Nov 13, 2007

Aturan Memuji

...sambungan entri Memuji Pasangan


Pujian buat pasangan sebenarnya tidak semestinya dilakukan secara lisan. Bagi anda yang masih malu-malu kucing untuk meluahkannya, bolehlah memulakannya melalui bahasa tubuh. Pujian dengan bahasa tubuh ini adalah berbagai, daripada sentuhan, pelukan erat tatkala suami melihat isteri bergaya anggun mahupun sekadar pegangan tangan.

Setelah terbiasa, maka belajarlah pula meluahkannya melalui kata-kata. Tapi akata-kata pujian yang keluar itu hendaklah tulus ikhlas dari hati supaya ia kedengaran jujur dan bukan sengaja direka-reka. Anda juga tidak perlulah menunggu suami atau isteri melakukan sesuatu yang bagus untuk dipuji sebaliknya luahkan saja kata-kata pujian jika merasakan sidia layak dipuji.

Pujian akan memberi kesan lebih positif, jika anda tahu bila mahu mengucapkannya. Ini adalah antara aturan pujian yang harus diketahui terutamanya buat pasangan yang baru membiasakan diri.

Pujian akan lebih bermakna jika tidak terlalu kerap diucapkan dan tidak pula terlalu jarang. Berikan pujian pada saat-saat penting seperti ketika pasangan memulakan pekerjaan baru. Ini akan meniupkan semangatnya untuk memulakan tugas dengan lebih baik.

Atau berikanlah pujian ketika isteri atau suami berasa 'down/mandom' atau hilang keyakinan diri. Pujian yang tulus diwaktu ini akan memberikan harapan baru bagi suami atau isteri. Pilihlah kata-kata pujian yang mampu meresap dalam jiwanya.

Memuji pasangan di khalayak ramai juga tak kurang pentingnya, tetapi janganlah terlalu kerap sebabnya ia akan menimbulkan perasaan tidak senang pada pasangan yang dipuji. Ungkapkan bila benar-benar dan pada waktu yang tepat. Pilihlah pujian yang tidak berlebihan seperti memuji hasil masakan atau kemahiran menghias rumah yang dimiliki oleh isteri.

Sebenarnya, kebiasaan memuji pasangan ini bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan asalkan anda melupakan rasa EGO dan juga PERASAAN MALU. Keutuhan rumah tangga dan tali cinta anda berdua lebih penting daripada dua perkara tersebut.

Azlanlin : memberi pujian ni boleh diumpamakan bahasa orang muda2 sekarang iaitu 'mengayat'. Maka, belajar-belajar le mengayat... untuk memberi pujian...

4 Coretan Lain:

Orked on 11/27/2007 10:57 AM said...

salam ,
Cuma nk berkongsi ttg topik "pujian" ini..

kenapa lelaki agak liat utk memuji lelaki lain? kalau dia puji adakah akan mempamerkan sikap 'gay' ..he he..

perempuan cukup senang memuji kawan perempuan mereka, tudung awak lawa lah..kasut cantik, beli kat mana...

ikhlas ke tidak kita tak payah ceritalah..sbb topiknya, kenapa lelaki susah nak puji kawan lelaki dia?

:D

Orked on 12/26/2007 3:15 PM said...

Ini komen saya dah lama..tapi tuan dia tak baca pun..mgkn masa tu belum ade " Komen Terkini"

skrg ni sy tunggu tuan rumah diskus balik topik ni..he he ...

azlanlin on 12/29/2007 12:31 PM said...

To Jie:
Itulah kebiasaan lelaki 'biasa' di luar sana yang sukar menyatakan apa-apa jua perasaan di dalam hatinya.

Kebanyakan lelaki hanya pandai 'menerima' daripada pasangannya tetapi sukar dan tak tahu cara nak 'memberi' apa yang diterima. Errmm...bagaimana nak sedarkan lelaki yang tak pandai memberi atau memuji pasangannya? Ada idea ke Jie? Fennninnn nihhh..

Pak Ngah: on 12/29/2007 2:58 PM said...

:: salam untuk PakTam@azlanlin dan Jie... maaf le kerana mencelah...

:: sorang sahabat PakNgah pernah beritahu kat PakNgah... orang lelaki ni jarang yang minta dipuji dan jarang juga yang suka dipuji... berbanding orang pompuan yang amat gemar dipuji dan memuji... yang kekadangnya agak keterlaluan... dan PakNgah tak pasti le samada kenyataan ini benar atau pun sebaliknya...

:: harap2 selepas ini tiada le "peluru berpandu" yang akan ditujukan kat PakNgah... sebab PakNgah ni silat pulut pun tak tau...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template