Dec 29, 2007

Lapang sebelum sibuk....

Alhamdulillah... selesai juga semua perkara-perkara yang perlu aku tangani segera. Dalam dua @ tiga hari ni, kaki aku agak 'keritih' sikit. Melompat ke sana, melompat ke sini.. segalanya untuk menyelesaikan sesuatu yang perlu diselesaikan.

Paling utama, hikmah aku tak ke Indonesia bersama Pengakap Kelana Johor amat bermakna. Dapat aku membantu urusan 'anak buah' dengan tenang. Juga dapat aku balik ke Melaka, menjengah ibu mertua yang kena serang 'demam selsema'. Pastinya, lepas isyak nanti, aku sefamili ke Melaka..balik kampung. Maklum le, buka sekolah nanti, sibuk dan menyibuk akan kunjung tiba tak kira masa dan tempat. Sebelum sibuk, dapat jugak kami sefamili balik kampung sementara ada orang tua, walaupun mertua...dah macam ibu sendiri...

Rumah sewa anak buah

Anak buah aku dah selesa di rumah baru. Maklum le, last-last minit, dapat surat pertukaran ke sekolah baru. Ini berlaku membuatkan dapatlah anak buah aku mengajar ikut opsyennya sendiri. Dalam terkalut-kalut, dapat juga selesaikan urusan rumah sewa dan memindahkan barang keperluannya. Untung juga ada bermacam-macam jenis member di Kluang nih... nak guna lori, call ajer... alhamdulillah, semoga perjalan kami sekeluarga ke Melaka dirahmati Allah SWT.

Azlanlin:
Apa-apa pun, rasanya, banyak anak buah aku dapat belajar khususnya berkaitan 'membuat keputusan' untuk dirinya sendiri. Aku jarang membuatkan keputusan untuk orang, selagi difikirkan orang itu mampu membuat keputusan sendiri. Selalunya, aku banyak menyokong dalam keputusan yang orang lain buat. Aku lebih gemar membuka dan mengembangkan sesuatu perkara yang kelam untuk dilihat. Namun, jika dilihat orang yang agak sukar membuat keputusan aku akan cuba buka ruang untuk orang itu melihat sesuatu isu/masalah dalam banyak sudut untuk difikirkan. Kekadang, terfikir juga bahawa aku ni 'sesumpah?'

3 Coretan Lain:

Pak Ngah: on 12/30/2007 7:20 AM said...

:: salam... alhamdulillah... diharap anak buah PakTam@azlanlin selesa di rumah sewaan barunya akibat dipindahkan ke sekolah baru... dan berusaha menyesuaikan diri dengan suasana/persekitaran baru serta tugas baru yang bakal dipikul nanti.

:: pendedahan pengalaman yang diterap oleh Paktam dirasakan mampu lebih cepat mendewasakan anak buah berkenaan dalam menjalani hidup dan kehidupan ini.

azlanlin on 12/30/2007 11:16 PM said...

Pembawaan kendiri yang diutamakan dalam mengharungi karenah dan pengalaman hidup di tempat orang. Kekuatan dalaman dan sikap menentukan lorong hidup yang ditempuhi agar perjalanan sentiasa ceria dan happening!

::Apa-apa pun diri sendiri jua untuk menentukan serasi atau tidak dengan sesuatu keadaan di sekeliling...

PakTeh on 12/31/2007 10:40 PM said...

Terimakasih utk PakTam yg banyak bantu anak2 buah. Semoga Allah merahmati PakTam dan memberkati dalam usaha seharian.

Cemana ke JPN ari tu? dapat maklumat positif? utk sambung ngaji.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template