Dec 23, 2009

Pertemuan : Permulaan Pencarian

Pastinya kita amat gembira apabila tercapai hasrat dan impian yang di luarjangka. Proses untuk mencapai matlamat ini amat memeritkan. Namunnya pastinya kesukaran yang dilalui akan terubat apabila hasil adalah di luarjangka.

Selama hampir 38 tahun, tidak pernah aku ketemuinya. Beliau adalah sepupu sebelah arwah emak daripada Kampong Lubuk Boi, Yan, Kedah . Inilah sepupu yang masih tinggal. Yang lain, telah kembali menemuiNya. Al-Fatihah untuk mereka. Justeru, pertemuan ini adalah titik mula sebagai momentum untuk meneruskan proses pencarian bagi menemukan jawapan. Proses mencari jawapan ini haruslah bermula dengan persoalan demi persoalan agar penerokaan terus dilakukan..


Alhamdulillah, anak-anak Che Mah dan Lin masih sempat menemui mereka yang masih ada untuk merapati antara sanak-saudara. Alhamdulillah, dengan menemui mereka, terjawab sedikit sebanyak persoalan-persoalan dan rentetan peristiwa yang benar-benar ingin diketahui berkenaan susurgalur keturunan sebelah arwah emak. Asasnya, kami adik beradik sekadar mengetahui sejarah rentetan peristiwa berkaitan sanak-saudara yang asalnya daripada Kedah, malangnya tidak dapat mengetahui sumber-sumber lain untuk mengesahkannya.



Alhamdulillah, terima kasih BangNdak yang berusaha membawa MakCik Embun (Yan, Kedah) dan diregukan dengan MakLong Besah (Kpg Tebuk Yan, Pantai Remis) untuk memulakan garapan susurgalur ahli keluarga secara bertulis yang bertunjangkan Mat Saman. Mat Saman adalah 'seseorang' yang dikenali suatu ketika dahulu dalam sistem pemerintahan Sultan Kedah. Inilah sejarah awal dan akan menjadi titik-tolak bermulanya satu sejarah baru terhadap waris Mat Saman!!!


Alhamdulillah, aku telah berjaya membuat susurgalur bertulis tangan Akibat tulisan aku yang sememangnya mengalahkan tulisan doktor, MemBesor dengan rela hati meng'offer'kan diri untuk menulis semula agar kelihatan lebih jelas. Akhirnya, salinan itu diphostostat dan diberikan kepada beberapa waris yang masih ada. Walau bagaimanapun, jurai waris tersebut masih belum secara detail dan pencarian demi pencarian harus dilakukan. Alhamdulillah, setiap wakil jurai waris Mat Saman kalangan 4L dan 4P telah diletakkan no telefon untuk dihubungi sesama sendiri agar terlaksana impian untuk mengumpulkan semua waris di serata ceruk.. Insyaallah....

Maklumat awal untuk adik-beradik secara maya :
Mat Saman memiliki anak 4L dan 4P. Setiap susurgalur lapan orang anak Mat Saman telah mula digarap secara bertulis. Jelas dan lengkap. Beberapa persoalan mula timbul untuk melaksanakan penerokaan yang lebih mendalam. (Fakta lisan, arwah TokWan Mat Isa - bapa kepada arwah mak, telah memiliki 'kereta' ketika berkelana bersama abangnya ke Pantai Remis >>> andaian aku, antara tahun 1880 -1900an - persoalan ini belum diuji).

6 Coretan Lain:

MALEQUE SELAMAT on 12/23/2009 10:49 AM said...

Teruskan usaha murni tu... Yang jauh di didekatkan, yang dekat diakrabkan... selagi nyawa masih dikandung badan...

Chenta on 12/23/2009 11:36 AM said...

Setuju dengan ABD MALEK SELAMAT .

Gud luck !

DUN Behrang 2020 on 12/23/2009 3:15 PM said...

Seronok kan menyusur galur keluarga ni...penuh dengan unsur pengembaraan dan cabaran! Teruskan perjuangan!

Pak Ngah: on 12/26/2009 2:37 PM said...

:: teruskan pencarian tu.. langkah pertama dah berlalu.. rasanya masih panjang laluan yang perlu ditempuhi..

:: kalau gambar PakNjang Mat dapat diselit bersama maka pastinya gambar yang dipamer amat bermakna sekali..

aQQim on 12/26/2009 5:38 PM said...

tahniah atas usaha pakndak. terima kasih atas usaha paktam.
sempat gak akim dengan cerita dari tokcik embun pasal zaman jepun yang sempat ditempuhinya bersama arwah tok chemah...

Gedung Pakaian Online !!!! on 3/18/2010 11:01 PM said...

teruskan pencarian anda salasilah keturunan wan mat saman.kami 6 bradik adalah anak kepada ramli(TAN) b saad b mat isa .dari pntai remis

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template