Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Dec 28, 2010

KAD : Biru VS Hijau

28.12.2010 - Selasa :

Dalam kehidupan kita, ada beberapa jenis kad yang pelbagai warna telah digunakan sebagai kad pengenalan diri. Kad pengenalan diri itu berfungsi mengikut kesesuaian masanya. Begitu juga dalam kerjaya yang kita lakukan. Pelbagai kad identiti diri dalam kerjaya pastinya dipamer di kocek baju atau bertali yang digantung di leher. Kerjaya guru juga tidak ketinggalan akan kad pengenalan diri. Bawalah ke mana jua sewaktu dalam tempoh waktu bekerja.

Contoh kad pengenalan diri
bagi guru-guru di Sabah.
(Sumber : Internet)

Hingga ke hari ini, aku masih dhaif berkaitan pengetahuan di luar bidang kerjaya aku. Rupanya masih terdapat pelbagai ruang dan peluang yang mampu kita terokai. Penerokaan ini perlu disusuli dengan semangat dan iltizam yang tekal dan utuh. Segalanya harus bermula dari bawah... Oleh itu, aku akan cuba dapatkan KAD HIJAU pula dalam bulan Januari 2011. Klik DI SINI. Bermula dengan kad hijau inilah, pelbagai ruang kemahiran yang mampu aku terokai.

Contoh Kad Hijau
(Sumber : Internet)

Atas dasar itulah hari ini aku meneroka ruang untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan. Walaupun agak terlewat akan pengetahuan berkaitan bidang baru, masih belum terlambat. Aku masih punya masa jika diizinkan Allah SWT untu memudahkan laluan untuk aku mula meneroka. Terbuka hati untuk ke arah itu juga adalah satu hidayah daripadaNya. Aku percaya akan konsep keterbukaan pintu hati itu.

Nampak gayanya inilah target aku untuk azam 2011. Azam ini juga seharusnya dijadikan sebagai satu keutamaan dalam mencapai tarikh keramat 17.10.2011. Tarikh keramat ini telah aku letakkan dalam entri 5 tahun lalu. Apakah yang akan aku capai pada tarikh tersebut dalam entri ini (35 tahun mengenal kehidupan dan potensi diri). Klik DI SINI. Pelbagai persoalan yang telah aku letakkan dalam entri tersebut...

Beberapa pejabat kerajaan berkaitan hal Kad Hijau ini telah aku hubungi. Beberapa gambaran maklumat telah aku perolehi. Langkah bergerak ke arah itu mula disusun. InsyaAllah..semoga aku dimudahkan laluan oleh Nya.


Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama sehari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau. Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta perlindungan Takaful secara percuma.

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak bina. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Pemohon mestilah mematuhi perkara berikut :

  • terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan.
  • mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
  • berumur tidak kurang dari 16 tahun

Pemohon mestilah mengisi ’Borang UPP1’ dengan lengkap dan lampirkan dokumen sokongan serta bayaran yang diperlukan. Borang boleh dicetak melalui laman web http://www.cidb.gov.my. Hantar permohonan ke pejabat CIDB terdekat.

Pihak CIDB seterusnya akan mengatur ’Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Personel Binaan’ selama satu hari untuk setiap pemohon. Kad Hijau akan diserahkan selepas pemohon menghadiri kursus ini.


Continue Reading...

Jul 8, 2009

Kita antara kita...

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.


Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..

Sumber : Tmn2Syurga (Suriati Kamaruddin)

****************************************

Kekadang, dalam kehidupan ini kita antara kita enggan belajar sesuatu daripada orang lain kerana sering merasakan kita 'lebih bijak' daripada orang lain. Kita juga sering merasakan apa yang orang lain lakukan kurang tepat tindakan mereka itu.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Bergantung pada perspektif diri kita untuk menilai sesuatu kejadian. Misalnya kejadian bunuh-membunuh seawal kewujudan manusia iaitu Habil dan Qabil. Pembunuhan ini berlaku kerana perasaan irihati. Akhirnya terperangkap dalam emosi penyesalan yang bercelaru.
Melalui kejadian inilah, pelbagai konsep moral yang boleh kita ketemui. Pastinya, aku hanya ingin sampaikan berkaitan 'konsep peniruan'. (Teori Bandura - pendekatan psikologi utk konsep peniruan). Sedangkan segala ilmu ada dlm Al-Quran..perlu dicari gali dan adaptasi mengikut kesesuaian zaman.

Konsep 'peniruan' sesuatu yang baik adalah yang terbaik. Jika kita renungkan, konsep peniruan ini adalah konsep asas kehidupan manusia. Bagaimana Qabil hendak mengebumikan Habil yang dibunuhnya. Akhirnya, Qabil melihat kejadian burung gagak yang menanam bangkai burung gagak lain setelah mati akibat pergaduhan yang berlaku.

Konsep peniruan inilah yang ingin disampaikan melalui cerita ketam Cina dan ketam Melayu seperti di atas. Terpulang kepada minda kita untuk melihat cerita ketam atau Habil dan Qabil sama ada bersifat positif atau negatif. Segala tindakan kita adalah dijanakan oleh minda, emosi dan nafsu kita. Terpulang pada diri kita untuk apa yg nak ditiru...Baik atau buruk, kita tentukan. Fikir-fikirkanlah....

Continue Reading...

Nov 26, 2008

Projek lagi..

Kereta projek memang lambat siapnya. Kena ada masa lapang dan lengang. Juga aktivitinya agak rencam. Tak boleh nak nyambil-nyambil. Bodek demi bodek mcm dah hampir nak berjaya. Kena masuk lagi gamaknya supaya geran bertukar tangan. Selagi geran belum bertukar tangan, belum boleh ngaku lagi.

Kereta Projek 1 : (Mini Cooper)

Mini Cooper ni macam dah nak sampai ke tahap yang memuaskan. Sistem break, enjin, lantai dan sebaginya sudah selesai. Skrg sembur antirust kat kedai sebelah bengkel. Enjin dah boleh running. Aksesori tunggu masa nak pasang jer. Sikit masa lagi boleh le layan mini Cooper pulak. Agak-agaknya, kalu bawak ke Behrang macam menarik juga. Aku cuma takut sakit pinggang sepanjang perjalanan atas lebuhraya utara-selatan tu. Apa-apa pun tengok keadaan dulu.

Mini Cooper

Kereta Projek 2 : (Morris)

Ini juga yang lama. Enjin dah boleh running. Geran dah bertukar tangan berbulan lalu. Baru ada masa nak belek-belek body. Banyak juga yang nak kena welding. Lantai, birai pintu dan sikit2 kat body. Walaupun diwelding, seni kat bodynya takmau diubah. Kalu siap memang mengancam. Cuma, bila nak siap je taktau.

Morris Minor


Continue Reading...

Aug 20, 2008

Mencanak..

Siang hari, kami sefamili bergelut dari depan ke dapur rumah. Bersepah barang-barang, buku-buku dan tak kurang juga habuk-habuk berselerakan. Ini kerana, ada bilik yang sedang diupgrade untuk anak dara kami. Khas untuknya. Maka banyak le buku-buku yang terpaksa dipunggah, dikumpul dan diletakkan kat luar rumah untuk tunggu lori surat khabar lama mengangkutnya.

Bila bab-bab macam ni, mem besor memang dah tau peel aku, kejap-kejap selsema, kejap-kejap bersin. Hampeh tul aku ni. Memang dia minta tolong aku angkat dan angkut barang-barang yang besar je. Kalu nak mengemas dengan habuk yang berterbangan di udara, memang aku alah. Kompom bersin! Anak-anak teruna aku pun kena ragging juga. Bilik diaorang pun perlu dikemaskan. Kalu idak, aku suruh diaorang tidur kat porch kereta jer.. hahahha. Yang paling syiok ialah mem aku jumpa external hardisk 80 GB yang masih tersimpan dalam kotak. Sempat juga aku formatkan dan buat partition. Kompom akan jadi milik mem besor. Baru aku teringat, aku beli di Melaka thn lepas utk upgrade laptop lama...

Malam hari, selepas Maghrib aku bersiap untuk ke Batu Pahat. Aku ada urusan di sana. Aku pakai jaket kulit yang aku beli kat bundle Taman Intan ngan mem besor petang tadi. Sebelum bertolak, aku call Cikgu Sudin dan Yan yang sedang berehat di Tangkak. Mereka dalam perjalanan dari KL, aku tak ikut diaorang semalam. Mereka berehat melepaskan lelah dan solat Maghrib. Dimaklumkan mereka nak lajak ke Parit Jawa, pekena Asam Pedas Parit Jawa, Muar. Jeles le aku, mana aci.. Aku terus je ajak diaorang lajak ke Batu Pahat je sebab kat Batu Pahat pun ada Asam Pedas Parit Jawa. Lokasi kedai Asam Pedas tu aku pernah makan sefamili beberapa bulan lalu semasa kami merayau-rayau di BP. Settt...

Aku, Akim dan bapa mertuanya dok berborak sambil pekena teh o
Terima kasih Ida. Jaga diri bebaik..

Setelah selesai urusan aku kat BP, diaorang belum tiba lagi. Boring la aku kalau bab menunggu nih. Aku lajak ke rumah Akim. Aku call dia dulu. Kebetulan pula ibu dan bapa mertua Akim ada di rumah dia. Bagus gak tu kerana aku belum pernah jumpa dan berborak lagi dengannya. Sempat la berborak kejap sambil pekena teh o. Dapat jugak basah-basah tekak dan berasap sabatang rokok. Berkelun asap rokok aku dan bapak mertua Akim. Aku ajak juga diaorang lajak ke rumah aku esok petang. Dalam 20 minit, Cikgu Sudin call aku. Diaorang dah sampai. Aku mohon diri dan terus lajak ke Asam Pedas BP. Diaorang dah tolong order untuk aku. Beshnyer..

Sempat juga Cikgu Sudin bercerita tentang tujuan dia ajak aku ke KL semalam. Juga dia ceritakan ruang dan peluang yang dia perolehi. Dia offer kat aku. Insyaallah, aku akan lihat dan kaji tentang ruang dan peluang tu. Ke mana hala tuju dan arah alirannya. Kami bergerak ke Kluang dan tiba jam 12.10 pagi. Kami berpecah dan aku tuju ke rumah aku. Tiba di rumah, mem belum tidur, study PTK katanya. Aku ajak mem besor ngeteh di Warung Tok Uban. Pekena milo tarik...perghhhh!


Continue Reading...

Apr 26, 2008

Mata Duitan?

Ermmm..aku masih berkira-kira untuk melaksanakan visi aku satu lagi. Macam pelik tetapi tiada yang mustahil bagi aku selagi tidak diusahakan. Yang penting semangat tinggi dan kepala mesti ligat untuk memikirkan apa yang dirancang dalam kepala hotak. Ruang dan peluang perlu direbut. Pedulikan kata-kata negatif yang boleh meruntuh dan meluntur semangat dan iltizam. Walaupun rambut semakin silver! Moga-moga impianku diredhai dan diizinkan olehNya. Insyallah...

Satu hari nanti, aku akan cuba melibatkan diri aku dan keluarga aku berkaitan dengan logo di bawah:


Cara mana aku belum fikirkan sedalam-dalamnya walau ada beberapa tatacara yang berlegar-legar dalam kepala aku. Ada pepatah yang mengatakan bahawa WANG RINGGIT bukanlah boleh dibeli bermacam-macam benda, tetapi perlu diINGAT bahawa bermacam-macam benda yang nak dibeli memerlukan WANG!

Aku tahu bahawa kekayaan dan wang ringgit bukannya satu jaminan untuk mencari KEBAHAGIAN. Bagi aku pula, apakah jenis KEBAHAGIAAN yang dicari. Di dunia atau di akhirat? Salahkah pada fikiran aku, berusaha mencari wang ringgit untuk KEBAHAGIAAN di dunia DAN akhirat? Banyak ruang yang masih boleh difikirkan dan diterokai.....

Fikir-fikirkanlah untuk kita yang bekerja MAKAN GAJI... apa akan jadi setelah berpencen atau berhenti sebelum pencen... ermmm, jenuh jugak tu. Segala perbelanjaan haruslah diseparuhkan. Cukup bersediakah kita menghadapi pencen nanti, pada hal perbelanjaan kos hidup semakin meningkat dan bertambah. Situasi ini mungkin tidak dirasai oleh orang Melayu yang telah lama melibatkan diri dalam perniagaan dan bukannya menghitung hari untuk mengadap tembok dinding bank! (Mesin ATM).

Apa-apa pun untuk melaksanakan sesuatu yang dirancang, kita memerlukan TULANG-TULANG BELAKANG yang kuat untuk terus kita berdiri teguh! Bayangkan sewaktu kita kecil2 dulu semasa ligat bermain basikal. Kita kayuh basikal, ramai pulak orang yang naik kat tempat duduk belakang. Kayuhlah sekuat mana pun, akhirnya akan lelah juga! Berbeza pula dengan basikal yang sedikit pelik daripada orang lain yang mana memberi peluang kepada penunggang di belakang mengayuh bersama. Tentunya lebih laju dan tidak terlalu lelah!

Inilah bezanya, antara kayuh-kayuh dan kayuh-mengayuh!

Kayuh-kayuh

Kayuh-mengayuh

Continue Reading...

Mar 23, 2008

Thanks for my friend!

Baru-baru ni aku ada berborak dgn bisnessman (Carwash) sebelah bengkel aku. Kami dah macam adik-abang kerana dia dah berumur hampir 47 tahun. Boleh berborak apa-apa ajer tanpa ada perasaan bersalah dan menyalahkan.... "aik..tak bleh le kata camtu, aku kan lagi berumur drp hang"...besh suasana macam tu. Tanpa ada rasa "guilty", maka boleh berbincang apa saja, tanpa mengira perbezaan umur dan pangkat!. Mudah kan kalu camtu?

Patutla agak lama juga aku tak jumpa dengannya. Dah jadi macam biskut, kejap ada kejap tak ada. Dulu, seawal disember 2007, dia ada maklumkan bahawa dia ada projek baru utk bisness famili dia di Pahang. Ermmm..aku sekadar dengar saja sebab dia belum mahu membuka peluang..tetapi dia sekadar memaklumkan kat kat aku, tunggu je cikgu!




Kini, peluang dibuka dan terbuka untuk bantu membantu. Dia sedang menjayakan projek barunya di Pahang. Aku pula akan sentiasa memantau dan meninjau perkembangan projek barunya. Dapat juga memahami dan melihat ruang dan peluang tu utk masa hadapan. Kini, rancangan perniagaan utk projek tersebut ada dalam tanagn aku. Dah study dan agak menarik.!


Insyallah, aku akan dalami dalam projek tu then baru aku akan buka dlm meeting family aku. Sama ada sesuai atau tidak utk dilaksanakan... Dalam kepala aku ada beberapa setting yang perlu dilaksanakan kerana ianya perlukan komitmen semua pihak dengan matlamat yang satu tanpa berbelah bagi dan susah payah sama-sama tanggung. TAKE THE RISK! Wallahualam.
Continue Reading...

Feb 3, 2008

Kota Tinggi..

Hari ni aku ke Kota Tinggi. Malam tadi aku dapat sms jemputan daripada Md Nor sempena majlis makan-makan. Majlis ini dibuat sempena pembukaan bengkel barunya di Kota Tinggi. Mohd Nor ni aku kenal 2 tahun dulu semasa berkursus anjuran Mara di Johor Bharu.

Sebelum ke Kota Tinggi, aku ke bengkel dulu. Tetiba di sana, aku ternampak kete Mr Beans. Aku tersenyum! Aku membodek Cikgu Zamri untuk aku melaram ke Kota Tinggi. Maka, aku ke sana menaiki kereta Mr Beans. Saja nak test drive hingga ke Kota Tinggi. Hujan saja sepanjang perjalanan. Sakit pinggang oiiii bila naik kereta Mr Beans untuk perjalanan yang menjangkau 100km. Perrgghhh!

Wajah-wajah pomen Kota Tinggi dari kiri:
Sham, Md Nor, Wak Jai, Aku dan Enal

Tiba di sana jam 12.00 thari..ngam-ngam je time makan. Ramai juga geng-geng pomen Kota Tinggi termasuk costumer bengkel Md Nor. Bangga aku melihat perkembangan perniagaan rakan-rakan yang aku kenali. Pomen-pomen yang aku kenali di Kota Tinggi ni seumpama sifoo-sifoo aku dalam menguruskan bengkel.

Selepas makan, aku bergegas ke bengkel WakJai pulak di Taman Saujana, Kota Tinggi. Hari minggu, bengkelnya bukak. Hari ni juga aku dapat maklumat mesin scanner utk detect kerosakan pada kereta injuction. Menarik gak menatang tu hasil penerangan WakJai. Berharga RM8,000.00. Insyallah, akan aku usahakan untuk mendapatkan benda tu!
Continue Reading...

Oct 14, 2006

D'Carbo : Majalah KERETA Oktober'06

Berminat dengan aksesori dan hiasan luaran dan dalaman kereta?... Dapat majalah KERETA khususnya bulan OKTOBER ini. Pelbagai model kereta yang dihiasi dengan pelbagai cara. Pastinya menarik.


Malahan jangan lupa melihat iklan D'Carbo dihelaian akhir. G2 Auto menjadi agen penjualan D'Carbo.

D'Carbo adalah pembersihkan kotoran karbon yang amat berkesan. Pembersihan karbon dapat membantu mengoptimumkan prestasi sesebuah enjin dan mengembalikan keupayaan hampir ke tahap asal. Dengan itu, dapat mengurangkan penggunaan bahan api...

HARGA :

RM 41.00 ( Sem Malaysia)

RM 43.00 ( Sabah/Sarawak dan Brunei)

SERVIS PERCUMA...
Continue Reading...

Oct 10, 2006

STEB (fasa2) : Ujian Psikologi Skim Tabung Ekonomi Beliadi JB

Ari ni jam 7.10 pagi, aku membawa pomen-pomen G2 Auto ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, JB utk duduki peperiksaan ujian psikologi.... ujian saringan untuk STEB. Apabila tiba di sana dalam jam 8.45 pagi masih ramai peserta yang sedang mendaftar diri kat luar dewan. Aku ajak pomen2 bergambar dulu berlatar belakangkan kompleks tersebut...heheh...bergaya sakan depa tuuu...

Semasa depa dok dalam dewan memerah otak, aku amik peluang berbual ngan pegawai belia unit ekonomi yang berasal dr sarawak dan baru sebulan bertugas di jb. Maklum le, orangnya le yang akan rekmenkan kelulusan pinjaman peringkat Jabatan. Namanya En Kaya, friendly orangnya. Banyak perkara juga yang dapat dibualkan. Topik utama yang berjaya dicungkil ialah berkaitan hal STEB fasa 1 yang pernah aku hadiri dan telah berjaya dalam bulan 6 dulu .
Pinjaman dikeluarkan oleh Kem Belia dan Sukan dengan kerjasama Bank Rakyat. Alhamdulillah, interest 4% untuk pinjaman yang dikenakan ialah atas baki terakhir. Cadang2nya nak buat pinjaman sebanyak rm50,000 dan dibayar dalam tempoh 7 tahun. Boleh le tercapainya cita2 nak beli mesin haudralik angkat kete, mesin bukak dan alignment tayar termasuk mesin scanner kerosakan kete.... mesin scanner ni kalu ada memang gempak.... tak perlu pikir2 cari kerosakan...semuanya tertulis pada mesin tu bila kita check kete... heheh...JANGAN KELABU BIJI MATA BILA DAPAT PINJAMAN TU UDAH LEEE.....

Selesai je pomen2 keluar dewan, aku dah deal ngan pegawai tu untuk bergambar bersama2.... insyallah, gambar tu akan dicuci dan diletakkan lambang G2 kemudian diposkan kepada pegawai tersebut untuk kenang-kenangan....maklum le pegawai tu masih belum ramai kawan sejak datang johor.

Selesai semuanya, aku bergerak ke Austin Height di JB untuk riki2 kedai halfcut (kedai potong body kete). Bercadang nak cari enjin TOYOTA LEVIN yang bersesuaian utk kete KE30 yang aku gunakan semasa tempoh belajar PJJ UKM dulu... Baru ngancam bila dijadikan kete contoh bengkel G2 Auto... Berdesup le kat highway...... terlupa plak aku nak amik gambar enjin tu walapun sekdar riki jer... aku ada amik gambar mira L500... best bila tengok serombonng kat bonet depn tu... Maklum le enjinnya turbo











Dah selesai riki-meriki, kami lajak ke kota tinggi. Cadangan awal nak cari kedai halfcut juga kat sana.. tak jumpa pun..last2 jumpa kedai BAZAR RAMADAN. Apa lagi, melayan nafsu mata le kami bertiga.




Tambahan plak pomen2 ngadu nak cari kasut raya...layannnn... minat kami pun sama pulak tu...kedai BUNDLE. Satu pun x masuk ati... cuma melayan hawa mata je leee...















Kasut2 ni murah2 dan berkualiti baik lagi...walaupun gheganya bawah RM80.00 tapi nak buat camne, kalu ati x berkenan...
Continue Reading...

Sep 26, 2006

- Jitu Auto Service centre


motto - "kepuasan anda aspirasi kami"



Ini adalah gambar bengkel ketika mula-mula beroperasi dulu pada April 2006. Asalnya nak buka di melaka tetapi banyak sangat halangan khususnya berkaitan perundangan majlis daerah di melaka. agak rumit gak kerana setiap bengkel yang dibuka mesti secara kelompok maksudnya, di satu-satu kawasan itu semuanya bengkel berkaitan automotif. maka bagi jitu auto service ni jenuh le kerana baru nak bertapak dan bersaing dengan taiko2 yang dah power... maka larilah aku riki di johor. Di johor, situasinya berbeza..bleh buka di mana-mana saja. Alhamdulillah, masa raya aji awal tahun dulu, setelah berbincang dengan anak bapak angkat aku di simpang renggam (zamri-anak wak tumin) dia cadangkan satu tapak yang agak strategik. walaupun bukan di tepi jalan raya besar simpang ke johor... lokasi itu adalah laluan utama ke kag sahari, bersebelahan plak ngan carwash yang dah ada nama. alhamdulillah. promosi percuma le utuk bengkel nih.


Tapak bengkel ini disewa dan diikat selama 12 tahun mulai thn 2007-2019. Alahmdulillah, surat perjanjian sewa tanah telah di "matikan setem"

Setelah dibuat kaji selidik berkaitan pasaran dan saiz pasaran serta pesaing2 sedia ada.. aku nekad, dengan dorongan mem besar... termakbul juga usaha ini. alhamdulillah...

Setakat ni, bengkel melayu di simpang renggam cuma ada 4 buah termasuk kami...manakala begkel kaum lain memang le banyak, hampir 9 buah. Dah ada regular customer dan peniaga2 kemboja di pasar malam di kawasan ini seramai 10 org telah menerima kami sebagai panel mereka. Alhamdulillah. Insyallah, tahun depan dah bleh daftar lesen kewangan, tunggu bank statement yang canteekkk je... Member politik bah simpang renggam sentiasa akan support khususnya yang bekerja di Majlis Daerah Simpang Renggam. Maklum le MDSR belum ada penal untuk pembaikan kenderaan mereka. Mudah-mudahan, termakbul usaha murni kami ini...
Sedang berusaha untuk menyediakan "jack kete".. utk nampak lebih gah di mata pelanggan.

Inilah logo bengkel kami. Setiap pelanggan yang menerima perkhidmatan pembaikan kenderaan di bengkel kami akan menerima stiker untuk ditampal di cermin belakang kereta. Seronok x terkata apabila terpandang kereta2 yang menjalar di jalan raya khususnya di simpang renggam yang mempunyai stiker tersebut. Insyallah, akan dibentuk kad ahli bengkel untuk pelanggan menerima diskaun ke atas setiap pembaikan di masa akan datang.

Ini plak Ketua Mekanik.. nama ijan (ROSNIZAN PAIMAN)... 0197774012. Dulu tamat Politeknik Kota Melaka dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Bermula dengan kerjaya di kilang sebagai supervisor... dapat bertahan dalam 3 bulan, nampak gayanya dia memang x minat keje kilang. balik kampung dan sanggup keje pomen/mekanik dengan gaji permulaan rm350... kerana minat semua boleh jadi... setelah 4 tahun sebagai mekanik di melaka dengan pengalaman handle 2 cawangan bengkel taukenya di merlimau dan bemban... dia macm kompiden je... apa lagi, abang iparnya pun buat tawaran peluang untuk dia berniaga sendiri... dia pun minat...



Ini plak mekanik. Namanya pejon (FAIZUL). No hp nya ialah 0137805747. Dulu belajor di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan dalam bidang seni bina. Pelbagai pengalaman hidup yang dia dah tempuh. Tetapi terdapat nilai, bakat dan minatnya yang boleh dicungkil. Diajak bersama untuk memajukan syarikat/bengkel ini. dia pun sambut...maka menetap le dia simpang renggam untuk mempelajari selok-belok kerjaya sebagai mekanik...

Azam kami warga G2 AUTO....akan membuka cawangan ke dua dalam tempoh 5 tahun lagi (2010) di kluang, johor. Insyaallah..dengan nekad yang JITU...dan disusuli dengan izin ALLAH SWT dan restu ibu dan bapa serta sanak-saudara juga para pelanggan... semuanya akan dapat dicapai.



















Contoh-contoh kenderaan yang sedang dibaiki oleh kedua-dua orang mekanik di bengkel ini.

salam utk semua.
azlanlin
pengurus
G2 auto.
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template