Jam 6.50 petang, aku ternampak kelibat 'minah' berpakaian sekolah menengah sedang berbasikal merah menuju pintu pagar rumahnya. Pintu pagar dibuka, 'minah' itu menyorong basikalnya dan menyusun seiring dengan basikal adik-adiknya. Beg sekolah digalas, basikal dikunci. Pintu rumahnya dibuka.
"Assalamualaikum," suara halus 'minah' itu di luar rumah.
"Waalaikumussalam," sahut suara seorang wanita di dapur.
Minah itu membuka kasut sekolahnya dan disusun pada rak kasut di luar rumah. Lantas, pintu rumah dibuka.
"Kenapa engko menyengih-nyengih ni Long?" tanya ibunya.
"Mama, Along ada rahsia. Mama kena ucapkan Tahniah kat Along le...," balas anaknya.
Aku masih memerhatikan perbualan dua beranak di dapur.
"Kenapa?" tanya ibunya sambil menggoreng nasi goreng di dapur.
"Nanti le, Along mandi dulu. Lepas makan nanti, Along ceritakan yer..," usik anaknya lagi.
***********************
Itulah perbualan dua beranak. Lepas makan, Along menyerahkan sampul putih kepada aku.
"Tahniah. Along minat ke tinggal di asrama? Banyak perkara Along akan belajar nanti. Along perlu uruskan diri sendiri, masa, jadual belajar dan disiplin. Along juga akan jumpa macam-macam ragam kengkawan. Kumpulan kengkawan pulak, ada yang pentingkan diri, ada yang hormat orang lain, ada yang tak ambil kisah orang lain, ada yang terlalu baik, ada yang nakal. Semua watak-watak tu, kita kena belajar kenali. Semua tu jadi pengalaman baru Along nanti. Senang kata, tinggal di asrama macam rumah kedua Along le" panjang lebar penjelasan aku sambil nikmati kopi 'o' selepas makan nasi goreng.
Along mengangguk-angguk, tanda faham. Gambaran ini selalu aku berikan. Juga pengalaman aku dan MemBesor sewaktu di asrama suatu waktu dulu, sering diceritakan pada anak-anak.
Dengan adanya sampul surat putih itu, Alhamdulillah, perbincangan lalu telah membuahkan hasil positif. Terima kasih sesiapa yang terlibat.
**********************
Malam ini, baju dan alatan keperluan sekolah RK di SMK Khir Johari perlu disediakan. Tidak banyak yang diperlukan kerana kebanyakannya telah sedia ada. 'Eco Station' pusat tumpuan untuk memenuhi keperluan asas. 'GrandBuy' juga tempat yang dituju. Alhamdulillah, keperluan asas dipenuhi.
Pendaftaran akan dibuat pada hari Isnin, 18.01.10, jam 9.00 pagi. MemBesor juga akan memohon perlepasan daripada majikannya untuk urusan ini. Insyallah, semuanya akan berjalan lancar.
Selesai membeli-bungkus, pulang ke rumah. Beberapa website aku cari dengan bantuan pakcik google. Klik di sini, di sini dan di sini. Aku dan Along membaca cerita-cerita yang ada tentang tinggal di asrama. Semua itu umpama persediaan awal yang perlu diketahui sebelum tinggal di rumah kedua. Soalan-soalannya, telah Membesor jawabkan. Aku cuma tambah-tambah jer.
Isu sudut positif kenapa Along perlu tinggal di asrama telah dijelaskan. Adakalanya ibubapa tidak menjelaskan kenapa dan mengapa anak-anak perlu tinggal di asrama.
Isu pelajar yang tinggal di asrama perlu pulang ke rumah masing-masing setiap hujung minggu, tidak menimbulkan masalah setakat ini. Along masih boleh pulang berjalan kaki. Jarak asrama ke rumah lebih kurang 1.5 km. Itu kira saat-saat terdesak le. Berjalan kaki!
************************
Antara kelebihan tinggal di asrama:
1. Memberikan mereka pelajaran pertama untuk berdikari.. Walaupun tidak pernah ke sekolah asrama, tapi melalui pemerhatian, penceritaan didapati pelajar yang bersekolah di asrama lebih mudah untuk berdikari..
2. Pembelajaran lebih tersusun. Melalui penekanan dan jadual waktu pembelajaran, mereka memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang..Dengan kegiatan riadah yang dilakukan memberikan keseimbangan diantara kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.
3. Lebih berdisiplin. Melalui jadual waktu yang ditetapkan pelajar-pelajar akan lebih menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri mengikut tempoh ditetapkan.
4. Kurang ‘kejutan budaya’ ketika melangkah ke alam universiti. Melalui pengalaman di sekolah asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di IPT.
5. Ibu bapa dapat menjimatkan kos..Melalui asrama, ibu bapa dapat mengurangkan kos ‘duit saku’,'duit pengangkutan’ dan sebagainya..
6. Lebih cemerlang dalam pembelajaran..Walaupun tetap ada yang tercicir namun peratusan kecil.. Malahan kebanyakan pelajar asrama mendapat keputusan yang lebih baik dari sekolah biasa..
Sumber : Liga Kampung
20 Coretan Lain:
Tahniah tahniah..
CP dulu masuk Kelas Rancangan Khas gak tapi tak yah duk asrama.. yg duk jauh2 je duk asrama..
takde rezeki nak masuk SBP atau asrama pas UPSR walaupun dpt straight A's huhu..
Salam.. Tahniah. Semoga akan kerasan dan betah hendaknya di asrama... Dan, RK bersekolah di sesi pagi...
Tahniah utk Along! Semoga terus cemerlang.
pompuan ni ok sikit gamaknya.. kalu laki2, harus ada yg masuk aktif masuk acara "lompat pagar" di malam hari. muahaha.
:: salam.. TAHNIAH kpd along.
:: acara lompat pagar, menyusup pagar dan kerabat pagar adalah acara biasa yang disertai oleh penghuni2 asrama.. dan "acara tertangkap" adalah acara kemuncaknya..
Tahniah!. Selamat maju jaya.
eh! dah tukar template :)
tahniah buat along, moga akan lebih berjaya kelak :)
Tahniah...
1.5 KM je? tak mencabar la sgt..
teman dulu.. masa umur 12 tahun dah dok rmh sewa ... jauh pulak tu.. 150KM away...
To CP, Mr Malik, Mr Sahabat:
Terima kasih. Moga2 akan beroleh pengalaman yang lebih baik.. Insyallah.
To PakTeh:
Errmm.."acara lompat pagar",itu yang kita tahu kelaku laki2 yang mula nak kenal identiti sendiri.. Pompuan macam mana la pulak gamaknya..
To PakNgah:
Malang la sesapa yang kerap lakukan mcm2 acara tu tetapi tak capai acara kemuncak ek?
To Maksu:
A'a..Udah lama tukar cat dan design rumah ni..
To GPI:
Eiii.. kalu pompuan, nak mencabar sesangat tu..kena nengok umog jugak la kot nooo.. Tu la anak pompuan sorang.. ;)
Salam Lan,
Tahniah kat Along.
Persoalan sama ada sedia atau tidak ke asrama, Along perlu tanya diri sendiri. Ada pelajar lebih selesa belajar di rumah. Ada juga sebaliknya. APa yang penting, Kelas RK menyediakan guru opsyen yang berpengalaman di samping peluang untuk pelajar bersaing dengan rakan yang setanding. Moga dia berjaya mengharungi liku hidup dan persaingan dalam dunia akademik.
To Brahim:
Salam kembali,
Harap-harap keputusannya itu dapat mengapuskan persepsi awalnya..
tahniah untuk along..... duduk asrama mula-mulanya rasa sedih, ada yang menangis sehari dua, ada yang lebih dari itu. Ada juga ibu bapa yang turut menangis kat rumah....
along, tahniah!! ermm, along nangis X? yg di rumah nangis x? :)
This is remarkable. I entirely believe the things that you've authored on this page.
Very good one in particular. We're seriously happy for your straight answers
Thank you. Nice content. Had been trying to find time. Seeking a lot more blogs and forums of your stuff in the foreseeable future.
Found a wonderful trip and a great experience by looking at your blog
Post a Comment