Jul 27, 2013

DIRI : Aku dan Kita..

INI kata kata BBM (Bapak Baginda Mucktar)...

Dalam kehidupan kita menempuh tiga jalan iaitu :-

Pertama:
BERJALAN dengan sendirinya...
Kedua
MENJALANKAN kehidupan sendiri...

Ketiga
DIBAWA berjalan...

Perjalanan Pertama :
Semasa dalam kandungan ibu, kita berjalan dengan Ilmu Tuhan. Itu sebab kita tidak merasa susah.
~ sepanjang kita hidup dalam kandungan ibu, kita tidak hadapi sebarang masalah untuk makan, minum dan sebagainya. Sedangkan kita berada dalam 'sarung berair'. Tali pusat sebagai penyambung nyawa kita. Di situlah penghubung sumber makanan, minuman dan sebagainya.

Perjalanan kedua 
Setelah kita lahir kita harus menjalankan sendiri kehidupan kita. Salah jalan mengakibatkan penderitaan.
~ Apabila lahir, kita seolah TERLUPA dengan perjanjian kita dengan Allah. Segala tindakan kita dalam kehidupan seharian kita seolah-olah kita yang tentukan. Situasi ini bukanlah bermaksud hidup kita tanpa perlu melakukan apa-apa. Hanya beribadat kepada Allah SWT semata-mata. Bukan. Segala perlakuan dan tindakan kita sewajarnya kerana Allah SWT. Apabila hati kita menjadi keras akibat warna-warni kehidupan, membuatkan kita melawan kehendak hati dan ketentuanNya.

Perjalanan Ketiga
 
Setelah perjalanan sampai ke batas, kita dibawa berjalan untuk kembali ke asal.
~ Maksud ke batas ialah kita sudah mengenali roh yang ada dalam tubuh badan kita sendiri tanpa dibatasi oleh kulit dan bulu. Roh yang wujud dalam diri kita hanya dibatasi oleh kulit pada jasad kita. Apabila kita mengenali sifat-sifat roh, jasad kita akan melakukan sesuatu tindakan dengan sifat-sifat roh itu sendiri. Jasad kita hanya mengikuti gerakan roh dalam jasad. Gerakan roh dapat dirasai dengan getaran jiwa @ gerak hati. 
Persoalannya...
Perjalanan pertamalah yang terbaik yaitu berjalan dengan Ilmu Tuhan. Soalnya setelah kita dilahirkan ibu, masih adakah Ilmu Tuhan itu pada kita? Jawapannya masih ada dan padanyalah terletak RAHSIA kehidupan kita.

DIA menghidupkan kita di dalam. Mengaliri dam mengisi jalan kehidupan kita dan terbatas pada kulit dan bulu kita. Pembawaannya yang berjalan dengan sendirinya itu bagi kita TETAP ADA. Dia telah ada semenjak kita diadakan. Keadaan keliling kitalah yang menyebabkan kita lupa atau sampai melupakannya.
"Surah An-Nur (Ayat - 35)
Wallahualam...
Continue Reading...

MELAYU : Baru & Lama

Assalamualaikum WBT :

Cuti hujung minggu ini, aku sekeluarga tidak ke mana-mana. Di bulan puasa, tak berapa best untuk meronda-ronda cuci mata khususnya di shopping mall. 'Selera' naik mencanak. Baiknya memerap di rumah saja.

Cuti hujung minggu ini juga, dua orang anak aku ada aktiviti di sekolah masing-masing. Amira dan beberapa orang rakan kelasnya terlibat dengan taklimat berkaitan inovasi (katanya). Awal pagi lagi sudah bergerak ke sekolah. Nampaknya, ada bakat seperti mamanya yang gemar mencipta inovasi dalam kerjaya. Satu perkembangan menarik tu. 

Amir pula ada kelas tambahan di sekolahnya. Pecutan akhir sebelum UPSR yang tinggal beberapa minggu lagi. Semua aktiviti yang baik wajar di sokong oleh ibu bapa. Walau bagaimanapun, perlu dijuga dipantau aktiviti mereka, bukan boleh main percaya sepenuhnya. Amirul pula meneruskan aktiviti melukis gambar kartun. Ketiga-tiga orang anak aku, ada bakat yang berbeza-beza. Begitu juga tahap pemikiran mereka. Kita sebagai ibubapa harus akur akan tahap anak-anak yang pelbagai.

Aku pula asyik mengadap laptop. Ada tugasan mengejut yang perlu aku selesaikan. Kekadang, aku terfikir juga walaupun aku sudah bertukar organisasi/tempat kerja, 'niche' aku tetap sama. ICT. Itulah identiti yang aku bawa walau di mana aku bertugas. Ini kerana tugasan kerja yang biasa dan rutin, semua orang boleh buat. Makanya, dalam biasa-biasa itu kita perlu ada identiti yang dibawa agar diri kita diperlukan dalam organisasi. Idak le dikatakan melukut di tepi gantang. Ada, tidak menambah. Tiada, tidak mengurang. Jika udah jadi melukut, lebih baik dok rumah saja. Makan-tidur, makan-tidur saja kerjanya. Sampai masa, mati. Habis cerita, jika tidak menyusahkan orang lain.

Ada kelainan

Jika diperhalusi, entri aku hari ini agak bersantai. Seperti sedang berbual dengan pembaca. Tidak seperti entri-entri aku sebelum ini yang agak formal, tiada cerita tentang diri dan keluarga. Hanya lebih kepada fakta sahaja. Tapi...hari ini, aku agak sedikit berlainan. Emosi aku sedikit tersentuh apabila aku terbaca sebuah blog seorang anak muda yang memiliki impian, perancangan dan tindakan ke arah mencapai matlamatnya. Beliau berani membuat keputusan untuk mengubah hidupnya. Aku kagum dan teruja seketika. Klik DI SINI.

Dalam blognya juga ada paparan video yang memaparkan realiti hidup yang boleh dijadikan panduan dan sempadan untuk merealisasikan impian dan harapan. Sesuai sungguh untuk orang  Melayu ketahui dan fikirkan untuk generasi akan datang. Di sini, aku muatnaikkan vidoe tersebut yang sememangnya ada di youtube.




 



Continue Reading...

Jul 18, 2013

GURU DITEMBAK : Berpunca kerjaya guru @ kerjaya sampingan?

Kejadian tembak jarak dekat menjadi satu kaedah mematikan nyawa dan watak seseorang. Ini pasti berpunca daripada "penyakit hati" yang tidak dididik dengan baik. Tambahan pula kejadian mangsa mati ditembak jarak dekat ini adalah berkerjaya guru. Mengapa terjadi demikian..?

 Hasil buatan manusia

“Tuhan (Allah) tidak menzalimi mereka itu (maksudnya manusia), 
tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.” 
(Ar Rum: 9)

Kes Pertama :

Beberapa minggu lalu (08/07.2013), timbul kes yang menggemparkan apabila seorang guru yang dibunuh sebaik keluar daripada sekolah selepas waktu bertugas. Mangsa tersebut berusia lebih kurang 40 an ditembak mati berhampiran Sekolah Keb. Beris Panchor, Bachok pada pukul 2.00 Petang

 
Sumber : DI SINI
 Siasatan awal pihak polis

MAKLUMAT MANGSA :
NAMA     :   HASHIM BIN MAT ZAIN
UMUR     :   43 TAHUN
KERJA    :   GURU PEN. KANAN HEM SEK. KEB BERIS PANCHOR, BACHOK
TEMPAT KEJADIAN : SIMPANG TIGA JALAN BERIS PANCHOR, TAWANG KE KOTA BHARU (BERHAMPIRAN SRK BERIS PANCHOR)
Siasatan awal mendapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll .
Mengikut maklumat, mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II Kota Bharu untuk bedah siasat.

 Kes Kedua :

Hari ini (18/07.2013), isu terkini ialah seorang guru berbangsa India, Shanmugan a/l Krishnasamy (55) seorang guru di Sekolah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang ditembak mati sewaktu mangsa dalam perjalanan ke sekolah untuk bertugas. 
 
Sumber : DI SINI

Siasatan awal pihak polis

Mengikut siasatan awal mangsa tiada kes lampau kecuali pernah ditangkap kes samun pada Jun 2013 di daerah Kulim. Mangsa juga dikatakan seorang ahli geng 36 dan terlibat dengan pengedaran dadah.

** Bila dilihat fakta geng 36, aku cuba tanya pada Pakcik Google tentang apakah itu Geng 36. Wow...agak menarik. Lihat DI SINI.

******************
 Komen aku 
Hasil siasatan awal pihak polis, jelas menunjukkan bahawa kerjaya sampingan yang dilakukan oleh kedua orang guru ini mampu memberi impak  dan merangsang 'penyakit hati' semakin merebak. Tindakan dan tingkahlaku diluar waktu tugas seorang guru itulah yang memberi kesan akan kejadian tembak jarak dekat itu berlaku. 

Jika difikirkan secara logik, bolehkah kerjaya guru  menyebabkan kejadian tembak dan "penyakit hati" orang lain itu memuncak? 

Inilah persoalannya. Jika diperhatikan secara halus, benarlah latar belakang kerjaya sampingan yang dilakukan oleh kedua mangsa yang juga berkerjaya guru memberi implikasi terhadap "penyakit hati". Penyakit hati ini tiada ubatnya secara moden...Akibatnya, jalan singkat dengan menamatkan riwayat hidup mangsa mampu memuaskan "penyakit hati" ini.

Namun, demi meningkatkan "rating" pembaca untuk isu yang dipaparkan dalam media, sememanglah perkataan 'guru'  itu wajar diketengahkan sebagai tajuk berita yang menarik. Guru Mati Ditembak. Fuhhh...tentulah pembaca tertanya-tanya. Begitulah keadaan sekarang, nyawa umpama telur dihujung tanduk. Mati, sememangnyalah semua makhluk di muka bumi ini akan mati. Cumanya kita tak tahu cara mana kita meninggalkan alam fana ini. 

Continue Reading...

Jul 13, 2013

CEPAT : Kereta Lelong Kastam 2/2013

Hari ni, baru aku berkesempatan menjengah ke laman web kastam. Laman web itu menjelaskan tentang ada lelongan kereta bagi siri 2/2013. Bagi peminat kereta lelong kastam, boleh buat semakan di SINI. Untuk setakat hari ini, laman web tersebut masih boleh dibuka. Aku tak pasti sama ada boleh dibuka atau tidak apabila sudah tamat tempoh iklannya.

Untuk siri 2/2013 ini, sudah hampir tamat tempohnya. Lelongan ini dibuka mulai 25 Jun lalu. Tarikh tamatnya pula pada 15 Julai. Oleh itu, hari ini adalah 13 Julai dan bermakna hanya tinggal 2 hari saja lagi. Heheh. Para pembaca blog ini bolehlah pergi mengunjungi lokasi-lokasi yang ada buat pameran lelongan itu. Entri kali ini hanyalah tujuan memberi info tentang lelongan kereta kastam 2013. 

Untuk lelongan kali ini, terdapat 10 buah negeri yang terlibat. Ada juga nombor telefon yang dilampirkan. Anda boleh berusaha untuk menyelidiki dan membuat tindakan selanjutnya. Berikut adalah contoh-contoh kereta yang ada di negeri Johor.
 Lot 86
Lot 84

Continue Reading...

Jul 7, 2013

MANUSIA : Empat Jenis Watak



Ada empat jenis manusia dalam dunia ini:
Pepatah orang tua-tua ada menyatakan bahawa jauh perjalanan luas pandangan. Justeru semakin jauh perjalanan kita menuju ke garisan penamat hidup, semakin banyak pengalaman yang kita kumpulkan. Pengalaman itu ada pelbagai. Namun, kesemuanya berkisar tentang manusia-manusia di sekeliling kita termasuk diri kita sendiri. Pastinya pelbagai cerita yang boleh digarapakan dalam hal tentang manusia. Walhalnya, kita telah melaksanakan perjanjian dengan Allah SWT sewaktu di alam roh lagi. Yakni ketaatan kita pada Allah SWT tidak akan berganjak. Tetapi, jika kita perhalusi...apa yang berlaku..? Wallahualam...
Akhirnya, Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani  merumuskan tentang kategori manusia. Beliau bahagikan kepada empat jenis. Jenis-jenis manusia ini mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Marilah kita renungkan sejenak dan berfikir...

PERTAMA : Tiada Lidah, Tiada Hati 

Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah. 
 

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan;

 Ilmu Ketuhanan, 

 Guru kepada yang baik, 

 Pembimbing kepada agama Allah, 

 Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. 

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul. 


Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli;

"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit". 
KEDUA : Ada lidah, Tiada Hati

Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati. 

 Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. 

 Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. 

 Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. 

 Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. 

 Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. 


Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda; 

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang 'Alim yang jahat". 

Kita berlindung dengan Allah daripada orang 'Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan apoi dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu. 




KETIGA : Ada Hati, Tiada Lidah

Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah. 

 Dia adalah seorang yang beriman. 

 Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan 

 menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan 

 memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. 

 Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda; 

"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan". 

Sabda baginda lagi; 

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam". 

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka. 

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan hamba-hambanya yang Sholeh. 
KEEMPAT : Fana & Lebur Diri 

Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW; 

'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan". 

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain. 

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian. 

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya. 

Jadi saya (Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

kredit: Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
Sumber : OpenMind
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template