Aug 29, 2008

FESTIVAL KERJAYA 2008

Dalam menyinggah blog KakDah, aku terlihat tentang program FESTIVAL KERJAYA 2008. Pastinya mampu memberi input kepada para pembaca.Paparan ini boleh ditonton dalam youtube. Ada 2 orang tokoh akademik pengajian tinggi yang dijemput oleh RTM (Selamat Pagi Malaysia) ialah Dr Arhad b Kassim, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor...
Continue Reading...

Aug 23, 2008

Brillante Weblog

Sedang aku menyusun spanar-spanar di rak, muzik lagu aspalela berkumandang. Itu tandanya hp aku berbunyi. Bunyinya memang kuat. Saja aku letakkan muzik yang rancak utk menggerakkan aku lebih cepat untuk mengangkat telefon. Aku lihat, nama ayang tertera pada hp cokia aku."Yang, ada lagi nih... nak tolong ambil ke?" tanya mem besar aku.Ok Yang, tolong...
Continue Reading...

Aug 20, 2008

Mencanak..

Siang hari, kami sefamili bergelut dari depan ke dapur rumah. Bersepah barang-barang, buku-buku dan tak kurang juga habuk-habuk berselerakan. Ini kerana, ada bilik yang sedang diupgrade untuk anak dara kami. Khas untuknya. Maka banyak le buku-buku yang terpaksa dipunggah, dikumpul dan diletakkan kat luar rumah untuk tunggu lori surat khabar lama mengangkutnya.Bila...
Continue Reading...

Aug 17, 2008

Layan diri

Lebih kurang 40 minit aku berada di Stadium, aku call Cikgu Sudin. Tentunya dah ramai yang berkumpul di bandar."Din, ko kat mana?""Tudung Saji. Diaorang dah gerak. Aku melayan PA YB Jais kat sini""Ok. Aku gerak sekarang"Bergegas aku dengan ChintaHati ke Tudung Saji. Tudung Saji ialah sebuah restoran yang dipilih untuk setiap program yang berkaitan...
Continue Reading...

Pacu Diri

Inilah kelebihan kokurikulum di sekolah. Bagi sesetengah ibu bapa kurang menitikberatkan bidang ini untuk anak-anak. Selain penerapan sahsiah, perkembangan EQ amat penting dalam diri anak-anak. Bagi aku dan mem besar, kokurikulum sememangnya penting dalam membetuk sahsiah dan perkembangan EQ anak-anak. Oleh itu, untuk Amira yang agak kurang keyakinan...
Continue Reading...

Aug 16, 2008

Berjaya...Ayah n Mama berasa bangga!

Sepagi ni, sefamili kami bergerak ke Kem Mahkota (kem askar). Mem bawa anak-anak. Aku masih dengan ChintaHati. Aku tak boleh nak ikut sama naik kereta kerana aku ada urusan lain selepas itu.Hari ini, para pelajar sekolah mem besar aku, perlu menjalani ujian renang untuk melayakkannya dapat sijil. Amira juga tak terkecuali. Para pelajar diberi masa...
Continue Reading...

Membelah Angin

Petang:Selepas Jumaat, aku agak kelam kelibut sikit. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Aku perlukan bantuan mem besar untuk selesaikan beberapa kerja. Akhir sekali mem aku tolong hantarkan beberapa jenis item barang ke bengkel di Simpang Renggam. Tugasan ambil anak di sekolah agama di waktu petang, aku ambil alih. Ini sebab, ada beberapa kerja yang perlu aku selesaikan di bandar Kluang. Akhirnya dapat diselesaikan dengan sentuhan azimat mem besar. Akhirnya kami berjumpa dan ngeteh di Bangunan...
Continue Reading...

Aug 12, 2008

Cahaya Damai

...
Continue Reading...

Usah gusar dengan kritikan membina..

Andrew Moore mengatakan "Segala sesuatu yang sesuai dengan keinginan kita nampak menjadi suatu kebenaran, dan yang tidak sesuai akan mendorong kemarahan kita."Itulah fenomena yang wujud apabila kita menerima nasihat-nasihat atau kritikan. Umumnya, kita senang dengan pujian dan kita merasa tersanjung meski pujian itu palsu. Sebaliknya kita enggan terhadap...
Continue Reading...

Aug 10, 2008

Special Award!

Petang tadi, sedang aku leka membelek-belek cinta hati aku, hp aku berbunyi... Nama PA aku terpacul di skrin hp. Aku menerima panggilan tu."Assalamualaikum Boss, ada member Boss bagi award..tapi kena pi amik kat rumah dia""Wa'alaikum Salam. Award apa kebendanya lagi? Sapa bagi?" tanya aku pada PA dengan nada suara yang macho lagi garau."Entah la bos....
Continue Reading...

Hasil Kunjungan

Bukan mudah untuk perolehi sesuatu. Mencari dan terus mencari, pasti akan ketemui. Maka dalam perjalanan di alam maya, aku temui sesuatu yang mampu menceritakan segalanya. Yang aku pasti, ianya menjadi memori yang sukar dilupakan....Yang mana satu jadi tumpuan...?:: Hanya yang mengetahui lebih memahami ::Paparan bertuah ini adalah hasil kunjungan aku...
Continue Reading...

Aug 7, 2008

Chenta hati...

Vulcan 500cc yang standard, itu biasa. Bagaimana pula jika Vulcan 500cc dah diupgrade ke rupa bentuk Harley Davidson..? Tunggu dan nantikan keluarannya. Kena pula warna oren...mcm sempoi tapi jika yang tahu menilai, akan sentap! Manakala yang tak tahu menilai..."Apa la brader... ini macam pun lu angkat ka?"Itulah dialog-dialog yang akan terpacul...
Continue Reading...

Aug 6, 2008

Berlembutlah...Usah rakus dan kasar!

Mari kita mencuit-cuit minda dengan analogi-analogi mudah. Banyak tindakan dan perbuatan kita untuk menghadapi situasi persekitaran kita yang rencam, kurang kita amati.Perbezaan individu sesama kita sememangnya tak dapat kita nafikan. Ini bergantung pada didikan daripada kedua orang tua kita dan pengalaman langsung atau tidak langsung kita sendiri...
Continue Reading...

Aug 5, 2008

Kawan vs Sahabat

Bagi aku, kawan dan sahabat membawa konotasi yang berbeza. Dalam sudut psikologi dan komunikasi tahap kawan dan sahabat adalah ruang yang ada bezanya.Kawan hanyalah teman berbual dan berborak apabila keperluan itu diingini. Mudah kata, kawan kedai kopi. Banyak ruang peribadi yang tidak boleh dimasuki atau dicerobohi. Cerita-cerita atau masalah-masalah...
Continue Reading...

Aug 2, 2008

Nakalnya aku...

Di Bagan Lalang, tercatat pengalaman yang penuh makna. Tersingkap kisah lama yang mencuit hati. Di sana juga mampu menyingkap semula cerita lama yang menghasilkan derai tawa yang gamat sekali. Itulah aku. Penuh dengan kenakalan yang meninggalkan kesan mendalam dalam minda orang di sekeliling aku. Personaliti itu yang membuatkan nama "Lan" tersemat...
Continue Reading...

Rancang Rancangan

Dalam menentukan hala tuju kehidupan di dunia dan di akhirat, sudah pasti kita rancang rancangan yang kita impikan. Jika kita berfokus, apa yang dirancang akan tercapai dengan izinNya, insyaallah. Kebiasaannya rancangan yang dirancang, terlaksana dengan cepat atau lambat.. itu bergantung pada situasi semasa dan gangguan-gangguan atau halangan yang...
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template