Jan 27, 2010

Cuai : Kemusnahan Harapan dan Pengharapan.

PERTAMA
Jangan Percayakan Orang Lain 100% Hatta Sahabat Kita Sendiri.
KEDUA
Jangan Lalai Dan Cuai Hingga Membuka Ruang Untuk Memusnahkan Harapan, Cita-Cita Serta Usaha Diri Sendiri.

KETIGA
Mengingatkan Saya Supaya Jangan Jadi Pemimpin Hasil Menjatuhkan Orang Lain.
"

Sumber : Mohamad Azri Amatan

******************
Pengalaman yang beliau lalui, jelas memberi gambaran tentang konsep harapan dan pengharapan terhadap proses tindakan yang sedang berlangsung. Cerita dan pengalamannya tercatat dalam blog peribadinya selaku medium untuk mewarnai suasana pemilihan perwakilan pelajar UPSI bagi sesi 2010/2011.



Asasnya, akibat kesilapan kecil dan tidak menepati ketetapan yang beliau lakukan dalam borang pencalonan (tidak menulis nama menggunakan huruf besar) menyebabkan pencalonannya telah dibantah oleh pihak lain. Walaupun di peringkat awal proses penyerahan borang pencalonan, beliau telah diberikan jaminan lisan oleh pihak sekretariat pemilihan perwakilan pelajar bahawa borangnya tidak menjadi suatu kesalahan dalam proses pemilihan calon. Hatinya tetap berdetik untuk mengisi semula borang yang baru kerana kesilapan tersebut. Namun, "kata-kata manis" pihak sekretariat menyebabkan beliau terus berada dalam keadaan yang tetap silap. Impaknya, harapannya untuk berbakti dalam barisan kepimpinan perwakilan pelajar telah musnah hasil kesilapannya sendiri.

***************
Mari kita renungkan proses perjalanan seharian dalam kehidupan kita. Berapa ramaikah yang benar-benar teliti dalam melibatkan sesuatu proses tindakan yang diambil. Berapa ramaikah yang membuka ruang-ruang kesilapan walaupun sekecil zarah. Berapa ramaikah yang memberi ruang-ruang kesilapan itu dilakukan. Akibatnya, hasil percayakan kata-kata orang lain hatta yang paling rapat dengan kita sekalipun, mampu memakan diri sendiri.

Juga, ada benar seperti kata-kata Billy Lim dalam bukunya, Dare To Fail (Berani Gagal). Impak kegagalan yang berlaku membuatkan kita lebih berhati-hati di masa akan datang terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan. Malahan, kita dapat belajar 'sesuatu' akan kesilapan itu. Namun, akibat kelalaian sendiri menyebabkan kemusnahan harapan yang menggunung terhadap pengharapan yang ingin digapai.

Sewajarnya, kita harus mengetahui gambaran jelas tentang keseluruhan sesuatu proses tindakan yang bakal diambil. Keseluruhan maklumat perlu diperoleh daripada pembacaan atau orang perseorangan. Namun rumusan keputusan sewajarnya ditimbang-tara oleh diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Keputusan harus dibuat tanpa rasa was-was setelah mengetahui kenapa dan mengapa sesuatu keputusan itu diambil.

Dalam perjalanan hidup kita, pastinya terbiasa dengan kata-kata; tak apalah, bolehlah, it's ok, jadilah, dan akibatnya ia berakhir dengan kegagalan. Bukan salah untuk mengalami kegagalan dan kesilapan, namun ruang-ruang kegagalan dan kesilapan itu seharusnya diteliti dan diperhalusi agar ianya menjanjikan hasil seperti yang diingini.

Persoalannya di sini, adakah wajar ruang-ruang kesilapan senantiasa melingkari hidup kita? Dimanakah konsep penelitian dalam diri terhadap sesuatu proses tindakan yang dilakukan? Sanggupkah kita senantiasa bergantungan dengan dengan kata-kata dan harapan yang diberikan oleh orang lain? Ketuk kepala, tanya minda... di manakah kedudukan kita...!!!

Belajar, belajar dan terus belajar dengan kesilapan yang dilakukan agar ianya mampu membina karektor yang berkualiti. Moga-moga, bukanlah kesilapan yang sama akan berulang yang mengakibatkan harapan musnah di kaki pengharapan. Wallahualam.

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template