Showing posts with label Gurauan. Show all posts
Showing posts with label Gurauan. Show all posts

Dec 3, 2011

KENA SKODENG : KuJie dan Ain Fathihah diintai





Hari ini hari Sabtu. Hari ini masih dalam cuti semester pesekolahan. Aku keseorangan di Batu Pahat tanpa hilai ketawa 3 orang anak yang miliki 3 jenis fe'el. Juga tiada usikan manja isteri pertama aku.

.....................................

Appointment yang sepatutnya berlangsung hari ini dibatalkan. Tertunda keesokan harinya. Makanya, hari ini aku melapangkan diri daripada keboringan dengan membaca blog-blog rakan lain. Aku tertarik dengan cerita-cerita yang mereka lakarkan. Ada yang melakarkan kisah lama dalam versi baru. Ada cerita keinginan dalam versi harapan menggunung. Dalam dua blog yang kerap aku baca coretan mereka aku tertarik dengan penulisan dan garapan cerita yang mereka lakarkan. Sungguh. Memang menarik dan itu pandangan aku. Jika para pembaca tidak percaya, bacalah...lakaran penulisan mereka dalam entri ini..

KISAH SATU : Dedikasi buat Orang Serendah di kawasan tanah tinggi.



Entri yang menarik : Saya Tak Akan Lupa Sampai Mati.

Dalam satu blog, suami dan isteri melakarkan cerita yang mengimbau kisah kelahiran anak pertama mereka sebagi entri khas sempena hari kelahiran anak sulung mereka yang ke -19. Tu dia... cerita 19 tahun dulu. Aku sefamili pernah temui penulis blog ini. Pertemuan ini berlaku seawal perpindahan aku sefamili ke Tanjong Malim. Pertemuan ini disusun atur setelah kami kenali lama di alam blogger. Aku sefamili bertandang ke rumahnya. Sejuk dan nyaman suasana dan panaroma persekitaran rumahnya...seindah tuan rumahnya.

Entri yang beliau garapkan pasti dibaca oleh anak sulungnya. Anak sulungnya akan ketahui kisah-kisah di saat kelahirannya. Bagaimana situasi-situasi genting yang dihadapi oleh ibu dan bapanya. Aku sungguh kagum akan entri tersebut. TAHNIAH Makcik Cleaner (itu gelaran yang sering digunakannya).

KISAH DUA : Dedikasi buat Ain Fathihah...


Entri Menarik : Ilmu pun takda hang gatei pi bercinta

Pemilik blog SriKandiPuteri ini adalah Si Kenit (panggilan aku padanya) yang bernama Ain Fathihah. Blog ini menceritakan pelbagai kisah suka, duka, ceria, sedih, dan kekadang entah apa-apa yang diceritanya. Aku minat membaca lakaran ceritanya kerana miliki sense of humor dalam penulisan. Bersantai dan bersahaja dan kekadang menggedik-gedik. Yang bagusnya dia, dia tak peduli apa kata orang tentang blognya kerana dia hanya cerita tentang cerita dirinya kepada yang mahu membaca cerita itu. Sempoi betul tag line dia. Huh!

Si Kenit ini juga aku pernah temui sewaktu aku bergelar mahasitua di UPSI. Dia pelajar Bio. Jika dilihat orangnya macam student form 3 sahaja. Sebab itulah aku memanggilnya Si Kenit. Berbual dengannya sering terkeluar jawapan spontan daripada mulutnya. Misalnya apabila dipanggil namanya sebagai Si Kenit, dipanggilnya aku CheLan, Bapak Gula. Bertuah sungguh. Itu kisah-kisah yang membuatkan aku mengenalinya. Terima kasih Ain, bila masa nak bertemu lagi pun, saya tidak diketahui. Terima kasih sekali, kerana di awal kenal, Ain belanja saya minum air sirap!!!

Kisah entri yang bertajuk di atas membuatkan aku menyeringai seorang diri apabila membaca penulisannya. Ilmu pun takda hang gatei pi bercinta. Itulah tajuk entrinya. Cuba baca entri tersebut. KLIK DI SINI.

Akhirnya, aku mengucapkan terima kasih kepada dua orang blogger yang aku kenali ini. Entri kalian berjaya memecah keboringan aku untuk hari ini. Entri kalian berdua juga tercetusnya entri ini yang aku garapkan sebagai satu hadiah buat kalian berdua. Ain Fathihah dan Makcik Jie.

Continue Reading...

May 19, 2011

DEMI CINTAKU PADAMU : Miss Sexy dan Miss Asus

19.05.2011 - Khamis

demi cintaku padamu
kemanapun kaukan ku bawa
walau harus kutelan lautan bara

Itulah bait lagu yang menusuk kalbu apabila kukenangkan Miss Sexy dan Miss Asus (Klik Di Sini). Penjagaan sepenuhnya harus kutitikberatkan demi keduanya. Takkan kubiarkan mereka mudah diracuni ayat-ayat cinta oleh parasit lain. Biarlah mereka tetap setia padaku.

Atas dasar itulah aku sanggup berkelana seorang diri dan bersengkang mata di alam siber demi mencari penawar untuk menghalang parasit-parasit di sekeliling Miss Sexy dan Miss Asus. Penawar ini sangat penting demi cintaku pada mereka berdua. Akhirnya penawar yang kucari telah berada dalam genggamanku. Ku genggam erat dan kujampi-serapah pada Miss Asus dan Miss Sexy. Kelihatan mereka sangat segar dan bertenaga. Perkhidmatan mereka padaku sememangnya diluarjangka. Penawar yang ditemui mampu menjaga mereka selama 26 tahun tanpa susut kemujarabannya. Kuharapkan kemujarabannya berpanjangan..

Paparan yang jelas berkaitan Jentayu Kaspersky 2011
(Kaspersky Internet Security 2011)

Itulah kelebihan penawar Jentayu Kaspersky 2011. Kebiasaannya, Jentayu Kaspersky di tangan pemilik lain hanya bertahan setahun akan kemujarabannya. Kini, Jentayu Kaspersky di tangan ku sanggup berkhidmat denganku selama 9703 hari hasil penat lelahku selama berkelana dan bersengkang mata. Aku bersyukur....
Continue Reading...

Sep 12, 2009

Musim Raya : Aneka Tunjuk

Di musim raya sebegini, fenomena tunjuk memang popular sama ada di Bazar Ramadhan atau alam maya (laman web : blog, wordpress dsb). Tambahan pula saat akhir sebegini, sememangnya tsunami tunjuk memberikan kesan yang sangat mendalam kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidilfitri.

Rata-rata, kita boleh melihat pelbagai ragam kesan tunjuk. Yang penting matlamatnya ialah satu - penuhkan balang kuih raya di musim raya. Khususnya di blog dan wordpress, paparan fenomena tunjuk sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada smeua pembaca. Marilah kita teliti kategori tunjuk.
Gambar hiasan : Internet

Tunjuk 1:

Ada sesetengah rakan maya telah tunjuk jenis-jenis kuih yang dihasilkan. Adakalanya, menu, ramuan dan cara membuatnya disertakan sekali bersama dengan gambar hasil kuih tersebut. Hasil tunjuk sebegini mampu membuka minda pembaca lain untuk mencuba menu tersebut. Hasil tunjuk ini, berjaya memenuhkan balang kuih raya di minggu pertama musim raya.

Gambar hiasan : Internet
Tunjuk 2:

Ada juga rakan maya yang tunjukkan jenis-jenis kuih yang dihasilkan. Pelbagai hiasan yang berwarna-warni untuk membuka nafsu rakan-rakan lain. Maka, pelbagai jenis kuih raya itu boleh diorder secara online. Ada bayaran, ada le jeins-jenis kuih akan sampai di hadapan pintu rumah. Tunjuk 2 ini kaedah moden. Kaedah ini juga membolehkan balang kuih raya akan terisi.

Tunjuk 3:

Ada juga rakan-rakan sekerja yang bijak dan mempunyai masa dalam menyediakan aneka kuih raya. Sempat juga ditunjukkan sampel kuih raya dalam plastik untuk memberi peluang kepada rakan-rakan sekerja membuat tempahan. Kaedah ini amat popular di kalangan yang bekerja dan mempunyai rakan-rakan sekerja. Kaedah tunjuk ini mampu memenuhkan TABUNG duit raya. Heheheh.

Tunjuk 4:

Kategori ini agak tradisional dan menjadi amalan buat keluarga yang tak berkesempatan membuat kuih raya sendiri. Ada sesetengahnya sememangnya tak reti nak membuat langsung. Ada sesetangahnya yang poket tebal sikit untuk memenuhkan balang kuih raya. Kaedah ini sangat mudah. Sesiapa yang merayau di Bazar Ramadhan, aneka kuih raya bertimbun-timbun. TUNJUK aje, tukarkan wang kertas dengan kuih raya. Tiba di rumah, balang kuih raya sudah boleh diisi.

Kaedah ini juga boleh digunakan secara moden atau tradisional. Boleh tunjuk jenis kuih yang dijual secara online atau sampel2 kuih dalam bungkusan plastik untuk dibuat tempahan. Pilihan sangat banyak. Poket yang tebal, boleh jadi kempis untuk memenuhkan balang kuih raya di rumah.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada ketegori tunjuk selain daripada 4 kategori ini? Antara 4 kategori tersebut, kategori mana menjadi pilihan anda?

Continue Reading...

Jun 6, 2009

Nak TEST!

Pepagi ni, aku dok meneman mem besor menyiapkan Modul Sains tahap 1 utk sesi pembelajaran dalam kelas. Nampak gayanya, dah nak siap. Bila mem besor dah puas hati, kompom PENILAI bahan (aku le tu..) akan mengecheck keseluruhannya. Insyaallah, naik cuti sekolah nanti, PPD Batang Padang akan memantaunya dan menguji bahan modul tersebut dalam kelas. Nampak gayanya, mem besor udah mengatur langkah di daerah Batang Padang. Surat jemputan ke Majlis Hari Guru daerah BP, udah diterimanya. TAHNIAH mem besor! Anugerah Guru Inovasi 2009.. Tahniah.

Last-last, aku juga yang takdak kerja cari kerja. Merawang-rawang dari satu blog ke satu blog. Jenguk kat blog cikgu Oden. Aku jumpa sesuatu. Maklum le geng takdak kerja!. Mem aku terkejut kerana aku mengetuk keyboard bagai nak rakkk.... Terkekeh-kekeh gelaknya. Maklumle nak testttt...


32 perkataan

Speedtest



Sapa lagi yang berasa nak test? Cuba ler..hehehhehhe
Continue Reading...

May 11, 2009

Kau merajuk dan pergi di kala bulan gelap

Aku PASRAH. Aku menerima ketentuanNya. Aku redha dengan tindakanmu meninggalkan aku buat selama-lamanya. Alhamdulillah, sepanjang bersamamu..sungguh banyak yang kau ajar diriku yang naif ini.

Tidak kusangka, harapkan panas hingga ke petang, hujan di tengahari. Mengapa begitu? Tiada langsung bayangan-bayangan bahawa kau akan meninggalkan aku tanpa sebarang tanda. Dikau pergi tanpa menoleh ke belakang. Tiada kau kenang saat-saat kita bersama. Malang sungguh aku rasakan kerana kau merajuk di kala bulan gelap. Aku seumpama tidak bernafas lagi. Aku sukar menerja ke mana-mana. Apa silap aku?

Pemergiaanmu tanpa bayangan. Pemergianmu di kala aku amat memerlukanmu. Adakah sebarang kesilapan yang aku lakukan? Tanpa kau berkata apa-apa, kau berlalu meninggalkanku. Bila dikenangkan saat mula aku bertemu denganmu di Bukit Beruang, Melaka pada tahun 2007. Aku kagum dengan rupa bentuk dan uniknya namamu. Walau ketika itu, masih banyak pilihan-pilihan lain, aku tetap memilihmu.



Hari Ahad, lebih menyukarkan aku. Aku tidak mampu ke mana-mana tanpamu. Pemergianmu, benar-benar aku terasa. Hari Ahad juga menyukarkan aku untuk mencari ganti. Hari ini (Isnin) aku terpaksa mencari yang lain untuk menggantikan tempatmu. Aku pasrah. D-Link-300 penggantimu. Terima kasih Zyxel P-320W!!!!! Itulah dinamakan PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI....
Continue Reading...

Jan 20, 2009

Obama Celup..



JAKARTA – Yang pasti, seorang jurugambar majalah di Indonesia, Ilham Anas tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di White House, Washington, esok.

Ini kerana sekiranya beliau hadir, sudah pasti dirinya juga menjadi perhatian orang ramai kerana memiliki wajah seiras dengan Obama.

Ilham, 34 tahun, memiliki wajah seperti Obama jika dipandang dari beberapa sudut.

Dia menjadi terkenal di Indonesia selepas Obama menang dalam pilihan raya Presiden, November tahun lalu.

Ilham kini hidup senang dan menerima bayaran lumayan dengan hanya berlakon sebagai Obama dalam satu iklan televisyen.

Obama sendiri memiliki ramai peminat di Indonesia kerana pernah menetap di Jakarta selama empat tahun apabila ibunya, seorang warga AS, Ann Dunham mengahwini Lolo Soetoro iaitu seorang rakyat Indonesia beragama Islam.

Dunham berkahwin dengan Lolo selepas bercerai dengan bapa kandung Obama yang berasal dari Kenya.

“Apabila Obama menang, rakan-rakan sekerja saya melakukan jenaka terhadap saya – mereka menyuruh saya memakai sut dan tali leher sebelum merakam gambar saya yang berlagak sebagai Obama,” katanya yang lahir di Bandung.

Sumber: Kosmo
Continue Reading...

Jan 10, 2009

Tambahan Isi Rumah

"Ayah, cepat ayah," panggil Amirul.

"Kenapa?" balas aku.

"Cepat la ayah, meh tengok kat bawah ni," ajakan Amirul membuatkan aku tertanya-tanya.

Aku terasa kalut juga untuk ketahui apa cerita sebenarnya. Sepatutnya diaorang akan ke sekolah. Tengok jam, awal lagi. Baru jam 6.50 pagi. Amirul menarik tangan aku untuk turun ke ruang tamu.

Mem besor dah menyengih apabila memandang aku turun tangga. Mem Besor macam dah tau kelemahan aku. Aku memang meremang bulu tengkok apabila aku melihat hamster dalam sangkar. Membongkok-bongkok badannya seolah-olah mengepung sesuatu.

"Eeiii...apa ni atas lantai!" sergah aku. Mem Besor semakin menyengih melihat gelagat aku. Aku memang penggeli dengan binatang berbulu. Kalu aku yang jadi 'ulat bulu', takpa la. Heheheh.

"Amira, ambik tisu kat atas meja tu. Angkat anak hamster tu masukkan dalam sangkarnya semula," kata aku.

Mem aku dengan kontrol ayunya, mengambil tisu dan mengangkat anak hamster yang terkeluar dari sangkar dan tergolek atas lantai. Mem Besor aku berani la pulak. Ini dah terbalik kot ni... hahhahahah. Tq mem! Dah seminggu, udah beranak hamster tu!

Nampak gayanya, ada tambahan isi rumah aku sebanyak 5 ekor lagi. Kecik-kecik sebesar ibu jari tangan aku. Aku geli sungguh. Ini mungkin fobia aku dikejar anjing sewaktu umur aku 10 dulu. Dikejar sebanyak 6 ekor serentak semasa aku berjalan kaki ke rumah KakYah di Gula Perak dulu. Anjing Tokey Panjang memang banyak betul! Semenjak itu aku memang fobia dengan anjing dan binatang berbulu dan lembik-lembik! Kalu ikan takpa..aku boleh pegang-pegang. Hahahha.

***************************************************

Anak-anak aku dok peghoseh sangkar hamster.

Nampak gayanya, seluruh rumah bawah di rumah aku dah semkain 'bau hancing'. Sesak nafas dibuatnya. Ini gara-gara habuk kayu dalam sangkar hamster. Hamis jadinya! Tak boleh jadi. Mem Besor balik kuliah hari ni, tolong buangkan habuk kayu lama dan gantikan habuk kayu baru. Bekas hamster dicuci. Aku tengok saja. Meremang tengkok dan seluruh badan aku. Mem Besor siap unjuk-unjuk pada aku. Buat-buat nak terlepas pulak. Aku makin geram dengan lawak Mem Besor! Aku cuma tukang ambik gambor je ler....

* Mungkin aku berjiwa lembut, penyayang dan penggeli! Jaga le ko Mem Besor!

Continue Reading...

Oct 9, 2008

MaaakSuuuuuuuuuu

Masih di musim raya ni, benar-benar aku terkejut. Jeritan siapakah itu yang mendayu-dayu. Panggilannya menusuk kalbu.

Aaaaabbbbbaaaaaaannnngggggggggg!

Itulah panggilan yang aku dengar hingga di selatan tanah air. Aku jenguk di celah-celah dinding blog aku. Aku nampak. Aku faham. Itulah dia...MAKSU. Raya kali ini amat beruntung baginya. Angka 9 berligar-ligar disekeliling hidupnya. Pusing kanan ada sembilan. Pusing kiri ada sembilan. Pandang depan pun ada sembilan. Bila dihitung ada tiga kali sembilan. Ermmmmm.. 999? 3X9? Yang mana satu ek? Hanya MakSu yang lebih tahu.

MakSu ni salah seorang blogger yang aku suka baca hasil penulisannya. Suka-suka dia je apa yang nak ditulisnya. Walau Coretan MakSu ini dikatakan cerita kosong, tetapi apabila dipandang dengan mata hati.. jelas sekali luahannya. Menarik!

Sempena hari ini, aku, mem besar dan anak-anak, nak ucapkan YEPPY BESH-DAY untuk MakSu. Kad ini khas untuk MakSu yang suka-suka dia je nak tutup mukanya. Macam Zorro moden, tutup muka guna jari. Itulah MakSu. Entah-entah, calon yang tersenarai sebagai pemegang watak CicakGirl! Terima kasih kerana sering ke blog saya.

Khas untuk MakSu



Continue Reading...

Sep 20, 2008

Kembali bertaut...

Hari ini, aku kelebek email dan aku benar-benar tidak menyangka kerana ada sesuatu yang KEMBALI BERTAUT. Pastinya sudah hampir 18 tahun aku tidak bertemu dengan insan yang bernama Sdr Izzudin Ali.

Tinggi dan bijak orangnya. Bakat kepimpinan tidak lagi diragui semenjak di zaman sekolah khususnya Sek Men Ahmad Boestamam (SMAB), Sitiawan, Perak. Beliau adalah pengawas sekolah dan asrama sepanjang aku kenal beliau untuk tahun 1989 - 1990. Ketika itu kami sama-sama pelajar tingkatan enam rendah dan atas. Berakhirnya Peperiksaan STPM dalam tahun 1990, maka berakhirlah hubungan rakan sesama kami kerana masing-masing membawa hala tuju kehidupan masing-masing.

Telah memiliki 6 org cahayamata. Alhamdulillah.

Aku ingat lagi, Sdr Izzudin berjaya memasuki ke UPM selepas itu. Aku juga yang tertinggal di belakang sebab aku sentiasa terkebelakang. Heheheheh. Aku ingat lagi, terdapat 5 orang pelajar tingkatan enam yang memiliki 5P utk thn tersebut dan hanya aku seorang yg tidak berjaya memasuki universiti. Hahahahah. Aku tahu kenapa dan mengapa!. Malahan ada jua rakan-rakan yang memiliki 4P1R masih berjaya menjejaki ke tangga universiti, jika pemilihan universiti adalah tepat. Yang pasti, aku tidak refer sesiapa jua untuk mengisi borang permohonan ke universiti. Akhirnya aku tewas dengan runtunan nafsu dalam pemilihan universiti..

Berbalik kisah Sdr Izzudin, beliau seorang yang memang baik dan telus. Aku ingat lagi, semasa tahun 1990 itulah, demam filem Fenomena di panggung wayang sungguh meletup. Aku dan Sudin (dengar cerita bhw Sudin adalah Angkatan Tentera Udara) menyelinap keluar asrama bersama rakan-rakan pekerja kantin asrama pada waktu malam. Akhirnya aku dan Sudin kantoi apabila hendak memasuki pagar sekolah. Maklum le curi-curi keluar... kami ditangkap oleh sepasukan pengawas asrama yang diketuai oleh Sdr Izzudin. Thanks my friend. Sebenarnya, ada kisah kenapa kami kantoi..hahahha.

Untuk ke blognya, KLIK DI SINI:

Blog keduanya yang dibina.
Yang pertama dulu, tentunya dah lupa paswordnya. hahahha


Ermmm, aku agak nakal di zaman remaja. Oleh itu, aku amat mudah menghadapi watak nakal di kalangan anak-anak murid aku. heheh. Untuk anak murid yang baik, lagilah mudah untuk aku dekati....

Maka, aku benar-benar hargai perkenalan ini. Setiap kali aku pulang ke Perak, pastinya Sdr Izzudin, salah seorang yang akan aku hubungi untuk kami bertemu semula. Sayangnya, rezeki tidak menyebelahi kami. Masing-masing punya hal yang tersendiri sehingga kini kami masih belum ketemui lagi sejak 18 thn lalu .Insyallah..tunggu!
Continue Reading...

Nov 27, 2007

Bercuti VS Bercanda

Mulai Isnin (26/11/07) aku dah mula meninggalkan Kluang untuk menghala ke Perak. BALIK KAMPUNG!.

Aku singgah di Melaka, merendek aku sefamili. Memusing-musing aku membawa mem besar dan anak-anak. Kebetulannya, semasa aku sdg deal ngan pengayuh beca kat Bangunan Merah..tetiba hp aku berbunyi lagu 'aspalela'.

"Alamak kacooo je le....Potong stim betul le. Sapa la pulak yg call aku nih", gerutu aku dalam hati.

Aku membelek skrin HP Nokia N95 aku. Ada nama yang terpapar. Muzik lagu 'aspalela' masih berkumandang. Termanggu aku apabila memandang nama itu.

"t ckgu azi", nama keramat tu naik lagi.

Mem besar aku amik alih utk deal perihal beca. Aku menyorok-nyorok nak jawab telefon tu. Mem besar aku dah nyengeh-nyengeh nengokkan gelagat laki dia. Gelabah beruk aku jadinya. Maklum le, Budin dah kata aku 'kaki pompuan'. Macam la si Budin tu dah nengok betis aku yang tak berbulu mcm kaki pompuan.... hahahahah..

"Lan, aku risau ni", suara merdu dan gemersik serta hampir sengau memulakan bicara.

"Apa hal pulok ko ni Azi? Tetiba je ko jadi risau... Sapa yang buat onar kat ko?", tanya aku semula.

"Bukan apa, seharian aku cari Budin. Aku call pun dia tak angkat. Dia marah kat aku kut," mcm termengah2 je Azi bercerita kat aku.

"Aku sms pun dia tak balas....tolong la Lan.", sambungnya lagi.

"Dia merajuk kat hang kut", tanya aku.

"Budin tu berjiwa halus. Romantik orangnya. Mana boleh main sergah-sergah je mcm mana ko buat kat aku", terang aku kat Azi.

Walaupun aku belum pernah jumpa Budin, tetapi gerak hati aku mengatakan bahawa Budin ni badan je besor dan gagah perkasa...tetapi jauh di sudut hati kecilnya 'amat romantik'. Aku tau hal itu. Sebab tu la ramai pompuan di dunia maya menjadi kenalannya. Blognya seperti magnet utk pompuan. Sesapa yang membacanya akan tertarik. Tak gitu Budin? Kalu tak caya boleh tanyakan pada si Azi tu.

"Azi, ko kena pujuk si Budin tu. Buruk bebenor kalu dah tua-tua merajuk. Ada le hal yang dia berasa hati kat ko kut", sambung aku lagi.

"Cuba le kita bayangkan kalu rupa hansem Budin tu merajuk... Pergghhh...timbang kilo pun tak laku. Cepat-cepat le hang call dia semula. Ataupun mungkin bateri henpon dia kong kut!"

Azi mengiyakan saja. Mungkin dia mula memikirkan apa yang dia dah lakukan pada si Budin. Kami bergelak ketawa dalam henpon. Itu yang seronoknya bila berbual dengan si Azi tu. Ada je idea gila-gila yang dibuatnya. Mungkin sebab tu yang si Budin terasa cepat je masa berlalu bila berbual/chat ngan si Azi.

Moga-moga, korang bahagia...aku numpang bahagia jerrr..

Aku menenggekkan bontot atas beca. Meronda-ronda bandar Melaka ngan famili.

Selamat bercuti!




Continue Reading...

Nov 24, 2007

Kitakah ini?

Kononnya pada suatu ketika dulu, seorang Maharaja Budin pernah memberitahu kepada penunggang kuda di istananya. Katanya, jika si penunggang kudanya itu mampu menunggang kudanya dan menjelajah ke sebanyak mana benua yang mungkin, maka maharaja itu akan menghadiahkan setiap benua yang dijelajahi itu kepadanya.

Mendengarkan titah maharaja Budin itu, si penunggang kuda itu pun tidak berlengah-lengah lagi terus saja menunggang dan mengerah tenaga kudanya ke merata benua. Dia tidak langsung berhenti menunggang biarpun sedang kelaparan atau keletihan. Dia ingin terus menunggang sejauh yang mungkin.

Tiba di suatu ketika, apabila hampir serata pelusuk benua telah berjaya dijelajahinya, si penunggang kuda itu pun merasakan kepenatan yang teramat. Dia sudah tidak berdaya untuk meneruskannya lagi. Dia akhirnya berada di dalam keadaan tenat. Dia bertanya kepada diri sendiri... “ Kenapalah aku begitu tamak ingin menakluki seluruh benua? Sedangkan hanya sejengkal saja tanah yang kuperlukan untuk mengebumikan jasadku ini....”

Kisah dongeng di atas sama juga dengan kehidupan sebenar kita. Kita bekerja keras setiap hari untuk wang, kuasa dan pengiktirafan. Kita kadang2 tidak menghiraukan kesihatan, masa bersama keluarga dan kita juga lupa untuk menikmati keindahan dan keajaiban alam yang diciptakan Tuhan untuk kita. Kita lupa bahawa kehidupan bukanlah untuk mengejar kemewahan semata-mata, bukan juga untuk mengejar kuasa dan pengiktirafan dunia.

Hidup bukanlah semata-mata untuk kerja. Hidup adalah keseimbangan antara kerja dan riadah, keluarga dan kualiti masa untuk diri sendiri. Sebagai hambaNYA juga, kita seharusnya tahu akan maksud dan tujuan kita diciptakan lalu dihidupkan di dunia yang serba sementara dan fana ini. Hidup ini terlalu singkat, nikmatilah kehidupan dan hargailah kesempatan yang dianugerahiNYA.

Watch your thoughts ; they become words.
Watch your words ; they become actions.
Watch your actions ; they become habits.
Watch your habits; they become character .
Watch your character; it becomes your destiny


Diceduk dan diedit utk renungan bersama : Manjalara
Continue Reading...

Nov 14, 2007

Al-kisah PakBudin..

Alkisahnya, hebohlah satu Borneo bahawa PakBudin yang telah pencen RTM Kuching dan terus menetap di Kuching telah mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu dalam program RTM di Kuala Lumpur. Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi PakBudin, itu sudah cukup menggembirakannya.

Dipendekkan cerita, hari dijanji telah tiba. PakBudin pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang. Kapal terbang sampai, PakBudin pun naiklah dan terus ambil tempat. Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari Azi pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas.

::Gambar Hiasan::
Uiiii...bergaya sakan si PakBudin tu yer....heehheheh


Akhirnya, pramugari Azi nampak PakBudin duduk kat kerusi bisnes kelas, setahunya tak ada penumpang kelas bisnes hari itu. Dengan berbudi bahasa, pramugari Azi menegur;

"Pakcik, pakcik tak boleh duduk kat sini, boleh Pakcik pindah duduk di belakang?" kata pramugari Azi dengan senyum simpulan manoknya.

"Eeehhiii....bagus sungguh orang kapal terbang ni (Pramugari Azi). Tak apalah nak, pakcik selesa kat sini", balas PakBudin dengan kembang-kempis hidungnya sambil matanya menjeling ke arah.....Pramugari Azi tu.

Mana tak selesanya, kelas bisnes, mati akal pramugari Azi tu. Termasuk pramugari Chombi dan pramugara Arsaili datang silih berganti. Sakit kepala dibuatnya nak memahamkan PakBudin yang bermuka seposen tu.

Pilot AbgPutra yang menunggu lama nak berlepas, bengang kenapa masih belum ada isyarat kata 'okay' daripada Ketua Pramugari OD, dia pun keluar tengok.

Setelah diceritakan oleh pramugari Azi, Pilot AbgPutra itu pun pergilah kat PakBudin.

"Pakcik, boleh tengok tiket?" PakBudin pun menyerahkan tiketnya.

"Ooooo...pakcik nak pi KL yer pakcik?"

"Ya nak..."

"Tapi Pakcik, kerusi depan ni pi Johor Bahru, kerusi belakang baru pi KL!"

"Laaa ya ke nak? Nasib baik anak bagi tau."


Azlanlin:
Ooooo PakBudin....jangan suka hati nak dok mana saja...!
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template