Oct 18, 2006

35 tahun mengenal kehidupan dan potensi diri

17 Oktober 2006

Tarikh ini adalah tarikh keramat buat aku kerana mula melihat dunia yang yang penuh pancaroba sejak 35 tahun lalu. Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana arwah ayah dan arwah ibu yang banyak memberi didikan secukupnya untuk aku bekalkan dalam meniti putaran hidup ini. Pelbagai kisah suka dan duka telah ditempuh dalam tempoh waktu 35 tahun ini. Pelbagai pengajaran yang diperolehi. Semangat dan iltizam orang tuaku seumpama melekat erat dan sentiasa mengalir dalam jiwa aku untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang tidak diketahui penghujungnya....


Terima kasih yang tak terhingga juga kepada abang2 dan kakak2 aku yang banyak memberi didikan yang amat bermakna untuk aku. Pelbagai cara dan kaedah yang telah mereka pamerkan membuatkan aku terarah seperti ini. alhamdulillah atas didikan, panduan dan pedoman kalian untuk aku selama ini.

Kata orang jawa di kluang ni...."life begin fourty". Betul ke? Entah le... Walau bagaimanapun, kehidupan mesti diteruskan. Bermakna aku ada 5 tahun lagi mulai sekarang (2011) untuk aku terus membentuk diri aku ke arah apa yang diingini dan dihajati. Pembakar semangat yang berada di sekelilingku iaitu isteri dan anak2 tersayang amat memberangsangkan. Mereka seolah2 memahami aspirasiku dalam menuju hala tuju kehidupan aku. Alhamdulillah. takkan aku persiakan pengorbanan kalian semua...... Insyallah.

6 Coretan Lain:

Pak Ngah: on 10/18/2006 8:13 PM said...

Sebentar tadi Angah menjerit sakan, bukan sebab apa pun, cuma sekadar terkejut. Terkejut sebab tak percaya. Tentang apa tu? Tentang paktamnya yang dah pun 35 tahun menghuni alam ni. Angah, Anjang dan Acik semacam tak percaya yang paktam seusia begitu, jangkaan mereka paling2 pun adalah sekitar 25 tahun je, kata mereka penuh sangsi.

Namun sempat juga dicelah oleh ayah mereka...itulah awet muda namanya.

PAKNGAH gemar mengangkat...

azlanlin on 10/19/2006 1:47 AM said...

macam perli jerrr.... waima... terima kasih

Zuraidah on 10/20/2006 3:08 PM said...

Walau pun terlewat, Kak Dah dan anak2 mengucapkan selamat hari
jadi, semoga panjang umur dan murah rezeki kemudian bolehle naik belon ke KK...jalan2 dan pusing2 cari lagi pengalaman......

Bang cik nampaknye sibuk sangat...ye le udah jadi ketua rombongan. Semalam jam 1 pagi sampai rumah bawa balik beg besar...dapat free

aQQim on 10/20/2006 4:57 PM said...

paktam..
anak2 pakngah tak cam umur paktam depa sebab dah lama tak tengok kot.. so, kalu tak pakngah bawa depa ke "malaya", kena la paktam pegi sana..
apapun dari akim, HEPI BELATED BESDAY..!
moga apa yang diimpikan, termakbul

Zuraidah on 10/20/2006 11:37 PM said...

Kepada Pak Tam, Mak Tam, Amera, Amirul Zaki(kata bang Iwan), Amir dan Abang Faizul, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari Kak Dah dan keluarga, Ampun Maaf dipinta mana-mana yang terlanjur baik kata-kata maupun perbuatan, halalkan makan minum dan segala pertolongan yang telah diberi....Insyaallah bertemu pada bulan December nanti itupun kalau berkesempatan.

Dengo cerita tahun ni beraya di Bukit Senggeh, Kirimkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami buat keluarga disana terutamanye pada Wak Paiman dan Mak Bariah.

Salam buat semua,
Kak Dah dan keluarga.

GPI on 3/31/2009 5:11 PM said...

dah tua sangat blog ni rupanya...
Antara blogger ter'otai' di msia ker?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template