Jan 24, 2010

Mee Kari : Dah jumpa, dah rasa.

Sikap berkeinginan yang tinggi mampu menggerakkan kita ke arah yang dingini mengikut
citarasa sendiri. Sikap begini sangat penting sebagai booster dalaman untuk menggerakkan diri kita ke arah tindakan yang sepatutnya. Tindakan tersebut pula harus menepati kewajaran dan keperluan semasa.

Jika dilihat cerita di sini, ianya memerlukan tindakan yang memerlukan kekuatan dalaman untuk terus tercapai matlamat. Misalnya, tanpa keinginan yang kuat, pastinya sukar untuk bergerak merasai apa yang diingini. Ketika itu harus menepikan hal-hal lain untuk mendapat apa yang diingini.

Ahad, jam 9.00 pagi, anak-anak mula berbasikal ke sekolah untuk ikuti latihan silat. MemBesor sedang khusyuk menjahit baju sekolah berwarna kuning air, khusus untuk kelas RK Amira. MemBesor diajak untuk ke Bidor, beberapa ngomelan kecil pasti terkeluar kerana sedang khusyuk menjahit.

Akhirnya, jam 9.30 pagi kami berdua ke Bidor sebab beberapa bait istilah pendekatan 'mengayat' digunapakai. 30 minit perjalanan melalui highway mengikut panduan arah Sahabat dan Rosni MN, memang mudah untuk kenali gerai tersebut. Terima kasih atas maklumat. Rupa-rupanya, itulah laluan kami apabila pulang ke Pantai Remis. Hahaha. Aku dan Mem Besor ketawa besor.



Akhirnya, tercapai juga hasrat untuk ke sana. Sempat berbual dengan 'orang kuat' di kedai itu. Pemiliknya adalah berketurunan cina. Maka, hasil masakannya adalah ala-ala masakan Cina. Mee kuning yang digunapakai bukanlah mee kuning yang selalu kita beli di kedai runcit @ pasar. Mee kuningnya agak spesial. Tidak menggunakan ubat 'tahan lama'. Maka mee itu tidak berbau seperti yang biasa terdapat di pasaran. Mee tersebut perlu diorder di kilangnya. Maklumat lain dapat disimpan. Teringat aku akan mee kari di kantin SMK Dato' Idris dua puluh tahun lalu sewaktu aku di tingkatan 1 -3. Mee Kari nyonya yang dijual di kantin sekolah! Heheheh


Gerainya dibuka seawal jam 6 pagi untuk pemandu-pemandu lori, kata pemilik gerai itu. Lebih kurang jam 11 pagi, banyak ramuan menu makanannya telah habis.

10 Coretan Lain:

sonata anak kancil on 1/24/2010 2:18 PM said...

saya makan meehoon bandung pagi tadi - malam semalam makan mee rebus...makan panas2 perut tak berapa ok ...so kena cari sesuatu untuk membaikpulihnya!

GPI on 1/24/2010 2:23 PM said...

Salam..

pegi tak ngajak...sabor je la..
hah! cepat bagi lokasi nya... nak start enjin dah ni..


eh, mee dah abis ye jam 11?
kena tunggu minggu depan...

azlanlin on 1/24/2010 3:10 PM said...

To Sonata :

Pil KitCeeteon (mcm tak betul ja ejaannya- harap ke bunyi ja mcm sama)jadi galang gantinya...heheh

azlanlin on 1/24/2010 3:16 PM said...

To GPI :

Hari ni, time dating ngan mem besor... minggu depan ada lagi..hehhe

ONE ZABA on 1/24/2010 4:25 PM said...

nanti ku meluncur turun dari gunung. boleh beli petai sekali.

azlanlin on 1/24/2010 6:09 PM said...

To One Zaba :

Petai, kat mana stok jualannya? Hhehehe. Lagi kuat baunya, lagi power umpphhhnya..kan?

Che' Pit on 1/24/2010 7:39 PM said...

hmm x familiar area utara.. tapi esok CP akan outstation ke Sg Petani n Sik sampai Rabu..

tapi nengok mcm sedap jer, huhu

azlanlin on 1/24/2010 8:10 PM said...

To CP:

Tengok dan rasa baru tau 'kena' ke idak dengan selera sendiri. Lain orang lain selera n citarasanya...kan?

Che' Pit on 1/25/2010 9:54 AM said...

hmm betul gak tu, ngeh ngeh ngeh.. lain org lain tekak n citarasanya..

tapi yg sebenarnya, CP mmg tak berapa gemar mee kari ni walaupun tgk menarik, hehe..

DUN Behrang 2020 on 1/26/2010 11:02 AM said...

Tau ko mesti g cari punya...mana leh dok diam...apapun tahniah...pencarian yang cemerlang!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template