Aug 12, 2008

Usah gusar dengan kritikan membina..

Andrew Moore mengatakan "Segala sesuatu yang sesuai dengan keinginan kita nampak menjadi suatu kebenaran, dan yang tidak sesuai akan mendorong kemarahan kita."

Itulah fenomena yang wujud apabila kita menerima nasihat-nasihat atau kritikan. Umumnya, kita senang dengan pujian dan kita merasa tersanjung meski pujian itu palsu. Sebaliknya kita enggan terhadap kritikan dan celaan meskipun kritikan itu ada benarnya. Ini sebenarnya suatu aib yang sangat besar dan kesalahan yang sangat mengkhuatirkan.


"Dan, apabila mereka dipanggil kepada Allah s.w.t., dan Rasulnya, agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh."
(An-Nur: 48-49)

Seorang penyair pernah berkata:

Orang yang bingung dalam menyingkap masalah
hanya akan menyia-nyiakan umurnya
selalu bingung, tidak pernah mencapai kejayaannya
dan sentiasa nampak bodoh

Pujangga lainnya mengatakan:

Jika engkau berpendapat, maka tetapkanlah!
Kerana banyak pendapat yang rosak
kerana ragu-ragu dalam memutuskannya.

Oleh itu dalam membuat sesuatu keputusan, banyak pendapat-pendapat lain yang akan menggoyangkan tindakan mencapai matlamat.


8 Coretan Lain:

echah_syed on 8/12/2008 9:59 AM said...

bro..combi selalu masuk sini laaa :)

tp segan nak komen sbb n3 bro buat combi rase kecik maklumlaa kita kan domestik engineering jek :(

pasang laa cctv..hehe :p

azlanlin on 8/12/2008 11:09 AM said...

Allllaaaa..Combi, jangan la cenggitu.. sapa2 saja boleh masuk sini tak kira..loyar ka, majestret ka... seronok kalu ditinggalkan jejak!

CCTV nak juga dipasang...Combi dah pasang ka? Tolong pasangkan bleh?

^aNgRiAni^ on 8/12/2008 12:37 PM said...

komen membina its ok...tp kekadang owang suka mengomen ikut sedap tangan dia jer kan...taip sajork tak pikir perasaan owang lain...

tu laa kot ramai yg privatekan blog masing2...soli yer daklan kalau riani out of topic...

yehaaaaaaaaaaaaaaaa

azlanlin on 8/12/2008 11:01 PM said...

To Angriani:

Lain padang, lain belalang

Kepelbagaian watak-watak sebegitu yang syiok utk melayan dan dilayan. Bergantung pada kekuatan mental dan emosi kita utk menerima mereka seadanya. Itulah mereka dan inilah kita. hehehheh

suara on 8/12/2008 11:18 PM said...

Salam cikgu.

Kebenaran itu pahit. Tapi yg pahit itulah ubat.

Hati yg sakit adalah hati yg berpenyakit. Ubat untuk hati yg berpenyakit adalah kebenaran yg pahit dan sukar untuk ditelan.

azlanlin on 8/13/2008 2:03 PM said...

To Suara:

Berakit ke hulu, berenang ke tepian

Kesukaran menelan yang pahit tentang kebenaran, akan mudah untuk kedua kalinya apabila sudah ketahui sesuatu kepahitan yang ditelan...

Minda yang kuat, hati yang cekal mambuatkan kita mudah untuk mengharungi sesuatu permasalahan..melainkan kita yang suka melarikan diri dari masalah.. ermmmm....

Tirai Hidup on 8/13/2008 5:09 PM said...

Alaaa lan..orang memang seronok komen orang lan!!!tapi bila dia yang kene hentam terkedu la pulak!Dia sedap jari hentam tapi dia sendiri tak punya kekuatan EQ!

Tapi dia tatau betapa kuatnya lagi orang yang kene akibat komen komen orang tu!kekuatan emosi kita memang boleh diuji saat ini lan!yes I did it lan!!!

Aku tak menangis akibat kene komen cuma aku akan menangis bila org pujuk je!!!hahhahha so ko jgn pujuk aku lan sebab ko insan istimewa aku!!tak caya???cepat pi blog...tirai dan antulawa!!!cepat!!!!hanya Daklan yg tahu betapa kuat atau lemahnya aku kan lan?Akibat gossip sosial di maya ni!

Sosial di maya ni sekadar mewarnai kehidupan maya yg indah!menambah seri hidup di maya kan Daklan!

cendawanintim on 8/14/2008 12:37 PM said...

kekadang takut jugak nak komen orang nih, saya lebih ske diam bebenornya, sebab susah nak jangka penerimaan orang tuh, silap aribulan buleh jadi gaduh, bagi orang lain komen jerk ler...

tapi saya ske orang komen saya, tapi komen terbaik bagi kita ialah musuh sendiri, sebab itu ler realiti pangai kita, tapi kalu cam si PB tu, mesti bukan komen yang dia bagi, mesti kutuk giler2 tuuuu....!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template