Aug 5, 2008

Kawan vs Sahabat

Bagi aku, kawan dan sahabat membawa konotasi yang berbeza. Dalam sudut psikologi dan komunikasi tahap kawan dan sahabat adalah ruang yang ada bezanya.

Kawan hanyalah teman berbual dan berborak apabila keperluan itu diingini. Mudah kata, kawan kedai kopi. Banyak ruang peribadi yang tidak boleh dimasuki atau dicerobohi. Cerita-cerita atau masalah-masalah yang dihadapi takkan dikongsi. Kebiasaannya kawan hanya boleh berbicara dalam ruang sosial sahaja. Taraf kawan lebih kepada kawan ketawa.



Manakala, sahabat pula lebih kepada penceritaan yang melibatkan emosi dan permasalahan yang berlaku dalam hidup kita. Umpamanya, perasaan suka duka boleh dikongsi bersama. Hinggakan sahabat juga adalah tempat meluahkan perasaan dan mampu meminjamkan bahu mereka untuk bersandar dan lengan baju sahabat juga tempat menumpahkan air mata dan hingus akibat penceritaan permasalahan yang melanda. Seringkali situasi ini menjurus kepada wanita kerana wanita akan berasa tenang setelah menitiskan air mata mereka. Sahabat seperti ini dikatakan kawan menangis yang sukar dicari.

Oleh itu, aku ingin paparkan email yang diterima daripada salah seorang sahabat yang kini berada di Melaka. Aku kenalinya semasa berkursus di INTAN Wilayah Selatan, Kluang. Ini bertujuan untuk ingatan pada diri aku dan sahabat-sahabat semua. Insyallah.

Paparan Email:

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t.

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

4 Coretan Lain:

Jie on 8/06/2008 10:14 PM said...

perlu ada 'zone selamat' dlm bersahabat

azlanlin on 8/06/2008 11:22 PM said...

Mmg betul le Jie.. kerana 'sahabat' juga kita boleh ditikam dari belakang secara senyap...kena hati-hati juga tu.

Biasanya nak capai taraf sahabat, tempoh masa lama akan menentukannya... kan Jie?

echah_syed on 8/12/2008 10:08 AM said...

bro.. memaafkan seseorang tidak berMAKNA kita akan menerima dia kembali seperti dulu..bole kan??

konpius konpius !

azlanlin on 8/12/2008 11:03 AM said...

To Combi:

Biasanya kalu luka lama berdarah kembali, sukar diterima seperti dulu..

Bukan tak terima seperti dulu kot...cuma lebih berhati-hati..kan?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template