Alhamdulillah, selesailah sudah garapan awal dengan penyediaan ebook berkaitan jurai-jurai salasilah yang diketahui secara lisan. Ebook ini seharusnya dan telah dibaca oleh sanak-saudara terdekat. Asasnya, ebook ini adalah berkaitan gambaran awal untuk memulakan penerokaan selanjutnya dan mencari bukti-bukti nyata. Juga ianya untuk tatapan dan menambah pengetahuan dalam mengeratkan silaturahim yang sememangnya tidak ketahui oleh sanak-saudara yang telah jauh hubungannya. Itu hakikat yang harus diterima oleh semua pihak kerana terpisah oleh jarak tempat dan masa serta tahap pengetahuan. Oleh itu, sewajarnya penerokaan salasilah amat diperlukan untuk pengetahuan anak-cucu dan cicit nanti. Jika tidak dimulakan sekarang, bila lagi?
Justeru, ebook ini bertemakan 'Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan'. Sinonim dengan tema ebook, pelbagai tafsiran boleh dibuat secara tersurat dan tersirat. Hanya sanak-saudara yang membaca ebook ini akan mengetahuinya kerana ada penjelasan berkaitan tema tersebut. Hakikat terpisah oleh jarak, email menjadi penghubung sesama sanak-saudara. Alhamdulillah, jarak tempat bukan menjadi masalahnya.
Moga-moga perancangan menjadi kenyataan. Kenyataan akan bermula dengan impian. Impian bermula dengan angan-angan (imaginasi). Oleh itu, jadilah angan-angan Mat Jenin Moden. Boleh ke kenyataan sebegini?
Imaginasilah yang membentuk gambaran minda dan seterusnya, otak akan mengarahkan tingkahlaku untuk melaksanakan imaginasi tersebut. Imaginasi juga membulatkan impian dan seterusnya bergerak ke arah mereliasisasikan untuk impian menjadi kenyataan. Apa-apa pun, usaha yang tinggi dan ketekalan disiplin adalah penjana melaksanakan impian dan imaginasi, Insyallah.... Segalanya adalah daripadaNya. Wallahualam.

0 Coretan Lain:
Post a Comment