Dec 15, 2007

Cuti-cuti layan selera

Hari Jumaat semalam, aku sefamili ke Batu Pahat. Sempat juga aku antokan sms pada TokNabe untuk tanyakan apa-apa yang menarik di Batu Pahat. Maklum le, sebelum tu dia juga dah ke Batu Pahat. Mana le tahu kalau-kalu dia boleh cadangkan tempat2 yang best untuk aku bawakan famili aku. Boleh juga aku tambahkan aktiviti dalam aktiviti 'layan selera' aku. Rupa-rupanya, TokNabe melawat tempat-tempat perabih duit. Boleh tahan jugak TokNabe bershoping sefamili...hehehheheh.

Aku berhajat untuk ke Jabatan Kastam Batu Pahat untuk meninjau-ninjau kereta lelong. Adaka patut Si Astro kata kete-kete ni kete banjir...cit! Heheheh. Entah-entah, dia pun teirngin jugak. Kalau dia pun teringin jugak, bagitau je ler.... boleh jugak diadjust-adjustkan apa-apa yang patut. tak gitu Astro?

Sempat juga aku sms kat Mr Budindo tentang harga buka tender untuk Mercedes tu. Murah katanya. Maklum le, kita kena tanya juga member-member yang dah berpengalaman pakai kete yang senama macam tu. Tak gitu Mr Budindo?
Harga buka tender BMW ni ialah RM8000.00.

Ghega tender Mercedes (masterpiece - 1995) ni ialah RM18,000.00


Anak-anak aku sempat berposing kat sebelah Mercedes tu.

Aku sedang menelefon pomen-pomen aku untuk datang jengah body
dan enjin Mercedes ni. Katanya lepas sembahyang Jumaat
nanti diaorang turun ke Batu Pahat.


Geram juga aku tengokkan Mitsubishi Grandis (Singapura) yang masih kat dalam stor.
Kata Pegawai Kastam, kes belum selesai
untuk dilelong.


Sebenarnya, aku masuk bida untuk mercedes tu sebanyak RM22,100.00 Aku tak pasti lekat ke idak. Aku buatkan bankdraf sebanyak RM2,210.00 (10% daripada harga yang dibida). Jika ada rezeki, bakinya aku perlu cashkan setelah menerima surat nanti. Jika xde rezeki nampak gayanya, deposit tu akan dipulangkan semula. Maka, dapat juga aku cari pengalaman membida kenreta lelong ni. Ada gak kawan aku pesan, jika nak membida barangan lelong ni, perlu letakkan harga 70% daripada harga pasaran. Gerenti dapat! Tetapi aku fikirkan pulak bahawa untuk kereta lelong x bleh camtu sbb perlu sediakan juga kos untuk repaire! Baru jadi cun.

Dalam tempoh aku membelek2 Mercedes tu, ada gak mamat yang cuba nak provok aku. Cinabeng betul! Nasib baik aku counter dia balik. Akhirnya dia pula yang tersengeh-sengeh dan terkulat-kulat macam aku juga seawal dia provok aku. Heheheheheh.

"Brader, aku dah amik berapa bijik Mercedes yang dilelong ni dalam tahun ni dan tahun lepas. Memang aku masukkan harga yang tinggi. Thn lepas, aku cuma fight dengan tauke cina dari Pontian. Kesian jugak aku kat orang lain yang letakkan harga yang rendah-rendah!" terkulat-kulat kejap aku mendengarnya. Maklum le, aku baru je nak belajar-belajar membida kereta lelong kastam nih. Mende le brader tu. Apa-apa pun, bagus gak dia provok aku......

"Takpe brader, sebelum ni aku belum pernah masuk tender. Thn ni belum tentu brader boleh dapat! Tak guna le kalu aku tak gunakan 'contact' aku! Kita cuba dulu", aku terus bersalam dengan mamat tu sambil tersengih-sengih. Heheheheh. Sedangkan aku sendiri takde kenal sesapa 'contact' yang aku sebut. Mulut aku memang jenis spontan je menyebut apa yang terlintas kat kepala otak aku nih!

Aku sekadar nak rasa dan cari pengalaman membida kereta lelong nih, bukannya apa pun. Kalu dapat, rezeki aku la gamaknya. Hahahahahah.

Moral:
Usahle kita kompiden sangat nak provok orang lain, jika kita tak bersedia mendengar orang lain provok kita. Heheheheheh.

4 Coretan Lain:

Anonymous said...

cantik mercedes tu bro tapi kat plat je. lain2 timbang kati. sorry jgn mare

PakTeh on 12/15/2007 9:30 PM said...

kalau dapat kereta tu, cepat2 buat pembaharuan pengisytiharan harta. dalam borang tu, ada ruang utk nyatakan harga & punca harta didapati. bukan apa, elak isu berbangkit di mana2. maklum la, mulut orang keliling..

azlanlin on 12/15/2007 10:35 PM said...

To PakTeh:
tkasih atas ingatan PakTeh. Betul jugakkan? Mulut orang..... kalu mulut tempayan, bleh gak ditampal simen..hehhehe

Rasa-rasanya, tak dapat kut...saja nak cari pengalaman membida kenderaan lelong...

arsaili on 12/15/2007 10:45 PM said...

salam..bagus pengalaman ni..pernah dgr, tapi sdr ada bengkel ok la.. klu rosak leh baiki.. if not too risky la jadinya

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template