Nampaknya setahun sudah berlalu. Pelbagai ragam manusia yang telah kita temui. Kepelbagaian ini mematangkan kita dalam menangani watak dan perwatakan secara berhemah. Namun, kita perlu ingat bukan semua manusia di sekeliling kita gemarkan cara kita. Oleh itu, bergantung pada kekuatan emosi dan mentaliti kita menagani asam garam kehidupan kita. Itulah nikmatnya Warna-warni Kehidupan. Hakikatnya, perjalanan terus menghala ke hadapan!
Begitu jugalah dengan laptop putih aku ini. Genaplah setahun, ia menanggung pelbagai software yang telah aku installkan dalam isi perutnya. Hingga senak, sendat dan sesak. Tepat jam 12.01 pagi tadi menandakan aku memulakan projek baru. Format semula laptop agar ia lebih lancar menjalani tahun 2010. Mana-mana perisian yang menyesakkan, telah aku ketepikan. Aku sudah tidak perlukan perisian-perisian yang menyesakkan harddisk. Mana-mana perisian yang hanya digunakan sesekali sahaja tidak lagi aku gunakan. Aku lebih bertumpu memikirkan perisian-perisian yang memberi manfaat urusan harian aku sahaja.
Moga-moga, tahun 2010 memberikan satu mementom yang agak drastik! Perjalanan yang lebih lancar dan berfokus kepada matlamat kegunaan laptop dalam membantu urusan tugasan seharian aku sahaja. Aku mula memikirkan perisian-perisian yang lebih memberi benefit sahaja. Pencarian perisian baru untuk diteroka tidak lagi diperlukan. Hanya berfokus pada kegunaan aku sahaja. Tidak lagi memberi ruang dan peluang pada perisian yang menyesakkan laptop aku.
Oleh itu, jom format laptop. Moga-moga Windows 7 memberi nafas baru untuk memudahkan urusan kerja aku untuk tahun ini.

3 Coretan Lain:
salam. tahniah kerana sudah format hdisk. eloklah guna yang perlu saja, dan belajar sesuatu yg baru.
yg susah bila suka dload saja, tapi kurang explore. kah kah kah.
windows 7 bagus utk dipelajari, tapi mungkin tak compatible dgn semua aplikasi data-base jabtn/kemntrian.
To PakTeh :
Setakat ini, semuanya berjalan lancar. Heheheh.
Salam
Selamat menyambut tahun baru 2010 , moga hari mendatang lebih baik dari yang ditinggalkan
p/s - jgn lupa jln ke rumah sy, sudah
Post a Comment