Nov 19, 2007

Kawan @ Sahabat?

Cuti sekolah sudah bermula. Dalam kepala hotak aku, bermacam-macam planning. Utk diri, utk famili, utk bisnes, utk kengkawan, utk ahli keluarga lain...semuanya dicampur gaul dan diuli serentak. Bermacam-macam hingga jadi rencam. Akhirnya, utk menenang minda aku untuk seketika, aku buka blog aku akhirnya...aku dapat kawan baru iaitu MANJALARA! Menarik nama tu, pastinya pemiliknya juga sudah pastinya unik!

Ada artikelnya yang aku cedok tanpa tuannya kerana entrinya menarik jiwa aku...baca le kat bawah!

Tentang orang-orang yang hadir dalam hidup kita. Yang kadang-kadangnya bertujuan, kadang-kadang pula bermusim atau mungkin juga untuk sepanjang hayat! Jika kita sudah mampu untuk membacanya, mudahlah untuk kita berkawan dengan sesiapa jua. Tidak timbul masalah ditinggalkan/dipinggirkan/diabaikan oleh kawan. Tidak juga timbul masalah untuk menentukan siapa kawan, teman atau sahabat.

Jika yang datang itu bertujuan. Dia seringkali menepati apa yang kita cari. Dia akan membantu dalam susah dan senang, akan membimbing dan menyokong kita dari belakang. Dia di sisi sebagaimana yang kita inginkan. Kemudian, tanpa sebarang perselisihan faham atau mungkin kerana masa yang tidak mengizinkan, dia akan berkata atau melakukan sesuatu untuk meninggalkan kita. Mungkin kerana waktunya sudah sampai (mati), atau sekadar meninggalkan kita begitu saja. Atau mungkin juga meninggalkan kita untuk memberikan kita ruang untuk bertanya dan bermuhasabah diri setelah sesuatu perkara yang diperkatakannya memerlukan kita mengambil waktu untuk berfikir.

Jika yang datang itu bermusim. Dia tentunya hadir kerana giliran kita untuk berkongsi dan belajar sesuatu melaluinya telah tiba atau tertulis. Melaluinya, kita akan menikmati ketenangan. Kita akan terhibur dengan gelagat dan gurau-sendanya. Atau mungkin juga, dia akan mengajar kita tentang sesuatu yang tidak pernah seumur hidup kita lakukan (atau terfikir untuk lakukan!). Biasanya, orang yang datangnya bermusim ini akan memberikan sesuatu (kemeriahan/kesedihan/ketenangan) yang sungguh luar biasa! Namun cuma untuk semusim...atau mungkin untuk beberapa episod/musim dalam hidup kita.

Jika yang datang itu kekal sepanjang hayat. Dia akan hadir bersama pelajaran yang akan mendewasakan kita. Tugas kita ialah untuk menerima pelajaran yang dibawanya itu. Menghargainya dan mempraktiskan setiap apa yang dipelajari bersama itu kepada orang lain. Supaya kita boleh menjadi seseorang yang bertujuan; bermusim atau sepanjang hayat untuk kehidupan seseorang. Ada juga orang berkata, cinta itu buta, namun persahabatan itu celik!

Setuju?

Yang pasti, apa pun yang datang tentunya ia menjadi sebahagian daripada kehidupan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kehidupanku! Samada kalian dari kalangan bertujuan; bermusim atau sepanjang hayat!

7 Coretan Lain:

Anonymous said...

Jika yang datang itu membuka ruang dan peluang untuk membangunkan kita dari leka...tak salah untuk kita terima.

Jika yang datang itu melekakan kita dari arah perjalanan yang dituju maka ada baiknya ditinggalkan.

Dan jika yang pergi meninggalkan kita dengan kepuasan dan kelegaan, maka simpanlah ia dalam lipatan kenangan kehidupan untuk dijadikan panduan di masa hadapan.

Dan jika yang bakal datang itu adalah apa yang dinanti dan dicari, maka tak salah jika kehadiran ditunggu...

Rasanya pernah terbaca dalam salah satu entri tentang konsep Rezeki ~ masa, tempat dan orang.

Maka semuanya adalah peluang dan ruang untuk mewarnakan kehidupan...Setuju?

Nunn on 11/20/2007 12:32 PM said...

Rasa cam setuju gak ngan entri sdr Azlan ni. Mmg yg dtg tu tak mengira siapa dan kdg2 tak kita tahu apakah tujuannya. Tp pengalaman yg dibawanya itu yg paling penting utk proses pembelajaran kita.

Salam perkenalan, 'tersinggah' sini dari blog OD :)

arsaili on 11/20/2007 2:32 PM said...

bagus sekali klasifikasi mengenai org yg hadir dlm hidup kita....ada kebenarannya

Mak Su on 11/20/2007 6:13 PM said...

kawan atau sahabat, kedua-duanya memberi impak kepada kita

azlanlin on 11/21/2007 1:20 AM said...

To Anonymous:

Simpan dan pamer, datang dan pergi tiada bezanya. Yang pastinya diri merasai kehadirannya... Pelbagai pengalaman dipungut dan dikutip malahan dititip di minda sepanjang perjalanan hidup bersama yang hadir..
Wallahualam..


To Nun:
Dalam persinggahan membuatkan kita mempelajari sesuatu yang diluar jangka. Kekadang melekakan kita membuatkan perjalanan kita berhenti seketika... Pernah merasai 'sesuatu' persinggahan dalam perjalanan yang dilalui? Hanya yang merasai sahaja yang mengetahuinya.. x gitu Nun?

echah_syed on 11/21/2007 5:51 AM said...

huhh ?? sume main ayat power !!

~ kwn yg baik adalah yg say 'yes' bila betol dan say 'no' bila salah..


~ susah nk dpt kwn gini..sbb sume nk jaga hati !!


~ tol ???

azlanlin on 11/22/2007 2:22 PM said...

To Combi:

Betul tu, sebenarnya...sebagai kawan kita masih lagi sukar berkata 'no' pada sesuatu yang difikirkan kurang baik pada pandangan kita.

Ini terjadi bukan semata-mata nak jaga hati kawan, sebaliknya nak jaga KEDUDUKAN kita di hati kawan. Puncanya, kita terlalu takut kehilangan kawan! x gitu combi?

Errmm..bagaimana pula jika semuanya 'memendam' perasaan. sehinggakan menyukarkan dalam banyak perkara!
Maka, jika kita menjumpai rakan/kawan/sahabat yang benar2 openminded..janganlah dilepaskan...jagalah ia sebaik mungkin sebagaimana yang kita ingini!

Kalu nak kenal yang openminded, kenalilah AZLANLIN!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template