Jan 9, 2010

Emosi yang beremosi..

Impak di luarjangka akan berlaku apabila emosi menguasai minda dalam melaksanakan tindakan. Tindakan yang dibuat pastinya sesuatu yang sekadar memuaskan emosi. Lantas, ianya menimbulkan sesuatu masalah lain sedangkan masalah pokok tidak juga selesai. Apa-apa pun kebiasaannya, tindakan sebegini diambil setelah tidak dapat melakukan perbincangan. Berpatah arang kata orang. Kadang-kala, perbincangan yang telah dibuat tidak menghasilkan keputusan yang memuaskan pihak-pihak yang terlibat. Ada kemungkinan, adanya perbezaan keinginan yang menyebabkan kekecohan berlaku. Malahan pihak yang terlibat tidak cuba memahami intipati masalah itu. AKhirnya berlakulah sebegini...

*****************

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Rakyat diminta menyelesaikan masalah atau perbezaan pendapat menggunakan kekuatan akal dan bukannya melalui tindakan melibatkan fizikal dan material.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia harus kekal sebagai negara yang tiada unsur keganasan sama ada ia berstruktur atau tidak.

"Sebagai negara yang aman kita (rakyat) harus sama-sama mengelak daripada melakukan sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abu Bakar Abdullah.

Beliau mengulas insiden percubaan membakar gereja di sekitar ibu kota sejak awal pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan tiga gereja di sekitar ibu negara telah diserang dalam masa 24 jam manakala sebuah lagi menerima ancaman.

Menurut Musa, insiden percubaan membakar rumah ibadat itu berlaku di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati pada pukul 12.30 tengah malam; Gereja Assumption di Petaling Jaya (4 pagi) dan Gereja Chapel di Damansara (9 pagi).

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai kejadian itu kerana belum mendapat laporan mengenainya.

Sebaliknya, beliau berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi memandangkan Malaysia sebagai sebuah negara aman seharusnya bebas daripada unsur keganasan.

Sumber : Utusan Malaysia (Dalam Negeri)

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template