Aug 29, 2008

FESTIVAL KERJAYA 2008

Dalam menyinggah blog KakDah, aku terlihat tentang program FESTIVAL KERJAYA 2008. Pastinya mampu memberi input kepada para pembaca.

Paparan ini boleh ditonton dalam youtube. Ada 2 orang tokoh akademik pengajian tinggi yang dijemput oleh RTM (Selamat Pagi Malaysia) ialah Dr Arhad b Kassim, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor dan En Azizi b Lin, Pengarah Bah Peperiksaan dan Penilaian, Jab Peng. Politeknik dan Kolej Komuniti, KPT.

Kedua tokoh ini menerangkan tentang pelaksanaan Festival Kerjaya 2008. Tentunya pelaksanaan program ini memberi input bermakna kepada semua pengunjung ke festival tersebut. Jika pembaca ingin maklumat lanjut, sila KLIK DI SINI.

Contoh paparan dalam youtube

Continue Reading...

Aug 23, 2008

Brillante Weblog

Sedang aku menyusun spanar-spanar di rak, muzik lagu aspalela berkumandang. Itu tandanya hp aku berbunyi. Bunyinya memang kuat. Saja aku letakkan muzik yang rancak utk menggerakkan aku lebih cepat untuk mengangkat telefon. Aku lihat, nama ayang tertera pada hp cokia aku.

"Yang, ada lagi nih... nak tolong ambil ke?" tanya mem besar aku.

Ok Yang, tolong ambil kejap. Abang sibuk sikit ni. Tolong uruskan yer...

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih kedapatan rakan maya yang sudi memberikan award. Mungkin ada pembaca yang melihat "sesuatu" yang menjadikan ianya tertarik. Ingatlah, sesuatu yang dicari, akan anda temui. Maka segalanya bergantung pada diri kita sendiri. Bagi aku, sesuatu keistimewaan atau keunggulan dalam blog sempoi ini hanya pembaca yang lebih mengetahui, kan? Terima kasih kepada smua pembaca. Kehadiran kalian memberi makna sukar digambarkan melalui kata-kata.

Maka, dengan itu... saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana kenalan maya baru saya iaitu AnnDee yang telah telah sudi menghadiahkan saya sebuah award. Bagi saya, agak terlalu kerdilnya diri saya untuk menerima sesuatu penghargaan yang sebegitu rupa. Thanks AnnDee

Walau bagaimanapun, award itu adalah kepunyaan saya. Maka, saya enggan memberikannya kepada sesiapa jua... maaf ye AnnDee, itu hak saya. Saya tak nak berikan kepada sesiapa yang lain selain saya. Hehehehhe...

p/s:

Sebenarnya, DakLan akan menerima apa jua yang diberikan pada DakLan. Namun untuk memberikan pada orang lain pula, memang tidak sekali-kali. Ini kerana DakLan tak mahu orang lain perlu membuat entri untuk penerimaan award tu. Maklum le, ada yang berminat dan ada yang tak berminat untuk menerima dan memanjangkannya.

Maka, KEPUTUSAN DakLan ialah apa jua yang DakLan terima, maka orang lain takkan menerimanya. Harap-harap rakan maya memahami akan situasi ini. Bukannya tamak tau! Hahahahah...

Continue Reading...

Aug 20, 2008

Mencanak..

Siang hari, kami sefamili bergelut dari depan ke dapur rumah. Bersepah barang-barang, buku-buku dan tak kurang juga habuk-habuk berselerakan. Ini kerana, ada bilik yang sedang diupgrade untuk anak dara kami. Khas untuknya. Maka banyak le buku-buku yang terpaksa dipunggah, dikumpul dan diletakkan kat luar rumah untuk tunggu lori surat khabar lama mengangkutnya.

Bila bab-bab macam ni, mem besor memang dah tau peel aku, kejap-kejap selsema, kejap-kejap bersin. Hampeh tul aku ni. Memang dia minta tolong aku angkat dan angkut barang-barang yang besar je. Kalu nak mengemas dengan habuk yang berterbangan di udara, memang aku alah. Kompom bersin! Anak-anak teruna aku pun kena ragging juga. Bilik diaorang pun perlu dikemaskan. Kalu idak, aku suruh diaorang tidur kat porch kereta jer.. hahahha. Yang paling syiok ialah mem aku jumpa external hardisk 80 GB yang masih tersimpan dalam kotak. Sempat juga aku formatkan dan buat partition. Kompom akan jadi milik mem besor. Baru aku teringat, aku beli di Melaka thn lepas utk upgrade laptop lama...

Malam hari, selepas Maghrib aku bersiap untuk ke Batu Pahat. Aku ada urusan di sana. Aku pakai jaket kulit yang aku beli kat bundle Taman Intan ngan mem besor petang tadi. Sebelum bertolak, aku call Cikgu Sudin dan Yan yang sedang berehat di Tangkak. Mereka dalam perjalanan dari KL, aku tak ikut diaorang semalam. Mereka berehat melepaskan lelah dan solat Maghrib. Dimaklumkan mereka nak lajak ke Parit Jawa, pekena Asam Pedas Parit Jawa, Muar. Jeles le aku, mana aci.. Aku terus je ajak diaorang lajak ke Batu Pahat je sebab kat Batu Pahat pun ada Asam Pedas Parit Jawa. Lokasi kedai Asam Pedas tu aku pernah makan sefamili beberapa bulan lalu semasa kami merayau-rayau di BP. Settt...

Aku, Akim dan bapa mertuanya dok berborak sambil pekena teh o
Terima kasih Ida. Jaga diri bebaik..

Setelah selesai urusan aku kat BP, diaorang belum tiba lagi. Boring la aku kalau bab menunggu nih. Aku lajak ke rumah Akim. Aku call dia dulu. Kebetulan pula ibu dan bapa mertua Akim ada di rumah dia. Bagus gak tu kerana aku belum pernah jumpa dan berborak lagi dengannya. Sempat la berborak kejap sambil pekena teh o. Dapat jugak basah-basah tekak dan berasap sabatang rokok. Berkelun asap rokok aku dan bapak mertua Akim. Aku ajak juga diaorang lajak ke rumah aku esok petang. Dalam 20 minit, Cikgu Sudin call aku. Diaorang dah sampai. Aku mohon diri dan terus lajak ke Asam Pedas BP. Diaorang dah tolong order untuk aku. Beshnyer..

Sempat juga Cikgu Sudin bercerita tentang tujuan dia ajak aku ke KL semalam. Juga dia ceritakan ruang dan peluang yang dia perolehi. Dia offer kat aku. Insyaallah, aku akan lihat dan kaji tentang ruang dan peluang tu. Ke mana hala tuju dan arah alirannya. Kami bergerak ke Kluang dan tiba jam 12.10 pagi. Kami berpecah dan aku tuju ke rumah aku. Tiba di rumah, mem belum tidur, study PTK katanya. Aku ajak mem besor ngeteh di Warung Tok Uban. Pekena milo tarik...perghhhh!


Continue Reading...

Aug 17, 2008

Layan diri

Lebih kurang 40 minit aku berada di Stadium, aku call Cikgu Sudin. Tentunya dah ramai yang berkumpul di bandar.

"Din, ko kat mana?"

"Tudung Saji. Diaorang dah gerak. Aku melayan PA YB Jais kat sini"

"Ok. Aku gerak sekarang"

Bergegas aku dengan ChintaHati ke Tudung Saji. Tudung Saji ialah sebuah restoran yang dipilih untuk setiap program yang berkaitan dengan Pemuda dan UMNO Bahagian juga program belia dan sukan negeri Johor. YB Jais adalah Exco Belia dan Sukan Negeri Johor.

Hari ini adalah Kluang Bikers menyambut ketibaan Pasukan Bermotor seluruh Johor. Pasukan Bermotor dari Utara Johor akan disambut melalui Jalan Mersing dan dari selatan Johor akan disambut melalui Ayer Hitam. Pasukan Kluang Bikers diagihkan kepada 2 group untuk menyambut Pasukan Bermotor tersebut. Aku pulak freelance tapi boleh join mana-mana group.. Mungkin aku tak berapa suka terikat. Aku lebih suka bergerak ke mana saja aku nak pergi. Maka hari ini aku tak memakai apa-apa uniform untuk menjuruskan position aku. Aku lebih suka membantu mana-mana part yang lebih menjurus kepada minat aku. Kalu nak ke hulu hilir tak tentu arah...ermmm bukan aku kot! Penting diri jugak aku noooo...hahahahaaha atau aku jenis mendahulukan mana-mana yang lebih perlu.. ermmmm. Pembaca lebih tahu, kan?

Dari kiri: Joe Craft, Cikgu Sudin, PA YB, aku, wartawan.
ChintaHati aku salah satu drp paparan motor di atas. Simple dan ranggi!

So, aku berada di Tudung Saji lebih kurang 40 minit saja. Sempat berbual dengan PA YB Jais dan Cikgu Sudin. Aku tak sempat nak tunggu Pasukan Bermotor yang dinantikan itu tiba di lokasi. Aku dah dapat call drp Mem Besor bahawa event Amira di Stadium dah selesai. Aku terus bergerak balik ke rumah. Kami nak pergi jemputan kahwin rakan sekolah mem besar. Heheheheheh. Ini kerana lewat petang nanti aku akan ke bengkel pulak. Layan cuti dan memanfaatkannya...
Continue Reading...

Pacu Diri

Inilah kelebihan kokurikulum di sekolah. Bagi sesetengah ibu bapa kurang menitikberatkan bidang ini untuk anak-anak. Selain penerapan sahsiah, perkembangan EQ amat penting dalam diri anak-anak. Bagi aku dan mem besar, kokurikulum sememangnya penting dalam membetuk sahsiah dan perkembangan EQ anak-anak. Oleh itu, untuk Amira yang agak kurang keyakinan dirinya, penglibatan dalam kokurikulum amat penting.

Hari ini, mem besar melayan anak dara aku di Stadium Tertutup Kluang. Amira terlibat dengan Pasukan J-Robik sekolahnya dalam pertandingan J-Robik terbuka Daerah Kluang. Cuma aku tak berkesempatan melawatnya sejak awal pertandingan. Aku sekadar menghadirkan diri dan berbual dengannya sekejap saja. Itupun selepas pasukannya membuat persembahan. Tak sabar dia menunjukkan persembahan pasukannya dalam kamera yang diambil oleh mamanya. Good job mem besor. Mem Besor semakin gigih menjadi back-up semasa ketiadaan aku. Alhamdulillah. Kegigihan itu amat aku kagumi. Thanks my dear.


Wan, berbaju hijau dan junior aku semasa di maktab dulu.
Dia memang aktif di bidang sukan.

Aku pulak, hampeh di bidang sukan. Tak minat sungguh!

Ketika di stadium sempat juga aku berjumpa dan berborak dengan Wan dari Simpang Renggam. Dia adalah junior aku di Maktab dan sama unit dan sekelas dengan Mem Besor aku. Sempat lagi aku cuit mindanya.

"Wan, ko tak boring ke dok sekolah lagi? Tak tepu ke?" kata aku sambil nyengih..

"Alaaa... Guru Besor aku pun dah bertukar 4 orang. Aku masih kat situ lagi", katanya.

"Ko tak apply sambung belajar lagi ke?"

"Aku cadang nak mohon buat Master yang free je le"

"Bagus tu, ko memang layak mohon sebab ko aktif peringkat negeri dalam bidang sains Sukan ni. Jangan lupa, hujung tahun ni mohon la secara online untuk tawaran biasiswa KPM tu. Insyallah", sambung aku.

Perbualan kami terberhenti apabila En Shariff, Pegawai PPD Unit Kokurikulum menghampiri kami untuk mengambil gambar Pasukan J-Robik SK Kampong Melayu. En Shariff tu ialah bekas guru sekolah aku sewaktu aku mula-mula tiba di SK Seri Intan awal 1997 dulu. Sempat juga aku berbual dengan Cikgu Shariff tu. Ubannya makin banyak.. hahhahahaha. Sempat aku kutuk dia!

Continue Reading...

Aug 16, 2008

Berjaya...Ayah n Mama berasa bangga!

Sepagi ni, sefamili kami bergerak ke Kem Mahkota (kem askar). Mem bawa anak-anak. Aku masih dengan ChintaHati. Aku tak boleh nak ikut sama naik kereta kerana aku ada urusan lain selepas itu.

Hari ini, para pelajar sekolah mem besar aku, perlu menjalani ujian renang untuk melayakkannya dapat sijil. Amira juga tak terkecuali. Para pelajar diberi masa untuk merendamkan badan dan buat latihan masing-masing. Si Amirul dan Amir juga tak melepaskan peluang untuk mengecutkan badan diaorang. Berendam sakan si hero aku tu dalam kolam kecik untuk kanak-kanak. Anak-anak ckgu yang lain juga tak lepaskan peluang.

Aku berborak dengan Cikgu Rosiah, GPK Koku sekolah mem besor. Maklum le, kebetulannya GPK tu adalah bekas guru sekolah aku... berborak sakan juga. Dapat juga aku makan dan minum free sambil layan GPK tu. Maklum le, cikgu-cikgu lain sedang bergelut dengan tugas masing-masing.

Ermm..boleh lepas ke ni?

Fuhhhh...leganya!

Bila tiba masanya ujian dijalankan, aku lihat muka si Amira tu macam tak kompiden jer. Kompom risau sebab perlu menyeberang tebing kolam renang tu. Rupa-rupanya, gitu je ujian asas renang untuk melayakkan sekeping sijil untuk mengiktirafkan kejayaannya. Amira adalah peserta pertama, maklum le namanya bermula dengan huruf 'A'. Nampak juga le perbezaan awal tahun dengan sekarang dari segi tahap kemahirannya. Kakinya dah mula boleh berkodek lembut. Kalu idak, semasa awal tahunnya dulu, kaki kodeknya kerasa sangat. Selalu je dia kena provok ngan aku... Hahahhahah. Tapi la ni, masa dia jalani ujian tu, ada perkembangan kemahirannya.

TAHNIAH Along...... Berjaya. Jika balik perak nanti, boleh le mandi laut kat Teluk Damai (ye ke namanya..di Batu 3 Damar Laut tu?)

Moral untuk Along:

1. Usah tewas dengan minda sendiri yang memikirkan pelbagai kerisauan.

2. Perlu diteruskan usaha untuk sebuah kejayaan. Jangan berhenti di *sekerat jalan.. gagahi juga, Insyallah Along..

*sekerat = separuh/setengah

Continue Reading...

Membelah Angin

Petang:
Selepas Jumaat, aku agak kelam kelibut sikit. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Aku perlukan bantuan mem besar untuk selesaikan beberapa kerja. Akhir sekali mem aku tolong hantarkan beberapa jenis item barang ke bengkel di Simpang Renggam. Tugasan ambil anak di sekolah agama di waktu petang, aku ambil alih. Ini sebab, ada beberapa kerja yang perlu aku selesaikan di bandar Kluang. Akhirnya dapat diselesaikan dengan sentuhan azimat mem besar. Akhirnya kami berjumpa dan ngeteh di Bangunan Mara Taman Intan. TQ mem besooorrr...

Malam:

Selepas Maghrib mem besar bawakan anak-anak ke sekolahnya. Mem besar perlu mengadakan kelas ganti tuisyen utk pelajar UPSR. Aku pula ada urusan dengan Cikgu Sudin berkaitan beberapa sparepart ChintaHati aku. Juga aku dah set dengan Cikgu Sudin dan Yan untuk ke Simpang Renggam untuk memantau ChintaHati yang aku tinggalkan dibengkel. Selesainya, berjumpa pula dengan Cikgu Faizal tentang hal kehidupannya... Ngeteh sekejap di warung berhampiran rumah Flat.

Jam 9.30 malam, mem aku selesai tuisyen dan dah set untuk balik ke rumah. Aku bergegas pula ke kedai bundle Al-Bashid. Aku dah berjanji dengan taukenya untuk nak ambil 'sandel' kulit buatan tangan. Limited edition dari Singapura. Ermmm... 'sandel' ni aku dah riki ngan mem besar 2 hari lepas semasa ronda-ronda malam di bandar Kluang. Memang aku tak pernah tengok design tu pun. Rabak la RM100.00...janji syiok! Taukenya buka harga RM150.00.

Jam 10.00 malam, aku sefamili nak pergi ngeteh kat Warong Tok Uban (kata anak aku sebab taukenya berambut putih keseluruhannya). Nak dijadikan cerita, makanan di warung Tok Uban banyak yang dah kehabisan. Aku terus call Cikgu Sudin supaya dia dan Yan terus bergerak ke bengkel aku di Simpang Renggam. Masing-masing membawa Vulcan. Aku sefamili terus bergerak ke Simpang Renggam. Mem drive Astina lampu kelipot-kelipot tu. Aku pulak jadi macam bos kat sebelah. Hehhehe.

Tiba di bengkel, mem bawa anak-anak ke Laman Simpang Renggam - tempat makan secara open air. Aku, Cikgu Sudin dan Yan layan kepala dengan Vulcan masing-masing. Di sana terjumpa pula dengan Pak Itam, seorang yang veteran dengan Vulcan 8 nya. Kami dok semeja. Mem pula dok semeja di sebelah dengan anak-anak. My mem very sporting and supportive. TQ Mem besar. Selesai makan, mem besar bergerak dulu dengan anak-anak ke Kluang. Mereka membelah malam anak-beranak.

Aku, Cikgu Sudin dan Yan mula bergerak ke Kluang menaiki highway Machap. Aku saja nak lepas gian untuk MEMBELAH ANGIN. Nampak gayanya dah lama aku tinggalkan zaman motor. Hahahhahaah. Paling brutal ialah di zaman maktab dengan Jipang Harley Davidson aku. Hahahahhaha. Nampak gayanya, bila naik motor easy-rider ni, aku belum biasa. Baru setakat Simpang Rengam ke Kluang melalui highway, abis sengal bahu aku. Terasa juga lenguh pinggang...Waduh pak...gawat nih! Mungkin ada kaitan antara handle dan seat. Mungkin juga saiz badan aku yang cute!

Tiba di Kluang jam 1.30 pagi. Singgah minum sekejap di Restoran Al-Manshur, Taman Intan. Ramai gak geng-geng politik di situ. Cikgu Sudin maklumkan bahawa hari Ahad nanti akan ada konvoi menyambut "sekumpulan orang" di Tol Ayer Hitam dan mengarak mereka ke Kluang. Untuk sesi makannya nanti adalah tajaan YB Hj Jais bin Sarday, DUN Mahkota. Aku tertarik juga kerana ruang dunia geng motor ini belum aku terokai...

Yang pastinya, esok pagi aku iringi mem besor ke Kem Mahkota untuk melihat latihan renang si Amira tu. Petangnya pula, aku, Cikgu Sudin dan Yan akan ke Batu Pahat dan Parit Sulung. Amboiii...manfaat cuti sekolah sungguh nooooo...

Continue Reading...

Aug 12, 2008

Cahaya Damai

Continue Reading...

Usah gusar dengan kritikan membina..

Andrew Moore mengatakan "Segala sesuatu yang sesuai dengan keinginan kita nampak menjadi suatu kebenaran, dan yang tidak sesuai akan mendorong kemarahan kita."

Itulah fenomena yang wujud apabila kita menerima nasihat-nasihat atau kritikan. Umumnya, kita senang dengan pujian dan kita merasa tersanjung meski pujian itu palsu. Sebaliknya kita enggan terhadap kritikan dan celaan meskipun kritikan itu ada benarnya. Ini sebenarnya suatu aib yang sangat besar dan kesalahan yang sangat mengkhuatirkan.


"Dan, apabila mereka dipanggil kepada Allah s.w.t., dan Rasulnya, agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh."
(An-Nur: 48-49)

Seorang penyair pernah berkata:

Orang yang bingung dalam menyingkap masalah
hanya akan menyia-nyiakan umurnya
selalu bingung, tidak pernah mencapai kejayaannya
dan sentiasa nampak bodoh

Pujangga lainnya mengatakan:

Jika engkau berpendapat, maka tetapkanlah!
Kerana banyak pendapat yang rosak
kerana ragu-ragu dalam memutuskannya.

Oleh itu dalam membuat sesuatu keputusan, banyak pendapat-pendapat lain yang akan menggoyangkan tindakan mencapai matlamat.


Continue Reading...

Aug 10, 2008

Special Award!

Petang tadi, sedang aku leka membelek-belek cinta hati aku, hp aku berbunyi... Nama PA aku terpacul di skrin hp. Aku menerima panggilan tu.

"Assalamualaikum Boss, ada member Boss bagi award..tapi kena pi amik kat rumah dia"

"Wa'alaikum Salam. Award apa kebendanya lagi? Sapa bagi?" tanya aku pada PA dengan nada suara yang macho lagi garau.

"Entah la bos. Saya tak berapa kenal la. Bila saya check tadi, macam kawan boss, Si Kulat Rapat yang bagi.." jelas PA aku dengan suara mcm takut-takut jer nak beritahu kat aku.

"Tak kisahlah. Ko pegi rumah dia. Sampaikan salam aku kat dia. Jangan la lupa pulak ambil award tu. Merajuk dia, susah aku nak pujuk nanti... Ucapkan terima kasih kat SiKulat tu tau..."

"Baik boss.."

Lewat malam, aku buka bungkusan yang aku terima daripada Si Kulat Rapat. Macam bagus jerrr lipatan bungkusan hadiah. Tapi....cara lipatannya mcm Si PA aku je yang balut. Aku kenal sangat cara balutan dan lipatannya. Sebab apa aku kenal ialah, aku yang ajar dia cara balut kertas hadiah. Balutan macam tu..ada teknik tertentu hanya aku dan PA aku je yang tau. Bagus betul la PA aku tu. Tak sia-sia aku ajarkan dia. Memang setia sungguh dia pada aku. Tu yang aku respek kat dia tu. Tapi..aku agak hairan. Kenapa dia yang balut award daripada Si Kulat Rapat tu? Pelik juga aku....tak mungkin Si Kulat Rapat tahiu cara balutan bungkusan hadiah macam aku... Sah, memang PA aku yang balut.

"Waaa...special punya award. Betul ke ni? Sesuai ke award tu untuk aku?" gerutu hatiku.

Ermmm, aku tak peduli. Aku terima apa saja yang dianugerahkan pada aku. Yang penting ialah kita menghargai dan bersyukur apa yang diterima. Aku sangat bangga.

Aku bergegas naik cinta hatiku ke kedai member aku walaupun dah lewat malam. Aku ketuk pintu kedai kawan aku yang berniaga bingkai gambar. Dia sekeluarga memang tinggal di kedainya Aku tak kira, walaupun kedainya dah tutup. Yang penting, award ni mesti digantung secepat mungkin. Si Kulat Rapat tentunya akan datang ke rumah aku bila-bila masa saja. Aku mesti menghargai pemberiannya. It's my stail!

"Bro, tolong framekan award ni" kata aku sambil menjeling-jeling ke arah kain pelikat kawan aku sambil tersenyum.

"Alaaa boss.. mata saya dah ngantuk la. Mem saya dok tarik kain saya nih.."jawab kawan aku sambil menggulung kain pelikat yang hampir terlondeh.

"Bro..tolong la framekan award ni. Esok tentu member aku yang anugerahkan award ni, akan check kat rumah aku. Tentu dia berasa bangga apabila award ni aku dah framekan dan gantung kat dinding rumah aku. Tolong yer bro?" aku terus merayu..

"Dah pepagi ni mana ada orang buat kerja lagi boss. Tapi, boss punya pasal no problemlah"

"Ko macam tak ikhlas jer... Ok, bro. Aku ke kedai mamak jap. Ko nak order air apa? Nanti aku belikan...milo tarik ok?


"Bagus gak tu boss, tambah roti canai sekeping yer boss?" pintanya dengan senyum kambingnya..

Setengah jam berlalu. Perut aku pun dah kenyang. Habis 2 keping roti canai dan segelas milo tarik. Juga habis dua batang asap rokok aku sedut. Aku bergegas ke kedai member aku. Tentunya dah siap. Tak sabar aku rasanya nak gantung kat dinding rumah aku.

"Waaaa..... caya la bro! Cantiknya.... Nanti aku bayar. Tulis dalam buku 555 aku tau. Terima kasih"

Aku melayan kawan aku menjamah roti canai dan milo tarik yang aku belikan tadi. kawan aku hairan kat aku kerana ramai gak pelanggannya datang bawak award yang sama. Bila ditanya harga frame yang sama dibuat untuk aku tu, terus tak jadi dan kansel untuk nak frame kan.. Kawan aku pun hairan kenapa ramai yang tak jadi nak framekan. Cuma kawan aku lagi pelik ialah, award aku ada lebih special daripada orang lain punya....Entahlah, aku pun tak tau apa yang dimaksudkannya...

Aku mohon diri setelah kawan aku selesai makan dan pekena rokok sebatang. Rokok tu pulak dia dah pau aku. Sebelum aku balik ke rumah, aku cilok ke rumah Si Kulat Rapat. Aku ngintai-ngintai di celah-celah dinding. Aku nak tengok juga kat mana dia gantung award asalnya. Aku rembat snap awardnya. Heheheheh.. Jangan mareeee yer Kulat rapat. Aku tak niat nak skodeng, cuma nak tengok keadaan yang sebenarnya. Betul ke PA aku buat kerja yang aku arahkan padanya...

Award 1 :
Award ni, aku rembat snap masa aku ngintai di rumah Si Kulat Rapat

Award 2 :
Award ni pulak, masa PA aku sampaikan kat aku.

Award 3:
Yang ni pulak, setelah kawan aku bikinkan framenya.
Terima kasih tak terhingga untuk Si Kulat Rapat.


Sayangnya, award ni aku tak boleh nak agih-agihkan pada orang lain sebab award ni hanya semata-mata untuk aku jer. Sorry ye kengkawan yang lain...Maklum le, masa aku pergi ngintai di rumah Si Kulat Rapat.. ada jugak award mcm dia bagi kat aku, cuma aku punya special sikit...KHAS UNTUK AKU SORANG SAJA. Orang lain tak boleh aku nak edarkan. Sorryyy...jangan mare!

Errrmmmm...PA aku anto SMS kat hp aku tadi.

"Boss, Isnin nanti saya minta cuti sehari. Skrg, bdn sy rasa seram sejuk la.... Boss nak buat majlis rasmi terima anugerah tu ker?

Aku balas SMSnya:

"Aikk...siang tadi happy jer. Skrg dah seram sejuk pulak dah. Hari ni seram sejuk, Isnin dah minta cuti pulak? Ko call hp kerani untuk cuti. Esok, aku call kerani tu untuk pengesahan. Jaga diri baik-baik. Krim slm kat famili hang. Majlis rasmi tu, tak payah buat!"

Macam-macam hal PA aku nih...

Komen aku:

1. Nabil selalu kata...."Lu pikir la sendiri".
2. Orang kampung aku kata pulak, "Hangpa la pikiag sendiri!.
3. Aku pulak yang kata...."Terpulang la kat korang, apa yang korang nak pikir"...hehehehe..

Continue Reading...

Hasil Kunjungan

Bukan mudah untuk perolehi sesuatu. Mencari dan terus mencari, pasti akan ketemui. Maka dalam perjalanan di alam maya, aku temui sesuatu yang mampu menceritakan segalanya. Yang aku pasti, ianya menjadi memori yang sukar dilupakan....

Yang mana satu jadi tumpuan...?
:: Hanya yang mengetahui lebih memahami ::

Paparan bertuah ini adalah hasil kunjungan aku ke laman yang telah lama tidak aku kunjungi...

Continue Reading...

Aug 7, 2008

Chenta hati...


Vulcan 500cc yang standard, itu biasa. Bagaimana pula jika Vulcan 500cc dah diupgrade ke rupa bentuk Harley Davidson..? Tunggu dan nantikan keluarannya. Kena pula warna oren...mcm sempoi tapi jika yang tahu menilai, akan sentap! Manakala yang tak tahu menilai...
"Apa la brader... ini macam pun lu angkat ka?"
Itulah dialog-dialog yang akan terpacul keluar...
hehehhe
Continue Reading...

Aug 6, 2008

Berlembutlah...Usah rakus dan kasar!

Mari kita mencuit-cuit minda dengan analogi-analogi mudah. Banyak tindakan dan perbuatan kita untuk menghadapi situasi persekitaran kita yang rencam, kurang kita amati.

Perbezaan individu sesama kita sememangnya tak dapat kita nafikan. Ini bergantung pada didikan daripada kedua orang tua kita dan pengalaman langsung atau tidak langsung kita sendiri adalah sebagai titik mula. Sedari kecil pembentukan jati diri membentuk hala tuju akan mematrikan tindakan kita di masa hadapan. Itu adalah kenyataan. Namun, kita masih mempunyai ruang untuk memerhati kebanyakan orang di sekeliling kita. Ini bertujuan untuk kita menilai dan memberi pilihan tentang tindakan dan perilaku yang boleh memberikan impak terbaik pada orang sekeliling kita. Bukanlah hipokrit tetapi menyesuaikan dan "memberi" yang terbaik kepada orang sekeliling.

Kekadang kita alpa, apabila dengan sesuatu sikap yang kita ingini daripada orang sekeliling tetapi kita sendiri gagal unuk melaksanakannya. Perhatikanlah, sikap lemah lembut memang merupakan "penolong" yang tidak pernah menolak untuk meraih tujuan.

Analogi 1:
Harus kita ketahui bahawa jalan sempit antara dua tembok yang hanya boleh dimasuki oleh satu kenderaan, tidak akan dilalui oleh satu kenderaan dengan laju. Untuk melaluinya, seorang pemandu harus memandu kenderaannya dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Jika kenderaan dipandu laju, pastinya kenderaan itu akan terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan. Ini berbeza dengan dengan pemandu pertama adalah secara lembut pemanduannya. Manakala cara yang kedua adalah dengan kasar dan rakus.

Analogi 2:

Bagaimana pula dengan tanaman hiasan di halaman rumah? Jika kita menyiramnya sedikit demi sedikit maka air itu akan diserap oleh tumbuhan itu dan menyegarkannya. Berbeza pula dengan tindakan menyiram pokok hiasan lain pada kuantiti air yang sama secara sekali gus, maka tanaman itu akan tercabut. Lihatlah bahawa kuantiti air sama tetapi caranya yang berbeza akan memberi impak yang berbeza.

Analogi 3:

Sesungguhnya seseorang yang yang menanggalkan pakaiannya dengan perlahan, pasti pakaiannya tetap utuh. Berbeza dengan orang yang menariknya dengan kasar, tentulah ia akan mengakibatkan butang-butang baju akan tercabut dan kainnya akan terkoyak.

Komen aku:

Sesungguhnya, sikap kelembutan (bukannya 'nyah') yang dipamerkan akan menjurus kepada tercapainya tujuan kita. Rakus dan tidak sabar akan memberikan kesan negatif pada diri sendiri dan sekeliling kita.

Setidak-tidaknya, berlembutlah terhadap diri sendiri...

"Sesungguhnya dirimu mempunyai hak yang harus kamu tunaikan."
(Al-hadith)
Bersikap lemah lembut terhadap saudara kita...

"Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Lemah Lembut dan menyukai kelembutan"
(Al-Hadith)

Lemah lembut terhadap kaum wanita...

"Berlaku lemah-lembutlah terhadap kaum wanita"
(Al-Hadith)

:: Saduran daripada buku La Tahzan (Jangan bersedih / Dont Be Sad - Karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni). Saduran ini dilakukan dengan sedikit pengubahsuaian laras bahasa yang lebih mudah difahami ::
Continue Reading...

Aug 5, 2008

Kawan vs Sahabat

Bagi aku, kawan dan sahabat membawa konotasi yang berbeza. Dalam sudut psikologi dan komunikasi tahap kawan dan sahabat adalah ruang yang ada bezanya.

Kawan hanyalah teman berbual dan berborak apabila keperluan itu diingini. Mudah kata, kawan kedai kopi. Banyak ruang peribadi yang tidak boleh dimasuki atau dicerobohi. Cerita-cerita atau masalah-masalah yang dihadapi takkan dikongsi. Kebiasaannya kawan hanya boleh berbicara dalam ruang sosial sahaja. Taraf kawan lebih kepada kawan ketawa.



Manakala, sahabat pula lebih kepada penceritaan yang melibatkan emosi dan permasalahan yang berlaku dalam hidup kita. Umpamanya, perasaan suka duka boleh dikongsi bersama. Hinggakan sahabat juga adalah tempat meluahkan perasaan dan mampu meminjamkan bahu mereka untuk bersandar dan lengan baju sahabat juga tempat menumpahkan air mata dan hingus akibat penceritaan permasalahan yang melanda. Seringkali situasi ini menjurus kepada wanita kerana wanita akan berasa tenang setelah menitiskan air mata mereka. Sahabat seperti ini dikatakan kawan menangis yang sukar dicari.

Oleh itu, aku ingin paparkan email yang diterima daripada salah seorang sahabat yang kini berada di Melaka. Aku kenalinya semasa berkursus di INTAN Wilayah Selatan, Kluang. Ini bertujuan untuk ingatan pada diri aku dan sahabat-sahabat semua. Insyallah.

Paparan Email:

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t.

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Continue Reading...

Aug 2, 2008

Nakalnya aku...

Di Bagan Lalang, tercatat pengalaman yang penuh makna. Tersingkap kisah lama yang mencuit hati. Di sana juga mampu menyingkap semula cerita lama yang menghasilkan derai tawa yang gamat sekali. Itulah aku. Penuh dengan kenakalan yang meninggalkan kesan mendalam dalam minda orang di sekeliling aku. Personaliti itu yang membuatkan nama "Lan" tersemat di minda sahabat-sahabat sekeliling.

Tak aku jangka dan sahabat aku aku juga tidak menjangka. Bagan Lalang tempat menyingkap memori silam. Kenangan zaman "maktab" mencetuskan derai tawa yang menggamatkan. Aku tahu, kelemahan aku ialah sukar untuk mengingati nama orang. Mungkin juga aku tak memberi penekanan untuk mengingati nama-nama orang. Entahlah....

Sewaktu aku melintasi ruang lobi hotel SM, aku terkejut apabila nama aku dipanggil. Jenuh juga aku nak mengingati nama orang walaupun rupa dan lubang hidungnya sentiasa dalam memori aku.! Biasanya aku akan minta maaf sebab tak ingati nama dan terus bertanya. Ini kebiasaan yang dilakukan. Aku tak gemar berbual lama tetapi tak tahu nama. It's my stail!. Mereka ialah Zaidi dan Aimi.

Ada juga soalan- soalan nakal daripada mulut sahabat-sahabat aku di zaman maktab MPIP tahun 1992-1994 dulu. Unit K. "Lan, aku nak tanya ko dari tadi lagi. Mana pegi motor JIPANG ko?. Meter klasik, handle Harley Davidson...bunyi ekzos yang nyakitkan hati.. ada lagi ka?" tanya Aimi... Banyak cerita-cerita lama terkeluar tentang kenakalan...hahahhaha

Hiasan: Suzuki GP100 yang standard

Aimi telah mengajar di Terengganu mulai 1995 selama 3 tahun dan menyambung pelajaran peringkat ijazah secara fulltime di USM. Lepas tamat, dia mengajar di SMK Pulau Pangkor hingga kini. Dan kini, Bagan Lalang menjadi titik perubahan hidup lagi. Insyallah.

KIRI : Ustaz, Aimi (SMK P.Pangkor), Aku dan Jailani (ACS, Ipoh)

Continue Reading...

Rancang Rancangan

Dalam menentukan hala tuju kehidupan di dunia dan di akhirat, sudah pasti kita rancang rancangan yang kita impikan. Jika kita berfokus, apa yang dirancang akan tercapai dengan izinNya, insyaallah. Kebiasaannya rancangan yang dirancang, terlaksana dengan cepat atau lambat.. itu bergantung pada situasi semasa dan gangguan-gangguan atau halangan yang tidak dijangkakan. Juga, apa yang dirancang tidak berlaku seperti yang dijangkakan atas sebab-sebab yang kita sendiri tidak ketahui. Itulah kita yang hanya hanya mampu merancang dan ketentuan adalah padaNya.

Dalam merealisasikan segala impian, pelbagai pencetus disekeliling kita akan dimanfaatkan menjurus kepada keputusan dalam rancangan kita. Hanya bergantung kepada kita untuk mengurus dan mengolah kekuatan-kekuatan di sekeliling kita untuk menjayakan setiap rancangan yang dirancang. Kita juga harus peka dan sedia bertempur terhadap segala gangguan-gangguan yang boleh merosakkan rancangan. Apa juapun bersedialah kita dengan segala keputusan yang bakal diterima sama ada positif atau negatif untuk rancangan kita itu. Tawakkal kepadaNya setelah kita berusaha...Insyallah.

Entri ini amat bermakna kepada aku kerana apa yang dirancang mendapat keizinanNya. Alhamdulillah. Dalam minggu ini aku menhilang dalam dunia maya kerana aku ke Bagan Lalang untuk ikuti kursus Intervensi HLP KPM(Sarjana Dalam Negara). Nampak gayanya, mulai 2009, aku akan bergelumang semula dengan dunia baru selama 2 tahun, namun dunia maya takkan aku lupakan...



Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template