Jan 3, 2010

Sekolah 2010 : Selamat semuanya...

Nampak gayanya, ada hari ini yang telah ke sekolah. Mereka yang ke sekolah dengan tujuan masing-masing. Bagi pelajar, mereka ke sekolah untuk belajar. Bagi ibu bapa yang ke sekolah adalah untuk menjelaskan pelbagai yuran sekolah anak-anak. Bagi cikgu-cikgi pula, pergi ke sekolah kerana itu memang kerja mereka. Ada lagi ke yang masih terasa nak bercuti-cutian? Maklum le, sebulan lebih 'melahu' je kat rumah.

Manakala ada yang akan mula ke sekolah esok hari. Tentunya pelbagai ragam manusia yang akan kita temui ketika itu. Biasanya, aku memang suka hari pertama persekolahan. Aku akan meronda ke kelas-kelas tahun satuAku meronda bersama dengan kamera kompak. Pelbagai ragam ibu bapa dan anak-anak murid. Jangan le pula ada cikgu yang 'meragam' ketika itu. Kepelbagaian ragam itulah yang menarik untuk dirakamkan. Rakaman itu akan di simpan dalam album sebagai sesi pertama persekolahan.

Tapi kini, aku hanya akan ke sekolah pada hari pertama seperti ibu bapa yang lain. Menguruskan persekolahan dan pembayaran yuran anak-anak. Tahun ini, aku akan belajar mengurus anak ke sekolah menengah. Aku lebih berhajat untuk Amira ke asrama SMK Khir Johari dalam Rancangan Khas Daerah. Nampaknya, keputusan untuk itu juga Amira tidak berpeluang. Maka, rayuan akan dibuat pada pengetuanya berkenaan hal itu. Insyaallah le kut.

Anak-anak bujang aku sudah dikerah sejak tengah hari tadi. Baju dan seluar sekola mesti digosok sendiri seperti selalu. Kasut sekolah sudah diikat talinya. Buku-buku sudah dibalut malam tadi. Semuanya dilakukan sebelum malam hari kerana malam ini mereka akan tidur awal jam 10 malam. Ini bertujuan agar mereka tidak perlu lagi menguruskan hal-hal sekolah malam ini.

Mem besor juga sudah ready untuk ke sekolah. Amalan biasa di awal tahun yang menjadi rutin. Takkan tertinggal perihal penyediaan buku rekod dan buku jadual kedatangan pelajar. Kad unik 2010 telah ready dicuci. dan malam ini, pastinya akan lengkap segalanya. Setiap tahun akan ada idea kreativitinya dalam menghasilkan kad unik.

Kad unik untuk buku persediaan mengajar

Kad unik untuk buku kedatangan pelajar.

Tema kad unik tahun ini berteraskan negeri Perak. Warna-warna yang telah MemBesor lakarkan ialah putih, kuning dan hitam. Selari dengan warna bendera Perak! Tahniah MemBesor...

Moga-moga semua berjalan lancar. Jika masih ada yang tergenjot, itu proses biasa....

5 Coretan Lain:

ONE ZABA on 1/03/2010 9:57 PM said...

semua dah selamat beli...

azlanlin on 1/04/2010 7:12 AM said...

Alhamdulillah, jika semuanya udah sedia selesai..

DUN Behrang 2020 on 1/05/2010 8:37 AM said...

Tahniah! Makan hati le si anu ngan si anu!

azlanlin on 1/05/2010 9:39 AM said...

To DUN:

Psstttt... sapa yang makan ati tu?

DUN Behrang 2020 on 1/07/2010 4:41 PM said...

Psstt...tak leh kabo kat sini...bahaye!Hahahaha...cakap kat Mem Besor...anak aku ada kt 1 Intan tu...kalo nakal piappp je...!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template