Bila aku tengokkan cara sajian mee kari di Bidor ni, memang aku terliur. Nak menjejes rasanya. Ada sesapa yang tau lokasinya?
Itulah penangan promotion dilakukan oleh Sahabat lama daripada Melaka. Aku terbayang bahawa, rakyat pemaustatin Melaka juga mampu singgah di Kedai Mee Kari Ramli Bidor, sedangkan aku yang tidak le jauh sangat daripada Bidor pun belum menjamahnya...uiii teringin bebenor teman rasa..
Ada sesapa yang boleh bagi plan untuk ke sana? Apa kata Mr Dun, Mr Malek,Mr GPI atau kawan-kawan yang sewaktu dengannya... Ataupun, jom kita berempat ke sana satu kereta. Joommm..
Maka, tolong ler.. terliur teman ni.. Macam ngidam le pulak... Adehhhhh... Tolongggg...
20 Coretan Lain:
ko cari la dulu...dah jumpa nanti bagitau la kat kami pulak.
haaaa... betui tu.... ko gi dulu nnt bagi tau kat mana
Lain nor terliurnye tu...sampai meleleh...rasanya boleh 'trace' lokasi tu...bisa diatur pak!
To One Zaba, Sifu, MrDUN:
Aku nunggu keputusan TokPengulu Berang 2020...
Jgn lupa..
calling2 la awal sikit..
sng nak nyusun timing...
Kalo last minute.. kekadang ada urusan rasmi SPB..
Waduhh...lokasi belum kena serang hendap dengan MrDUN...tunggu le..
kadang-kadang bila suami ngidam, isterinya dah mula 'berisi'. he..he..
kalau nak pegi, jgn lewat, khabarnya cepat habis.
aku pun x pasti lokasi tepatnya. Kawan dari Tapah yang bawa. Tp seingatku, perjalanannya kalau dr Pekan Tapah ke Bidor, terus je... kedai ni sebelah kiri. Agak jauh juga rasanya dari Tapah...
Ala bro...setahu aku kalo mee kari popular kat bidor tu simpang nk g teluk intan...tp lain lak bentuk gerai ni...redah jer...setakat bidor tu tak sosek mano pun! Set jer time...nak pergi teman calling2 le 'pemandu pelancong bidor'...hehehee! Sejarah aku yg lepas2...kalo aku ngidam mmg orang rumah nak berisi...kalo ye...tahniah awal le ye!
Terkini...maklumat drp org bidor...mmg ada satu gerai/kedai makan baru dibuka, kalo dari tapah mmg tepi jalan sebelah kiri...agak ramai pengunjung...tapi dia tak berapa pasti nama kedai tu...
Salam semua. Dah pegi pekena ke belum?
kalau belum, ini petua daripada zamuri yang bawasy pegi makan aritu. Ini mesejnya kat facebook yang saya tolong pastekan kat sini.
"Salam sahabat semua
Saya teman kepada Blogger Mai Cek Mai yang makan mee Kari Ramli di Bidor kemarin
Lokasi nya senang je;
Kalo korang semua dari KL keluar dari Toll Plaza BIDOR, lepas bayar tol fee, akan jumpa t/light. Ambik ke kanan menghala ke Pekan Bidor
dalam 50 meter je lepas ke kanan tu akan nampak laa Gerai Mee Kari ni disebelah kanan, bersebelahan dengan restoran Salim & Seafood Beratap Rumbia...senang je
Pas tu kalo ada kelapangan singgah laa ke nineteen81 Rumah Rehat Tapah..boleh kita pekena Kopi kat sini...heheheheheheh
kotolong laa pastekan"
To My friend :
Nampak gayanya, lorong ke sana smeakin nampak. Semakin jelas. Dah boleh disusun untuk ke sana.Terima kasih atas panduan perjalanan. Akan diusahakan untuk ke sana bergantung pada kelapangan. Insyallah.
To Rosni MN:
Rosni sekeluarga juga pernah ke sana. Ada panduan perjalanan yang ditinggalkan dalam facebook aku, siap ada ayat pembuka selera..heheh.. terima kasih.
" Rosni Mn January 23 at 7:52am
Cakap psal Mee Kari Ramli Bidor memang sedap, itu blum pekena dia punya mee kicap lagi...issyyhh3 jgn ckp klo tgh pagi2 ni...perut x lapaq teruih jadi lapaq..huhuhuhu Pak Tam mesti cuba, kami klo pi tengok anak kat Kpg Gajah cfrm singgah..mmg power...dia buka setiap pagi smpai pukul 11am je . Drp highway terus msuk Bidor interchange, lepas saja bayaq tol, kedai dia kat tepi sebelah kanan je...jom pi rasa tengok !!! "
copy n paste drp facebook
Saya anak buah mee kari ramli..senang je siapa yg nak tahu ke kedai mee kari ramli, keluar tol bidor belok kanan, nampak signboard highway besar hadapan rumah bangalow oren, cuma sebelah rumah itu je kedainya. Bukan setakat mee sahaja kami juga ada menjual kereta lama terpakai dan membuka workshop kereta sesiapa yang berminat sila hubungi En.Zakariya (012-5137343) atau Fauzi (012-5512180).
kepada aunty sally dan acik wam...nanti boleh le belanje kite mee kari free yang kat seremban ni...bile balik kampung leee..kepada mak dan chu keje baik-baik buat mee sedap-sedap taruh bahan tu banyak-banyak sikit baru kawwwww punyeee.
To Faizul :
Terima kasih. Dah sampai, dah merasa dan dah berulang kali setiap lajak ke Bidor. Sedap dan kena dengan selera saya..
Saya juga anak buah kpd Ramli dan Aunty Lina..Mee kari sn memang kaww..harganya pn x mahal..Tp kl nk merasa jgn lewat sb kadang2 pukul 10 pg dh abeh..Gerai dibuka dr jam 6.30 pg.2 pn dh ramai org.
jom bace pasal mee kari bidor kat blog saye.. :)
Saya orang bidor.tapi x penah makan disitu coz Risau tak halal sbb fish ball.tohu dll di supply oleh orang bukan islam.berhati-hati ,takut termakan benda haram.memang sedap tapi halal haram kena jaga jadi darah daging.
haah..semua org melayu di bidor tk makan di kedai mee ramli ni.. kalo betul anak saudaranya ke atas..tolong clearkan pasal halal haram mee ni.. dengar cerita mak aunty lina yg chinese masakkan mee ini di restoran cina dia sebelum bawak ke gerai pakcik kamu.
Post a Comment