:: CARA PERTAMA
Dengarlah apa yang orang lain kata berkenaan diri kita. Dengan cara ini kita dapat melihat diri kita daripada sudut pandangan orang lain. Jadi, kita dapat melihat diri kita sebagaimana yang orang lain lihat, iaitu sebagaimana yang mereka nampak dan kenali diri kita. Biasanya kita mahu orang lain melihat diri kita seperti yang kita sendiri mahu lihat iaitu yang POSITIF sahaja.
Aapa saja yang kita buat dan katakan akan dinilai oleh orang lain. Adakalanya mereka akan perkatakan apa pendapat mereka berkenaan diri kita. Kadang-kadang mereka mengatakan dengan jelas dan berterus-terang, tetapi adakalanya secara yang halus dan tersirat. Dengan memberi perhatian dan bersikap terbuka terhadap segala pendapat orang lain berkenaan diri dan perbuatan kita, kita akan mengenali diri kita sendiri dengan lebih baik.
:: CARA KEDUA
Sengaja mencari maklumat-maklumat tambahan berkenaan diri sendiri. Kita boleh meminta pendapat orang lain berkenaan apa yang kita buat. Kita boleh bertanya "Patutkah saya buat begitu?" ataupun "Apa pendapat awak terhadap cara saya menyelesaikan masalah tersebut?" Apabila orang memberi maklumbalas kepada soalan-soalan kita itu, kita ELAKKAN BERSIKAP DEFENSIF!. Dengar saja dan ambil perhatian. Kalau kita bersikap defensif, lain kali orang tidak mahu memberi maklum balas lagi.
:: CARA KETIGA
Berlatih melihat diri sendiri seperti sebagaimana yang orang lain nampak. Setiap ahli keluarga dan sahabat handai kitamelihat diri kita secara berbeza-beza. Mereka semunya betul. Diri kita adalah semua yang mereka nampak. Cuba kita gambarkan bagaimana ibubapa kita, adik beradik kita, rakan sejawat kita, pasangan kita, malah bagaimana musuh kita melihat diri kita. Kita akan dapat memahami diri kita dengan lebih jelas.
:: CARA KEEMPAT
Mendedahkan banyak maklumat tentang diri kita yang selama ini kita rahsiakan. Cuba terangkan diri kita sendiri dari sudut pandangan kita sendiri. Dengan berbuat begitu kita akan tercungkil maklumat-maklumat yang selama ini kita pendamkan, atau selama ini kita tidak sedari...
Azlanlin:
Apa-apa jua pun, segalanya tertakluk pada diri sendiri. Sikap defensif membuatkan orang sekeliling kita akan menggula-gulakan kita dengan 'segala bentuk kata-kata manis' tentang diri kita... kerana yang manis sahaja kebayakan kita sanggup dan seronok mendengarnya? bagaimana dengan kata-kata yang 'masam - pahit - kelat?'. Bersediakah kita keluar daripada tempurung kaca yang melingkari dunia kita? Tepuk dada, tanya minda! Berdeia untuk segalanya..... Insyallah!
APA KOMEN ANDA?
2 Coretan Lain:
Ye le tu semua orang nampak adalah cermin kita!Namun jika kita nak puaskan hati semua orang mengikut acuan dan bentuk yang orang lain mahukan jenuh ler...kita perlu jadi diri kita sendiri juga!jangan asyik nak ikut acuan orang..maknanya bukan semua kita perlu ikut kehendak orang!Kita juga ada pendirian sendiri dan kadang orang anggap kita terlalu defensif pada hal kita guna juga pendapat orang walau tidak semua!
Bagi i,i akan guna juga pendapat orang jika i rasa baik untuk diri i,tetapi i tidak pungut semua pendapat orang kene tapis dan fikir baik atau tidak sebab kadang orang saja syok beri pendapat sedang yang menanggungnya kita!Daklan,kadang ada orang yang suka menasihati orang macam diri dia sungguh perfek pada hal kadang orang tu cuma hipokrit!!I tak suka sikap hipokrit ini..contoh bab agama dia jenuh nasihatkan orang jadi baik (sebenarnya cakap x serupa bikin)sedangkan dia sendiri ada peluang buat maksiat juga cuma suka lindung-disebalik lalang sehelai!
To Lawa:
memang ada benarnya kata lawa...orang seumpama cermin kita..bagi DakLan, ada baiknya DakLan jadi 'sesumpah'...ikut warna sekitar sbb itu yg orang nak! Bukan susah...bila orang dah dapat, kita tarik le sikit2 agar orang tu ikut cara kita...mudahkan? Win-win situation!
Bab pungut plak tu, mmg benar...bukan semuanya kita bleh pungut..yag bertepatan je yg kita pungut dan lainnya dijadikan sempadan untuk kita..tak gitu lawa?
Bab hipokrit...kekadang, kita pun terhipokrit juga mcm orang lain... Jika kita tetap mcm kita, mmg itu prinsipnya, cuma sukar mencelah di dalam kelompok yang berbeza dengan kita.... ada pdgn lain lawa?
Post a Comment