Jan 9, 2010

Kuatnya pengaruh MADU!

Madu oh madu... kaulah penawar, kaulah racun!. Kau mampu membuatkan aku terangsang atau lesu untuk aktiviti yang aku lakukan... Keluarga aku jua memerlukanmu. Begitulah pengaruhmu terhadapku. Akibat pengaruhmu yang kuat, usahlah kau dalam golongan MADU PURA (tidak asli).


Itulah bait-bait ayat yang membawa konotasi bergantung pada persepsi dan pengalaman masing-masing. Bait-bait itu juga bergantung kepada siapa yang berkata dan siapa yang mendengar dan menafsirnya. Sebab, tafsiran maksud adalah berbeza-beza.

**********
Khamis lalu, hp Cokia berbunyi menandakan sms telah diterima:

Salam, makan madu untuk ubat batuk. Kat Kalumpang, kedai basikal. Ada jual madu asli. dr ust selamat.

T.kasih atas ingatan. Akan diusahakan untuk mencari dan membelinya. - azlanlin.

**********
Hari ini, jam 10 pagi, aku sekeluarga, baru berkesempatan merayau semula ke Kalumpang untuk mendapatkan madu asli seperti yang disebut oleh Ust Selamat. Jika dilihat kedai basikal tersebut memang tidak disangka, madu ada dijual di situ. Aku berhentikan kereta apabila melihat susunan botol yang tercatuk di atas rak bersebelahan dengan stok-stok alatan basikal.

"Ini madu asli loooo..," jelas apek itu.

"Macam mana mau tau madu asli atau bukan?" aku ingin tahu.

"Ini macam. Lu goncang ini botol ampat kali. Satu..dua..tiga..ampat," sambil mengoncang botol seperti yang diperkatakan. Dia mula meletakkan botol di rak semula untuk melihat bukti bahawa madu itu adalah asli.

Aku tersenyum sambil mengangguk-angguk. Mata masih tertumpu ke arah botol itu.

"Belakang, lu tengok. Nanti dia sulah ala buih putih-putih", apek itu mula tunjukkan ke arah buih-buih yang sedang membentuk di tengah-tengah botol madu.

"Lu tengok ini haaa... semut talak mali. Ini sulah tumpah, semut talak mali tau", jari telunjuknya menghala ke arah bekas madu yang tertumpah atas raknya.

"Apa pasal tak ada?", aku masih inginkan jawapan lanjut.

"Ini la oli punya. Talak camput-camput. Lain olang, ada camput itu gula. Tebu manis, mali punya. Gua talak itu macam", terangnya dengan jelas.

"Mana dapat?". Aku masih menjolok.

"Gua ambik sendili dalam gua punya kebun. Satu tahun ampat kali. Gua ada hantat di Selangor." jelasnya lagi.

Gua, umot sulah 70 tau. Pagi, pukot lua, gua sulah pigi kebun. Potong getah. Balik kebun sulah bukak ini kedai. Ini gua punya keleja hali-hali. Boleh ka kalau gua sulah tua mau bikin ini macam punya keleja? Ini madu memang hali-hali gua makan punya", terangnya sunguh-sungguh.

"Waaaa..sudah 70 tahun aaaaa. Sihat lagi. Kuat lagi. Muka pun talak nampak tua oooo. Bagus la." pujian terpacul daripada mulut aku.

Apa yang dia nak ceritakan, itu haknya. Aku tidak menyanggah. Yang penting, aku jumpa juga kedai basikal yang dicadangkan oleh Ust. Selamat.

Aku capai sebotol madu lebah asli. Berunding harga. Aku capai sebotol lagi apabila teringatkan 'seseorang' yang kerap batuk-batuk apabila berehat di belakang rumah . Berunding harga lagi.

"Apek, kita kan mau jadi kawan lama, kan?" sambil lurut-lurut bahunya yang hanya bersinglet.

"Ok la..ok la...". Dia membungkus 2 botol madu asli dengan kertas surat khabar lalu dimasukkan ke dalam beg plastik.


"Ini botol aaaaaa...lu jangan simpan dalam peti ais. Nanti dia punya gas abis lorrr. Buih sulah talak", terangnya lagi sambil mengunjuk bungkusan botol kepada aku.

Agak banyak petua yang diberikan. Cara meminum dan sukatan untuk dijadikan amalan. Bagus tu. Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat untuk mendapatkannya.

**** Banyak khasiatnya berkaitan madu.

Info tentang madu ada di sini.

11 Coretan Lain:

Unknown on 1/09/2010 2:22 PM said...

errr... selalunya org bagi petua... masukkan madu dlm peti ais... kalau yg ori dia tak akan jadi keras, tetap likat macam madu biasa, kalau yg capur gula, tak lama lepas tu mesti jadi keras pasal air gula dah beku

GPI on 1/09/2010 2:51 PM said...

Emm.. kat mana kedainya? ada beberapa kedai basikal kat sini...

azlanlin on 1/09/2010 3:07 PM said...

To Shifuu:

tak tau la pulak aku kalu bab tu. Aku cuma tau cara 'cari' madu ja. Nak pastikan madu asli atau madu 'pura', tak tau la pulak.. ;)

azlanlin on 1/09/2010 3:09 PM said...

Deretan kedai kaw org Cina. Tak nampak dari jalan besar. Pagi tadi ada pasar pagi.

Di sebelah kanan kalu dari Tanjung Malim.. Tak tau apa nama kampung tu.

Jenuh merayau juga.

GPI on 1/09/2010 7:09 PM said...

Kg Sejantung Hati.. pagi tadi teman pergi market situ.. apasal kita tak berjumpa? jam 8.00AM.. Kedai basikal berdinding papan kan?

ONE ZABA on 1/09/2010 7:58 PM said...

jangan cari madu yang simpan dalam bilik udah la...

bengkak bengkil dahi nanti.

Che' Pit on 1/09/2010 8:55 PM said...

atau madu yg siman kat rumah lain..

terbang pinggang mangkuk arcopal nanti

azlanlin on 1/09/2010 9:36 PM said...

To GPI:

"Butut..butut. Itu tampat la... kedei papan, apek tua meniaga..." macam dialek apek tu..

Sekali pandang, memang tak sangka di situ ada juai

Masih Kalumpang ka? Mohon tukar tak "menjadi" ka?

azlanlin on 1/09/2010 9:42 PM said...

To One Zaaba :

Kalu simpan madu je, takpa. Sebab tengok ja. Kalu udah pengaruh madu kuat..susah jugak ek?

azlanlin on 1/09/2010 9:47 PM said...

Che Pit:

pssstttt.... pelan-pelan sikit. Nanti orang tau... hehehhe.

Apek tu juga udah ajorkan sukatan yang sesuai untuk diminum tu... risau jugak weehhhh... Hehehhe

Kalu bab pinggan melayang tu, idak le riso sangat. Kira selamat le sikit, sebab banyak pinggan kedai RM2 ja.Melayangnya susah nak tepat pada sasaran sebab plastik. Arcoppal xdak pun. Hehehhe.

Chenta on 1/10/2010 2:59 PM said...

wahh.. bersemangat betul ONE bg nasihat and mendapat sokongan padu dari Che 'Pit . hehe

Yup! Madu penyembuh segala penyakit.

But.. BERMADU itu cari penyakit .

Apapun.. saya nak tambah, kalau di Ipoh , Madu Kg Tualang paling tip top and antara cara yang boleh dipercayai samada asli or tidak ialah ..

Masukkan kuning telor , pastu kalau dia masak(kental-tidak pecah) itulah yang asli .

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template