Dalam menentukan hala tuju kehidupan di dunia dan di akhirat, sudah pasti kita rancang rancangan yang kita impikan. Jika kita berfokus, apa yang dirancang akan tercapai dengan izinNya, insyaallah. Kebiasaannya rancangan yang dirancang, terlaksana dengan cepat atau lambat.. itu bergantung pada situasi semasa dan gangguan-gangguan atau halangan yang tidak dijangkakan. Juga, apa yang dirancang tidak berlaku seperti yang dijangkakan atas sebab-sebab yang kita sendiri tidak ketahui. Itulah kita yang hanya hanya mampu merancang dan ketentuan adalah padaNya.
Dalam merealisasikan segala impian, pelbagai pencetus disekeliling kita akan dimanfaatkan menjurus kepada keputusan dalam rancangan kita. Hanya bergantung kepada kita untuk mengurus dan mengolah kekuatan-kekuatan di sekeliling kita untuk menjayakan setiap rancangan yang dirancang. Kita juga harus peka dan sedia bertempur terhadap segala gangguan-gangguan yang boleh merosakkan rancangan. Apa juapun bersedialah kita dengan segala keputusan yang bakal diterima sama ada positif atau negatif untuk rancangan kita itu. Tawakkal kepadaNya setelah kita berusaha...Insyallah.
Entri ini amat bermakna kepada aku kerana apa yang dirancang mendapat keizinanNya. Alhamdulillah. Dalam minggu ini aku menhilang dalam dunia maya kerana aku ke Bagan Lalang untuk ikuti kursus Intervensi HLP KPM(Sarjana Dalam Negara). Nampak gayanya, mulai 2009, aku akan bergelumang semula dengan dunia baru selama 2 tahun, namun dunia maya takkan aku lupakan...

8 Coretan Lain:
salam; Bang chik, pesan...belajar betoi2 dan buat elok2..hehehe
salam juga... insyallah, cuma yang betoi2 tu macam mana ek...?
:: salam... angah kata lain pulak... paktam tak payah belajar betoi2... tak payah buat elok2... buat apa menyusahkan diri... enjoy je le... kahkahkah...
sempoi gak tu angah...sempoi.. hahaha
tahniah.. tahniah.. jeles la pulak rasanya.. :)
salam, tahniah.
dengar ceritanya, mulai 2009 semua universiti dalam negara mewajibkan semua pelajar sarjana baca buku omputeh. kuliah dlm omputeh. assignment dalam omputeh. presentation pun omputeh. thesis pun omputeh. sembang2 dalam kampus pun kena omputeh.
selamat maju jaya.
(hihi)
To Akim:
Thanks...cuma Akim mendapat "sesuatu" yang lebih bermakna..kan? Lagi la PakTam jeles... ngeh..ngeh..ngeh..
To PakTeh:
Dgr cerita pulak, PakTam dah beli buku grammar utk anak2 dan ada xtra sebuah... hehehhe
Post a Comment