Aug 6, 2008

Berlembutlah...Usah rakus dan kasar!

Mari kita mencuit-cuit minda dengan analogi-analogi mudah. Banyak tindakan dan perbuatan kita untuk menghadapi situasi persekitaran kita yang rencam, kurang kita amati.

Perbezaan individu sesama kita sememangnya tak dapat kita nafikan. Ini bergantung pada didikan daripada kedua orang tua kita dan pengalaman langsung atau tidak langsung kita sendiri adalah sebagai titik mula. Sedari kecil pembentukan jati diri membentuk hala tuju akan mematrikan tindakan kita di masa hadapan. Itu adalah kenyataan. Namun, kita masih mempunyai ruang untuk memerhati kebanyakan orang di sekeliling kita. Ini bertujuan untuk kita menilai dan memberi pilihan tentang tindakan dan perilaku yang boleh memberikan impak terbaik pada orang sekeliling kita. Bukanlah hipokrit tetapi menyesuaikan dan "memberi" yang terbaik kepada orang sekeliling.

Kekadang kita alpa, apabila dengan sesuatu sikap yang kita ingini daripada orang sekeliling tetapi kita sendiri gagal unuk melaksanakannya. Perhatikanlah, sikap lemah lembut memang merupakan "penolong" yang tidak pernah menolak untuk meraih tujuan.

Analogi 1:
Harus kita ketahui bahawa jalan sempit antara dua tembok yang hanya boleh dimasuki oleh satu kenderaan, tidak akan dilalui oleh satu kenderaan dengan laju. Untuk melaluinya, seorang pemandu harus memandu kenderaannya dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Jika kenderaan dipandu laju, pastinya kenderaan itu akan terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan. Ini berbeza dengan dengan pemandu pertama adalah secara lembut pemanduannya. Manakala cara yang kedua adalah dengan kasar dan rakus.

Analogi 2:

Bagaimana pula dengan tanaman hiasan di halaman rumah? Jika kita menyiramnya sedikit demi sedikit maka air itu akan diserap oleh tumbuhan itu dan menyegarkannya. Berbeza pula dengan tindakan menyiram pokok hiasan lain pada kuantiti air yang sama secara sekali gus, maka tanaman itu akan tercabut. Lihatlah bahawa kuantiti air sama tetapi caranya yang berbeza akan memberi impak yang berbeza.

Analogi 3:

Sesungguhnya seseorang yang yang menanggalkan pakaiannya dengan perlahan, pasti pakaiannya tetap utuh. Berbeza dengan orang yang menariknya dengan kasar, tentulah ia akan mengakibatkan butang-butang baju akan tercabut dan kainnya akan terkoyak.

Komen aku:

Sesungguhnya, sikap kelembutan (bukannya 'nyah') yang dipamerkan akan menjurus kepada tercapainya tujuan kita. Rakus dan tidak sabar akan memberikan kesan negatif pada diri sendiri dan sekeliling kita.

Setidak-tidaknya, berlembutlah terhadap diri sendiri...

"Sesungguhnya dirimu mempunyai hak yang harus kamu tunaikan."
(Al-hadith)
Bersikap lemah lembut terhadap saudara kita...

"Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Lemah Lembut dan menyukai kelembutan"
(Al-Hadith)

Lemah lembut terhadap kaum wanita...

"Berlaku lemah-lembutlah terhadap kaum wanita"
(Al-Hadith)

:: Saduran daripada buku La Tahzan (Jangan bersedih / Dont Be Sad - Karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni). Saduran ini dilakukan dengan sedikit pengubahsuaian laras bahasa yang lebih mudah difahami ::

2 Coretan Lain:

PakTeh on 8/07/2008 7:13 AM said...

Buku "La Tahzan" itu memang bagus isi kandungannya. Patut dimiliki oleh semua orang Islam. Berguna untuk mendidik hati dan diri bagi membina peribadi unggul.

Good post.

azlanlin on 8/07/2008 4:23 PM said...

Membaca sebelum melelapkan mata...terletak dihujung katil..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template