Aku benar-benar tertarik dengan hasil kajian yang dijalankan oleh ilmuan kita (mungkin nama mereka bukanlah tokoh besar) iaitu Sdr Zulkifli b Mohd Yusof, Sdr Azhar b Md Zin, Noorizan bt Mohammad dan Siti Fauziah Yusof yang bertajuk Kaedah Penghayatan Alam Melalui Surah Yassin Mempertingkatkan Ketenangan Manusia.
Artikel ini aku temui dalam AL-Bayan Journal of Al-Quran & Al-Hadith (Mei 2006). Artikel ini telah menceritakan hasil dapatan kajian mereka dan kesan kepada kumpulan sasaran kajian mereka. Banyak input yang aku perolehi daripada artikel tersebut.
Aku benar-benar tertarik dengan lakaran gambarajah Perhubungan Allah SWT dengan manusia di dalam alam. Amat menarik lakaran ilustrasi yang digambarkan.
Kemungkinan ramai pembaca yang telah ketahui dan membaca akan hal ini. Aku akan usaha uploadkan bahan ini dalam blog pendidikan aku. Insyallah.
Jul 12, 2009
Ilustrasi hubungan KITA denganNya
Coretan Oleh :: azlanlin pada 2:31 AM 0 Coretan Lain
Labels: Motivasi Diri
Jul 11, 2009
Ooo..kulitnya!
Sememangnya aku memerlukan sokongan dan pandangan rakan-rakan utnuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Inilah hasilnya setelah melakukan pengubahsuaian ke atas hasil yang sebelumnya. Pengubahsuaian dilakukan setelah meneliti pandangan dan sokongan daripada rakan-rakan siber yang berpengetahuan dalam grafik. Mantoop gitu!
Perkataan tajuk kursus telah diubah warna dan bentuk tulisan. Elemen warna hijau dimasukkan bertujuan untuk menimbulkan fokus penilai dan menjadikan ianya lebih utama untuk dibaca dan dilihat. Ia juga untk membezakan dengan warna latar. Malahan ditambah auto glow di sekeliling tulisannya bagi membezakan tulisan dengan latarbelakangnya seperti pandangan blurenciel.
Perkataan 'Pendidikan dari perspektif globalisasi' (warna putih di sudut bawah dan kiri) telah dilindung dengan objek 'bumi' dan gambar kejadian buli di sekolah. Asalnya, perkataan itu telah menenggelamkan tajuk utama dalam ilustrasi 1 sebagaimana pandangan Mr GPI.
Terima kasih semua..
Coretan Oleh :: azlanlin pada 4:44 PM 4 Coretan Lain
Labels: Komputer, Motivasi Diri, Pandangan, Pelbagai
Jul 9, 2009
Kulit apa?
Inilah hasilnya yang masih perlu diubahsuai... any comment?
Ketika entri ini dipublish, tentunya aku tiada di Tanjong Malim. Aku dalam perjalanan ke Putrajaya. Insyallah, jika tiada aral melintang...aku sedang dalam perjalanan ke sana. Jumpa lagi.
Coretan Oleh :: azlanlin pada 7:04 AM 8 Coretan Lain
Labels: Motivasi Diri, Pandangan
Jul 8, 2009
Kita antara kita...

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..
Sumber : Tmn2Syurga (Suriati Kamaruddin)
****************************************
Kekadang, dalam kehidupan ini kita antara kita enggan belajar sesuatu daripada orang lain kerana sering merasakan kita 'lebih bijak' daripada orang lain. Kita juga sering merasakan apa yang orang lain lakukan kurang tepat tindakan mereka itu.
Setiap kejadian ada hikmahnya. Bergantung pada perspektif diri kita untuk menilai sesuatu kejadian. Misalnya kejadian bunuh-membunuh seawal kewujudan manusia iaitu Habil dan Qabil. Pembunuhan ini berlaku kerana perasaan irihati. Akhirnya terperangkap dalam emosi penyesalan yang bercelaru.
Melalui kejadian inilah, pelbagai konsep moral yang boleh kita ketemui. Pastinya, aku hanya ingin sampaikan berkaitan 'konsep peniruan'. (Teori Bandura - pendekatan psikologi utk konsep peniruan). Sedangkan segala ilmu ada dlm Al-Quran..perlu dicari gali dan adaptasi mengikut kesesuaian zaman.
Konsep 'peniruan' sesuatu yang baik adalah yang terbaik. Jika kita renungkan, konsep peniruan ini adalah konsep asas kehidupan manusia. Bagaimana Qabil hendak mengebumikan Habil yang dibunuhnya. Akhirnya, Qabil melihat kejadian burung gagak yang menanam bangkai burung gagak lain setelah mati akibat pergaduhan yang berlaku.
Konsep peniruan inilah yang ingin disampaikan melalui cerita ketam Cina dan ketam Melayu seperti di atas. Terpulang kepada minda kita untuk melihat cerita ketam atau Habil dan Qabil sama ada bersifat positif atau negatif. Segala tindakan kita adalah dijanakan oleh minda, emosi dan nafsu kita. Terpulang pada diri kita untuk apa yg nak ditiru...Baik atau buruk, kita tentukan. Fikir-fikirkanlah....
Coretan Oleh :: azlanlin pada 6:16 AM 2 Coretan Lain
Labels: Bisnes, Motivasi Diri, Pandangan
Jul 7, 2009
Kita di mana ya?
Adakala kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri.
Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri
Itu lah dia satu kesilapan yang tidak disedari.
Tawadhuk bukan bererti lemah.
Tegas bukan bererti kasar,
Beralah bukan bererti kalah,
Kalah bukan bererti salah
Menang bukan bererti benar.
Buta mata hilang arah.
Buta akal beku
Buta hati sesat.
Apabila ilmu akhirat sudah dijadikan alat untuk mendapatkan dunia,
Maka akan rosaklah dunia dan manusia,
Kalau dia Ulama hilang kehebatannya dan tidak di hormati orang lagi.
Coretan Oleh :: azlanlin pada 6:35 AM 0 Coretan Lain
Labels: Motivasi Diri, Motivasi Keluarga
Jul 5, 2009
Selamat datang ke dunia blogger
Awalnya, kami berbual urusan thesis yang akan beliau garapkan. Beberapa panduan dan tektikal telah diterjemahkan melalui hasil perbincangan. Blog pengajian aku juga telah aku perkenalkan kerana ada ruang-ruang tertentu dalam blog itu untuk dijadikan panduan (sesiapa yang explore, akan ketemuinya).
Setelah selesai urusan pengajian, aku buka ruang bicara berkaitan blog. Beliau seorang yang komited dengan ilmu baru iaitu ICT. Orang lama mempunyai pandangan tersendiri. Namun, kepesatan ICT membuatkan orang lama juga teruja untuk meneroka ruang itu. Bagi aku, BELAJAR adalah satu proses. Kesilapan dan kekhilafan adalah pemangkin hala tuju. Pemangkin itulah membuatkan kita terus bergerak atau u-turn atau berhenti terus daripada terus melangkah ke hadapan. Itu bergantung pada diri kita sendiri. Perlulah kita menjadi tuan pada minda dan emosi kita sendiri walau dalam apa jua yang kita lalui....Kewarasan minda sangat perlu dan usah sesekali, emosi mempengaruhi minda kita...
Oleh itu, sahabat baru aku mula meneroka dengan memulakan langkah untuk menjadi seorang blogger seperti kalian. Tahniah untuknya. Beberapa rangsangan telah diberikan untuk beliau melonjak agar terus membuat keputusan spontan dalam terjun ke dunia blogger. Khususnya aku perkenalkan blog anak-anak aku. Tahniah sekali lagi untuknya.
Cetusan nama blognya adalah penjanaan idea secara spontan setelah diberikan contoh-contoh di dunia maya. ILHAMTIBA, itulah idea yang terpacul dari mulutnya. Sangat menarik setelah dilihat melalui sudut positif dan telah diterimapakai olehnya. Tahniah sekali lagi. Teruskan berkarya...
* Ini salah satu langkah blognya. Heheheh.
************************
Ketika blog ini dipublish, tentunya aku sedang berada dalam makmal IPS untuk ikuti kursus Analisis Data (SPSS) untuk kedua kalinya, sama seperti semester lepas. Maklum le, orang tua-tua belajar...lambat masuk kepala.. hehehe.
Coretan Oleh :: azlanlin pada 8:00 AM 4 Coretan Lain
Labels: Blog, Motivasi Diri
Jul 3, 2009
Siapa penghibur suami anda ?
***************************************************
Maaf nak bertanya kepada para isteri sekelian.
Siapakah penghibur suami anda ?
Pabila suami pulang dari kerja tentunya dalam keadaan letih fizikal dan mentalnya. Paling tidak ia memerlukan segelas air sebagai penyejuk. Siapakah yang menghulurkan air untuknya ? Ambil sendiri atau kerahkan anak-anak anda ambilkan bagi pihak anda. Atau perintahkan pembantu rumah tuangkan air sejuk dan letakkan atas meja.
Pabila suami anda meletakkan punggungnya untuk merehatkan diri. Siapakah yang menemaninya ? TV diruang tamu atau ikan-ikan dalam akuarium ? Dimanakah anda ? Sibuk bersembang dengan jiran atau melayan siri TV yang anda tidak mahu ketinggalan.
Pabila suami masuk ke bilik menukar pakaian siapakah menemaninya ? Gambar-gambar anda di meja solek dan potret pemandangan di dinding.
Pabila suami merebahkan diri dikatil sebelum melelapkan mata dimanakah anda ? Sibuk di depan TV melayan persembahan realiti. Atau di dapur mengemas serta membasuh itu ini.
Pabila suami mula melelapkan mata siapa disampingnya ? Bantal peluk dan siling pengganti anda yang masih merenung kaca TV.
Bila suami anda masih tidak pulang ke rumah walaupun sudah jam 10 malam, dimanakah dia? Di kolam memancing ? Di warung mamak ? Di pusat karaoke ?
Bila anda sudah hampir mahu melelapkan mata dimanakah suami anda ? Masihkah dia diluar ? Atau didalam rumah melayan ruang sembang di internet ?
Siapakah penghibur suami anda ?
TV ? Ikan di kolam pancing ? Senarai lagu di pusat karaoke ? Atau wanita-wanita yang menjadi pengganti anda sebagai penghibur suami anda ?
Siapa penunduk nafsu suami anda ? TV? Ikan ? Kawan-kawan ? GRO ? Gadis-gadis di internet ?
Mengapa bukan anda ?
********************************************
Sumber : DrCinta
Coretan Oleh :: azlanlin pada 7:26 AM 13 Coretan Lain
Labels: Motivasi Diri, Motivasi Keluarga



