juga, banyak bagi dorongan utk PakTeh bertatih.. menjadi seorang blogger. Dari dulu sampai sekarang.

azlanlin on 12/26/2007 2:15 PM said...

To Jie...

Kita ni mcm sama plak yek! Awww...ala-ala malu-malu kucing gitu!

Apa-apa hal pun we r prengggg! Jie ni pun bukan calang-calang orangnya dalam ilmu jiwa kemanusiaan. Ada "elert" yang kuat!

Thanks, byk yng saya pelajari dlm blog Jie...thanks!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template