Aug 2, 2008

Nakalnya aku...

Di Bagan Lalang, tercatat pengalaman yang penuh makna. Tersingkap kisah lama yang mencuit hati. Di sana juga mampu menyingkap semula cerita lama yang menghasilkan derai tawa yang gamat sekali. Itulah aku. Penuh dengan kenakalan yang meninggalkan kesan mendalam dalam minda orang di sekeliling aku. Personaliti itu yang membuatkan nama "Lan" tersemat di minda sahabat-sahabat sekeliling.

Tak aku jangka dan sahabat aku aku juga tidak menjangka. Bagan Lalang tempat menyingkap memori silam. Kenangan zaman "maktab" mencetuskan derai tawa yang menggamatkan. Aku tahu, kelemahan aku ialah sukar untuk mengingati nama orang. Mungkin juga aku tak memberi penekanan untuk mengingati nama-nama orang. Entahlah....

Sewaktu aku melintasi ruang lobi hotel SM, aku terkejut apabila nama aku dipanggil. Jenuh juga aku nak mengingati nama orang walaupun rupa dan lubang hidungnya sentiasa dalam memori aku.! Biasanya aku akan minta maaf sebab tak ingati nama dan terus bertanya. Ini kebiasaan yang dilakukan. Aku tak gemar berbual lama tetapi tak tahu nama. It's my stail!. Mereka ialah Zaidi dan Aimi.

Ada juga soalan- soalan nakal daripada mulut sahabat-sahabat aku di zaman maktab MPIP tahun 1992-1994 dulu. Unit K. "Lan, aku nak tanya ko dari tadi lagi. Mana pegi motor JIPANG ko?. Meter klasik, handle Harley Davidson...bunyi ekzos yang nyakitkan hati.. ada lagi ka?" tanya Aimi... Banyak cerita-cerita lama terkeluar tentang kenakalan...hahahhaha

Hiasan: Suzuki GP100 yang standard

Aimi telah mengajar di Terengganu mulai 1995 selama 3 tahun dan menyambung pelajaran peringkat ijazah secara fulltime di USM. Lepas tamat, dia mengajar di SMK Pulau Pangkor hingga kini. Dan kini, Bagan Lalang menjadi titik perubahan hidup lagi. Insyallah.

KIRI : Ustaz, Aimi (SMK P.Pangkor), Aku dan Jailani (ACS, Ipoh)

10 Coretan Lain:

Tirai Hidup on 8/03/2008 2:11 PM said...

AKU PILIH YG BAJU PETAK BIRU....NI NI PERTANDINGAN SAPA MACHO KE???HAHHAHHA KUT MANA PONG AKU TETAP PILIH BAJU PETAK BIRU SEBAB HENSEM DAN LOBANG IDUNG JADI POJAAN HAHHAHHAH!

Cikgu Hakim on 8/03/2008 10:06 PM said...

ada sebijik motor tue kat umah tok pantai dulu, akim penah bawak. sempoi jugak :) tapi tue pakndak punya versi rasanya..

PakTeh on 8/03/2008 10:33 PM said...

yg nama Aimi dan Jailani tu, PakTeh rasa macam pernah tengok. tapi - symphtom serupa: tak ingat nama. :)

faktor genetic kot.

> Akim: Yang tangki biru, bawah beranda rumah tok tu Honda CG110. Diperturunkan dari PakLang> PakNdak> PakTeh. PakNdak punya GP100 dulu tangki hitam. Standard la: bunyi bisin.

CRAZY BEAUTIFUL88 on 8/04/2008 4:38 PM said...

salam, nengok gambar motor tu teringat motor kat kat kampung di terengganu

Mak Su on 8/05/2008 3:11 PM said...

:)

azlanlin on 8/05/2008 6:59 PM said...

To Tirai Hidup:

Bagus gak dipilih baju petak biru tu...Kalu dah diambil bajunya, boleh le tuan baju beli baju lain...heheh dapat le merasa baju baru yang lain... Ambik lerrr..

azlanlin on 8/05/2008 7:00 PM said...

To Akim:

Motor tu versi PakNdak..Jipang Hitam. Versi PakTam punya rudget sikit. Rasanya ada di Bumi Hijau la ni..

azlanlin on 8/05/2008 7:01 PM said...

To PakTeh:

Kompom pernah tengok sbb kedua-duanya ada di Perak...PakTeh kan public Figure..

azlanlin on 8/05/2008 7:02 PM said...

To LawaGiler:

Aik..kat T'ganu pun ada yerr. Macam mana ler ghupanya pulak?

azlanlin on 8/05/2008 7:09 PM said...

To MakSu:

Senyum jer ye MakSu? Mcm ada something jer... :p

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template