Showing posts with label OKU. Show all posts
Showing posts with label OKU. Show all posts

May 31, 2012

UJIANMU : Ada hikmahnya, aku bersyukur padaMu

31.05.12 - Khamis :

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.



Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Sumber : di sini.
..............

Aku benar-benar akui bahawa, setiap ujian yang menimpa kita adalah untuk meningkatkan tahap keimanan kita bagi memahami konsep redha dan sabar. Nilai ini tidak boleh dibeli dengan wang dan ringgit. Apa yang aku lalui dalam tempoh 5 tahun ini amat menguji sifat redha dan sabar.


Hari ini, aku menerima surat tawaran setuju-terima daripada Jabatan Agama Johor berkaitan entri-entri lepas tentang misi aku tahun ini.

Ya Allah, aku panjatkan kesyukuran padaMu kerana memberikan nikmat dan rezeki yang diluarjangka untuk tahun ini. RezekiMu ini AMAT BESAR dan UNGGUL buatku dan isteri. Alhamdulillah, semoga aku dan isteriku menjadi tetamuMu untuk tahun ini. Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambamu yang dhaif dan tidak punya apa-apa. Permudahkanlah segala urusan di sini dan di sana nanti. Amin.

Continue Reading...

Mar 16, 2012

AHAD : Menuntut ilmu untuk persediaan ke sana

Batu Pahat - 16 Mac 2012, Jumaat :

Hari Ahad bakal datang lagi. Hari Ahad sememangnya dinanti-nantikan. Setiap pagi, selepas bersarapan dengan Mem Besor dan anak-anak, aku mula bersiap. Aku dan Mem Besor akan bergegas ke Majid Jamek Sultan ISmail, bandar Batu Pahat.

Di masjid inilah aku, mem besor dan yang lainnya mempunyai matlamat yang satu. Menimba ilmu. Menimba ilmu sebagai persediaan untuk ke sana.

Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat.
Sumber : Internet

Berteraskan matlamat aku untuk tahun ini (KLIK DI SINI), semakin banyak aku mengisi ruang-ruang kosong tentang ilmuNya. Seingat aku, pada tahun 2007 lalu, aku ikuti KSPK TMK di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka (KLIK DI SINI). Pada tahun itu juga, rakan sekursus aku menerima tawaran untuk ke Tanah Suci Mekah. Suka benar dia kerana dapat ke sana. Sewaktu rehat, kami mengalas perut di cafeteria. Dalam pada itu terpacul beberapa perkataan yang di luar kawalan aku.

"Bro, kenapa aku tak ada rasa langsung detik kat hati aku untuk ke sana..?" kata-kata yang terkeluar daripada mulut aku.

"Detik ni, hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi hidayah pada kita untuk rasai detikan tu", balas Ustaz yang juga seorang rakan sekursus aku.

Benar, apa yang dilalui dan dirasai segalanya adalah hidayah daripadaNya. Bukan semua orang miliki detikan sebegitu. Juga bukan semua orang mampu menghadapi ujianNya demi detikan itu. Ujian demi ujian akan bersilih-ganti. Hanya Dia lebih ketahui tahap kesabaran kita menghadapi ujianNya. Akhirnya....detik itu pasti muncul, percayalah.

Apabila ditelusuri dalam beberapa tahun mulai 2007, aku benar-benar bersyukur kepadaNya terhadap apa yang berlaku. Apa yang telah dilalui, benar-benar menguji kekuatan iman, jiwa dan minda. Tahap kesabaran juga benar-benar teruji. Adakalanya langkah tergelincir, terpelecok dan terhenti seketika sewaktu mengatur langkah. Namun, langkah tetap diteruskan. Itu semua adalah proses biasa. Walau bagaimanapun, senyuman tetap menguntum di bibir. Senyuman itu sebagai alternatif menutup lubuk jiwa yang berselirat. Lantaran itu, semuanya tersimpan kemas dalam kantung pengalaman hidup.

Mulai akhir tahun 2011, aku menghadiri sebuah majlis di Johor Bahru. Majlis khusus untuk orang tertentu. (KLIK DI SINI). Pengisian dalam majlis ini sebagai permulaan untuk langkah untuk ke sana. Oleh itu, setiap hari Ahad mulai bulan Mac 2012 aku dan Mem Besor akan ke Masjid Jamek Batu Pahat. Beberapa buah buku tambahan dibeli dan ditelaah untuk menambah pemahaman. Semoga Allah SWT terus memberi hidayah untuk aku memahami akan ke arah itu.

Contoh buku
Sumber : Internet

Baru-baru ini, aku terima panggilan daripada Johor Bahru.

"Assalamualaikum, boleh bercakap dengan En. Azlan..?" suara seorang wanita di talian.

"Waalaikum Salam, ya saya", balas aku.

"Untuk makluman encik, borang Tabung Haji untuk kouta Negeri Johor telah sampai di pejabat YB. Saya bercadang untuk menghantar pada encik menggunakan faks. Encik perlu mengisi borang dan menghantarkan semula dengan kadar segera", sambungnya.

"Terima kasih atas makluman. InsyaAllah, saya akan cuba menghantar kembali dengan kadar segera".

Borang yang siap diisi...


Alhamdulillah, telah selesai tanggungjawab aku untuk mengembalikan semula borang tersebut. Aku terus menantikan kehadiran hari Ahad. Hari Ahad sungguh bermakna buat aku dan Mem Besor...
Continue Reading...

Dec 10, 2011

OKU : PBT Diarah Lantik OKU Dalam Jawatankuasa Perancangan



KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini diarah melantik sekurang-kurangnya seorang Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai anggota jawatankuasa perancangan dan pembangunan dalam PBT masing-masing.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata dengan adanya OKU dalam jawatankuasa itu, setiap PBT dapat meningkatkan aksesibiliti OKU kepada bangunan dan kemudahan awam seterusnya menggalakkan persekitaran mesra OKU.

"Pada hari ini memang dah ada dah kod amalan kalau bangunan itu tidak mempunyai kemudahan untuk OKU tak boleh bagi kebenaran...tapi perkara ini masih berlaku juga.

"Jadi bagi membantu untuk memastikan hak OKU itu terjamin, kita minta pada kabinet dan kabinet bersetuju supaya OKU dilantik dalam jawatankuasa PBT," katanya.

Shahrizat berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel dalam 'Forum Khas Karisma OKU: Melonjak Potensi' yang disiarkan secara langsung selama sejam melalui BernamaTV dari Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, Ahad.

"Kementerian akan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan setiap PBT mematuhi arahan yang dikeluarkan itu," katanya.

Katanya inisiatif itu merupakan usaha kerajaan membela kesejahteraan dan memperjuangkan hak OKU agar mereka dapat melibatkan diri dalam arus pembangunan negara sekaligus meningkatkan kualiti hidup OKU.

Shahrizat berkata seramai 331,606 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga November tahun ini.

Sementara itu, Penasihat Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Zaliha Omar berkata selain keanggotaan OKU, setiap PBT juga perlu menubuhkan audit akses supaya kemudahan OKU tidak terlepas pandang.

"Kementerian sedia membantu PBT tentang bagaimana cara menjalankan audit akses itu dan kita telah pun membantu 83 PBT menjalankan audit akses itu melalui seminar pada bulan lepas," katanya.

Malah, kata Zaliha terdapat beberapa PBT telah mula melantik OKU dalam jawatankuasa mereka sebelum arahan itu dikeluarkan, antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sehingga kini telah bekerjasama dengan lebih 400 OKU.

Katanya persekitaran mesra OKU yang berdasarkan konsep reka bentuk sejagat, bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh OKU bahkan semua lapisan masyarakat seperti warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak.

Ketika sesi dialog pada forum itu, Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia Mohamad Sazali Sha'ari berharap pihak PBT memandang serius perkara itu dan memastikan kemudahan itu benar-benar digunakan dengan mudah.

"Saya juga agak sedih apabila ada segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan atas kemudahan yang diberikan kepada OKU, seperti tempat letak kereta," katanya, yang diterjemah oleh Presiden Juru Bahasa Isyarat, Wan Zuraidah Abu.

Antara panel lain ialah Presiden Persatuan OKU Malaysia Datuk Mah Hassan Omar dan Ahli Majlis Kebajikan OKU Anthony Arokia. - BERNAMA

Sumber : MStar - Ahad, 4 Disember 2011

Continue Reading...

Dec 7, 2011

Tokoh OKU Negeri Johor - Karisma OKU: Melonjak Potensi



Entri hari ini adalah entri yang ke-600. Makanya, aku sisipkan satu entri khas khusus untuk aku berkaitan Perjalanan Seorang OKU. Hakikatnya, perjalanan kehidupan seorang OKU, rata-ratanya berasaskan semangat yang kuat, usaha yang gigih, kehendak dan keinginan untuk mencapai sesuatu agak tinggi. Semua ini berkaitan SEQ diri seorang OKU.

Bergambar sebelum majlis berlangsung

Dalam blog ini, aku telah sisipkan beberapa cerpen berkaitan sejarah hidup seorang OKU yang masih belum sampai ke penghujung cerita. Ianya masih tergantung. Rentetan itulah, satu demi satu dunia perihal OKU cuba diterokainya. Untuk setakat ini, satu pencapaian tertinggi yang telah aku terokai berkaitan dunia OKU untuk seiring dengan tema Hari OKU 2011 iaitu Karisma OKU: Melonjak Potensi. Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah dinobatkan dengan Anugerah TOKOH OKU Peringkat Negeri Johor 2011 yang berlangsung semalam.

Menerima sijil dan wang saguhati daripada YB Dr Robia Dato' Hj Kosai,
EXCO Pemb. Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor.

Berhubung anugerah ini, aku titipkan setingi-tinggi penghargaan atas usahasama PDK Dun Penggaram dan Jab. Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat. Kedua-dua agensi inilah yang mencalonkan nama aku ke peringkat Negeri Johor. Terima kasih semua atas sokongan padu kalian.


Continue Reading...

Dec 5, 2011

06.12.2011 - Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Johor 2011



05.12.2011 - Isnin :

Beberapa hari lalu, aku dihubungi pegawai JKM Batu Pahat. Beliau membuat pengesahan tentang Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri 2011 bakal berlangsung pada hari Selasa (06.12.2011). Cuma lokasi sambutan belum dapat ditentukan secara sahih. Gambaran awal yang dimaklumkan ialah sama ada di Segamat atau Johor Bahru. Bagi aku, lokasi tidak menjadi masalah kerana walau di mana jua sambutannya, aku tetap menghadirinya.



Awal pagi tadi, aku dihubungi semula oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru. Beberapa maklumat berkaitan majlis tersebut sudah dimaklumkan. Aku mencapai pen di poket baju. Aku keluarkan buku catatan dalam poket baju. Aku membuat catatan agar aku tidak lupa.

Lokasi : Hotel New York, Johor Bahru
Masa : 02.00 ptg
Pakaian : Formal

Kehadiran aku ke majlis atas jemputan bagi mewakili Tokoh OKU Terbuka daerah Batu Pahat untuk mengetahui keputusan pertandingan kategori itu di peringkat negeri pula. Dua bulan lepas aku mendapat JOHAN untuk kategori itu di peringkat daerah Batu Pahat. KLIK DI SINI. Berasaskan itulah, dibawa pula ke peringkat negeri Johor. Segalanya telah diaturkan dan disusun olehNya. Kita hanya sekadar melaksanakan apa yang telah Dia rancangkan yang terbaik untuk kita.

Continue Reading...

Oct 27, 2011

CUTI : Memenuhkan pengisiannya

27 Okt 2011 - Khamis : Tanjung Malim

Aku bercuti seminggu sempena sambutan perayaan Depavalli 2011 ini. Mem Besor dan anak-anak hanya bercuti sehari sahaja. Aku perlu memenuhkan masa sepanjang cuti ini agar tidak menambahkan jumlah tahi mata yang sedia ada menimbun.

Kad matrik sebagai pelajar UPSI masih aktif. Aku manfaatkannya. Aku telefon member yang masih bercuti utk pengajian PhD di UPSI. Kebetulannya beliau ada di Perpustakaan Bainun. Aku bergegas ke sana. Ada perkara yang ingin aku pelajari drpnya iaitu tatacara membina model berdasarkan item soalselidik kita. Ini kerana aku akan menjalankan kajian tinjauan yang berasaskan pendekatan kuantitatif. Ini semua untuk seiringkan dengan Misi 5 tahun yang digarapkan dalam entri terdahulu. Klik DI SINI.

Bagi aku, untuk pengajian di peringkat PhD, kekuatan pelajar terletak pada tahap pengetahuan yang tinggi terhadap metodologi kajian. Menjadi trend terkini, pembinaan model dengan memahami proses pembinaannya akan menjadi kekuatan dalam proses viva dan pembentangan jurnal nanti. Justeru aku telah memuatturunkan perisian SPSS Amos v18 untuk aku pelajari di peringkat awal ini. Permulaannya, aku pening dan tidak fahami satu apa benda pun walaupun cuba explore software itu.

Makanya, pertemuan aku dengan sahabat di library dapat memberikan sedikit cahaya untuk situasi itu. Baru aku fahami sepintas lalu sebagai panduan untuk proses ke arah pembinaan model. Namun, aku perlu banyak membaca untuk menguatkan pengetahuan berkaitan metodologi. Aku pinjam beberapa buah buku untuk dijadikan koleksi (duplikasi - harap jangan tiru). Buku terbaru edisi ke3 berkaitan Structural Equation Modeling (SEM) keluaran 2010 telah aku pinjam.
Malam ini, aku expolre di internet. Dengan sedikit teknik dan trick, aku menjelajah alam maya untuk mencari ebook berkaitan buku tersebut. Alhamdulillah, aku peroleh ebook untuk buku tersebut tetapi keluaran edisi ke2.


Itu pun dikirakan OK. Aku tidak perlu lagi duplikasi buku yang dipinjam. Ebook itu aku jadikan koleksi sebagai kitab meneroka ilmu duniawi.

Bagi mana-mana pembaca yang ingin menyambung pengajian di mana-mana peringkat, tahap pengetahuan anda dalam ICT sangat-sangat membantu anda. Oleh itu, tingkatkan tahap pengetahuan dalam ICT bagi memudahkan proses pengetahuan anda......
~ Itu sahaja pandangan aku untuk kali ini.

Anda boleh layari Warna-warni Kehidupan dengan klik DI SINI.
Continue Reading...

Oct 15, 2011

BAKAL GURU : Pendedahan realistik berkaitan OKU

BATU PAHAT - Beberapa siri lawatan dan latihan amali telah diberikan khusus untuk bakal guru IPHTO opsyen Pendidikan Khas. Bakal guru ini telah diberi pendedahan sebenar berkaitan kanak-kanak istimewa.

Langkah mulanya Lawatan Kerja dilaksanakan ke PDK Dun Semerah dan Penggaram. Klik DI SINI. Berita ini juga telah disiarkan dalam Sinar Harian. Klik DI SINI. Setelah itu, termetrailah Perkongsian Pintar antara kedua-dua PDK bersama dengan IPG Kampus Tun Hussein Onn khususnya Unit Pendidikan Khas di bawah Jabatan Ilmu Pendidikan. Akhirnya bakal guru mendapat pengalaman sebenar dalam menyelami isi hati kanak-kanak istimewa (OKU) sebelum mereka mencurahkan bakti di sekolah-sekolah yang bakal ditetapkan.

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Layari : Warna-warni Kehidupan
Continue Reading...

Oct 13, 2011

ANUGERAH : Hanya ditentukanNya, kita perlu berusaha.

Ketika Majlis Konvokesyen Pra Sekolah di IPTHO awal pagi, aku menyibuk dengan Cik Nikon. Ke hulu dan ke hilir menghalakan muncung Cik Nikon untuk merakamkan memori berkaitan majlis tersebut. Tiba-tiba, aku tersentak dengan bunyi Miss Berry.

Pn X : En Lan, dapat datang tak ke majlis petang nanti?
Aku : InsyaAllah, jika tiada aral petang nanti.. Kita jumpa..

Rentetan itu, jam 2.30ptg aku mula bergerak ke Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Rakan aku juga mengikut merangkap sebagai cameraman untuk petang itu. Rakaman peristiwa sangat penting dalam melakar memori.

Asasnya aku mengenali beberapa orang pegawai di PDK Dun Penggaram dan Semerah setelah melibatkan diri dalam Program Bakti Siswa guru pelatih di tempat tersebut. Guru Pelatih opsyen Pendidikan Khas tersebut dapat persekitaran sebenar dengan mendekati kanak-kanak istimewa di PDK. Klik di SINI.


Tiba di Dewan Jubli Intan, tetamu telah memenuhi ruang meja yang disediakan. Kami berteleku seketika. Aku hubungi Pn X. Akhirnya kami di bawa ke arah sebuah meja yang berlabel. Label yang penuh makna buat aku pada hari ini.


Barulah aku ketahui bahawa dalam daerah Batu Pahat, memiliki 9 buah PDK. Makanya, ada 9 calon untuk Anugerah Tokoh OKU Kategori Terbuka. Aku bersyukur dengan apa yang telah ditentukanNya. JOHAN untuk kategori anugerah tersbut untuk daerah Batu Pahat dan akan dicalonkan ke peringkat negeri Johor. Alhamdulillah.
Continue Reading...

Jul 25, 2011

BERTANYA vs JELASKAN : Mengelakkan kekhilafan

25 Julai 2011 - Isnin :

Alhamdulillah, setelah selesai bersarapan dengan rakan lama (En. .........) yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, aku menuju ke Perpustakaan Bainun, UPSI. Dua belas buah buku aku galas ke kereta. Buku-buku itu lebih berkisar kepada Kajian Kualitatif. Satu perkara baru untuk aku. Sebelum ini, aku lebih berfokus kepada Kajian Kuantitatif.

Tiba-tiba Miss Berry aku berbunyi...

Bertanya : Assalamualaikum En Azlan..
Jelaskan : Wa'alaikumusalam. Saya bercakap. Silakan....
Bertanya : Saya En.... daripada Unit Akademik, UPSI.
Jelaskan : Ok...ada apa-apa ke Encik?

Bertanya: Saya ingin bertanya, adakah En Azlan pemegang kad OKU? Saya perlukan penjelasan tentang 'Kod 3' seperti dalam data di tangan saya ini.

Jelaskan : Ya, saya pemegang Kad OKU...tapi kenapa Encik?

Bertanya: Begini....'kod 3' adalah untuk kecacatan fizikal. Maka, ada dua perkara. Pertamanya, adakah Encik Azlan perlukan apa-apa bantuan sewaktu menaiki pentas dalam sesi konvokesyen esok?. Keduanya, saya perlu mendapatkan makluman tentang Encik Azlan kerana kemungkinan Canselor (Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun) atau Naib Canselor (Profesor Dato' Dr Aminah) untuk bergambar dengan pelajar OKU yang menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen nanti.
Jelaskan : Benar dalam data yang ada pada saudara tersebut. Saya pemegang kad OKU untuk kecacatan fizikal khususnya kecacatan sejak lahir pada kaki saya. Jika dilihat secara kasar, tidak ramai orang akan menyedari kecacatan saya ini. Sekiranya diamati secara teliti, ramai akan ketahuinya apabila sewaktu saya berjalan. Ciri-cirinya ialah, kaki saya............................(penjelasan secara jelas). Makanya, untuk persoalan pertama saudara, saya tidak memerlukan kerusi roda atau bantuan sesiapa sewaktu saya menaiki pentas di majlis konvokesyen itu kerana alhamdulillah, saya masih mampu untuk menyelesaikan tanggungjawab saya secara kendiri. InsyaAllah untuk setakat ini. Berkaitan persoalan keduanya, saya ucapkan terima kasih atas penghargaan dan saya dengan rasa rendah diri menyerahkan semula hal itu kepada pihak pengurusan majlis konvokesyen khususnya hal bergambar itu. Saya sekadar mengikut ketentuan yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan majlis tersebut. Walau bagaimanapun, diharapkan pihak UPSI dapat memaklumkan terlebih awal kepada saya berkaitan hal bergambar itu semoga terlaksana apa yang dirancangkan...

Bertanya : Ok, terima kasih En. Azlan kerana memberi penjelasan tentang persoalan yang saya utarakan. TAHNIAH, saya ucapkan untuk majlis konvokesyen esok hari.

Jelaskan : Sama-sama

Banner Majlis Konvokesyen UPSI 2011


*******************************************
Cuba kita perhatikan sekeliling kita. Berapa ramai yang bersedia untuk bertanyakan terhadap sesuatu perkara untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Malahan lebih ramai yang akan membuat persepsi dan keputusan awal sebelum mendapatkan penjelasan sebenar tentang sesuatu perkara. Saya benar-benar memuji tindakan pegawai pengurusan majlis konvokesyen.

Alhamdulillah kerana :
1. Semoga majlis konvokesyen esok hari berlangsung dengan jayanya.... InsyaAllah!
2. Juga aku bersyukur kepadaNya kerana telah diberi kemampuan olehNya untuk mengharungi lautan ilmu peringkat sarjana dengan jayanya walaupun pelbagai kisah suka dan duka yang terpaksa ditempuhi bersama keluarga tersayang... Alhamdulillah..
Continue Reading...

Jul 23, 2011

MERANCANG : Proses melaksanakan kata-kata..

23 Julai 2011 - Sabtu :

Program Hati Nurani semakin meluas promosinya di media masa. Semakin kerap diwar-warkan konsep perlaksanaannya. Hakikatnya, hati aku semakin tertarik untuk membuat kajian dalam isu pendidikan tersebut. Beberapa langkah mula telah aku aturkan. Semoga ianya menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Langkah satu :

Rezeki aku telah ditentukan olehNya bahawa aku memulakan kerjaya baru di IPTHO, Batu Pahat. Satu ruang lingkup kerjaya baru yang memerlukan ruang masa untuk aku fahami sepenuhnya bidang tugas dan tanggungjawab. Lokasi IPTHO hanyalah berjarak 10km daripada UTHM, sebuah universiti yang paling hampir dengan tempat tinggal aku.

Ketika aku ikuti Latihan Pembangunan Staf di IPTHO
KLIK DI SINI

Langkah dua :

Aku sudah menemui Dr Wan, Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja beberapa minggu lalu. Sempat berbual dengan beliau kaedah urusan pengajian peringkat Phd. Asasnya, ada tawaran khas buat para guru yang berminat menyambung pengajian. Setakat ini, terdapat ramai guru dan pensyarah IPG daripada Johor Bahru yang mengikuti pengajian di UTHM. Pelajar boleh mendaftar di bawah Fakulti Teknik dan Vokasional dan melaksanakan kajian pendidikan masing-masing dengan tidak terikat kepada bidang teknik dan vokasional.

Brosur UTHM yang telah aku simpan kemas-kemas.
Azam dan semangat perlu sentiasa MEMBARA...

Setakat ini UTHM sedang menguruskan Ijazah Kedoktoran Pendidikan (EdD). Setelah lulus urusan tersebut, semua pelajar boleh menukar fakulti. Akhirnya, para pensyarah yang tidak berkaitan dengan Teknik dan Vokasional akan menukar kepada EdD. Semoga perbincangan aku dengan Dr Wan menjadi pencetus semangat aku untuk ke arah tersebut.

Langkah tiga :

Aku akan mencuba meloloskan diri dalam ruang lingkup isu pendidikan terkini iaitu Projek Hati Nurani - Sekolah Dalam Hospital. Aku akan berusaha sehingga aku memasuki ruang itu di peringkat KPM. InsyaAllah.

Langkah empat :

Setakat ini, aku sedang merangka dan menyediakan proposal kajian di peringkat Phd. Beberapa bahan bacaan berkaitan Projek Hati Nurani (Sekolah Dalam Hospital) dalam dan luar negara sedang aku kumpulkan. Sementara jangka hayat keahlian Perpustakaan Bainun, UPSI masih aktif, aku manfaatkan sepenuhnya.

Contoh bahan yang sedang dikumpulkan.

Pencarian kajian literatur berkaitan isu itu dikumpulkan satu-persatu. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aku berazam untuk cuba melengkapkan pengajian Phd dalam tempoh 2 atau 3 tahun sahaja. Ini adalah azam aku sempena bulan Oktober 2011 yang bakal tiba. Genaplah umur aku menjejak angka 40 tahun!. Walaupun aku agak terlewat, seboleh-bolehnya aku tak mahu terus tertinggal...


Langkah lima :

Aku harus selesaikan urusan konvokesyen pengajian sarjana yang lalu. Urusan yang kelima inilah sebagai langkah utama yang harus didahulukan.
Bersama Si Patung dalam gaya berjubah untuk konvokesyen.

Urusan ini jugalaha sebagai langkah pencetus untuk memulakan langkah-langkah yang seterusnya demi mencari ilmu duniawi. Aku berazam untuk bergelar Dr. Azlan sebelum berumur 45 tahun. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan selanjutnya. Amin.........

Bersama rakan-rakan mahasitua yang bakal menghadiri majlis konvokesyen di UPSI.

Tujuan entri ini bukanlah untuk mendabik dada terhadap apa yang dicapai dan yang bakal merancang perancangan untuk digapai. Jauh sama sekali bertujuan sebegitu. Niat di hati sekadar untuk terus membakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan dalam bidang pendidikan dan menuntut ilmu duniawi. Juga terus menjadi pencetus kepada rakan-rakan sekeliling untuk terus mencapai impian dalam bidang pendidikan masing-masing.

Juga, semoga aku berkesempatan untuk meneroka dunia akhirat selepas semuanya selesai nanti. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan semangat yang JITU untuk terus melangkah ke hadapan. Amin...
Continue Reading...

May 12, 2011

OKU : Bantuan Kewangan untuk pelajar IPTA

Menuntut ilmu tidak mengira peringkat umur. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat. Atas dasar itu, Kementerian Pengajian Tinggi amat menggalakkan rakyat Malaysia khususnya masyarakat dalam kalangan OKU (Orang Kelainan Upaya) untuk terus menyambung pengajian hingga ke peringkat tertinggi (PHD).

Bagi individu dalam kalangan masyarakat OKU yang berminat menyambung pengajian hingga ke peringkat PHD, yuran pengajian bukanlah satu halangan untuk kalian terus menyambung pengajian. Kementerian Pengajian Tinggi telah menyediakan kemudahan untuk anda dari sudut yuran pengajian dan ditanggung selama 4 tahun. Manfaatlah ruang dan peluang ini sekiranya anda berminat untuk menyambung pengajian.

Sumber : Internet

Di bawah ini saya sertakan sedikit maklumat berkaitan hal tersebut. Anda boleh menghubungi pegawai berkenaan untuk maklumat lanjut.

***********************

SKOP PEMBIAYAAN BANTUAN KEWANGAN

Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti sahaja.

Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.

Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)
  1. Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
  2. Diploma - 3 tahun
  3. Sarjana Muda - 4 tahun
  4. Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
  5. Sarjana - 2 tahun
  6. Ph.D - 4 tahun

SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU
  1. Pelajar Warganegara Malaysia;
  2. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan iMasyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
  3. Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wang saku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa atas dasar merit akademik pula layak wang saku sahaja. ;
  4. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian); dan
  5. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


BAYARAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU


Kaedah Bayaran

  1. Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)
    1. Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000/setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian (jika menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.

    2. Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dan tidak akan dibawa ke hadapan.

    3. Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam dalam tahun semasa. Kelayakan anggaran wang saku dan yuran mengikut tempoh semester dalam tahun kalendar adalah seperti contoh berikut :

      Contoh 1

      Semester Tempoh Wang Saku Yuran Kelayakan
      Baki
      Sem 1 Jun-Nov 2010 RM1,800 RM1,400 RM3,200 RM1,800
      Sem 2 Dis 2010 – Mei 2011 RM300* RM1,400 RM1,700 RM100
      Jumlah Kelayakan Tahun Semasa
      RM4,900 RM100*

      * Bayaran wang saku tidak melebihi tahun semasa. Baki RM100 pada akhir tahun tidak boleh dituntut pelajar.

      Contoh 2

      Semester Tempoh Wang Saku Yuran Kelayakan
      Baki
      Sem 1 Jan-Apr 2010 RM1,200 RM1,000 RM2,200 RM2,800
      Sem 2 2 Mei- Ogos 2010 RM1,200 RM1,000 RM2,200 RM600
      Sem 3 Sept – Dis 2010 RM600 RM0 RM600 RM0
      Jumlah Kelayakan Tahun Semasa
      RM5,000 RM0

    4. Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut. Jika memilih yuran pengajian sahaja dan masih terdapat lebihan dalam tahun tersebut, ianya (lebihan) akan dimasukkan ke akaun pelajar pada akhir tahun.
  2. Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja) :

    - Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun (jika menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.

  3. Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan
  4. Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

KATEGORI YURAN YANG LAYAK DAN TIDAK LAYAK DITUNTUT

    Bil.

    Yuran pengajian yang LAYAK dituntut

    Yuran pengajian yang TIDAK LAYAK dituntut

    1.

    Yuran pendaftaran

    Yuran Penempatan / Yuran Asrama

    2.

    Kad Kampus / Kad Matrik

    Insuran Kesihatan / Perlidungan Insuran

    3.

    Yuran Perpusatakaan

    Yuran Kebajikan / Persatuan / Alumni / Aktiviti / Khairiat

    4.

    Yuran Peperiksaan

    Yuran Kelengkapan / Tabung Pengurusan MPA

    5.

    Yuran Perkhidmatan

    Yuran Pencalonan

    6.

    Yuran Ko-Kurikulum / Sukan

    Tabung Kecemasan

    7.

    Yuran Graduasi (Jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)

    Elaun Buku

    8.

    Yuran Pemeriksaan / Yuran Tesis

    Elaun Sara Hidup

    9.

    Yuran Komputer

    Elaun Tesis

    10.

    Yuran Peralatan / Bahan Makmal

    Elaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan

    11.

    Yuran Pergigian / Yuran Kesihatan

    Elaun Perjalanan / Tambang

    12.

    Elaun Akhir Pengajian

    13.

    Elaun Penyelidikan

    14.

    Elaun Pengangkutan

PERMOHONAN/TUNTUTAN

· Permohonan bantuan wang saku dan yuran bagi pelajar OKU IPT boleh dibuat terus kepada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui dan disahkan oleh Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing. Dokumen permohonan boleh dikemukakan ke alamat Bahagian Biasiswa atau menerusi email di alamat bkoku@mohe.gov.my. Penghantaran menerusi email bagi dokumen melibatkan tandatangan hendaklah diimbas “scan” terlebih dahulu.

· Permohonan bantuan wang saku dan yuran pengajian pelajar OKU hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula.

· Dokumen-dokumen hendaklah mengandungi perkara berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
  2. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  3. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
  4. Salinan surat tawaran pengajian;
  5. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) (bagi tuntutan kali pertama sahaja) – muat turun Borang KPT/B/OKU-Reg2.10;
  6. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (bagi pelajar sedia ada) ;
  7. Borang Tuntutan Bantuan Wang Saku pelajar OKU IPT – muat turun borang KPT/B/OKU-ws v1.10 (bagi setiap kali tuntutan wang saku) ;
  8. ** Salinan Buku Akaun CIMB / BIMB (bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian) ;
  9. Borang Tuntutan Bantuan Yuran Pengajian Pelajar OKU IPT – muat turun borang KPT/B/OKU-yrn-2.10 (bagi setiap kali tuntutan yuran pengajian) ;
  10. Invois asal yuran pengajian semester semasa yang keluarkan oleh institusi pengajian (jika jika tuntutan yuran belum dijelaskan oleh pelajar) / resit asal pembayaran yuran pengajian oleh pelajar (jika tuntutan yuran telah dijelaskan oleh pelajar).

    · ** (Wajib disertakan untuk permohonan baru dan sedia ada serta bagi setiap kali tuntutan wang saku dan yuran pengajian).

    · Item ( a ) – ( e ) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja.

    · Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU sepenuh masa memadai dengan item ( f ) – ( h ) sahaja. Pelajar OKU separuh masa memadai item ( h ) – ( i ) sahaja.

    · Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester.

· Bayaran bantuan wang saku akan dimasukkan terus ke akaun pelajar. Manakala bayaran bantuan yuran pengajian akan dimasukkan terus ke akaun institusi pengajian / akaun pelajar.
· Proses ini bermula mulai 1 April 2010. Pelajar yang sedang menjalani semester sebelum tarikh ini tidak layak menuntut elemen yuran pengajian. Walau bagaimanapun, semua tuntutan adalah tertakluk kepada had peruntukan tahunan yang diluluskan oleh Kerajaan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA (u.p.: Unit Pinjaman Dan Bantuan Kewangan)
Fax : 03-8884 4701
Email : bkoku@mohe.gov.my

URL: www.portal.mohe.gov.my/biasiswa/oku-ipt

Muat turun :

· Borang Pendaftaran ~ KPT/B/OKU-Reg2.10
· Borang Tuntutan Wang Saku ~ KPT/B/OKU-ws v1.10
· Borang Tuntutan Bantuan Yuran ~ KPT/B/OKU-yrn-2.10


*Untuk semakan surat yg dihantar, semakan status surat boleh dibuat melalui Online Letter Checking. sila klik di sini

Lihat Surat Pekeliling Kementerian Pengajian Tinggi 1/2010 : Pelaksanaan Dasar Baru Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya(OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

Atau berhubung terus dengan pegawai berikut :

Bil Nama Tel. Email (@mohe.gov.my)
1. Cik Noorhalyza bt. Mohammadin (bayaran) 03-88844697 halyza
2. En. Muhammad b. Mohd Yusof (wang saku) 03-88844626 mamatkpt
3. En. Mohamad Khuzairi b. Ahmad Suhaime (yuran) 03-88844793 zairi

------------------------------------

Inilah sedikit paparan berkaitan bantuan kewangan kepada masyarakat OKU yang berminat menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Semoga pembaca dapat panjang-panjangkan maklumat kepada rakan-rakan anda yang berkelayakan.

Anda boleh layari blog baru saya : KLIK DI SINI.
Continue Reading...

Mar 10, 2011

JODOH : Antara berkenan, bertunang dan berkahwin

10 Mac 2011 - Khamis :

Hampir seminggu, blog ini tidak ber"update". Kontang. Bukan tiada idea atau idea beku. Tidak. Tidak sama sekali. Banyak idea, banyak sumber tetapi tidak menarik. Itu semuanya alasan. Sebenarnya ditimpa penyakit kemalasan.

Berkaitan dengan entri lepas iaitu BERSEDIA : Apa jua kemungkinan. Entri ini berkisar tentang kekuatan minda kita menerima sesuatu perubahan dalam skala yang berbeza di sepanjang kehidupan kita. Setiap perubahan perlulah diterima dengan redha dan senang hati. Konsep penerimaan perubahan itu membuatkan kita mampu untuk terus berganjak ke hadapan. Selagi watak dan perwatakan kita kaku dan tidak mahu menerima sebarang perubahan, jiwa kita akan sakit. Itu proses biasa sebabnya setiap orang memiliki watak dan perwatakan yang tersendiri.

Pastinya ramai yang telah melalui proses perubahan demi perubahan sama ada dalam bentuk fizikal, minda mahupun jiwa. Penerimaan perubahan inilah membuatlan kita semakin matang dalam berfikir dan tindakan. Malah menjadikan kita orang yang berfikiran positif. Berkaitan tajuk entri kali ini sangat unik. Ada yang melaluinya dan ada yang tidak.

Acapkali kita dengari bahawa rezeki, ajal maut, jodoh telah ditentukan olehNya sewaktu perjanjian roh kita di alam roh. Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Pergerakan kita untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal sangat penting dalam melaksanakan tindakan ke arah yang kita ingini selagi ianya memandatangkan faedah bersama. Pernah juga kita dengar @ menempuhnya berkaitan dengan berkenan pada orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Itu semua proses biasa, hanya Dia lebih ketahui akan segala hikmahnya.

Makanya, situasi ini jugalah akan berlaku dalam hal-hal lain. Misalnya pembelian kereta. Kita berkenankan sesebuah kereta (kereta A). Ada saja halangan yang menjadikan kita tidak memiliki kereta yang kita berkenan. Makanya kita memilih kereta B. Sudah bayar deposit untuk pembelian kereta itu. Juga tidak menjadi milik kita sekiranya loan tidak lulus atau beberapa sebab lainnya. Akhirnya kita memilih kereta C pula. Mudah pula untuk memiliki kereta itu tanpa banyak halangan. Itulah yang dinamakan JODOH dan REZEKI. Tidak kita ketahui akan ketentuanNya. Kita hanya mampu berusaha selagi terdaya hingga ke titisan darah yang terakhir.

Begitu juga dengan apa yang aku lalui sepanjang tempoh seminggu ini. Proses pencarian tempat bertugas selepas tamat pengajian ini. Berkenan di Ipoh, bertunang dengan Melaka dan akhirnya berkahwin dengan Johor. Itulah dinamakan jodoh dan rezeki kita yang telah ditentukanNya. Ada hikmah tersembunyi yang tidak kita ketahui. Hanya DIA lebih ketahui segalanya. JOHOR : I'm back!
Continue Reading...

Mar 1, 2011

KAPSUL MASA : Sekadar ramalan, jangkaan atau impian?

01.03.2011 - Selasa :

Kapsul masa - antara sedar atau tidak, telah hampir 24 tahun, Tun Dr Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia menanam kapsul masa di Komplek Membeli Belah The Mall pada tahun 1987 lalu. Tahukah kita apa yang digarapkan tentang jangkaan-jangkaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir?

Berdasarkan bacaan aku dalam sebuah blog INI, penulisnya seumpama berkeyakinan dengan ilmu ramalan @ ilmu falak yang dialaminya sendiri. Kepercayaan akan situasi ramalan itu berdasarkan kejadian yang dialaminya sendiri. Berbalik semula kepada kapsul masa yang telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir akan dibuka semula pada tahun 2087.Ini bermakna, Tun telah memikirkan 100 tahun kehadapan. Apakah yang difikirkannya dalam tempoh 100 tahun itu, tidaklah kita ketahui. Namun, berdasarkan pengalaman penulis yang bergaul dengan ramai ahli ramalan, beberapa ramalan berkaitan kapsul masa itu ialah :

1) Kita akan berperang dengan Singapura pada tahun 2012
2) Singapura akan menyertai Malaysia pada tahun 2015
3) Malaysia akan berpecah pada Utara dan Selatan pada sekitar tahun tersebut
4) Satu kejadian akan berlaku dan Malaysia akan menjadi kuasa besar ekonomi dunia pada tahun 2017 dan menjadi kuasa utama ekonomi menggantikan USA menjelang 2020
Sumber : Klik DI SINI.


Berkisar tentang kapsul masa ini, ingin aku perjelaskan bahawa kita seharusnya meletakkan target dalam kehidupan kita sama ada dalam situasi kerjaya, kehidupan dan sebagainya. Pembinaan KAPSUL MASA untuk diri sendiri, seolah-olah membuatkan kita bergerak ke arah apa yang kita impikan.

"Kata orang jawa di kluang ni...."life begin fourty". Betul ke? Entah le... Walau bagaimanapun, kehidupan mesti diteruskan. Bermakna aku ada 5 tahun lagi mulai sekarang (2011) untuk aku terus membentuk diri aku ke arah apa yang diingini dan dihajati. "

Situasi ini mengingatkan aku akan satu entri khas yang aku bina pada 17.10.2006 lalu. Klik DI SINI. Selama 5 tahun aku nantikan saat itu. Pastinya banyak garapan yang akan aku catatkan apabila tibanya tarikh 17.10.2011. Dalam tempoh itu, banyak pengalaman-pengalaman yang ditempuhi. Namun, untuk tiba tarikh itu, aku sendiri tidak tahu sama aku masih bergelar seorang pengembara di mukabumi ini? Wallahualam.


Continue Reading...

Feb 28, 2011

STRESS : Tekanan atau ujian?

28.02.2011 - Isnin :

Salam sejahtera buat pembaca sekalian.

Hari ini, saya tertarik untuk berkongsi situasi berkaitan stress. Rata-rata, masyarakat kini sentiasa berhadapan dengan situasi stress. Stress boleh wujud dalam perbagai sudut. Persekitaran tempat kerja, situasi kerja, perhubungan sosial, tuntutan kehendak kendiri (melampaui batasan Uthopia) dan pelbagai lagi.

Dalam hal ini, tuntutan yang pelbagai sama ada di luar dan dalam diri sendiri sememangnya boleh menimbulkan stress. Namun, situasi ini bergantung pada kemampuan diri kita menanganinya. Semakin tabah dan gigih kita menghadapinya, maka semakin utuh dan tekal kestabilan emosi dan jiwa kita dalam mengharungi kemelut yang sedang kita hadapi.

Justeru, saya ingin berkongsi pandangan deangan semua pembaca. Terdapat satu teori barat dalam situasi kita menghadapi tekanan/stress ini. Person-Invironment Fit Theory. (P-E Fit Theory).

Ringkasan Teori P-E Fit dalam powerpoint yang disediakan untuk proses Viva yang tak tahu bila tarikhnya.

Teori inilah yang saya gunapakai dan menjadi tonggak dalam kajian saya. Teori ini menjelaskan bahawa kita akan sering mencari titik keseimbangan dalam mengharungi kehidupan seharian kita. Apabila tuntutan persekitaran lebih meningkat berbanding dengan kemampuan diri kita, makanya kita akan berasa sangat tertekan. Semakin kita biarkan dan mengelak situasi itu, tekanan akan lebih menjadi-jadi. Berbeza pula sekiranya kita mampu mengharungi sesuatu kemelut dengan pelbagai daya usaha, InsyaAllah, kita akan mencapai titik keseimbangan itu. Ini semua adalah teori barat.

Berasaskan teori ini, kekuatan jiwa dan personaliti kita memainkan peranna penting dalam menangani situasi stress. Hal personaliti ini, pernah saya gambarkan dalam entri terdahulu bahawa umpama JIWA MASUK AIR. Klik di SINI. Kita mampu seimbangkan diri kita dalam apajua keadaan yang sedang kita hadapi.

Mari kita renungi semula. Ujian-ujian kehidupan yang kita hadapi adalah ujian daripadaNya. Allah SWT berfirman yang bermaksud "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta". (Al-Ankabut: 2-3). Rujuk di SINI.

Secara umumnya, Allah s.w.t. menimpakan bala dan musibah kepada seseorang kerana tiga sebab, sesuai dengan jenis orang yang ditimpa musibah tersebut.

Pertama: Andainya Allah s.w.t. menimpakan musibah dan bala kepada golongan musuh Allah s.w.t., dan golongan yang bersikap sombong dengan Allah s.w.t., dari kalangan orang-orang kafir dan golongan fasiq, maka ia merupakan suatu bentuk azab dan siksaan dari Allah s.w.t. yang dikenakan kepada mereka di dunia lagi.

Kedua: Andainya Allah s.w.t. menurunkan musibah kepada orang-orang mu'min yang kurang beradab di hadapan Allah s.w.t., dengan melakukan pelbagai maksiat, maka ia merupakan peringatan buat mereka supaya mereka kembali kepada Allah s.w.t., dan kembali beradab di hadrat Ilahi s.w.t. dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ia merupakan suatu kenikmatan dalam kesulitan.

Ketiga: Andainya Allah s.w.t. memberi musibah kepada golongan khawas (orang-orang soleh) atau golongan khawasul-khawas di kalangan hamba-Nya, yang sentiasa menjaga adab dengan Allah s.w.t., maka musibah tersebut merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat mereka di sisi Allah s.w.t., dengan kesabaran mereka.

Hakikatnya, orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang kelemahan diri.

Tamsilan isu ini menjelaskan bahawa kita seharusnya menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba. Kita semua adalah hambaNya dan seharusnya kita berusaha sedaya mungkin dalam apa jua keadaan. Malahan, kita juga harus bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal berlaku. InsyaAllah.

Bersamalah kita RENUNGI diri untuk lebih mengenali diri sendiri. Acapkali, kita lebih gemar mengenali diri orang lain berbanding mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Namun, ada juga ramai yang berpendapat bahawa dengan mengenali orang lain, kita mampu kenali diri sendiri. Ini seumpama cermin diri. Boleh baca entri lama saya dengan klik DI SINI dan DI SINI.

Wallahua'lam.
Continue Reading...

Feb 17, 2011

BERSEDIA : Apa jua kemungkinannya.

17.02.2011 - Khamis :

Assalamualaikum w.b.t.
Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya..

BERSEDIA : Adakah kita bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal berlaku terhadap laluan kehidupan kita? Kekadang, kita merasakan gelap-gelita perjalanan yang bakal ditempuhi. Ada pula cerah di peringkat awalnya, kemudian bertukar warna pula selepas itu. Ini bermakna, kita sukar menjangka dan meramalkan apa yang bakal berlaku. Hanya Allah SWT sahaja yang ketahui apakah yang terbaik untuk diri kita. Itu adalah HAKIKAT yang harus kita terima. Rezeki, ajal, maut dan jodoh..hanya Dia lebih ketahui segalanya.

Hanya Allah SWT lebih ketahui apa yang terbaik untuk hambanya..


Adakalanya, kita sememangnya telah merancang dengan teliti perjalanan kehidupan kita. Keputusan yang telah kita buat untuk hari ini, adalah bersesuaian untuk hari ini. Adakah keputusan kita hari ini bersesuaian untuk hari esoknya pula? Pastinya kita kan membuat keputusan keesokannya berdasarkan keperluan situasi semasa agar kita lalui perjalanan esok dengan lebih cemerlang.

Kekadang, kita akan terkeliru mengapa kita harus menukar keputusan semalam, hari ini dan esoknya. Semuanya adalah berasaskan kepada keperluan semasa. Asasnya, kita harus fahami berkaitan mengapa perlunya kita menukar keputusan itu. Itu yang paling penting kerana hanya kita sahaja yang tahu kenapa dan mengapa. Pasti ramai orang di sekeliling kita yang akan tertanya-tanya tentang pertukaran keputusan itu... makanya, kita harus yakin dengan keputusan yang diambil itu. Itulah ciri-ciri "RISK TAKER" dalam diri seseorang.

Bersediakan jika orang sekeliling akan bertanya :
Sudah selesa di tanah rata..mengapa hendak panjat2 puncak gunung pula?


Justeru, kita harus bersedia dengan apa jua yang bakal berlaku. Pastinya, hari ini adalah TIDAK SAMA dengan hari esoknya. Inilah yang dikatakan BERSEDIA DENGAN APA JUA KEMUNGKINAN.

Selamat menempuh hari esok dengan lebih cemerlang...

Nukilan ini adalah berasal drp Warna-warni Kehidupan


Continue Reading...

Dec 28, 2010

KAD : Biru VS Hijau

28.12.2010 - Selasa :

Dalam kehidupan kita, ada beberapa jenis kad yang pelbagai warna telah digunakan sebagai kad pengenalan diri. Kad pengenalan diri itu berfungsi mengikut kesesuaian masanya. Begitu juga dalam kerjaya yang kita lakukan. Pelbagai kad identiti diri dalam kerjaya pastinya dipamer di kocek baju atau bertali yang digantung di leher. Kerjaya guru juga tidak ketinggalan akan kad pengenalan diri. Bawalah ke mana jua sewaktu dalam tempoh waktu bekerja.

Contoh kad pengenalan diri
bagi guru-guru di Sabah.
(Sumber : Internet)

Hingga ke hari ini, aku masih dhaif berkaitan pengetahuan di luar bidang kerjaya aku. Rupanya masih terdapat pelbagai ruang dan peluang yang mampu kita terokai. Penerokaan ini perlu disusuli dengan semangat dan iltizam yang tekal dan utuh. Segalanya harus bermula dari bawah... Oleh itu, aku akan cuba dapatkan KAD HIJAU pula dalam bulan Januari 2011. Klik DI SINI. Bermula dengan kad hijau inilah, pelbagai ruang kemahiran yang mampu aku terokai.

Contoh Kad Hijau
(Sumber : Internet)

Atas dasar itulah hari ini aku meneroka ruang untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan. Walaupun agak terlewat akan pengetahuan berkaitan bidang baru, masih belum terlambat. Aku masih punya masa jika diizinkan Allah SWT untu memudahkan laluan untuk aku mula meneroka. Terbuka hati untuk ke arah itu juga adalah satu hidayah daripadaNya. Aku percaya akan konsep keterbukaan pintu hati itu.

Nampak gayanya inilah target aku untuk azam 2011. Azam ini juga seharusnya dijadikan sebagai satu keutamaan dalam mencapai tarikh keramat 17.10.2011. Tarikh keramat ini telah aku letakkan dalam entri 5 tahun lalu. Apakah yang akan aku capai pada tarikh tersebut dalam entri ini (35 tahun mengenal kehidupan dan potensi diri). Klik DI SINI. Pelbagai persoalan yang telah aku letakkan dalam entri tersebut...

Beberapa pejabat kerajaan berkaitan hal Kad Hijau ini telah aku hubungi. Beberapa gambaran maklumat telah aku perolehi. Langkah bergerak ke arah itu mula disusun. InsyaAllah..semoga aku dimudahkan laluan oleh Nya.


Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama sehari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau. Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta perlindungan Takaful secara percuma.

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak bina. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Pemohon mestilah mematuhi perkara berikut :

  • terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan.
  • mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
  • berumur tidak kurang dari 16 tahun

Pemohon mestilah mengisi ’Borang UPP1’ dengan lengkap dan lampirkan dokumen sokongan serta bayaran yang diperlukan. Borang boleh dicetak melalui laman web http://www.cidb.gov.my. Hantar permohonan ke pejabat CIDB terdekat.

Pihak CIDB seterusnya akan mengatur ’Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Personel Binaan’ selama satu hari untuk setiap pemohon. Kad Hijau akan diserahkan selepas pemohon menghadiri kursus ini.


Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template