Aug 16, 2008

Membelah Angin

Petang:
Selepas Jumaat, aku agak kelam kelibut sikit. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Aku perlukan bantuan mem besar untuk selesaikan beberapa kerja. Akhir sekali mem aku tolong hantarkan beberapa jenis item barang ke bengkel di Simpang Renggam. Tugasan ambil anak di sekolah agama di waktu petang, aku ambil alih. Ini sebab, ada beberapa kerja yang perlu aku selesaikan di bandar Kluang. Akhirnya dapat diselesaikan dengan sentuhan azimat mem besar. Akhirnya kami berjumpa dan ngeteh di Bangunan Mara Taman Intan. TQ mem besooorrr...

Malam:

Selepas Maghrib mem besar bawakan anak-anak ke sekolahnya. Mem besar perlu mengadakan kelas ganti tuisyen utk pelajar UPSR. Aku pula ada urusan dengan Cikgu Sudin berkaitan beberapa sparepart ChintaHati aku. Juga aku dah set dengan Cikgu Sudin dan Yan untuk ke Simpang Renggam untuk memantau ChintaHati yang aku tinggalkan dibengkel. Selesainya, berjumpa pula dengan Cikgu Faizal tentang hal kehidupannya... Ngeteh sekejap di warung berhampiran rumah Flat.

Jam 9.30 malam, mem aku selesai tuisyen dan dah set untuk balik ke rumah. Aku bergegas pula ke kedai bundle Al-Bashid. Aku dah berjanji dengan taukenya untuk nak ambil 'sandel' kulit buatan tangan. Limited edition dari Singapura. Ermmm... 'sandel' ni aku dah riki ngan mem besar 2 hari lepas semasa ronda-ronda malam di bandar Kluang. Memang aku tak pernah tengok design tu pun. Rabak la RM100.00...janji syiok! Taukenya buka harga RM150.00.

Jam 10.00 malam, aku sefamili nak pergi ngeteh kat Warong Tok Uban (kata anak aku sebab taukenya berambut putih keseluruhannya). Nak dijadikan cerita, makanan di warung Tok Uban banyak yang dah kehabisan. Aku terus call Cikgu Sudin supaya dia dan Yan terus bergerak ke bengkel aku di Simpang Renggam. Masing-masing membawa Vulcan. Aku sefamili terus bergerak ke Simpang Renggam. Mem drive Astina lampu kelipot-kelipot tu. Aku pulak jadi macam bos kat sebelah. Hehhehe.

Tiba di bengkel, mem bawa anak-anak ke Laman Simpang Renggam - tempat makan secara open air. Aku, Cikgu Sudin dan Yan layan kepala dengan Vulcan masing-masing. Di sana terjumpa pula dengan Pak Itam, seorang yang veteran dengan Vulcan 8 nya. Kami dok semeja. Mem pula dok semeja di sebelah dengan anak-anak. My mem very sporting and supportive. TQ Mem besar. Selesai makan, mem besar bergerak dulu dengan anak-anak ke Kluang. Mereka membelah malam anak-beranak.

Aku, Cikgu Sudin dan Yan mula bergerak ke Kluang menaiki highway Machap. Aku saja nak lepas gian untuk MEMBELAH ANGIN. Nampak gayanya dah lama aku tinggalkan zaman motor. Hahahhahaah. Paling brutal ialah di zaman maktab dengan Jipang Harley Davidson aku. Hahahahhaha. Nampak gayanya, bila naik motor easy-rider ni, aku belum biasa. Baru setakat Simpang Rengam ke Kluang melalui highway, abis sengal bahu aku. Terasa juga lenguh pinggang...Waduh pak...gawat nih! Mungkin ada kaitan antara handle dan seat. Mungkin juga saiz badan aku yang cute!

Tiba di Kluang jam 1.30 pagi. Singgah minum sekejap di Restoran Al-Manshur, Taman Intan. Ramai gak geng-geng politik di situ. Cikgu Sudin maklumkan bahawa hari Ahad nanti akan ada konvoi menyambut "sekumpulan orang" di Tol Ayer Hitam dan mengarak mereka ke Kluang. Untuk sesi makannya nanti adalah tajaan YB Hj Jais bin Sarday, DUN Mahkota. Aku tertarik juga kerana ruang dunia geng motor ini belum aku terokai...

Yang pastinya, esok pagi aku iringi mem besor ke Kem Mahkota untuk melihat latihan renang si Amira tu. Petangnya pula, aku, Cikgu Sudin dan Yan akan ke Batu Pahat dan Parit Sulung. Amboiii...manfaat cuti sekolah sungguh nooooo...

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template