Aug 28, 2015

The Matrix

The Matrix adalah keberadaan pada zon sesuatu kepercayaan. Hal inilah dinamakan sangkaan. Sangkaan bertitik-tolak daripada alam fikiran. Namun, sangkaan ini dapat dilupuskan atau dikekalkan apabila individu itu melalui sendiri secara berpengalaman bagi membina keyakinan. Keyakinan ini mengukuhkan lagi kepercayaan tersebut.



Namun, ISLAM menjelaskan tentang kepercayaan kepada Tuhan memberi impak yang mendalam apabila benar-benar mengalami proses kerohanian untuk mengukuhkan keyakinan hidup berTuhan dengan kalimah Laillahailallah, Muhammadarasulullah. Namun demikian, akibat tiada kebenaran perkembangan ilmu ini di sesebuah negara, hal-hal kerohanian tidak tersebarluas dalam konsep ilmu yang boleh dipelajari secara terbuka. Ini berpunca daripada keterbatasan ilmu oleh pihak berkuasa sesebuah negara. 


Bersyukurlah kepada individu-individu yang mendalami ilmu kerohanian yang dipimpin oleh pembimbing yang berpengalaman. Malahan, pegalaman-pengalaman tersebut wajar dibimbing kerna boleh tersesat kefahaman hingga gila isim. Itulah rezeki masing-masing. Ini kerana, pengalaman kerohanian adalah perihal luar batas kotak akal manusia biasa. Sekiranya, hal pengalaman tersebut dikhabarkan kepada orang ramai, pasti ianya menimbulkan persoalan lain dan tandatanya. Misalnya, perihal isra' mikraj Nabi Muhammad SAW akan terjawab apabila individu melaluinya. Di barat lebih kepada situasi yang cuba dibuktikan seperti alien, tanda-tanda akhir zaman dsb. Fail..!




Maka, huraian berkaitan The Matrix ini adalah sebagai satu perkembangan ilmu spiritual oleh ahli-ahli pemikir sehingga mampu difilemkan. Walaubagaimanapun, ilmu kerohanian ISLAM tidak kurang hebat juga namun tidak dapat disebarluaskan untuk masakini. The Matrix boleh pula diterima umum oleh pihak berkuasa. Hairan aku...!!

Kandungan :
Continue Reading...

May 23, 2015

ABL - Aku, Baada Labbaika

Aku Baada Labbaika

hari-hari
wujud pelbagai diri
mengaku itulah diri
yang menguasai alam diri
menghadirkan mengaku jadi diri
berpunca kejadian hidup seharian
dek perasaan dan fikiran
seolah membuat pengakuan
terjelepuklah jiwa kemanusiaan
terbungkam dek alam perasaan
tersembam dek alam fikiran
akibat diri-diri membuat pengakuan

hari-hari
menulusuri diri
baru ku mengecam perihal diri
baru kukupas peletus diri
baru kubahas penimbul diri
baru ku kenal diri-diriku
baru kukenal siapa diriku
baru kurangkum dalam Aku
sebagai umat Muhammad
seorang hamba Allah
Aku, Baada Labbaika
Abadi Bersama LaluanNya

ABL (sabtu - 23.05.2015 : 1.40pm)


Continue Reading...

May 3, 2015

RAHSIA : Berasa aliran elektrik di tubuh badan

Assalamualaikum WBT dan Salam Bahagia buat pembaca..


Sekian lama tersimpan dan direndamkan sesuatu ilmu pengetahuan kerna belum bersedia untuk dikongsikan. Kini, barulah terdetik di hati untuk dikongsikan bersama pembaca. Apakah kita ini, rata-ratanya boleh diumpamakan seperti lena dalam sedar? Ia membawa maksud bahawa dalam kesedaran hidup ini, masih gagal mengerti akan hal-hal yang tersirat. Akibat daripada gagal memaknakan sesuatu hal dari perspektif yang berbeda.

Ini berlarutan daripada hasil doktrinisasi minda dengan pengamalan dan penggunaan alam fikiran semata-mata dalam kehidupan. Maka, apabila berlaku sesuatu kejadian di luar kotak fikiran, manusia mula kebingungan. Inilah impak yang bakal diterima bahawa rakyat Malaysia sedang didoktrin ke arah masyarakat cetakan. 

Namun, kini sudah bermula sistem pendidikan di Malaysia yang diwar-warkan ke arah melahirkan masyarakat anak bangsa yang memiliki tahap pemikiran aras tinggi (Hots). Apakah impian ini dapat dicapai? Asasnya, beberapa perubahan dalam sistem pendidikan telah berubah, namun masih terikat dengan alam fikiran semata-mata dan akan berterusan dengan hal sangka-sangka @ persepsi. Maka, aku amat yakini bahawa matlamat pencapaian ke arah ini sukar dicapai dalam tempoh sebelum tibanya Wawasan 2020. 

Misalnya, kita belajar tentang elektrik statik dalam mata pelajaran Sains di sekolah. Ujikaji dilakukan dengan memegang kain di tangan kiri dan pembaris plastik di tangan kanan. Gosokkan objek ini antara satu sama lain dalam tempoh beberapa minit yang ditentukan. Kemudian, pembaris plastik yang sudah ada arus elektrik statik itu diletakkan pada rambut rakan sebelah. Kita diminta memerhati bahawa rambut akan bergerak-gerak menghampiri pembaris itu. Done,,!!. Setakat itu saja minda kita dididik dalam menimba ilmu. PERHATIKAN BUKTI. 

Contoh kesan elektrik statik rangsangan luar ke tubuh badan
Hakikatnya, apakah pelajar kita diajar untuk mengkaji dalam mengaji? Misalnya, bagaimana elektrik statik itu terbentuk? Setakat ini, minda anak-anak murid hanya berhenti berfikir apabila mendapat bukti pada lapisan pertama saja. Mereka tidak dididik untuk mengkaji dengan lebih mendalam. Contoh, apakah benar elektrik statik itu wujud hasil gosokan semata-mata? Jika benar, cuba alihkan kain dan pembaris itu pada alatan mesin untuk menggosokkannya. Apakah benar, hasil gosokan itu menghasilkan eletrik statik. Cuba pula dengan persoalan bahawa apakah arus elektrik itu terbentuk asalnya dari tubuh badan manusia sendiri dan dialirkan pada objek dipegang. Hasil arus dari tubuh mansuia itu sendiri sebagai puncanya.... cubalah ketuk kepala, tanya akal sehat.

Perkaitan tenaga dalam - dalam persilatan

Selanjutnya, daripada situasi di atas inilah, aku berhajat untuk membawa minda pembaca untuk terus mengikut perkembangan persoalan demi persoalan yang dibentuk agar kita mula mengenali diri masing-masing. Asasnya dalam Al-Quran jelas untuk kita telitikan makhluk ciptaanNya termasuk diri manusia itu sendiri. Aku berhenti setakat ini berkenaan mengenali diri. Aku tidak berhajat untuk menjelaskan selanjutnya kerana tidak mahu disalahtafsirkan oleh pembaca.

Aku lebih gemar menjelaskan tentang aliran elektrik di dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Kekadang, ada sesetengah individu akan merasakan seperti terkena renjatan elektrik di dalam tubuh badan apabila menyentuh sesuatu. Kebiasaannya kita alami secara tidak langsung tanpa kawalan minda (sedar).

Pembaca boleh membaca hal ini mengikut urutan link yang diberikan di bawah sekadar perkongsian asas :

1. Kosmo : 2010 - Elektrik Dalam Tubuh
2. Serikandiku : 2011 - Sistem Saraf adalah wayar elektrik
4. Rumbiariswan : 2013 - Elektrik dan tenaga di badan

Malahan, di bawah ini juga aku paparkan berkaitan video perihal perkaitan aliran elektrik dan tenaga dalam dari negara luar. Aku tidak berminat dengan memaparkan kemampuan sebahagian rakyat Malaysia dalam bidang ini. Ini kerana, minda rakyat Malaysia yang telah tercetak sekian lama akan mengaitkan dengan hal-hal agama yang difahami berasaskan tahap pengetahuan sedia ada. Malah, sukar untuk meningkat dan memperkembangkan ilmu ke tahap yang lebih tinggi... PASTI terkait dengan jin, iblis, hantu, syirik dan bermacam-macam tujahan dan tuduhan. Maka, saya DIAM dari perspektif ini. Jika hal agama, sebaiknya ditanya pada ahli agamawan. Saya tidak tahu.

Perkaitan aliran elektrik dan tenaga dalam


Di sini, saya lebih tertarik melihat kerahsiaan aliran elektrik dan tenaga dalam seseorang dari sudut ilmu sahaja. Apabila berbicara hal ilmu, ia dapat dibincangkan dengan lebih terbuka dan mampu melewati negara, bangsa, kaum tanpa menyentuh perihal agama sesuatu kaum. Sekiranya ilmu ini bertunjangkan bidang keagamaan, pemikiran manusia akan lebih terikat dengan salah dan betul dalam ertikata jatuh hukum!. Maka, saya lebih gemar menulis dari sudut ilmu pengetahuan sahaja. Untuk pengetahuan selanjutnya, sila rujuk individu-individu yang lebih mengerti akan hal tersebut.

"Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.."


Sesekali, mari kita menonton filem LUCY


Salam bahagia daripada saya.......

Continue Reading...

Feb 27, 2015

LANGIT SEDANG TERBUKA : menggapai pemikiran luar kotak

Batu Pahat : 27.02.2015 - Langit sedang terbuka kembali lagi...

Penulisan ini hanya berkisar seorang tokoh tidak dinobatkan dalam negara sendiri. Dr Halo-N, seorang ahli tasawuf yang mengaplikasikan Al-Quran dan diterjemahkan menerusi disiplin ilmunya. Penterjemahan Al-Quran berkonsepkan kontemporari dengan dunia semasa. Beliau melaksanakan satu anjakan paradigma dalam menterjemahkan Al-Quran dalam disiplin ILMU SAINS MODEN selari dengan pendidikan Abad ke-21. Ini mempamerkan bahawa, beliau memiliki pemikiran yang agak radikal  dalam menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti sokongan terhadap 9 buah teori baru dalam disiplin ilmu sains.

Beliau, tidak lagi membuat penterjemahan dan memaknakan Al-Quran itu seperti pengetahuan sedia ada umat ISLAM di Malaysia yakni sekadar BERLENGKAR DI KAIN SARUNG sahaja. Maksud berlengkar di kain sarung itu ialah kupasan-kupasan hanya berlegar-legar tentang makna tersurat sahaja, akhirnya tercetuslah fenomena DI SITU, KE SITU jua. Bilakah pemikiran umat ISLAM akan berkembang?


Para pembaca yang berminat untuk mengetahui cara pemikiran Dr Halo-N yang mencipta pelbagai teori dalam Sains Atom Neuklear, anda boleh klik DI SINI. Dalam laman web tersebut, anda boleh memuatturun 3 buah buku hasil tulisan yang dimuatnaik untuk tatapan pembaca. Buku-buku tersebut ialah Al-Fathun Nawa Jilid 1 dan 2. Juga sebuah buku lagi yang bertajuk Halawa Al-Fathun Nawa.

Semoga bahan bacaan ini bermanfaat kepada semua pembaca dengan corak fikir di luar kotak dengan mengaplikasikan ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan dengan lebih kontemporari. Juga semoga keluarga penulisan dan para pembaca beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup. InsyaAllah...



Malahan, penulis juga adalah penulis buku Hakikat Insan yang menjadi polemik dalam negara di era tahun 1980-an lalu. Buku tersebut hanya menjadi polemik dalam kalangan agamawan hanya kerana disiplin ilmu yang berbeza dengan kefahaman sedia ada. Itu saja...

Semoga, para pembaca berfikiran terbuka dalam menelaah untuk sesuatu disiplin ilmu termasuk agar mampu membanding beza terhadap sesuatu disiplin ilmu itu. Harapan saya, semoga pembaca tidak terus membuat tafsiran awal tanpa memahami dan merasai apa yang penulis rasai. Maka, duduklah pada disiplin ilmu masing-masing...

Sekian, terima kasih. - Hj Azlan bin Lin

*******
Catatan awal buat renungan...

Percayalah selagi mata dan pemikiran masih bertaut dengan prinsip warga belantara yang melihat pokok di erti pokok. Rotan di erti rotan. Maka selama itulah khazanah rahsia furqan hutan (the soul invention of jungle) tidak akan terwujud. Maka demikianlah khazanah hutan yang bernama Al Quran tidak akan melahirkan rupa furqan kemajuan jika mata pentafsiran masih tertaut dengan cara dan pendekatan lama di wajah balik bahasa tanpa penonjolan mantiq furqannya diserlah ke muka
dunia.  

Sesungguhnya sikap memberanikan diri mengubah pattern pendekatan yang ada kepada satu pattern pendekatan baru perlu dilakukan. Meski pun keheningan environment di hutan terpaksa dibisingkan dengan gergaji baru yang akan menggerak-kejut penghuni rimba. Satu rupa gerak kerja mata gergaji yang seharusnya dizahirkan oleh para intelektual di semua bidang sehingga rupa tamsiliah papan,
meja dan almari terzahir dari lubuk akliah keilmuan yang dituntut selama. Satu tuntutan perubahan baru yang mungkin mengejutkan penghuni rimba di awalnya tetapi akan menzahirkan rupa yang akan diterima kemudiannya. Satu keberanian di atas dasar kesedaran di hakikat tidak ada orang lain yang
akan merubah keadaan kecuali diri sendiri. 

Renung-renunglah. 

*******************
Continue Reading...

Jan 14, 2015

BERSEDIAKAH : Pintu Langit Akan Terbuka?

Pintu langit akan terbuka. Tajuk ini pastinya memberi satu konotasi yang menggegarkan pemikiran. Penggegaran alam pemikiran manusia yang membaca tajuk ini pastinya akan meletuskan persoalan dan pertanyaan. Apakah itu pintu langit akan terbuka?

PASTI... maklumat sedia ada dalam pemikiran seseorang itu akan diolah dan ditafsir berdasarkan pemikiran seseorang itu sendiri. Maka, bermulalah alam pemikirannya membayangkan sebuah daun pintu  terkuak (pintu rumah) di langit membiru. Akhirnya, terletuskan di alam pemikiran seseorang itu bahawa di dada langit membiru, terbuka sebuah pintu agar mampu menembusi alam langit tersebut... PASTI dan PASTI. Itulah yang berlegar dalam kotak pemikirannya. Maka, penafsiran sebegitu adalah berbeza dan sukar untuk keluar daripada kotak pemikiran.

BERSEDIAKAH...pintu langit akan terbuka?

Tertutupnya sebuah pemikiran manusia

Tertutupnya  sebuah kotak pemikiran, akibat daripada penafsiran minda terhadap maklumat yang diperoleh daripada enam pancainderanya yang tersendiri. ENAM PANCAINDERA itu ialah :

1. mata - penglihatan, 
2. telinga - pendengaran, 
3. mulut - percakapan,  
4. hidung - bau
5. lidah - rasa 
6. kulit - haba

Segala penafsiran maklumat daripada pancaindera itu, akan dihantar ke otak. Maklumat tersebut diproses hingga memberi kesan pada tingkahlaku seseorang. Dalam hal ini, pemprosesan maklumat akan berlegar kepada pengetahuan sedia ada seseorang. Maka,jika pemikiran seseorang masih tertakluk kepada maklumat pancaindera, seseorang itu masih berfikiran biasa-biasa saja.
Ramaiiiii... kata P.Ramlee.

Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template