Hari Khamis, aku terima jemputan. Aku macam tak percaya. Sesekali nengok macam tak sampai hati. Aku akan jadi susah hati jika orang lain susah hati. Mungkin aku jenis orang yang lembut hati. Atau aku mungkin mudah cair pada orang yang berbahasa penuh dengan budi bahasa. Juga mungkin aku jadi kasar dan keras bila orang berbahasa kasar dan keras. Bahaya juga ek.!!!
Yang pasti, aku cukup jaga komunikasi dengan orang lain. Begitu juga sebaliknya. Jika aku fikir, jika orang lain tiada kelembutan dalam berkomunikasi, maka aku juga akan "pasak" dalam komunikasi. Nampak gayanya, aku bukan jenis cool kut...hehehhe
Ramai student Fakulti Sains dan Teknologi yang ambil subjek IT. Kebetulan pulak, diaorang ni sekelas dengan aku untuk subjek Kaedah Penyelidikan. Kira geng la... Rasanya, aku kategori mahasitua sungguh bila join diaorang sebab diaorang muda trang tang-tang. Tapi yang syioknya, ada jugak sesekali aku pun rasa mcm muda lagi. Hahahah.
Petang Rabu, aku dah buat tempahan makmal komputer IPS untuk esoknya. Aku jumpa dengan Penolong Pendaftar UPSI. Takyah buat surat dan cuma cakap lisan jer. Sepatutnya, memang aku kena buat surat. Alhamdulillah. Runding-rundingan. Maka hari Khamis aku bantu kengkawan lain. Diaorang kena buat e-folio menggunakan blog untuk subjek IT. Maka, dalam hal itu boleh le aku bantu depa sikit-sikit.
Permulaan yang baik
Awal pagi Khamis tu, cuma ada 3 orang kengkawan yang datang. Bila kelas bermula 10 minit, ada lagi tambahan kengkawan. Mana la pulak kengkawan lainnya tahu nii???. Pandai2 le korang panggil kengkawan korang..Lepas tu.. ada lagi yang masuk. Ada la 10 orang. Kira boleh ler... Dalam 10 orang tu, terselit juga student drp Acheh yang aku ajak untuk ikuti kelas ni. Bapak
Rijal namanya. Aku mahu dia masukkan aktiviti atau apa saja untuk tatapan rakan-rakannya yang lain di Indonesia. Rakan-rakannya sekuliah daripada Acheh yang belajar di UPSI, tak dapat nak ikuti kerana memasing punyai komitmen. Aku paham kerana aku juga banyak komitmen.
Aku bagi le script2 mudah untuk chatbox, jam, tulisan gerak-gerak dan cara tukar template mudah. Aku pun bukannya terer sangat. Aku fikir, kalu takat ilmu yang aku ada... lepas le untuk termolok aku jer. Kalu lebih-lebih, aku pun tak reti. Setakat ni, boleh le depa ikut. Kira objektif tercapai ler...
Tepat jam 12 tghari, aku kena balik cepat ke rumah sebab jam 1.00 petang, anak2 aku dan mem besor dah balik sekolah...maklum le semenjak duamenjak jadi house husband..hehehhe
p/s : Dalam kelas kaedah penyelidikan pagi tadi, ada jugak yang tanya untuk ikuti kelas blog aku lagi. Respon aku mudah. I pun tak tau bila i nak buat lagi. Pandai2 u all susun masa sesama u all. I ikut jer jika i ada free... (Uiii...selit2 bahasa omputih kat bibir aku. Cuma i..u.i..u.. jer. Hahahha. Waduuuhhhh...)>> gambor diaorang aku tak boleh upload lagi sebab aku tak ingat kat mana kamera kompak aku!!! Gawat nihhh.
Link diaorang : Asas ilmu, udah ada...just explore jer lagi..
1.
Safizan2.
Aini3.
Rijal4.
Yuhazlina5.
Bahiyah6.
Najah* Yang lainnya, aku tak tahu link diaorang.