Angkara Hindraf maka kini semua tahu, bukan India yang terkebelakang tetapi Melayu. Adakah benar, Melayu yang sedang memegang kuasa dan Melayu merupakan ketuanan di tanah ini? Mana sebenarnya kedudukan Melayu hari ini? Di mana kita dalam negara kita ini? Adakah mampu kita untuk mengisahkan apa yang sebenarnya berlaku pada Melayu dan sekiranya mampu adakah kelak kita tidak dilabel sebagai pembangkit semangat untuk memainkan sentimen kaum.
Sebenarnya untuk soalan di mana kita Melayu ini jawapannya, hampir 50% menteri kabinet negara ini adalah dari kaum lain dan bukan Melayu (Sun 07 Disember 2007) dan Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa pendapatan isi rumah kasar bulanan Bumiputera adalah yang terendah berbanding dengan Cina dan India. Ini ditambah dengan Melayu memegang rekod peratus kemiskinan tegar tertinggi.
Dan itu definisi Melayu hari ini. Tidak payah kita bercerita mengenai Ketuanan Melayu kerana definisi yang ada tidak melambangkan “Ketuanan Kita” . Tidak perlu kita mengisahkan hak keistimewaan dan kedudukan kita kerana semua itu telah terjawab. Habis mahu di letak mana kedudukan kita dalam kita sudah mencapai 50 tahun lebih merdeka.
Mungkin salah pada Melayu, Melayu yang malas, Melayu yang lupa dan Melayu yang haprak. Mungkin itu kini karakter nasional untuk Melayu, identiti sebagai seorang Melayu baik kepimpinan Melayu sampailah ke rakyat yang menjadi hamba pada Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia. Maka yakinlah kita hari ini bahawa sebenarnya kita kaum minoriti kerana pengecilan tempat dan kedudukan kita sebagai Bumiputera. Hampir pasti kelak kita hadir pada tahun retorik 2020 dengan kedudukan yang senget dengan lemah berdiri di bumi sendiri.
Sah kini. Melayu bukan lagi golongan yang boleh dibanggakan dalam negara kita ini. Melayu kini hanya tinggal nama dan igauan Dato Onn Jaafar melambangkan “gelap” Melayu kini menjadi realiti. Mana silapnya pendidik Melayu, mana silapnya kepimpinan Melayu dan mana silapnya Melayu itu sendiri.
Kita hari ini sibuk mengejar kejayaan. Malaysia diambang kemodenan dan kemajuan. Negara semakin bergerak ke arah yang amat memberangsangkan namun Melayu masih di situ. Melayu tetap Melayu dengan saban hari menceritakan tentang kemajuan bangsa lain. Melayu tetap di situ membicarakan kisah ketuanan Melayu, mengisahkan perjuangan Melayu dan akhirnya kuasa pegangan Melayu yang menyalahkan ketirisan sebenarnya menyebabkan ketirisan.
Kisah sedih Melayu ini patut diabadikan dalam sejarah Malaysia. Mungkin benar bahawa yang sepatutnya berdemonstrasi adalah Melayu. Namun untuk membantah kepada siapa, kerajaan Melayu....
Sumber : Arah Kita.
Komen Saya:
Kebiasaannya kita ALPA dalam banyak perkara tentang sedang dan bakal kita lalui dalam kehidupan. Kita berada dalam zon selesa kerana kita tahu bahawa 'ada orang akan menjaga kita'. PM ke4 kita pernah menyebut tentang perkataan hikmat iaitu "tongkat". Kerana terlalu memikirkan tongkatlah membuatkan kita kebergantungan kepada 'orang yang menjaga kita'. Juga sifat dan sikap kita yang mudah bermain di bibir seperti "cukuplah", "jadi leeee"... membuatkan kita tidak bergerak ke hadapan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.
Kekadang saya juga terfikir bahawa terlalu bersyukur dengan ketentuan Ilahi tanpa usaha yang gigih boleh membantutkan mencapai kejayaan. INGATLAH bahawa bekerjalah kita SEUMPAMA hidup seribu tahun lagi & beribadatlah SEUMPAMA kita akan mati esok hari....
Bagi kaum lain yang merasakan "tidak ada orang yang menjaga mereka" menyebabkan mereka mempunyai sifat dan sikap berjaga-jaga ke atas diri sendiri dan keluarga serta kaum mereka. Sifat inilah yang membuatkan mereka sentiasa bergerak terus menempa kejayaan demi kejayaan sehingga kaum meLAYU kita tertinggal terkebelakang...

5 Coretan Lain:
yes.. we hv to start somewhere.. changing is a long process... copek... mari kita bersama2
TO muadzlife:
setiap kejayaan yang ditempa, bermula dengan langkah pertama untuk ke arah itu. Hanya bergantung dalam diri kita untuk bila dan di mana hendak memulakan langkah.... apa pandangan rakan-rakan yang lain?
Bro buat le analisa. kaum mana yg banyak dpt emas sukan sea.
Salam dari jauh,
MeLAYU adalah manusia yang seperti lalang mengharap pada angin untuk menentukan arah. Tunduk pada kehendak angin yang sebenarnya tidak pernah kisah pada kehendak si lalang.
Kata mudah, Melayu terlalu bergantung berharap kepada bangsa lain, pada kerajaan untuk menentukan halatuju mereka.
Tongkat yang diberikan pun diharapkan ada orang yang tolong pegangkan dan pimpinkan tangan mereka.
Cara itu pada melayu bukan kerana alpa tetapi kerana itulah mereka sebenarnya yang begitu selesa berada dalam "tempurung kaca"
Saya pun tak tahu...
Lan,Salam mesra.Mau tak mau melayu adalah bangsa kita.Should mencari ikhtiar terbaik buat bangsa tercinta.Every year bila keputusan peperiksaan awam diumumkan bilangan anak melayu yang tercicir masih tinggi.Wajar kita mengembeling tenaga demi mencari solusinya.Where are the malay NGOs?Dont depend totally on the goverment.We should buck up .Demi harga diri Melayu.
Post a Comment