LUMRAH untuk sesebuah bahtera yang merentasi lautan luas untuk mencari destinasi, pasti ada gelora yang melanda sama ada kuat atau perlahan bergantung kepada nakhoda yang mengendalikan bahtera untuk mengharunginya. Nakhoda itu (sang suami) yang menjadi tonggak kekuatan pelayaran tersebut. Bayangkan sebaliknya, jika nakhodanya ialah sang isteri yang memiliki tahap kawalan emosi yang rencam hendak mengemudikan sebuah bahtera. Pasti ada pincangnya. Kepincangan yang melanda disebabkan sang suami yang agak sukar membuat keputusan dalam apa jua gelombang yang wujud.
APABILA wujud perkahwinan, tidak semestinya semua berjalan dengan baik dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini diperturunkan pengalaman masyarakat serta tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.
1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
“Kawan saya dan isterinya baru saja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma mereka dapat rasakan bahawa mereka semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. “Nasib baik mereka berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”
2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.”
“Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.”
3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik saja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”
4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada saja SMS yang dihantar, kadangkala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”
5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
“Mana ada yang 100 peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutama dari segi kerjaya. Kadangkala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumah tangga kucar-kacir.”
6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mula berkenalan dulu.
7. Anda tidak semestinya bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur, mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Mereka inilah pasangan sehati sejiwa masing-masing.
9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadangkala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ia bergantung kepada mood dan keadaan sekeliling.
10. Perasaan ego berlebihan amat berbahaya.
Apabila berlaku perselisihan, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?
Sedikit kupasan...
Maka, kebahagiaan sesebuah rumahtangga tertakluk kepada komitmen kedua-dua pihak dalam mengharungi hari-hari yang dilalui. Amat perlu sikap keterbukaan dalam membincangkan segala permasalahan yang timbul bagi mengelakkan pertelingkahan berlarutan.
Dalam tempoh perbincangan, cuba wujudkan watak lain untuk pasangan ketika berbincang. Andaikan masalah itu wujud di kalangan orang lain dan kita yang sedang bincang dan mencari punca masalah untuk diatasi segera. Kebiasaannya, kaedah ini mampu membawa kita melihat sesuatu masalah dalam pelbagai sudut. Malahan mampu berbincang tanpa ada tembok keegoan yang sering membatasi sesuatu perbincangan. Kaedah ini juga lebih secara bersantai...
Seringkali kita mendengar rungutan bahawa keegoan di kalangan sang suami yang membantutkan usaha mencari jalan penyelesaian. Sang suami gemar menggunakan "kuasa veto" dalam membuat keputusan tanpa melihat sudut penerima sesuatu keputusan itu. Sifat empati memainkan peranan dalam menyelami hati dan perasaan pasangan.
Apa komen anda? Marilah kita kongsikan cetusan dan kemelut yang melanda kebanyakan daripada kita & pasangan di sekeliling kita... Mari lah..

12 Coretan Lain:
PENDAPAT:
Adakah hampir 90% pasangan adalah yang berbeza watak dan perwatakan dan pembawaan antara keduanya?
Bagaimanakah perbezaan ini dapat dilihat?
APAKAH PENDAPAT ANDA?
Hidup berumahtangga sebenarnya adalah untuk saling melengkapi kekurangan atau kelemahan pasangannya, mungkin keserasaian itu bukan dapat kita capai untuk tempuh sehari dua, setahun dua kerana sering kali orang yang terdekat dengan kita, yang hidup dengan kita adalah orang yang paling jauh untuk memahami kita kerana mereka selalu berfikir mereka mengenali kita sama seperti kita yang dulu sehingga mereka tidak sedar kita telah berubah sama ada pada hati juga pada pendirian…
Bertengkar juga boleh mengeratkan kasih sayang suami isteri..tak percaya...lepas bertengkar, dipujuk..dibelai...indah kan! Tetapi janganlah bertengkar sekadar untuk membalas dendam.
Salam Azlanlin...
OD tak pernah terfikir pun nak wujudkan watak lain semasa berbincang. Nantilah nak cuba. Terima kasih beri info ni. Biasalah, resam berumahtangga, bukan selalunya bahagia. Itulah yang membuatkannya sempurna, tak gitu?
:: kepelbagaian dan kerencaman itulah yang biasanya wujud antara individu dan antara pasangan... dan kesemua inilah yang "menceriakan" dunia ini... yang berjaya menjadikan hidup dan kehidupan kita "seronok" sentiasa... jika tidak... hidup dan kehidupan ini amat "membosankan"... tak gitu?
To Jie:
Menarik sangat pandangan bahawa sesuatu ketidaksamaan itu yang cuba disamakan walaupun diketahui bahawa...persamaan itu sukar diwujudkan... Ermmm..bagaimana agaknya untuk menyedarkan pasangan yang tidak menyedari bahawa pasangannya itu ada sedikit perubahan? Ada pandangan ke Jie?
To OD:
Untuk menukar watak dalam perbincangan memang menarik jia dilakukan, boleh dibincangkan isu secara bersantai..akhirnya, kupasan demi kupasan permasalahan akan dilakukan secara tidak langsng dan bersahaja.. Namun, situasi ini memerlukan persefahaman kedua-dua pasangan yang tinggi tentang perwatakan yang dibawa...ermmm, memang menarik! cuba lerrrr...
To PakNgah:
Ada benarnya kerencaman dan kepelbagaian itu sebagai menceriakan suasana. Jika itu dipandang dari sudut positif..bagaimana pula orang yang acapkali berfikiran negatif apabila timbul sesuatu keributan? Jenuh gak tu PakNgah? Kacau..kacau.. hehehhe
untuk menyedarkan pasangan yang tidak menyedari bahawa pasangannya itu ada sedikit perubahan? Ada pandangan ke Jie?
Dlm rumahtangga, ada kasih sayang & cinta antara suami isteri. Ia perlu dizahirkan. Setiap pasangan harus memulakannya. Jangan dok harap dia je nak memulakan dulu sdgkan kita hanya diam membatu. Pepatah menyebut "THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET"
Nak kenal segala perubahan pasangan kita, kunci segala keharmonian rumahtangga adalah KOMUNIKASI, saling berhubung. Lagi byk kita berkomunikasi lagi byk kita memahami..tp jgnlah berkomunikasi yg jenis gaduh baling periuk belanga tu...tu pun sejenis komunikasi juga tapi jenis tu cuma mencipta jarak yg semakin jauh antara kedua hati . Semakin kuat mkita berteriak, semakin kita menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi......
To Jie:
Menarik pandangan Jie...
i.kekadang si dia mengetahui perubahan2 yang berlaku pada diri kita...sayangnya, kita pulak yang asyik-masyuk menerima pemberian "harmoni & mengejut" si dia tanpa diminta..sehinggakan terlupa pula kita hendak 'memberi' semula seperti yang diterima... mcm mana le kita nak sedar Jie?
ii. bagaimana pulak jika apa yang cuba kita berikan tidak menepati standard yang si dia tetapkan... alamakkkk "tak sampai" ke? adusssss... mcamana pulak tu ye Jie?
uikk..asik tanya mcm mana nk sedar je..mcm la mabuk sampai tak sedar². Ketuk pala dia patlima kali sedar la kot ..he he he
wah..ni sampai nk mencapai standard piawaian bagai ni, nak ambil sijil ISO ke?
Walaupun dgn stadard yang sama, keupayaan seseorg utk memahami berbeza bergantung pd latar belakang atau pun pengalaman silam. Jgnlah risau sgt..tiap org memiliki cacat dan kekurangan tersendiri, tak mungkin sempurna kerana kesempurnaan bukan di dunia. Jangan takut akan kekurangan. Kenalilah kelemahan kita dan ketahuilah, di dlm kelemahan kita, akan kita menemukan kekuatan yg tersembunyi. Bila masing² dah sedar itulah kehidupan , itulah dunia kita akan belajar menerima seadanya..orang yang bahagia bukan kerana dia memiliki apa yg dia dapat tetapi kerana dia redha dan menghargai apa yg dia miliki.
p/s saya ni byk ckp kat blog org...blog sendiri terbongkang tak tulis apa²..he he he...
selalu yg didepan mama,memang setiap pasangan berlainan watak dan cara..kalo sorang lembut,yg sorang lg kasar..tp rasa mama itulah keserasian die...
mama cuma amalkan sedikit petua...
still panggil sayang walopon dah 10 thun kawen...
spend time tuk kuar berdua sahaja(anak2 pon dah faham)...
sms selalu ngan hubby...no fon just sms...
kalo berselisih faham,mama suka berbincang dr melenting x tentu pasal...
mama jrg cemburu kalo hubby nak jpe kengkawan die coz laki ni die memang perlukan masa tuk kengkawan...
dlm rumahtangga mesti bercakap...ahaks :p
Post a Comment