Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi kenapa tuhan menganugerahkan hanya sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lahi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya C.I.N.T.A
Jika kita mencintai seseorang kita akan sentiasa mendoakan beliau walaupun dia tidak berada di sisi kita. Adakala mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus berterimakasih atas kurniaanNya itu.
Jangan menolak cinta atau melarikan cinta bila ianya berada di hadapan kamu!
Cinta dapat mengubat yang pahit menjadi manis, debu beralih emas, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat, kemarahan menjadi rahmat. Amat menyakitkan jika kamu mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Kadangkala kala kita tidak menghargai cinta sehinggalah apabila ianya hilang dari kamu. Tika itu sesalan tiada gunanya kerana perginya takkan berpatah kembali kepadamu. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudia tiada gunanya.
Jangan ucapkan cinta jika kamu tidak mengambil kesah tentangnya dan tak usah menyebut tentang perasaan jika ianya tiada di hatimu. Begitulah indahnya dilamun cinta namun ianya juga menjadikan yang sihat menjadi sakit, yang gemuk menjadi kurus, yang normal menjadi gila, yang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cinta itu disambut oleh para pencinta palsu.
Itulah C.I.N.T.A
Sumber : BERSAMA MASA
Komen saya:
Cinta sesama manusia mampu pudar jika tidak dibajai taman cinta yang ada pada pasangannya. Oleh itu pencarian yang sukar diketemui ialah cinta sejati sesama insan. Kekaburan oleh Pencinta Palsu mampu membuatkan hati dilanda remuk-redam
2 Coretan Lain:
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu.
Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
To Jie:
Untuk membuatkan kita ingin dicintai...kata nenek DakLan, kita mesti ada "kuasa tarikan" yang kuat. Ermmm..mcm mana nak wujud kuasa tarikan tu yek? Tak sempat nak nanya nenak DakLan pulak...ada komen Jie?
Post a Comment