Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Oct 29, 2010

WWK : Melakar sejarahnya tersendiri

29.10.10 - Jumaat :

Hari ini, Blog WWK (Warna-warni Kehidupan) telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Dalam usia 4 tahun kewujudan blog WWK ini hanyalah seumpama "setahun jagung" pengalaman hidupnya.

Alhamdulillah, kehadiran Blog WWK di celah-celah pembinaan pelbagai jenis blog di dunia maya yang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ia tetap kekal dengan identitinya yang tersendiri. Terlaksana sudah seperti entri yang lalu. Pelbagai dugaan dan rintangan sepanjang tempoh 4 tahun usia Blog WWK, akhirnya termetri satu kenangan abadi yang sukar dilupakan. Terpampang Blog WWK menghiasi majalah PENDIDIK keluaran November 2010 sebagai tanda penghargaan kewujudan Blog WWK ini.

Saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majalah Pendidik kerana memilih Blog WWK dalam menghiasi ruangan Blog Guru. Malahan Blog WWK juga seolah-olah dapat memberi sedikit nafas baru kepada pembaca yang ingin membina blog mereka sendiri. Fungsi blog boleh dipelbagaikan mengikut minat masing-masing untuk menentukan hala tujunya.


Paparan di ms 32

Paparan ms 33
Continue Reading...

Sep 16, 2010

WARNA-WARNI KEHIDUPAN : Empat tahun usiaku..

16.09.2010 - Khamis :

Tepat jam 12.01, genaplah 4 tahun umurku. Pelbagai lakaran dan coretan yang dibuat. Wujudnya aku hanyalah untuk menghubungkan aku dengan saudara-mara tuan aku. Aku memiliki rangkaian rakan-rakan di kalangan saudara-mara tuan aku. Saudara-mara tuan aku berada di perantauan akibat tuntutan kerjaya masing-masing. Jauhnya ikatan saudara-mara, aku dan rakan-rakan aku adalah sebagai penghubung dan pengikat tali silaturahim sesama saudara-mara tuan aku.

Peringkat awalnya, rupa parasku sangat simple. Tiada aksesori di badan aku. Inilah lakaran pertama yang ada dalam catatan. Lihat DI SINI. Aku ada menyambut kelahiran yang pertama ada ada entri khas yang diciptakan khas untuk aku. Walaupun simple, ianya amat bermakna. Lihat DI SINI. .Putih melepak. Almaklumlah, seawal kewujudan aku, aku tidak banyak rakan kenalan. Namun demikian, hari demi hari, rakan-rakan maya aku semakin ramai.

Kini, semakin lama aku semakin selesa dengan aksesori dan warna baju aku sekarang. Ini mungkin menepati citarasa tuan aku. Aku terima apa saja yang diminati oleh tuan aku. Keselesaannya adalah keselesaan aku jua.

Lakaran kanvas di badan aku bertemakan Warna-Warni Kehidupan. Pelbagai ceritera yang berkisar pengalaman tuan aku, pembacaannya, pemerhatiannya telah diwarnakan di dada aku. Ramai yang membaca secara terang-terangan. Ramai juga yang mengikutinya. Malahan lebih ramai dalam kategori pembaca dan pengikut senyap (silent readers & silent followers). Aku mewakili tuan aku mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran kalian dalam menyemarakkan kehadiran aku di dunia maya. Tanpa kalian, siapalah aku. Aku sangat menghargai kehadiran kalian.

Paparan terkini untuk Warna-warni Kehidupan

Dalam tempoh empat tahun ini, pelbagai pengalaman yang telah aku tempuhi. Ada yang baik dan ada yang menarik. Pengalaman yang paling menarik ialah kewujudan aku dihargai oleh Majalah Pendidik. Penghargaan awal yang dirundingkan. Kewujudannya belum pasti. Dikhabarkan bahawa WWK akan menghiasi kolum Blog Guru dalam Majalah Pendidik untuk keluaran Oktober 2010. Semoga impian ini menjadi kenyataan. Kiranya, inilah harapan aku sempena kelahiran aku untuk kali yang ke-4. Selain ini kewujudan aku di alam maya ini menjadi salah satu blog yang senantiasa mewarnai dunia blogger. Setiap warna, ada seninya yang tersendiri.

Sebagai mengakhiri kalam ini, aku tertarik dengan tafsir Surah Al-Jin, ayat 11 yang bermaksud :

"Dan bahawa sesungguhnya (memang ma'lum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan"

(Sumber : Terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih - Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran (30) Juz)

Continue Reading...

Jul 22, 2009

Dunia makin mengecil?

Semakin kecilkah dunia ini? Atau kita yang sering bergerak ke merata-rata tempat membuatkan kita merasakan dunia ini kecil? Persoalan ini, kita saja yang boleh menjawabnya.

Aku benar-benar terkejut dengan satu kejutan sewaktu aku berbaris untuk mengambil makanan di dewan makan asrama di IAB, Genting Highland. Jarang sekali aku menerima kejutan yang sebegitu. Aku akan termanggu apabila timbul persoalan tanpa jawapan.

"U, Azlanlin kan?' soal seorang lelaki peserta seminar di IAB ini.

"Ya", ujarku sambil tersenyum dan mengangguk.

Persoalan mula bermain di minda aku. Siapakah dia? Pernahkah aku berjumpa dengannya? Aku berkira-kira dengan kemungkinan beliau ternampak nametag aku. Mungkin juga.

Aku makin terpana dengan ayat killernya. Aku diasak lagi.

"I selalu ikuti blog u" , katanya sambil tersenyum.

"I dapat tahu yang u akan ke sini melalui Cikgu Din yang dok belajar di UKM sekarang", sambungnya.

Wahhh.. aku makin tertanya-tanya lagi. Siapa pulak di Din tu? Aku semakin tak berpuashati dengan persoalan-persoalan yang timbul walaupun aku masih tersenyum.

Lantas, aku mengajaknya.

"Errmm..cikgu. Lepas cikgu ambil makanan nanti, mari kita duduk di meja ni. Dapat juga kita berbual-bual panjang nanti..."

Akhirnya, dapatlah aku buat perkaitan antara siapakah lelaki itu dan Cikgu Din. Aku semakin jelas dengan penerangan-penerangannya. Terima kasih cikgu!

Hahahha... jarang sekali aku menerima kejutan tanpa jawapan dalam kepala aku. Aku dikawal situasi buat seketika. Hahahhah. Itulah salah seorang silent reader blog Warna-warni Kehidupan. Beliau adalah seorang guru di Sri Manjung, Sitiawan yang sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Pendidikan di USM. Juga seorang penerima HLP.

Cikgu Din pula ialah cikgooden, seorang blogger pemilik Camtu-Camni yang terkenal seantero maya. Terima kasih kawan-kawan. Jumpa lagi.....

p/s: CikgoOden, apa yang hang 'gelembong' tu?


Continue Reading...

Jul 5, 2009

Selamat datang ke dunia blogger

Malam tadi, aku keluar awal dari rumah. Jam 8.45 malam, aku mula menghidupkan enjin Mira660 - turbo. Jam 9.00 malam, aku mula bertemu sahabat baru aku di EasyCafe, Tanjong Malim. Pertemuan ini adalah kali pertama untuk aku ketemu dengannya. Sebelum ini, kadang-kala aku bertemu dengannya jika ada sebarang urusan perihal anak-anak. Juga aku ketemu dengannya di bilik kuliah setiap hujung minggu. Kali ini aku ketemu dengannya atas urusan sahabat dan rakan seperjuangan dalam mengharungi dunia pengajian.

Awalnya, kami berbual urusan thesis yang akan beliau garapkan. Beberapa panduan dan tektikal telah diterjemahkan melalui hasil perbincangan. Blog pengajian aku juga telah aku perkenalkan kerana ada ruang-ruang tertentu dalam blog itu untuk dijadikan panduan (sesiapa yang explore, akan ketemuinya).

Setelah selesai urusan pengajian, aku buka ruang bicara berkaitan blog. Beliau seorang yang komited dengan ilmu baru iaitu ICT. Orang lama mempunyai pandangan tersendiri. Namun, kepesatan ICT membuatkan orang lama juga teruja untuk meneroka ruang itu. Bagi aku, BELAJAR adalah satu proses. Kesilapan dan kekhilafan adalah pemangkin hala tuju. Pemangkin itulah membuatkan kita terus bergerak atau u-turn atau berhenti terus daripada terus melangkah ke hadapan. Itu bergantung pada diri kita sendiri. Perlulah kita menjadi tuan pada minda dan emosi kita sendiri walau dalam apa jua yang kita lalui....Kewarasan minda sangat perlu dan usah sesekali, emosi mempengaruhi minda kita...

Oleh itu, sahabat baru aku mula meneroka dengan memulakan langkah untuk menjadi seorang blogger seperti kalian. Tahniah untuknya. Beberapa rangsangan telah diberikan untuk beliau melonjak agar terus membuat keputusan spontan dalam terjun ke dunia blogger. Khususnya aku perkenalkan blog anak-anak aku. Tahniah sekali lagi untuknya.

Cetusan nama blognya adalah penjanaan idea secara spontan setelah diberikan contoh-contoh di dunia maya. ILHAMTIBA, itulah idea yang terpacul dari mulutnya. Sangat menarik setelah dilihat melalui sudut positif dan telah diterimapakai olehnya. Tahniah sekali lagi. Teruskan berkarya...

* Ini salah satu langkah promosi blognya. Heheheh.

************************
Ketika blog ini dipublish, tentunya aku sedang berada dalam makmal IPS untuk ikuti kursus Analisis Data (SPSS) untuk kedua kalinya, sama seperti semester lepas. Maklum le, orang tua-tua belajar...lambat masuk kepala.. hehehe.
Continue Reading...

May 25, 2009

Urggghh...pakai botox ka?

Nampak gayanya, dah bersawang, berhabuk, daki dan macam-macam lagi yang mula melekat kat blog ni. Ini kerana mood cuti menyerap keseluruhan perjalanan hidup. Hehehhe (Alasan!)

Sejak semalam (Ahad), aku mula menggodak isi perut blog ini. Aku usik dan solek-menyolek rupa paras blog ini. Aku pakaikan botox untuknya. Saja nak tengok apa yang berlaku. Sekali usikkk...haaaaaaa...... macam ni pulak jadinya? Entah hapa-hapa. Aku masih gunakan template yang sama. Cuma script tentang saiz layout berbeza. Akhirnya, aku nak adjust apa lagi pun dah tak reti. Abis semua jadi center dari atas ke bawah, kiri dan kanan. Hahhaha.

Cuma aku telah masukkan translator untuk blog ini. Negara-negara yang terpilih saja yang dapat membacanya. Apa nak jadi dengan botox yang aku gunakan. Heheheheh.
Continue Reading...

Feb 28, 2009

Blog WWK ada dalam paper di Tanjong Malim

Bila aku jengah blog aku pagi, aku meninjau-ninjau kata-kata para pengunjung di Chatbox. Aku klik satu persatu. Aku merasa tertarik pada salah satu blog pengunjung aku. Chipmunk 8. Blognya memberi informasi tentang mengedit gambar secara online dengan layout2 terkini yang memungkinkan pengunjung lain akan tertarik. Selain itu, ada juga link untuk membuat tajuk utama pada surat khabar sendiri. Kita boleh membuat surat khabar sendiri dengan tajuk berita utama pilihan sendiri juga. Apa lagi, jom le jenguk ke sana. Terima kasih dan kredit untuknya.

Blog WWK ada dalam paper Berita Tanjong Malim.

Nama website untuk mengedit gambar tu ialah Loonapix. Contoh hasil editing gambar seperti di bawah.

Contoh hasil editing secara online

Continue Reading...

Feb 13, 2009

Ngajor juga?

Hari Khamis, aku terima jemputan. Aku macam tak percaya. Sesekali nengok macam tak sampai hati. Aku akan jadi susah hati jika orang lain susah hati. Mungkin aku jenis orang yang lembut hati. Atau aku mungkin mudah cair pada orang yang berbahasa penuh dengan budi bahasa. Juga mungkin aku jadi kasar dan keras bila orang berbahasa kasar dan keras. Bahaya juga ek.!!!

Yang pasti, aku cukup jaga komunikasi dengan orang lain. Begitu juga sebaliknya. Jika aku fikir, jika orang lain tiada kelembutan dalam berkomunikasi, maka aku juga akan "pasak" dalam komunikasi. Nampak gayanya, aku bukan jenis cool kut...hehehhe

Ramai student Fakulti Sains dan Teknologi yang ambil subjek IT. Kebetulan pulak, diaorang ni sekelas dengan aku untuk subjek Kaedah Penyelidikan. Kira geng la... Rasanya, aku kategori mahasitua sungguh bila join diaorang sebab diaorang muda trang tang-tang. Tapi yang syioknya, ada jugak sesekali aku pun rasa mcm muda lagi. Hahahah.

Petang Rabu, aku dah buat tempahan makmal komputer IPS untuk esoknya. Aku jumpa dengan Penolong Pendaftar UPSI. Takyah buat surat dan cuma cakap lisan jer. Sepatutnya, memang aku kena buat surat. Alhamdulillah. Runding-rundingan. Maka hari Khamis aku bantu kengkawan lain. Diaorang kena buat e-folio menggunakan blog untuk subjek IT. Maka, dalam hal itu boleh le aku bantu depa sikit-sikit.

Permulaan yang baik

Awal pagi Khamis tu, cuma ada 3 orang kengkawan yang datang. Bila kelas bermula 10 minit, ada lagi tambahan kengkawan. Mana la pulak kengkawan lainnya tahu nii???. Pandai2 le korang panggil kengkawan korang..Lepas tu.. ada lagi yang masuk. Ada la 10 orang. Kira boleh ler... Dalam 10 orang tu, terselit juga student drp Acheh yang aku ajak untuk ikuti kelas ni. Bapak Rijal namanya. Aku mahu dia masukkan aktiviti atau apa saja untuk tatapan rakan-rakannya yang lain di Indonesia. Rakan-rakannya sekuliah daripada Acheh yang belajar di UPSI, tak dapat nak ikuti kerana memasing punyai komitmen. Aku paham kerana aku juga banyak komitmen.

Aku bagi le script2 mudah untuk chatbox, jam, tulisan gerak-gerak dan cara tukar template mudah. Aku pun bukannya terer sangat. Aku fikir, kalu takat ilmu yang aku ada... lepas le untuk termolok aku jer. Kalu lebih-lebih, aku pun tak reti. Setakat ni, boleh le depa ikut. Kira objektif tercapai ler...

Tepat jam 12 tghari, aku kena balik cepat ke rumah sebab jam 1.00 petang, anak2 aku dan mem besor dah balik sekolah...maklum le semenjak duamenjak jadi house husband..hehehhe

p/s : Dalam kelas kaedah penyelidikan pagi tadi, ada jugak yang tanya untuk ikuti kelas blog aku lagi. Respon aku mudah. I pun tak tau bila i nak buat lagi. Pandai2 u all susun masa sesama u all. I ikut jer jika i ada free... (Uiii...selit2 bahasa omputih kat bibir aku. Cuma i..u.i..u.. jer. Hahahha. Waduuuhhhh...)

>> gambor diaorang aku tak boleh upload lagi sebab aku tak ingat kat mana kamera kompak aku!!! Gawat nihhh.

Link diaorang : Asas ilmu, udah ada...just explore jer lagi..

1. Safizan
2. Aini
3. Rijal
4. Yuhazlina
5. Bahiyah
6. Najah

* Yang lainnya, aku tak tahu link diaorang.

Continue Reading...

Dec 27, 2008

Serendah Tempat Tinggi

Petang ni aku sefamili meronda hingga ke Rawang, Selangor. Ikut jalan lama. Tak sampai 80km. kalu dari Tanjong Malim. Terasa jauh sungguh. Kebiasaannya, kalau ke mana-mana pun, aku main highway je sebelum ni. Aku ke Rawang dengan satu tujuan. Mencari tempat solek/klinik ChentaHati aku.

Dalam perjalanan, aku menyinggah di pekan Kuala Kubu. Macam biasa-biasa aja. Dalam pada itu, aku nampak singboard ke Bukit Fraser. Aku masih meneruskan perjalanan. Aku nampak signboard Bukit Beruntung. Aku call Mr Jinggo. Masih lagi sibuk sedara aku ni. Di Bangi, katanya. Takpa, lain kali masih ada. Aku jumpa pula signboard Serendah. Teringat aku akan MasterJie. Aku call dia...beberapa maklumat aku dapat tentang rumahnya.

Aku masih meneruskan perjalanan ke Rawang. Aku ternampak kedai bundle. Aku singgah. Itu tabiat aku, nak buat macam mana lagi. Ternampak jaket kulit hitam Harley Davidson. Aku bertanyakan ngheganya. Menarik. Aku test jaket tu...ngam sungguh. Bila dibelek-belek, alamakkkk, terkoyak la pulak! Tak jadi.. Aku sembang ngan tokeynya tentang bengkel motor besar di Rawang. Dia kenal. Aku dapat no telefon pemiliknya. Bila sampai Maiden di Rawang, aku call pemilik bengkel tu. Aku dapat petua ke arah bengkelnya. Saja nak riki-riki untuk masa akan datang..hehhehe

Aku tiba di sana. Aku berborak kejap dengan tokeynya. Aku belek sana, belek sini pada motor-motor yang ada di bengkelnya! Kebanyakan motorsikal berkuasa tinggi di bengkelnya adalah ahli kelab motorsikal berkuasa tinggi iaitu Lanun Bikerz.

Lanun Bikerz

Jam 6.15 petang, aku gerak semula ke Tanjong Malim. Aku tercari-cari mana pulak peginya signbord SERENDAH. Datin Kujie dah antor sms untuk ke rumahnya. Aku kalah dengan pujukan...hehehh. Aku terlajak. Terpaksa berpatah balik untuk masuk ke kawasan banglo Datin Kujie. Dalam pencarian itu, aku terlajak lagi. Telefon lagi. Untung juga kerana Datin Kujie ni penyabar orangnya. Akhirnya aku jumpa dan ketemu juga! Alhamdulillah.

Dapat juga ngeteh ngan Datin Kujie. Aku sefamili dapat merasa pisang goreng yang RANGUP! Lain kali aku nak pegi lagi. Nak rasa pisang goreng lagi. Hehehehhe.

"Ayah, lain kali kalu nak datang lagi, cakap tau. Amir nak bawak seluar mandi!" bisik si Amir semasa nak bergerak pulang. Baik punya permintaan tu Datin Kujie oooiiii...

Continue Reading...

Nov 8, 2008

Cubaan pertama, Lie..

Terima kasih pada anak menakan aku. Aku tau dia berbakat. Aku akan paksa juga hingga berjaya. Kekadang tekanan yang diberi, pasti melonjakkan usaha ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Lie, bakat yang ada usah dipersiakan. Lakukan sesungguh-sungguh. PakTam yakin bahawa Lie mampu hasilkan yang lebih baik. PakTam nak Lie akan buat side income dengan bakat yang ada. Pastikan sebuah blog akan wujud berkaitan dengan menjual kemahiran melukis Lie itu. Buat sesungguh-sungguhnya..Insyallah.. Paktam benar-benar YAKIN bahawa...Lie sememangnya berkemampuan untuk laksanakannya... Teruskan Lie! Langkah yang JAUH, bermula dengan langkah pertama Lie!

Ini baru cubaan pertama Lie!

PakTam berkenan gambor ni dijadikan potrait..Boleh Lie kan?


Continue Reading...

Oct 9, 2008

MaaakSuuuuuuuuuu

Masih di musim raya ni, benar-benar aku terkejut. Jeritan siapakah itu yang mendayu-dayu. Panggilannya menusuk kalbu.

Aaaaabbbbbaaaaaaannnngggggggggg!

Itulah panggilan yang aku dengar hingga di selatan tanah air. Aku jenguk di celah-celah dinding blog aku. Aku nampak. Aku faham. Itulah dia...MAKSU. Raya kali ini amat beruntung baginya. Angka 9 berligar-ligar disekeliling hidupnya. Pusing kanan ada sembilan. Pusing kiri ada sembilan. Pandang depan pun ada sembilan. Bila dihitung ada tiga kali sembilan. Ermmmmm.. 999? 3X9? Yang mana satu ek? Hanya MakSu yang lebih tahu.

MakSu ni salah seorang blogger yang aku suka baca hasil penulisannya. Suka-suka dia je apa yang nak ditulisnya. Walau Coretan MakSu ini dikatakan cerita kosong, tetapi apabila dipandang dengan mata hati.. jelas sekali luahannya. Menarik!

Sempena hari ini, aku, mem besar dan anak-anak, nak ucapkan YEPPY BESH-DAY untuk MakSu. Kad ini khas untuk MakSu yang suka-suka dia je nak tutup mukanya. Macam Zorro moden, tutup muka guna jari. Itulah MakSu. Entah-entah, calon yang tersenarai sebagai pemegang watak CicakGirl! Terima kasih kerana sering ke blog saya.

Khas untuk MakSu



Continue Reading...

Sep 20, 2008

Kembali bertaut...

Hari ini, aku kelebek email dan aku benar-benar tidak menyangka kerana ada sesuatu yang KEMBALI BERTAUT. Pastinya sudah hampir 18 tahun aku tidak bertemu dengan insan yang bernama Sdr Izzudin Ali.

Tinggi dan bijak orangnya. Bakat kepimpinan tidak lagi diragui semenjak di zaman sekolah khususnya Sek Men Ahmad Boestamam (SMAB), Sitiawan, Perak. Beliau adalah pengawas sekolah dan asrama sepanjang aku kenal beliau untuk tahun 1989 - 1990. Ketika itu kami sama-sama pelajar tingkatan enam rendah dan atas. Berakhirnya Peperiksaan STPM dalam tahun 1990, maka berakhirlah hubungan rakan sesama kami kerana masing-masing membawa hala tuju kehidupan masing-masing.

Telah memiliki 6 org cahayamata. Alhamdulillah.

Aku ingat lagi, Sdr Izzudin berjaya memasuki ke UPM selepas itu. Aku juga yang tertinggal di belakang sebab aku sentiasa terkebelakang. Heheheheh. Aku ingat lagi, terdapat 5 orang pelajar tingkatan enam yang memiliki 5P utk thn tersebut dan hanya aku seorang yg tidak berjaya memasuki universiti. Hahahahah. Aku tahu kenapa dan mengapa!. Malahan ada jua rakan-rakan yang memiliki 4P1R masih berjaya menjejaki ke tangga universiti, jika pemilihan universiti adalah tepat. Yang pasti, aku tidak refer sesiapa jua untuk mengisi borang permohonan ke universiti. Akhirnya aku tewas dengan runtunan nafsu dalam pemilihan universiti..

Berbalik kisah Sdr Izzudin, beliau seorang yang memang baik dan telus. Aku ingat lagi, semasa tahun 1990 itulah, demam filem Fenomena di panggung wayang sungguh meletup. Aku dan Sudin (dengar cerita bhw Sudin adalah Angkatan Tentera Udara) menyelinap keluar asrama bersama rakan-rakan pekerja kantin asrama pada waktu malam. Akhirnya aku dan Sudin kantoi apabila hendak memasuki pagar sekolah. Maklum le curi-curi keluar... kami ditangkap oleh sepasukan pengawas asrama yang diketuai oleh Sdr Izzudin. Thanks my friend. Sebenarnya, ada kisah kenapa kami kantoi..hahahha.

Untuk ke blognya, KLIK DI SINI:

Blog keduanya yang dibina.
Yang pertama dulu, tentunya dah lupa paswordnya. hahahha


Ermmm, aku agak nakal di zaman remaja. Oleh itu, aku amat mudah menghadapi watak nakal di kalangan anak-anak murid aku. heheh. Untuk anak murid yang baik, lagilah mudah untuk aku dekati....

Maka, aku benar-benar hargai perkenalan ini. Setiap kali aku pulang ke Perak, pastinya Sdr Izzudin, salah seorang yang akan aku hubungi untuk kami bertemu semula. Sayangnya, rezeki tidak menyebelahi kami. Masing-masing punya hal yang tersendiri sehingga kini kami masih belum ketemui lagi sejak 18 thn lalu .Insyallah..tunggu!
Continue Reading...

Sep 16, 2008

Rakan Bermotivasi Tinggi

Hari ini aku bersms dengan rakan blogger baru. Bro Jinggo namanya. Seorang motivator yang bermotivasi tinggi. Nice personality. Aku layari blognya, menarik segala catatannya. Banyak info yang berguna. Teruskan mencurahkan bakti dan memberi input kepada semua pembaca.

Klik DI SINI.

Continue Reading...

Aug 23, 2008

Brillante Weblog

Sedang aku menyusun spanar-spanar di rak, muzik lagu aspalela berkumandang. Itu tandanya hp aku berbunyi. Bunyinya memang kuat. Saja aku letakkan muzik yang rancak utk menggerakkan aku lebih cepat untuk mengangkat telefon. Aku lihat, nama ayang tertera pada hp cokia aku.

"Yang, ada lagi nih... nak tolong ambil ke?" tanya mem besar aku.

Ok Yang, tolong ambil kejap. Abang sibuk sikit ni. Tolong uruskan yer...

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih kedapatan rakan maya yang sudi memberikan award. Mungkin ada pembaca yang melihat "sesuatu" yang menjadikan ianya tertarik. Ingatlah, sesuatu yang dicari, akan anda temui. Maka segalanya bergantung pada diri kita sendiri. Bagi aku, sesuatu keistimewaan atau keunggulan dalam blog sempoi ini hanya pembaca yang lebih mengetahui, kan? Terima kasih kepada smua pembaca. Kehadiran kalian memberi makna sukar digambarkan melalui kata-kata.

Maka, dengan itu... saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana kenalan maya baru saya iaitu AnnDee yang telah telah sudi menghadiahkan saya sebuah award. Bagi saya, agak terlalu kerdilnya diri saya untuk menerima sesuatu penghargaan yang sebegitu rupa. Thanks AnnDee

Walau bagaimanapun, award itu adalah kepunyaan saya. Maka, saya enggan memberikannya kepada sesiapa jua... maaf ye AnnDee, itu hak saya. Saya tak nak berikan kepada sesiapa yang lain selain saya. Hehehehhe...

p/s:

Sebenarnya, DakLan akan menerima apa jua yang diberikan pada DakLan. Namun untuk memberikan pada orang lain pula, memang tidak sekali-kali. Ini kerana DakLan tak mahu orang lain perlu membuat entri untuk penerimaan award tu. Maklum le, ada yang berminat dan ada yang tak berminat untuk menerima dan memanjangkannya.

Maka, KEPUTUSAN DakLan ialah apa jua yang DakLan terima, maka orang lain takkan menerimanya. Harap-harap rakan maya memahami akan situasi ini. Bukannya tamak tau! Hahahahah...

Continue Reading...

Jul 19, 2008

Gelagat...

Agak keritih kaki aku dalam sebulan dua ni. Ke hulu dan ke hilir saja. Blog ni pun dah nak bersawang... ermm.

Alhamdulillah, hari ni selesai salah satu misi aku sementara aku masih bertugas di sekolah ini. Beberapa ilmu ICT yang mudah diperturunkan kepada rakan-rakan setugas untuk digunakan sepanjang hayat mereka. Insyallah.

Kursus untuk guru di sekolah pada hari ini berkaitan dengan email dan blog. Beberapa blog rakan-rakan setugas telah dipamerkan dalam SKSI Online. Kursus yang sama untuk kumpulan ke2 akan berlangsung minggu hadapan.

Memberi ilmu untuk dimanfaatkan oleh org yg tahu memanfaatkan.

Siap ada sponsor durian dan rambutan drp cikgu2 yang ada kebun ..alhamdulilah.
Continue Reading...

May 27, 2008

Dj DakLan 2

RadioKita
secara online yang berkumandang seluruh dunia
selagi memiliki talian internet


Dj Daklan akan menjayakan Studio5 (Stesyen Johor) pada:


Hari : Rabu (28 Mei 2008)
(Hadiah Khas : Sempena Birthday Mem Besar)
Masa : Jam 9.00 - 11.00 pagi


Siaran ulangan pada 9.00 - 11.oo malam pada hari yang sama

Sila KLIK DI SINI untuk mendengarnya...

Sama-sama kita nikmati halwa telinga menggunakan internet!

Continue Reading...

May 26, 2008

Yeppi Beshday!

Yeppy Beshday 2
... MamaRanggie ...


Semalam dah wish kat blog MamaRanggie dan janji nak buat
kad ucapan khas (limited edition) utk
:: MamaRanggie ::

Harap2 ada kesudian MamaRanggi menerimanya...

:: Just For You ::
MamaRangie

Continue Reading...

May 5, 2008

Baiki nama tercalar...

Ketika aku melayari blog Mem Besar, ada seorang sahabatnya yang baru berkenalan dengannya. Apabila dilayari blog sahabat barunya, terjumpa aku sebuah entri tentang blog/web keluarga Halimahton dan Yusuf.

Mungkin mereka terpanggil untuk memaparkan pengkisahan sebenar perihal perjalanan anak-anaknya apabila berita sensasi mereka telah dicemarkan oleh wartawan barat demi melariskan jualan akhbar mereka.

Baca dan renungilah...

Mengenai Kami

Ini adalah website rasmi keluarga Yusof; kami tubuhkan blog ini kerana terlalu banyak berita mengenai keluarga kami dalam media pada masa ini. Sila hubungi kami jika anda ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sementara itu jika anda terjumpa website kami dan tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab terhadap blog ini, kami sila memperkenalkan ahli ahli keluarga yang membuat sumbangan tersebut.

IKHTISAR PROFIL PENYUMBANG

Puan Halimahton adalah warganegara Malaysia tinggal diUK. Lahir diMuar dan bersekolah rendah selama enam tahun diSingapura (bapanya bertugas sebagai polis British RAF). Ia pulang keMuar berumur 14 tahun dan belajar diKolej Tunku Kurshiah. Selepas SPM ia menerima biasiswa menyambungkan pelajaran tinggi diUK. Ketika peganjian PhD dalam bidang organometallic chemistry diuniversiti Hull, ia dianggap sebagai seorang ahli kajian yang paling baik dalam jabatannya tetapi ia bersara sebab lebih mengutamakan tanggungjawab menjaga empat orang anak anak yang masih kecil sehingga mereka sampai umur persekolahan. Walaupun ia percaya dan sedar akan kemahirannya mengasuh anak anak( terutama sekali ia senang cepat mengikat perhubungan baik dengan kanak kanak), ia tidak sekali menyangka yang empat orang anak anaknya (sekarang lima orang) menjadi kanak kanak pencapai muda (prodigies).

>> Baca Seterusnya <<

Apa kata anda?

Continue Reading...

Mar 18, 2008

Nak buang.... buang nak?

Kebanyakan kita yang memiliki laptop atau pc, tentunya selalu terpandang ikon-ikon pada skrin desktop. Ikon-ikon ini adalah shortcut icon untuk memudahkan kita menjalankan program yang kita pilih... kan?

nak buang...buang nak?

Kekadang kedapatan juga antara kita amat menggemari meletakkan banyak shortcut icon tersebut di desktop. Semakin banyak diletakkan, maka semakin memudahkan kita untuk mencapai sesuatu program yang ada dalam drive c.

nak buang...buang nak?

Kesannya ialah, perjalanan untuk memulakan komputer menjadi semakin lambat. Maka eloklah delete saja ikon-ikon software yang jarang digunapakai. Kita seharusnya meletakkan yang penting-penting saja...melainkan kita merasakan kesemuanya penting...hik..hik..hik..Alaaa....buang je ler ikon yang tak penting tu....

nak buang...buang nak?
:: Kalu icon cenggini je...baru le cun laptop @ pc kita ::

Apabila kita telah kemaskinikan ikon-ikon tersebut, tentunya kita masih terpandang pada ikon yang terdapat pada desktop kita. Cuba perhatikan betul-betul bahawa terdapat anak panah kecil di sebelah kiri pada ikon-ikon tersebut. Tak percaya? Cuba tengok sekarang..hik..hik..hik..

alahai..anak panah

Sesekali..terasa sakit juga mata memandang pada anak panah pada ikon itu. Maka sekarang, aku nak kongsi-kongsikan maklumat dengan rakan-rakan, untuk menghilangkan gambar anak panah pada ikon-ikon di desktop. Ada di kalangan kita yang tahu...maka yang tahu kena beritahu pada rakan-rakan yang tak tahu..barulah ilmu berpanjangan.. Tak gitu?.

Meh kita cuba.... ada berani? ngeh..ngeh..ngeh..


Cuba ikuti arahan-arahan di bawah:

Desktop Shortcut Icons are accompanied by a shortcut arrow by default on Windows, and if you find them annoying and want to remove the shortcut arrow on icons, here’s what you have to do:

* Go to Start >> Run

* Type regedit.exe and hit enter

* Go to HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Explorer\Shell Icons. If this key doesn’t exist, create one.

* Create a new string value under this key by right clicking and name it as 29

* Double click to 29....insert the value data spt kat bawah:

* Set its value to C:\WINDOWS\system32\shell32.dll,52

* Close the Registry editor, and restart your computer for changes to take effect


p/s : Hati-hati dengan registry..silap usik...tak jalan komputer anda.. kalu nak pandai, berani tanggung risiko je ler... hik..hik..hik... aku dah berapa kali format laptop aku untuk memandaikan aku memformat laptop...dulu-dulu la....aku budak baru belajar...

Continue Reading...

Mar 14, 2008

Jom Ikut Jalan Angkasa...

Aku merasakan tentunya ramai rakan-rakan yang menggunakan jalan angkasa ikut laluan free..kan? Oleh itu, aku memikirkan ada baiknya kita sama-sama berkongsi menggunakan laluan angkasa yang menarik ini.


Setakat ni, aku dah gunakan software ni..ada beberapa perkara yang menarik hati aku ialah:

1. Membolehkan kita meletakkan tempat2 menarik seperti gambar penting ttg sesuatu lokasi (seluruh dunia) utk diketahui seramai orang pengguna internet.
2. Membolehkan kita mengetahui lokasi "zodiak" di atmosfera. Menarik tu....
3. Membolehkan kita melihat pergerakan bulan mengelilingi bumi...
4. Membolehkan kita explore lagi tentang banyak kebaikan tentang software nih.. (aku pun belum habis eksplore software ni lagi)
5. Membolehkan aku dapat ramai kawan lagi...heheheheh
6. Membolehkan dan lagi membolehkan lagi dan membolehkan lagi...hahaha

Cara Menggunakan Software ini:

1. Klik kanan pada gambar dibawah (fail yang dizipkan) dan klik extract here
2. Folder akan terbentuk seperti dibawah dan buka folder tersebut.

3. Dalam folder itu terdapat 2 fail utama seperti di bawah.

Cara Install:
1. Klik pada icon seperti dibawah:
2. Pastikan install hingga selesai.


Cara menggunakan crack/patch (mengoriginalkan software):

1. Klik kanan pada icon patch seperti dibawah, then klik copy.





2. Klik start button, klik my computer, pilih drive c, pilih program files, pilih folder google, pilih folder Google Earth Pro....then klik kanan dan klik paste
3. Fail patch yang dicopy akan dipaste dalam folder itu.
4. Klik fail patch, then tekan butang "Activate".....dia akan ganerate sendiri utk mengoriginalkan software tu...hingga timbul perkataan DONE!

TAHNIAH!
1. Anda berjaya mendonlot software ni
2. Anda berjaya menggunakan SOFTWARE ini...

BERMINAT?

Bolehlah rakan-rakan donlot software Google Earth Pro dan Manual User (Cara Install) dengan mengklik pada butang di bawah...jangan malu2 sebelum DakLan membuat e-book dengan mendahulukan bayaran....cepat...cepattt...sebelum berbayarrrr...hehehhehhe



selamat mencuba!

"daripada KITA untuk KITA"




Continue Reading...

Feb 27, 2008

Aku dah jumpa....

Pencarian aku selama ini baru jumpa... jenuh aku explore dan menggodak sana-sini. Akhirnya aku dah jumpa!

Aku sememangnya ingin mencari software utk membuat cover e-book atau cover-cd. Seronok tak terkata bagi aku. Software ini sesuai untuk penulis-penulis yang ingin membuat promosi sebarang jualan berbentuk ebook secara online. Design cover boleh dibuat dan direkacipta sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Amcm OD dan penulis-penulis lain? Berminat?

Baru 10 minit tadi aku explore software ni sementara menunggu nak ambil anak balik mengaji .Hasilnya adalah seperti gambar yang aku paparkan di sini. Ala...sempoi-sempoi jer. Cuma guna tamplate yang diberikan dan belum diedit menggunakan Adobe Photoshop.. tunggu....!

Contoh 1


Contoh 2

Contoh 3

Pada link yang aku berikan di atas, siap ada tutorial untuk membuat e-book ni... Aku seronok tak terkata!


Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template