Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Oct 10, 2010

GASING : Menurunkan skill pada anak

10.10.10 - Ahad :

Gasing adalah salah satu jenis permainan rakyat yang telah ditelan zaman modenisasi (Klik DI SINI). Makanya, kita yang pernah terlibat dan melalui zaman itu seharusnya menurunkan skill itu pada anak-anak kerana ianya adalah suatu permainan tradisional nenek-moyang kita. Jika bukan kita yang akan mewarisi permainan itu pada generasi anak-anak kita..siapa lagi?

Contoh gasing masa kini.

Aku masih ingat sewaktu zaman kanak-kanak aku dulu. Aku teringat lagi bagaimana arwah ayah mengajar membuat gasing sendiri. Walaupun beliau seorang yang tidak berpendidikan tinggi dan hanya bekerja sebagai nelayan pinggir pantai untuk sesuap nasi, didikannya pada anak-anak berkaitan pendidikan sangat bermakna. Konsep pendidikan secara formal dan informal amat melekat dalam jiwa anak-anaknya. Walaupun tegas dan garang, semuanya masih terpahat di minda.

Aku dan abang aku diarahkan memotong dahan batang jambu batu yang bersaiz besar di belakang rumah. Kami diajar membentuk lakaran saiz gasing yang sesuai dengan tangan sendiri dan membentuk bujur sebelum memasukkan paku. Cara melicinkan badan gasing juga ada skill tertentu menggunakan parang panjang yang tajam. Seingat aku, hujung parang dicucuk ke perdu akar pokok kelapa agar boleh dihenjut ke atas dan ke bawah. Henjutan ini membolehkan badan gasing yang telah terbentuk untuk proses melicinkannya. Suatu skill yang sangat kreatif. Aku bangga akan kemahiran yang diajarkan oleh arwah ayah aku.

Aku perturunkan skill melilit tali pada gasing plastik agar tidak terburai.
Penggunaan rambu di hujung tali ada tujuannya.


Cara memasukkan paku pada badan gasing juga memerlukan skill yang teliti supaya paku itu menembusi separuh badan gasing secara tegak. Ketegakan kedudukan paku akan membuatkan gasing tersebut berputar ligat dan berdegung. Manakala, mata paku pula memerlukan ketajaman yang menggerunkan rakan sepermainan. Ini bertujuan untuk memecahkan gasing rakan-rakan lain. Pecah atau sompeknya badan gasing rakan adalah suatu kejayaan dalam permainan gasing.

Ibu bapa perlu bersedia untuk berhadapan dengan soalan-soalan
yang di luar jangkauan minda kita.


Cara melembutkan tali pengikat badan gasing juga memerlukan skill tertentu untuk proses itu. Seingat aku, tali gasing perlu direndam semalaman dalam air. Proses menggosok untuk melembutkannya sangat kreatif. Kedua-dua hujung tali dipegang dan dileretkan pada tiang rumah. (Rumah di kampung adalah rekabentuk Kedah. Makanya rumah adalah bertiang kayu). Kekadang, tali juga boleh dilembutkan dengan meleret pada batang kelapa. Ini bertujuan tali tersebut mampu melingkari badan gasing dengan kemas dan ketat. Ini semua menghasilkan putaran gasing yang ligat dan tegap serta berdengung.

Dulu-dulu, selepas pulang dari sekolah, selesainya mengaji Quran, adanya masa terluang di hujung minggu, permainan gasing akan memenuhi masa tersebut. Hubungan sesama rakan, perbincangan proses menghasilkan gasing yang hebat, skill memecahkan gasing rakan lain akan dibincangkan bersama. Semua ini merapatkan hubungan sesama rakan. Kekadang gelanggang dibuka sesama rakan sehingga melangkau ke kampung sebelah.

Mula memutarkan gasing ke tanah.
Ini adalah proses mengangkat gasing yang sedang berputar.

Mari kita mengimbau zaman anak-anak kita masa kini. Mampukah mereka melilit tali ke badan gasing tanpa terburai? Mampukah mereka memutarkan gasing di tanah? Belum lagi disoal mampukah mereka memghasilkan sebiji gasing kayu? Semua kemahiran ini perlu kita perturunkan kepada anak-anak sekiranya kita sayangkan permainan tradisional kita. Jika kita tidak mulakan, siapa lagi? InsyaAllah, tiba masanya nanti akan aku perturunkan teknik dan tatacara menghasilkan gasing sendiri...

Kini, gasing ada dijual di merata kedai runcit. Malangnya, gasing tersebut bukanlah gasing kayu. Apa yang ada, hanyalah sebiji gasing plastik berserta tali. Hanya RM1.00. Tiga biji gasing telah dibeli. Semua tu untuk Amirul, Amir dan aku sendiri. Bolehlah untuk proses melayan anak-anak dan perturunkan skill melilit tali dan memusingkan badan gasing. Jom kita layan...atau kita sendiri tiada skill itu? Tepuk dada tanya selera....

Sempat juga aku tunjukkan skill memusingkan badan gasing di atas telapak tangan.

Continue Reading...

Sep 6, 2010

SMRS '88 : Pertemuan di Teluk Batik

06.09.10 - Isnin :

Lebih kurang seminggu sahaja pengaturan perancangan untuk pertemuan sesama rakan lama. Terpisah akibat tuntutan masa dan keadaan. Semuanya menerima perpisahan itu. Hampir 22 tahun perpisahan itu berlaku.

Akhirnya, tibalah saat-saat indah, hasil gabungan tenaga beberapa orang rakan yang gigih berusaha mencari dan mengumpul rakan-rakan lama. Bekas pelajar SMRS '88 (Sek. Men. Raja Shahriman, Bruas, Perak) memulakan pertemuan pertama kalinya di Teluk Batik Resort pada 04.09.10 (Sabtu).

Beberapa orang guru lama yang telah berpencen juga dijemput. Guru-guru ini pernah mengajar kami ketika itu. Betapa gembiranya mereka apabila dijemput hadir dan berjumpa anak murid lama... Begitulah suasananya..

Ucapan berbanyak terima kasih kepada Liza Kamaruddin (menyusun atur program dan menjemput rakan-lama), Saiful Faisal (pemilik Teluk Batik Resort), Mohd Fauzi (sponsor makan dan minum). Usaha kalian lebih menyemarakkan hubungan yang telah terputus lama. Rupa-rupanya, semua yang ada bukanlah tinggal berjauhan pun.

Rakan-rakan dan guru yang telah pencen telah dapat berkumpul.

Makan-makan dan berbual.

Berderai ketawa apabila Cikgu Aminuddin memberi sebab
mengapa rambutnya masih hitam pekat walaupun telah pencen.

Berbual dengan Cikgu Suhaimi, suami rakan SMRS '88

Rakan-rakan sekelas tingkatan 5 dahulu.

Liza (org kuat Adun Pengkalan Bharu), Aku dan Khairil Anuar (Ambrose)

Dapat bertemu dengan rakan FB (Tok Sidang Kg Changkat Chermin, Ayer tawar).
Kami yang selalu berbicara berkaitan Politik Beruas.

Berbual dengan rakan-rakan di lobi resort setelah rakan-rakan lain
pulang ke rumah masing-masing.

Itulah dikatakan jika kita manfaatkan kemudahan FaceBook dengan baik, kebaikanlah yang wujud. Begitu juga sebaliknya. Ketuk kepala, tanya minda...

Selamat Hari Raya AidilFitri..

Continue Reading...

Nov 5, 2009

Kena pakai stoking apabila ke sana...

Memandu perlahan-lahan mendaki gunung. Jalan bengkang-bengkok apabila memanjat dari kaki gunung. Bila le nak sampai, anak-anak mula bertanya. Masing-masing sudah memakai baju sejuk dari rumah lagi. Itulah situasi awal apabila hari Isnin (2/11), kami sekeluarga menaiki Cameron Highland.

Saja test Garmin Nuvi 255. Bukannya taktau jalan untuk ke sana. Hehehhe.

Sebenarnya, mem besor berpeluang ikuti kursus pembinaan Laman Web anjuran PPD Batang Padang di Hotel Star Regancy & Apartment. Aku penjaga anak-anak. Itulah tugas Mr. Mama. Walau bagaimanapun, aku tetap juga menumpang untuk ikuti kursus itu juga. Hehehhehe. Aku memang teringin untuk timba ilmu Joomla. Bukan senang nak dapat kursus macam tu. Kebetulannya, pegawai yang menganjur kursus tersebut ialah rakan lama aku sewaktu di Kluang Johor. Beliau telah kembali bertugas di Tapah. Sebelum ini, aku ada menyewa webhosting, cuma belum dibuat apa-apa hingga kini. Akhirnya, webhosting aku akan berfungsi selepas ini. Insyallah. Alhamdulillah.

Sepanjang di sana, dapat juga aku bertemu rakan-rakan ting-tong aku (classmate sewaktu di MPIP dulu). Bad, Madi dan Ajis yang masih bertugas di Cameron Highland hingga kini. Hampir 14 tahun mereka menabur bakti di sana semenjak posting dulu. Apabila waktu malam, kena pakai stoking di sana. Sejuk juga nooo..Hehehhe. Mungkin berbeza dengan orang yang memang dah lama tinggal di sana. Sebelum malam terakhir di sana, sempat aku ngeteh dengan mem besor. Ada pelanggan di kedai tu yang pakai seluar pendek saja. Depa dah lali kuttt.. hehehhe.

Dari kiri : Madi, aku, Ajis dan Bad

Dalam dok bersembang dengan kengkawan, dapat juga kau ketahui bahawa Habib (room mate sewaktu bujang dan bertugas di Kulai, Johor telah berada di Putrajaya). Sempat aku ambil no telefonnya. Akan aku kunjunginya, Insyallah.

Dapat jumpa lelaki terakhir penuh glamour seantero blog Malaya

Setelah check-out pada hari Rabu (4/11), aku berkesempatan jumpa dengan lelaki melayu terakhir yang ramah, mesra alam dan tip-top seantero blog Malaya. OneZaba, penyambut tetamu bagi setiap rakan-rakan blog yang meninjau di kawasan Cameron Higland. Sorry Wan, tak dapat singgah lama-lama. Lain kali naik lagi, kena tunggu time cuti sekolah di lur musim hujan. Heheheh.

Continue Reading...

Aug 30, 2009

GERBANG MALAM : Riuh dalam sunyi

Malam tadi, cuaca agak dingin. Amirul masih demam, Mem besor pulak udah kebah badannya. Dok umah pulak memang agak lemau. SMS adik ipar di KL, mereka sekeluarga sudah pulang ke Melaka. Waduuuuhhh..

Asalnya, plan malam ni nak ke KL. Boleh juga bersahur di rumah adik ipar. Maka, plan berubah.

"Jom kita ke Ipoh ja.." ajak aku untuk anak-anak.

Mereka semua jadi ajer. Bergerak ke Ipoh membelah dingin. Saja nak jalan-jalan ambil angin. Semenjak cuti belajar hampir setahun ni, badan dan kepala otak aku jadi lemau. Boring jugak. Aku telefon kawan lama yang berada di Ipoh.

"Mana tempat yang best di Ipoh malam-malam ni?" tanya aku.

"Gerbang Malam" katanya ringkas.

Kat mana pulak tempat tu. Dalam tahun 90an dulu mana ada sewaktu 2 setengah tahun aku berada di Hulu Kinta. Waduhhh.. yang pasti ia berada di tengah-tengah bandar Ipoh.

Nampak gayanya, highway Ipoh Selatan sudah siap dan sudah adanya signboard. Mudah la jugak. Malangnya, exit tol Ipoh Selatan terasa macam baru. Aku dah tak cam! Nak ke bandar Ipoh pun aku dah tak tau. Terpaksa bertanyakan orang yang sedang membaiki jalan lebih kurang jam 11 malam.

Merayau-rayau aku di tegah bandar Ipoh. Akhirnya jumpa juga. Tu dia...

Panorama Gerbang Malam : Riuh dalam sunyi

GERBANG MALAM. Aku tak bawa kamera. Gambar-gambar ni just cilok dari internet dan tempek ka sini.. hehhehe


Continue Reading...

Jul 30, 2009

Terjawablah sudah...

Semalam, aku ke PPD Batang Padang di Tapah dengan mem besor. Mem besor nak hantarkan hasil laporan Kajian Tindakannya untuk ke peringkat negeri Perak bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Dua mata pelajaran sekali gus, gila kuasa sungguh ko ye mem besor. Heheheh. Aku jadi 'bos' kerana mem besor yang memandu. Hehehhe

Aku pulak nak jumpa dengan Penyelia Sekolah Rendah untuk dapatkan maklumat awal berkaitan kajian aku nanti.

Sambil berbual dalam kereta, hp aku berbunyi. Nombor hp yang tertera tiada nama.

"Sapa pulak ni?" gerutu hati aku. Aku tekan punat hijau di hp aku. Mem besor dok jeling-jeling. Hehehe

"Assalamualaikum, boleh bercakap dengan En Azlan?" kedengaran suara dari hp cokia aku.

"Waalaikum salam, saya bercakap" balas aku.

" Saya XXXXXX dari JKM Kluang. En Azlan ingat lagi?" tanyanya lagi.

"Ya..ya..Ermmm.. JKM tu apa yer?" tanya aku semula. Aku sendiri dah tak ingat siapa yang bercakap di talian. Aku masih hairan.

Berbual lama juga untuk mendapatkan maklumat, siapa dan kenapa aku dihubungi.

Akhirnya, barulah aku dapat ingati semula butiran-butiran yang pernah kami bincangkan di tahun 2008 dulu, sbeelum aku berpindah ke Tanjung Malim. Alhamdulillah.

"Maaf En Azlan, sebenarnya dah lama majlis ni tertangguh atas sebab-sebab tertentu. Baru-baru ini, barulah dapat kami buatkan keputusan untuk majlis tersebut" beritahunya.

"Ermm..ok" balas aku, pendek sahaja.

"Jadi, En. Azlan di jemput pada Isnin depan (03.08.09) di Segamat untuk Anugerah tersebut. Surat akan dihantar ke alamat terkini En Azlan melalui pos laju", katanya.

"Bolehkah pihak tuan sediakan tempat tinggal (hotel) untuk saya sekeluarga untuk bermalam di sana memandangkan majlis pada pagi Isnin dan saya perlu bergerak ke Segamat pada hari Ahad?", tanyaku lagi.

Mem besor dah mula memacakkan ibu jari tanda bagus kerana sefamili dapat ikut ke majlis tersebut. Hehehehhe.

"Baiklah, saya akan usahakan. Yang pastinya, tempat tinggal akan cuba disediakan. Cuma, saya akan maklumkan pada En Azlan selewat-lewatnya pada hari Sabtu nanti".

"Terima kasih En. XXXX. Saya akan nantikan panggilan Encik dan kita akan jumpa di Segamat nanti", balas aku.

Akhirnya terjawab juga berkaitan peristiwa yang aku lalui di tahun 2008 lalu. Permohonan aku itu adalah sebelum aku berpindah ke Tanjong Malim. Terima kasih semua pihak yang terlibat dalam penganjuran majlis tersebut. Apakah krateria yang membuatkan aku terpilih? Aku akan nantikan butiran selanjutnya dalam surat yang diposkan nanti.

p/s : Entri ini dimuatkan sewaktu aku dalam perjalanan ke KL menaiki komuter. Merayap, jangan tak merayap. UPSI tutup seminggu atas adanya kes H1N1. Yeabeda-bedu!
Continue Reading...

Dec 16, 2007

Cuti-cuti layan anak 2


Eyes On Malacca


Malam tadi aku merayau-rayau di alam maya, terjumpa pulak blog Bro Rick Wan, berketurunan Baba Melaka. Ada entrinya yang menarik selera aku. Dia menceritakan berkaitan Eyes On Malacca. Menarik gak tu. Maklum le, Eye On Malaysia di Kuala Lumpur, aku tak berapa terer bab-bab jalannya untuk nak bawa famili aku ke sana. Maka, takde ROTAN, AKAR pun ok. Tak gitu?

Semasa makan tengah hari, aku bersembang-sembang dengan anak aku di meja makan. Mama diaorang tersenyum simpul saja bila aku bertanyakan berapa hari diaorang nak balik beraya di rumah nenek di Melaka. Aku planning lepas Asar hari ni, aku akan bergerak ke Melaka. Aku nak ronda lagi di bandar Melaka untuk ke Eyes On Malacca. Macam menarik je planning nih. Mem besar pun sokong gak plan nih. Kompom jadi, kalu takde aral melintang. Malangnya, dalam blog Bro Ric Wan takde pulak diceritakan hala nak tuju ke tempat tu. Penin jugak aku!

Menarik tak? Sumber : BroRickWan

Menarik tak? Sumber : BroRickWan

Menarik tak? Sumber : BroRickWan

Baru tadi aku call semula Usop (member sekuliah semasa di KSPK-IPPM : tinggal di Taman Ozana, Bukit Katil). Dia maklumkan bahawa, Eyes On Malacca tu baru je operasi. Mulai bulan November. Patut la aku tak pernah dengar tentang tempat nih semasa di IPPM dulu. Rupa-rupanya, senang aje jika nak ke tempat tu. Aku agak le, Raszana dan TokNabe kompom akan buat planning untuk ke sana jugak selepas membaca entri ni. Sayangnya, Raszana kena tunggu mem besarnya abis pantang dulu...hehehhe. Sabo je lerrr Raszana..

Lokasi utama yang perlu dicari ialah :

1. Hang Tuah Mall
2. Bus Stand lama

Alaaaa....kalu kat situ kompom ramai yang tahu. Usop juga maklumkan bahawa, malam tadi dia ronda-ronda di kawasan itu.Maklum le, malam minggu. Ramai bangat dong! Di sana juga ada ronda-ronda Sungai Melaka dengan 'bot lanun' katanya. Entah macam mana rupanya pulak. Pastinya aku akan ke sana malam ini...jeng..jeng...jeng..

Selepas itu aku akan bawa famili aku ke JonkerWalk di malam hari. Biasanya, waktu malam agak meriah. Biasanya aktiviti malam (window shopping - macam pasar malam) dijalan pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin....aku pernah ke sana berdating ngan mem besar sewaktu aku di IPPM dan mem besar aku berkursus Kajian Tindakan di Hotel Strait Meridian anjuran JPN Johor.


Planning aku, esok aku akan ke UKM. Nak ziarah kenalan aku yang bertugas di Perpustakaan Jabatan Psikologi, UKM. Maklum le, ada member aku antokan sms bahawa minggu depan, tawaran biasiswa KPM untuk sambung master akan keluar. Maka, aku perlu ambil langkah berjaga-jaga le gamaknya. Apa-apa pun, standby brader!


Continue Reading...

Dec 15, 2007

Cuti-cuti layan selera

Hari Jumaat semalam, aku sefamili ke Batu Pahat. Sempat juga aku antokan sms pada TokNabe untuk tanyakan apa-apa yang menarik di Batu Pahat. Maklum le, sebelum tu dia juga dah ke Batu Pahat. Mana le tahu kalau-kalu dia boleh cadangkan tempat2 yang best untuk aku bawakan famili aku. Boleh juga aku tambahkan aktiviti dalam aktiviti 'layan selera' aku. Rupa-rupanya, TokNabe melawat tempat-tempat perabih duit. Boleh tahan jugak TokNabe bershoping sefamili...hehehheheh.

Aku berhajat untuk ke Jabatan Kastam Batu Pahat untuk meninjau-ninjau kereta lelong. Adaka patut Si Astro kata kete-kete ni kete banjir...cit! Heheheh. Entah-entah, dia pun teirngin jugak. Kalau dia pun teringin jugak, bagitau je ler.... boleh jugak diadjust-adjustkan apa-apa yang patut. tak gitu Astro?

Sempat juga aku sms kat Mr Budindo tentang harga buka tender untuk Mercedes tu. Murah katanya. Maklum le, kita kena tanya juga member-member yang dah berpengalaman pakai kete yang senama macam tu. Tak gitu Mr Budindo?
Harga buka tender BMW ni ialah RM8000.00.

Ghega tender Mercedes (masterpiece - 1995) ni ialah RM18,000.00


Anak-anak aku sempat berposing kat sebelah Mercedes tu.

Aku sedang menelefon pomen-pomen aku untuk datang jengah body
dan enjin Mercedes ni. Katanya lepas sembahyang Jumaat
nanti diaorang turun ke Batu Pahat.


Geram juga aku tengokkan Mitsubishi Grandis (Singapura) yang masih kat dalam stor.
Kata Pegawai Kastam, kes belum selesai
untuk dilelong.


Sebenarnya, aku masuk bida untuk mercedes tu sebanyak RM22,100.00 Aku tak pasti lekat ke idak. Aku buatkan bankdraf sebanyak RM2,210.00 (10% daripada harga yang dibida). Jika ada rezeki, bakinya aku perlu cashkan setelah menerima surat nanti. Jika xde rezeki nampak gayanya, deposit tu akan dipulangkan semula. Maka, dapat juga aku cari pengalaman membida kenreta lelong ni. Ada gak kawan aku pesan, jika nak membida barangan lelong ni, perlu letakkan harga 70% daripada harga pasaran. Gerenti dapat! Tetapi aku fikirkan pulak bahawa untuk kereta lelong x bleh camtu sbb perlu sediakan juga kos untuk repaire! Baru jadi cun.

Dalam tempoh aku membelek2 Mercedes tu, ada gak mamat yang cuba nak provok aku. Cinabeng betul! Nasib baik aku counter dia balik. Akhirnya dia pula yang tersengeh-sengeh dan terkulat-kulat macam aku juga seawal dia provok aku. Heheheheheh.

"Brader, aku dah amik berapa bijik Mercedes yang dilelong ni dalam tahun ni dan tahun lepas. Memang aku masukkan harga yang tinggi. Thn lepas, aku cuma fight dengan tauke cina dari Pontian. Kesian jugak aku kat orang lain yang letakkan harga yang rendah-rendah!" terkulat-kulat kejap aku mendengarnya. Maklum le, aku baru je nak belajar-belajar membida kereta lelong kastam nih. Mende le brader tu. Apa-apa pun, bagus gak dia provok aku......

"Takpe brader, sebelum ni aku belum pernah masuk tender. Thn ni belum tentu brader boleh dapat! Tak guna le kalu aku tak gunakan 'contact' aku! Kita cuba dulu", aku terus bersalam dengan mamat tu sambil tersengih-sengih. Heheheheh. Sedangkan aku sendiri takde kenal sesapa 'contact' yang aku sebut. Mulut aku memang jenis spontan je menyebut apa yang terlintas kat kepala otak aku nih!

Aku sekadar nak rasa dan cari pengalaman membida kereta lelong nih, bukannya apa pun. Kalu dapat, rezeki aku la gamaknya. Hahahahahah.

Moral:
Usahle kita kompiden sangat nak provok orang lain, jika kita tak bersedia mendengar orang lain provok kita. Heheheheheh.
Continue Reading...

Dec 14, 2007

Cuti-cuti layan anak...

Di Pintu Utama ikut Taiko!

Di bilik editing...
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template