Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Apr 28, 2010

KEIKHLASAN : Tindakan kita dan penilaian mereka

Suasana di sekolah. Loceng pertukaran kelas telah berbunyi. Murid-murid telah sedia menyimpan alatan tulis. Guru kelas tersebut juga bersedia untuk bergerak ke bilik guru. Ucapan terima kasih murid-murid bergema di dalam kelas. Guru mula bergerak ke arah pintu hadapan kelas untuk ke bilik guru.

Tuk..tuk..tuk..tuk.. Bunyi derap tapak kasut bergerak laju dari arah luar kelas.

"Cikgu Rozita, U dah habis kelas", tanya GPK 1 pada Cikgu Rozita yang mula hendak bergerak ke bilik guru.

"Ya cikgu. Kenapa cikgu? Nampak mengah je ni?" balas Cikgu Rozita.

"Gini, kalu u dah abis kelas..saya minta u ke pejabat sekarang kerana ada pegawai daripada PPD hendak berjumpa dengan U. Sekarang ya," terang GPK 1.

"Baiklah cikgu, saya ke pejabat sekarang," kata Cikgu Rozita sambil bergerak menghala ke pejabat sekolahnya.

Perjalanan dari kelas darjah 5 ke pejabat sekolahnya memakan masa 5 minit. Agak jauh. Cikgu Rozita menyusun langkah agak laju daripada biasa. Itulah caranya bergerak. Langkah disusun agak laju apabila ada tugasa segera yang perlu dilangsaikan.

"Baru aku nak rehat. Udah 2 setengah jam dalam 2 buah kelas tanpa henti. Sapa pulak yang nak jumpa ni. Apa ke halnya? Ishhhh...", gerutu hatinya. Langkah terus disusun. Dia menuruni anak tangga yang masih berbaki utntuk tiba ke pejabat sekolahnya.

"Assalamualaikum. Oooo.. En. XXXXX..rupanya. Ingatkan siapa tadi." Tegur Cikgu Rozita sambil merapati Pegawai PPD yang membelek-belek majalah sekolah di ruang tetamu dalam bilik Guru Besarnya.

**************************************

bersambung... nak ke Pekan Tanjong Malim dulu..hehhe
Continue Reading...

Apr 27, 2010

SINAR : Pencerahan yang kelam

27.04.10 - Merayau-rayau di alam maya, terjumpa sebuah blog yang agak menarik. Ianya memberi impak pada semangat yang kian terpendam dalam ruang beku. Menggeletek jiwa raga untuk mula menerokai dan menghubungi penulis blog. Beberapa rungkaian akan berlaku untuk meloloskan kesinambungan jiwa aku dengan paparan yang ada dalam blog tersebut. Email telah dihantar kepada penulis blog tersebut.


Mengimbau kembali memori lama. Bakat yang ada mula diasah dan dipupuk sewaktu ianya mekar menghiasi warna-warni kehidupan. Bermulanya hasil penulisan disiarkan dalam ruangan 'Memori' (tak ingat dah) dalam radio Ipoh sewaktu aku berada di MPIP dalam tahun 1992-1994. Penulisan memori bertajuk 'Usah bermain api, nanti terbakar diri' telah disiarkan melalui corong radio siaran radio Ipoh. Pengkisahannya melibatkan seorang pemuda kampung yang ditinggalkan secara halus oleh teman wanitanya. Ini berpunca daripada teman wanitanya yang memasuki maktab perguruan dan lelaki tersebut masih berada di kampung yang bekerja sebagai nelayan. Akibat perbezaan status inilah, kerenggangan hubungan mereka berdua semakin terasa. Pada hal, hubungan mereka mendapat restu kedua ibubapa mereka sehinggakan pemuda itulah yang menguruskan hal pendaftaran teman wanitanya sewaktu pendaftaran di Maktab Perguruan.

Oleh kerana jarak tempat memisahkan mereka dengan godaan sesama rakan pengajian membuatkan hubungan mereka semakin hambar. Nama pena yang aku gunakan ketika ini ialah Mr.Lanrox. Nama ini agak dikenali oleh rakan2 yang sewaktu dengannya ketika berada di MPIP.

Hasil penulisan ini memberi impak kepada pendengar kerana lokasi Pantai Remis turut diketengahkan. Beberapa ciri-ciri penulis diketengahkan. Aku juga mendapat respon daripada Cah, anak MakNgah Dah yang berada di kampung aku. Pastinya, dia peminat setia siaran radio itu. Juga, kesokan harinya selepas memori itu disiarkan, pensyarah Bahasa Melayu membuat refleksi berkaitan penulisan itu. Member-member sekelas mula menyengih kerana mengetahui siapa penulisnya. Mr. Lanrox. Akhirnya, pensyarah mengajak aku minum di cafeteria di waktu rehat untuk berbincang. Beliau mengajak aku mendaftarkan diri dengan Perstauan Karyawan Perak di Ipoh. Selepas habis kuliah, aku dan pensyarah tersebut ke pejabat persatuan itu untuk mendaftarkan diri.

Rentetan itulah, beberapa penulisan aku terus disiarkan melalui corong radio siaran radio Ipoh sepanjang aku berada di tahun terakhir di MPIP. Akhirnya, setelah mula bertugas di Johor, bakat itu terus tenggelam dalam dunia kesibukan dan suasana menyibuk. Kelam dan terus tenggelam. Gelap!

Sesekali, blog inilah tempat melempiaskan keinginan untuk terus menulis dan melakar kisah. Misalnya, ada di sini (Siri 1) dan di sini (Siri 2). Kisah ini mendapat sokongan daripada 2 orang penulis tanahair seperti Puan OD yang kini berada di Australia dan Pn (.....) seorang oenulis yang berada di Melaka. Pn di Melaka ini juga ada menyarankan pada aku melalui email untuk ikuti kursus teknik penulis biodata diri (tak ingat nama kursus tersebut) yang dianjurkan oleh PTS, Pn Ainon. Terima kasih kerana menyokong. Namun, kini segalanya terbantut akibat kehilangan arah momentom. Idea juga terperap untuk meneruskannya. Hehehhe. Sebenarnya, kisah itu digarapkan atas dasar suka-suki aku saja.

Setakat ini, belum pernah aku menulis untuk dihantar ke media cetak. Belum pernah! Bakal berlakukah sebegitu? Wallahulam.




Continue Reading...

Nov 9, 2007

Menyingkap diri 2

Lelaki separuh umur yang duduk di atas kayu tumbang di gigi air merenung jauh memandang ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya. Pantai Pasir Panjanglah, tempatnya membuang lara yang tersemat di hati. Kakinya menguis-nguis pasir. Sesekali ombak memukul pantai, membasahkan kedua-dua belah kaki lelaki itu.

Lelaki itu membuka kotak rokok Winstonnya. Diambilnya sebatang. Pemetik api dinyalakan. Hujung rokok mula menyala apabila disedut dalam-dalam. Perlahan-lahan asap dihembus keluar seolah-olah mengeluarkan segala lara yang terbuku di hatinya.

"Perutnya dah dibedung ke belum?", tanya si suami kerana sebentar lagi teksi akan sampai.

"Dah bedung. Beberapa helai baju Azlan dan saya juga dibawa. Mana la tau, kalau-kalau kena tahan wad pulak nanti,"
balas isterinya.

“Azizah, Mohamad… hangpa berdua jaga adik-adik hangpa kat rumah tau!. Jangan bagi adik-adik hang pi main parit kat darat Toksu.” pesan si ibu kepada anak-anaknya yang lain.

“Mak nak ke hospital Taiping ka?,” tanya Azian pada si ibu. Si ibu sekadar menganggukkan kepalanya.

“Mak balik petang kan?”, Tanya Azian lagi sambil tersengih-sengih seolah-olah ada perancangan di dalam kepalanya. Si ibu menjegil matanya tanda tidak membenarkan anaknya itu bermain jauh dari rumah.

“Mak, Man nak ikut sama. Nak tengok Lan jumpa doktor. Boleh tak mak?,” tanya Azman pula yang selalu mengesek-gesekkan kaki adiknya. Si ibu menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak membenarnya.

Mohamad dan Azizi membantu ayah. Mereka mengangkat beberapa alatan ke dalam bonet teksi yang baru tiba sebentar tadi. Disusun rapi, satu persatu. Bayi itu girang sekali semasa didukung oleh ibunya. Si ibu melabuhkan punggungnya di tempat duduk teksi di bahagian belakang. Bayi itu mengukir senyuman apabila diagah oleh ibunya. Seolah-olah tiada tiada masalah bakal yang dihadapi. Hakikatnya, bayi itu belum mengerti tentang erti sebuah kehidupan yang penuh warna-warni. Onak dan duri yang perlu ditempuhnya belum diketahui. Bagi si ibu, perlu berusaha untuk mengubah ketentuan selain berdoa dan bertawakkal.

Teksi mula bergerak ke Bandar Taiping. Terpaksa melintasi Simpang Empat "Jadam" yang agak sesak di pagi hari. Si ibu masih memangku anak bongsunya. Sesekali kaki anaknya diusap lembut.

"Mak akan usahakan sebaik mungkin. Semoga Tuhan akan makbulkan doa mak, Insyallah," bisik si ibu di telinga anaknya. Si ibu seolah-olah mendapat semangat baru demi sebuah kehidupan untuk anaknya.


Teksi telah memasuki perkarangan Hospital Taiping. Pemandu teksi itu meletakkan teksinya di tempat meletakkan kenderaan. Itulah salah seorang sahabat karib Lin. Segala kesusahan Lin dan orang-orang kampung Batu 51 sentiasa dibantu oleh pemandu teksi itu. Kini, pemandu teksi itu telah meninggal dunia hampir 10 tahun yang lalu.


“Lin, hang pi la daftarkan nama anak hang dulu, nanti aku angkatkan barang-barang dalam bonet tu,” kata pemandu teksi itu.

Bergegas si ayah ke kaunter pendaftaran. Si ayah mula mendaftarkan nama anaknya.


"Encik, boleh tolong tuliskan borang daftar ni. Pakcik tak pandai tulis…", rayu si ayah kepada atendan yang bertugas di kaunter itu.

"Takpa pakcik. Pakcik dan makcik boleh duduk dulu. Bagikan saya surat beranak anak pakcik tu. Nanti saya tolongkan," balas lelaki muda sambil menguntum senyuman.

Hari Isnin, sememangnya waktu yang ramai orang di hospital. Pendaftaran telah dibuat. Hanya ada dua orang doktor yang bertugas. Anak kecil mereka merengek-rengek kecil. Puting susu dihalakan ke mulutnya. Berdecip-decip, bayi itu menghisap susu ibunya. Muka bayi itu nampak girang sekali. Bayi itu tidak mengerti tentang kepayahan hidup yang bakal ditempuhinya.

“Azlan bin Lin, masuk,” panggil jururawat yang bertugas di pintu masuk bilik doktor.

“Silakan duduk makcik, pakcik. Kenapa dengan anak makcik ni?”, tanya doktor yang berpakaian lengkap serba putih sambil memegang kad pesakit.

“Cuba doktor lihat kaki anak saya ni,” kata si ibu dengan nada sedih sambil membuka stoking yang dipakaikan dikaki anaknya.

“Apa yang boleh kita usahakan untuk kakinya sama seperti orang lain? Boleh ke doktor?, tanya si ibu lagi, seolah-olah, doktor itulah tempatnya mengadu.

Bagi si ibu dan si ayah itu, perubatan moden yang disediakan oleh kerajaan lebih bermakna berbanding dengan perubatan tradisonal yang sememangnya digunapakai oleh masyarakat kampong ketika itu. Bagi mereka, jika kecacatan kaki yang dialami oleh anak bongsu mereka itu tidak akan dibawa berjumpa bomoh kampong. Yang mereka pasti ialah tentunya dikatakan anak bongsu mereka itu ‘terkena sampok jin’ ataupun terlangkah ‘sesuatu’ ketika mengandung dulu. Bagi mereka, seolah-olah memahami pendekatan yang akan digunakan oleh bomoh tradisional.

“Saya amat memahami perasaan makcik dan pakcik apabila melihat kepada kecacatan kaki anak makcik ni,” kata doctor muda itu.

“Bagaimana doktor? Ada ka cara untuk betulkan kaki anak saya ini?”, tanya si ibu itu lagi tanda cemas. Tidak sabar rasanya di hatikecil si ibu. Itulah tanda kasih sayangnya seorang ibu kepada anak-anak mereka.

Si ayah hanya memerhati perbualan doktor muda dengan isterinya sahaja. Si ayah nampak lebih tenang mengawal emosinya. Si ayah sekadar mengosok-gosok lembut belakang badan isterinya tanda menyokong dan meminta bertenang. Si suami sememangnya memahami emosi isterinya ketika itu. Si suami memahami perasaan seorang ibu kepada anak-anaknya.

“Apa-apa pun saya rasa bersyukur kerana makcik dan pakcik membawa anak ni sejak kecil. Tulangnya masih lembut,” kata doktor sambil melurut-lurut kaki kanan bayi itu.

“Insyallah, kami akan cuba usahakan. Hospital ni ada menerima seorang doktor pakar tulang yangpernah bertugas di Hospital Ipoh . Namanya Doktor Zainol. Orang Pantai Remis juga ni,” sambung doktor muda itu.

“Hari ini juga saya akan jumpakan anak makcik dengan doktor pakar tulang di tingkat atas”, kata doktor sambil menulis sesuatu pada kad pesakit. Ada beberapa catatan yang dibuat pada kertas putih.

“Baiklah, jururawat ni akan bawakan makcik dan pakcik untuk berjumpa dengan Doktor Zainol. Saya dah tulis sesuatu perihal anak makcik ni”, kata doktor lagi sambil menyerahkan kad pesakit kepada jururawat itu. Jururawat itu memahami apa yang dimaksudkan oleh doctor muda itu.

“Terima kasih doktor”, kata si ibu sambil menguntum senyuman tanda berterima kasih.

“Terima kasih doktor. Tuhan saja yang balas jasa baik doktor”, kata si ayah sambil bersalaman tanda terima kasih kepada doctor muda itu.

Mereka mengikuti jururawat menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Mereka dipelawa duduk di ruang menunggu. Jururawat mengetuk dan membuka daun pintu yang tertulis ‘Dr Zainon bin Muhammed’.

Si ibu dan si ayah masih menunggu. Si ibu masih lagi mengurut-ngurut kaki anaknya.

=> bersambung

Continue Reading...

Nov 4, 2007

Menyingkap diri...

Tanggal 17 Okt 1971, lahirlah seorang bayi lelaki bagi pasangan Lin b Che Rus dan CheMah binti Mat Isa, berkulit sawomatang, tangisannya kuat sekali! Kacaubilau orang sekeliling dibuatnya. Mak bidan mengelap kesan darah yang masih melekat di badan. Tali pusat terus dipotong. Beberapa jam selepas bayi itu dilahirkan, uri bayi itu ditanam oleh ayahnya di perenggan tanah.

Bayi itu anak ke-9 dalam keluarganya. Itu sekadar angkanya, hakikatnya pula, 2 orang telah meninggal dunia. Pasangan itu menadah tangan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Cukup sifat, cukup lengkap cuma tidak seperti anak-anak mereka yang lainnya.

"Ayahnya, apa kita nak letak nama dia?" tanya si ibu kepada suaminya.

"Kita gunakan pangkal 'A' juga seperti anak-anak yang lain" balas si suami dengan nada yang lembut.

"Bagaimana pulak dengan anak-anak kita yang ada pangkal M dan R?", tanya sibu lagi.

"Tak pa aiiihhh.... apa ada pada nama jika makna nama tak menentu", balas si suami.

"Apa kata jika kita letakkan 'AZLAN', pangkal 'A' juga kan?", bisik si isteri untuk meminta pendapat suaminya. Suaminya tersenyum dan mengangguk kepala tanda setuju.

Bayi itu dijaga, dibelai, ditatang seumpama menatang minyak yang penuh. Genap 7 hari kelahirannya, arwah Lin mengayuh basikal tua ke Balai Polis untuk didaftarkan surat beranak untuk anak mereka. Azlan diberi nama.

Si ibu sentiasa memberikan susu ibu apabila anak itu menangis tanda kelaparan. Semasa disusukan, kepala bayi itu akan dilurut-lurutkan kepalanya. Walaupun rambut anaknya jarang-jarang sekali, tetap disisir rapi. Hati ibu tetap berdetik apabila memandang kaki kanan anaknya itu.

"Mak takkan biarkan hang berkeadaan seperti ini hingga besar", bisik ibu ke telinga anaknya. Mata bulat bayinya itu seolah-olah memahami kata-kata itu dengan memandang tepat wajah ibunya. Tangan kanan ibu sentiasa mengurut-mengurut kaki kanan anak bongsunya.

Azman, sangat menyayangi adiknya, Penantiannya selama ini dimakbulkan Tuhan. Sesekali Azman akan menggesek kakinya ke kaki kanan Azlan dengan asyik sekali. Kebiasaanya, Azman akan bangun seawal pagi untuk mengesek-gesek kaki kanan adiknya, mungkin itu sebagai tanda kasih sayang seorang abang.

Suatu petang, sewaktu si ibu sedang menungku perutnya sambil ditemani si suami di serambi rumah, si ibu perkuatkan semangat untuk berbincang dengan suaminya.

"Ayahnya, esok kita pergi ke Hospital Taiping ye?", rintih si isteri kepada suaminya.

"Kenapa? Sakit ke si Azlan tu?" tanya si suami sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

"Takkan kita nak biarkan dia membesar semacam ini?"

"Ermmm...sat lagi nak pergi Pantai, bolehlah carikan teksi sekali", balas si suami tanda setuju sambil mengurut-ngurut kaki kanan anak bongsunya itu.


==> bersambung...

Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template