Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Jul 10, 2012

U Plus Mind : I'm Coming....

"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah tiada disangka-sangka" (At-Tholaq : 2-3)

*****************************************************
Assalamualaikum WBT.

Agak jarang entri yang boleh dimasukkan dalam WWK ini. Bukan tiada idea atau cerita, tetapi kesuntukan masa dengan hal-hal duniawi yang berkunjung tak kira masa dan tempat. Itulah kita selagi kita bernyawa di pentas ini.

Sebelum ini, beberapa bulan lalu, aku pernah membuatkan sebuah entri tentang perihal pengaktifan OTAK TENGAH sebagaimana yang dibawa U Plus Mind. Klik DI SINI. Aku juga pernah menghubungi syarikat U Plus Mind di Skudai untuk urusan itu. Harga untuk seorang anak yang dihantar untuk kursus tersebut..wow!.


Kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun ialah RM888. Manakala yang berumur 13-16 tahun, harganya ialah RM1188.00. Mari kita congak sama-sama untuk 2 orang (13-16 tahun) dan 1 orang (bawah 12 tahun). Jumlahnya ialah RM3264. Fikir...fikir..fikir... untuk ke arah tersebut. Akhirnya, apa yang difikirkan telah tenggelam dalam kesibukan kerja seharian. Senyap..sepi..tiada keputusan.

Minggu lepas, Miss Berry aku bergetar lagi menandakan ada sms masuk kantung. Aku buka dan tertera ayat-ayat cinta :

"As-salam. dari u plus mind HQ Skudai. Diskaun hebat untuk umur 6 hingga 16 tahun. Harga RM888, bayar satu percuma satu. Seorang RM444 shj. Kelas pada 14 & 15 Julai 2012."


Apabila aku menerima sms daripada syarikat tersebut, fikiran aku mula berfokus semula untuk menghantar anak-anak bagi mengikuti kursus tersebut. Tujuannya agar anak-anak mendapat ilmu pengetahuan yang di sampaikan oleh Syarikat U Plus Mind di Skudai. Anda boleh klik DI SINI, DI SINI, DI SINI. Link yang diberikan ini ialah pengalaman ibu bapa diluar sana yang telah menghantar anak-anak mereka ikuti program tersebut. Agak menarik pengalaman mereka. Klik SINI untuk melihat contoh di Youtube yang ada hasil daripada pembelajaran tersebut.


Bagi aku sangat mudah, apa yang anak-anak peroleh ialah satu proses. Bukanlah hasil tempoh terdekat yang ingin dilihat. Program tersebut sebagai satu landasan untuk anak-anak peroleh pengalaman baru. Yang paling penting, anak-anak dididik agar tahu apa yang harus mereka lakukan. Landasan untuk itu, ibu bapa perlu sediakan...

Berbalik kepada sms yang aku terima daripada syarikat tersebut. Ada diskaun katanya sempena Ramadhan bakal tiba. Aku tertarik. Aku call, aku buat temujanji untuk aku ziarah lokasi syarikat tersebut. Bila aku tiba di pejabat tersebut, banyak perkara yang aku berbincang secara empat mata. Lebih mudah dan jelas. Berkaitan diskaun tersebut, agak berbeza daripada harga asalnya. Untuk 3 orang anak hanyalah RM1332.00. Akhirnya, semoga dipermudahkan olehNya. Itulah yang dikatakan bahawa, Allah SWT memberi rezeki dari arah yang tidak dijangka-jangka. Semoga anak-anak aku dapat pengalaman baru.... U Plus Mind, I'm Coming.....


Continue Reading...

Mar 15, 2012

SETAHUN : Aku berada di sini

Batu Pahat - 15 Mac 2012, Khamis :

Identiti bandar Batu Pahat

Bandar BAtu Pahat bukanlah asing bagiku. Bandar ini hanya berjarak lebih kurang 75km daripada bandar Kluang. Aku diami di Bandar Kluang lebih kurang 11 tahun iaitu mulai 1997 hingga 2008. Dalam tempoh itu, Bandar Batu Pahat tetap dijengah apabila tiba 'musim shopping'. Kini, bandar Batu Pahat menjadi daerah untuk aku diami demi tuntutan kerjaya.

Indentiti bandar Kluang

Seingat aku, sewaktu cuti semester bulan Mac 2011 adalah proses 'turun dan naik' untuk aku berkhidmat di daerah Batu Pahat. Dalam tempoh proses turun dan naik inilah pelbagai rencam dan karenah yang aku hadapi. Itu semua adalah proses biasa. Allah telah menetapkan bahawa itulah aturan kerjaya aku setelah menamatkan pengajian di UPSI. Dengan usaha yang berterusan, InsyaAllah dengan izinNya, kita akan mampu untuk mendapatkannya.

Setahun yang lalu, 14 Mac 2011 adalah tarikh aku mula mendaftarkan diri di sebuah institusi perguruan. Dalam organisasi tersebut tidak juga menjadi asing bagiku kerana acapkali isntitusi inilah tempat aku berkursus berkaitan ICT. Beberapa orang yang aku kenali dengan panggilan 'encik...'khususnya perihal ICT telah menjadi rakan sejawat aku.

Persekitaran baru..

Seawal aku di Batu Pahat, hampir 8 bulan aku berulang alik ke Tanjung Malim. Setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali aku akan memandu hampir 4 @ 5 jam di lebuhraya untuk ketemu isteri dan anak-anak yang masih berada di Tanjung Malim. Setiap hari Ahad, aku akan kembali memandu melalui lebihraya untuk ke Batu Pahat semula.

Panorama di Proton City, Tanjung Malim


Kini, hampir setahun telah berlalu. Cukup pantas masa berlalu pergi. Hampir 3 bulan, anak-anak dan isteri turut berpindah ke Batu Pahat. Semua sekali berkumpul di Batu Pahat. Akibat kesibukan masa dengan kerjaya dan keluarga tidak terasa akan semua ini berlalu dengan pantas sekali.



Hal ini menyebabkan rumah di Kampung Tersusun Batu 3, Temoh hanya menjadi homestay untuk aku sekeluarga apabila tiba musim cuti sekolah dan sekiranya ada kesempatan untuk menjengah ke sana. Setakat ini, ada rakan yang membantu untuk menjengah dan melihat kawasan sekitar kawasan rumah tersebut. Jika rumput panjang dan perlu dipotong atau diracun, beliau akan sms padaku. Jika aku berkata 'Ya', makanya proses memotong rumput atau meracun akan dilakukan. Upahnya hanya dipindahkan dari akaun ke akaunnya secara online sahaja. Aku bertawakkal dan berserah kepadaNya untuk proses ini.



Dalam setahun, hanya berapa kali saja aku mampu
untuk berlabuh punggung di sini..

Setahun sudah aku di sini..... yang telah berlalu dibiarkan berlalu untuk menjadi kenangan yang terindah. Pengalaman yang akan datang, akan terus diharungi walaupun agak berlainan sebagaimana yang telah dilalui sebelum ini. Semua ini menambahkan Warna-warni Kehidupan.
Continue Reading...

Dec 8, 2010

PSP Games : Cara download games yang terbaru

08.12.2010 - Rabu

Cuti penggal persekolahan ini pastinya ibu bapa merancang perjalanan percutian untuk keluarga masing-masing. Namun, mana mungkin keseluruhan cuti persekolahan diisi dengan percutian yang memerlukan budget yang tinggi. Tentunya, ada juga cuti persekolahan yang dihabiskan di rumah dengan diisi pelbagai aktiviti anak-anak untuk melahirkan pemikiran yang tajam. Selain mengulangkaji pelajaran, percutian juga boleh diisi dengan permainan psp yang memerlukan aktiviti berfikir.

Oleh itu, kali ini saya akan memberikan tutorial mudah untuk mendownload PSP games yang terbaru menerusi (via) torrent dengan kelajuan maximum - 1oo kb/s.

Sebenarnya, link yang saya ingin tunjukkan kepada rakan pembaca bukan hanya game PSP, game PC juga ada di portal tersebut. Malahan, terdapat game2 terbaru yang selalu update..mudah dan percuma. Untuk entri ini, saya hanya pamerkan tatacara download psp games sahaja.

Ini adalah langkah-langkah yang harus dilakukan:

1. Download Installer torrent Di http://www.utorrent.com/ .(software ini yang saya gunakan untuk mendownload apa saja berkaitan torrent)

2. Setelah di Install, sila kunjungi laman web game tersebut. Klik DI SINI.

Paparan muka laman web tersebut.

3. Pilih menu PSP.

4. Pilih game yang anda minati.

4. Download file torrentnya dengan meng-klik DESCARGAR TORRENT.

5. Jika file torrent telah siap, buka file torrent dan mulai mendownload..

6. Untuk mempercepatkan proses download, klik kanan file yang sedang anda download. set Bandwith alocation di posisi High.Set Down load limit di Unlimitted sedang untuk set uploading dengan kelajuan sebanyak 25kb/s.

Paparan untuk meningkatkan kelajuan proses download.
Terdapat juga senarai games yang sedang saya download.

Setelah selesai, bijak-bijaklah anda memasukkan games tersebut ke dalam psp kepunyaan anak anda. Untuk proses itu, saya tidak paparkan dalam entri ini. Anda boleh mencari maklumat tersebut dengan bertanyakan pada Pakcik Google.

Selamat mencuba untuk anak-anak anda. Mungkin juga ada games yang anda sendiri minati..heheh

Continue Reading...

Oct 10, 2010

GASING : Menurunkan skill pada anak

10.10.10 - Ahad :

Gasing adalah salah satu jenis permainan rakyat yang telah ditelan zaman modenisasi (Klik DI SINI). Makanya, kita yang pernah terlibat dan melalui zaman itu seharusnya menurunkan skill itu pada anak-anak kerana ianya adalah suatu permainan tradisional nenek-moyang kita. Jika bukan kita yang akan mewarisi permainan itu pada generasi anak-anak kita..siapa lagi?

Contoh gasing masa kini.

Aku masih ingat sewaktu zaman kanak-kanak aku dulu. Aku teringat lagi bagaimana arwah ayah mengajar membuat gasing sendiri. Walaupun beliau seorang yang tidak berpendidikan tinggi dan hanya bekerja sebagai nelayan pinggir pantai untuk sesuap nasi, didikannya pada anak-anak berkaitan pendidikan sangat bermakna. Konsep pendidikan secara formal dan informal amat melekat dalam jiwa anak-anaknya. Walaupun tegas dan garang, semuanya masih terpahat di minda.

Aku dan abang aku diarahkan memotong dahan batang jambu batu yang bersaiz besar di belakang rumah. Kami diajar membentuk lakaran saiz gasing yang sesuai dengan tangan sendiri dan membentuk bujur sebelum memasukkan paku. Cara melicinkan badan gasing juga ada skill tertentu menggunakan parang panjang yang tajam. Seingat aku, hujung parang dicucuk ke perdu akar pokok kelapa agar boleh dihenjut ke atas dan ke bawah. Henjutan ini membolehkan badan gasing yang telah terbentuk untuk proses melicinkannya. Suatu skill yang sangat kreatif. Aku bangga akan kemahiran yang diajarkan oleh arwah ayah aku.

Aku perturunkan skill melilit tali pada gasing plastik agar tidak terburai.
Penggunaan rambu di hujung tali ada tujuannya.


Cara memasukkan paku pada badan gasing juga memerlukan skill yang teliti supaya paku itu menembusi separuh badan gasing secara tegak. Ketegakan kedudukan paku akan membuatkan gasing tersebut berputar ligat dan berdegung. Manakala, mata paku pula memerlukan ketajaman yang menggerunkan rakan sepermainan. Ini bertujuan untuk memecahkan gasing rakan-rakan lain. Pecah atau sompeknya badan gasing rakan adalah suatu kejayaan dalam permainan gasing.

Ibu bapa perlu bersedia untuk berhadapan dengan soalan-soalan
yang di luar jangkauan minda kita.


Cara melembutkan tali pengikat badan gasing juga memerlukan skill tertentu untuk proses itu. Seingat aku, tali gasing perlu direndam semalaman dalam air. Proses menggosok untuk melembutkannya sangat kreatif. Kedua-dua hujung tali dipegang dan dileretkan pada tiang rumah. (Rumah di kampung adalah rekabentuk Kedah. Makanya rumah adalah bertiang kayu). Kekadang, tali juga boleh dilembutkan dengan meleret pada batang kelapa. Ini bertujuan tali tersebut mampu melingkari badan gasing dengan kemas dan ketat. Ini semua menghasilkan putaran gasing yang ligat dan tegap serta berdengung.

Dulu-dulu, selepas pulang dari sekolah, selesainya mengaji Quran, adanya masa terluang di hujung minggu, permainan gasing akan memenuhi masa tersebut. Hubungan sesama rakan, perbincangan proses menghasilkan gasing yang hebat, skill memecahkan gasing rakan lain akan dibincangkan bersama. Semua ini merapatkan hubungan sesama rakan. Kekadang gelanggang dibuka sesama rakan sehingga melangkau ke kampung sebelah.

Mula memutarkan gasing ke tanah.
Ini adalah proses mengangkat gasing yang sedang berputar.

Mari kita mengimbau zaman anak-anak kita masa kini. Mampukah mereka melilit tali ke badan gasing tanpa terburai? Mampukah mereka memutarkan gasing di tanah? Belum lagi disoal mampukah mereka memghasilkan sebiji gasing kayu? Semua kemahiran ini perlu kita perturunkan kepada anak-anak sekiranya kita sayangkan permainan tradisional kita. Jika kita tidak mulakan, siapa lagi? InsyaAllah, tiba masanya nanti akan aku perturunkan teknik dan tatacara menghasilkan gasing sendiri...

Kini, gasing ada dijual di merata kedai runcit. Malangnya, gasing tersebut bukanlah gasing kayu. Apa yang ada, hanyalah sebiji gasing plastik berserta tali. Hanya RM1.00. Tiga biji gasing telah dibeli. Semua tu untuk Amirul, Amir dan aku sendiri. Bolehlah untuk proses melayan anak-anak dan perturunkan skill melilit tali dan memusingkan badan gasing. Jom kita layan...atau kita sendiri tiada skill itu? Tepuk dada tanya selera....

Sempat juga aku tunjukkan skill memusingkan badan gasing di atas telapak tangan.

Continue Reading...

Oct 4, 2010

TAPAH : Rumah Terbuka vs Rumah Tertutup

4.10.2010 - Isnin :

Sekian lama blog ini turut bercuti raya. Open house sana dan sini. Ada yang sempat pergi dan ada yang hanya sempat menghantar sms sebagai pengganti diri kerana tidak dapat hadir. Itulah aturan tentang hidup dan kehidupan. Ada yang sempurna dicapai dan ada yang tidak kesampaian untuk dikecapi. Apa-apa pun, segalanya telah ditentukan olehNya. Kita hanya mampu merancang dan Dia yang lebih tahu akan segalanya.

Semalam (Ahad) seawal jam 8.00 pagi, setelah si anak bujang ke tempat tuisyen, aku dan Mem Besor mengatur langkah ke Tapah. Mencari tapak baru yang tidak ketahui lokasinya. Berpandukan maklumat umum yang aku perolehi daripada tuan rumah aku terus mengatur langkah. Beberapa orang rakan di Tapah telah dihubungi bagi mengesahkan lokasi.

Kampung Tersusun Batu 3, Tapah. Satu lokasi baru yang mula aku terokai. Satu lorong ke satu lorong aku menyelinap. Bukan untuk mencari lokasi rumah terbuka tetap lebih kepada mencari rumah tertutup. Rumah tertutup yang mencari pemegang kunci baru. Makanya, aku terus meneroka dan mencari.

Alhamdulillah, akhirnya aku temui jua apa yang dicari. Surau menjadi panduan arah rumah tertutup. Rumah tertutup itu ada berhampiran surau baru di kawasan tersebut. Klu itu memudahkan pencarian rumah tertutup. 'Corner lot' juga menjadi klu untuk memudahkan pengecaman rumah tertutup itu.

Tepat dan betul. Lokasi rumah tertutup telah ditemui. Rimbunan pokok kelapa di birai tembok meredupkan suasana sekitar. Ruang tepi rumah dipenuhi rumput dan lalang yang merimbun. Malahan, rumput dan lalang sama tinggi dengan pintu pagar utamanya. Memang jelas dan sesuai dengan nama 'rumah tutup'. Aku memasuki pintu pagar utamanya. Tidak berkunci! Aku mengelilingi keliling rumah tutup itu. Meninjau seluruh ruang luar rumah tinggal untuk mencari keserasian.

Pandangan ruang depan rumah tertutup

Pandangan sisi kiri rumah tertutup

Petang ini, aku ke sana lagi dengan Mem Besor dan anak-anak. Sementelah, anak-anak masih bercuti sekolah agama di waktu petang. Aku cuba meneroka ruang dalam rumah tertutup itu. Adakah ada keserasian dalam hati? Adakah akan dpt persetujuan bersama untuk rundingan harga antara pemilik lama dan baru? Adakah lulus pinjaman bank nanti? Semua ini akan diteroka lagi... Selamat meneroka untuk Mem Besor...

Pandangan sisi kanan rumah tertutup

Semoga Allah SWT perkenankan impian ini. Segala rezeki telah ditentukannya. Kita hanya mampu merancang, Dia lebih ketahui segalanya daripada kita. Wallahualam. Kiranya, rumah tertutup ini menjadi 'hadiah' kepada Mem Besor setelah tamat pengajian sarjananya di UPSI..

Continue Reading...

Apr 12, 2010

ROBOTIK : Bualan anak-beranak

11.04.10 - Makan petang merangkap makan malam. Di meja makan. Makan sambil berbual anak-beranak.



"Amir dengan Amirul dah tengok bilik? Dah ucap terima kasih kat Mama?" tanya aku pada anak-anak jantan. Mengangguk kedua-duanya. Macam faham-faham ja.

"Abang, ayah cadang abang cuba rekacipta robot la. Letak dalam bilik. Robot tu kena pasang sensor", aku sebut satu persatu.

"Ayah, sensor tu apa?" tanya Amir.

"Sensor tu alat pengesan la Amir. Kalau kita lintas depannya, dia dapat kesan kita. Tettt..tettt, bunyinya," jelas si mama pula.

Amir dan Amirul mengangguk-angguk.

"Amirul cuba rekacipta robot tu. Kita letak tepi katil. Dia akan kesan jika kita letak bersepah baju dan seluar atas lantai." aku menyambung perbualan sambil mencedok kuah.

"Sensor nak buat apa pula?" tanya Amirul.

"Haaaa..bestnya soalan tu. Sensor tu, akan dapat kesan bila kita letak kain baju bersepah di lantai. Zap..zap..zap. Tangan robot tu pegang rotan dan akan libas bontot kita. Sebab letak pakaian besepah", jelas aku lagi..

Senyap sejenak. Apa yang depa fikir pun aku tak tau. Mem besor sudah senyum tengok anak-anak jantan mula dok berfikir. Kening depa makin berkerut sambil menyuap nasi ke mulut masing-masing.

Gambar Hiasan : Cilok drp FB mem besor.

Tetiba ada suara memberi respon atas cadangan aku.

"Ayah, lebih baik cipta robot yang ada sensor. Sensor dia lain gunanya. Lebih baik robot tu tolong sidai baju yang letak bersepah. Lagi bagus. Boleh ke?", tanya Amir.

"Bertuah ko Amir. Nak senang jaaa...," balas jawab mamanya.

Kami ketawa empat beranak. Makan diteruskan hingga sudah...

*****************************************************************************
Moral :

Bagaimana harus ibubapa menciptakan ruang berfikiran kritis untuk anak-anak.Kadang-kadang, jawapan yang kita terima memang di luarjangka. Konsep mudahnya ialah, bagaimana ibu bapa membuka ruang untuk berbicara dengan anak-anak secara terbuka. Melakukan tidak semudah mengimpikan suasana sebegitu rupa.
Continue Reading...

Mar 21, 2010

Jalan-jalan : Jamu mata..

Seminggu telah berlalu. Pastinya berbagai aktiviti telah dipenuhi oelh semua ibu bapa. Yang tidak bercuti, akan cuba mengisi borang cuti demi memeriahkan percutian bersama keluarga. Ada yang bergerak di jalan raya,ada yang bergerak di lautan dan ada yang bergerak melalui jalan udara. Semuanya menisi masa percutian bersama keluarga. Hargailah keluarga khususnya anak-anak.

Isnin lalu, kami sekeluarga bergerak ke Kluang, Johor. Melihat dan berkenalan dengan penyewa rumah di Taman Titiwangsa. Hampir setahun berlalu, kami hanya berbual melalui telefon sahaja. Alang-alang melewati ke Kluang anak-anak mula menyusun tempat-tempat yang ingin disinggahi. Semuanya semata-mata memenuhi impian yang tak tertunai di Tanjong Malim.

Menyenget badan-badan, malangnya bola tetap masuk longkang! hahaha


Seawalnya, kami bergerak ke Kluang Prade. Tingkat 5 menjadi tumpuan kami sekeluarga. "Ayah, jom lawan bowling dengan Along. Ayah nak tak?," ayat menggoda daripada anak dara aku. "Jom," aku sambut pelawaan tu. Risau aku tengok lorong bowling tu. Bayangkan kalau jari aku melekat kat bola bowling dan melantun terkena susunan botol-botol di hujung lorong. Aduusshhhh...

Aku sekadar memenuhi ruang alternatif yang tidak ada di Tanjong Malim. Semua anak-anak merasa buat balingan bola. Mem besor tukang bagi semangat dan tukang kritik macam dalam rancangan realiti. Heheheh.

Setelah selesai satu game, kami keluar daripada pusat bowling. Bertukar pintu saja untuk memasuki ruang lain. Jom tengok wayang.... Melayan sungguh. Maklum le aku juga dok gian rasanya. Jom tengok wayang.

Berlatarkan papan iklan Alice in Wonderland
Klik di sini.

Akhirnya, setelah selesai urusan di Kluang, kami bergegas pulang ke kampung di Melaka dan lajak ke Tanjong Malim. Kami kembali ke suasana asal. Tiada lagi bowling dan wayang. Tup-tup, aku melayari blog TokNabe. Sifuu aku dalam IT. Banyak aku pelajari melaluinya. Terima kasih sifu.

Dalam blognya juga aku dapat satu alternatif. Jom tengok wayang.!! Filem-filem terbaru dan zaman retro, semuanya ada. Macam slogan astro, 'macam-macam ada'.. Kini, aku tak perlu lagi membeli vcd/dvd untuk melepaskan gian menonton filem.



Download saja. Cara mendownloadnya, kita perlu memiliki software asas untuk download iaitu Internet Download Manager (IDM). Apabila menggunakan software IDM, kelajuannya hampir 300% lebih laju drp perisian muatturun yang biasa disediakan oleh Mozilla.


Bagi paparan filemnya, laptop atau pc harus ada perisan DivX Plus. Asasnya, sesiapa yang menggunakan Window 7, perisian DivX telah dimasukkan sekali sewaktu instalasi Window7. Selamat laksanakan hidup alternatif.... Ceriakan hari anda!

Cara mendownload dan instalasi perisian, anda boleh rujuk di sini.

Continue Reading...

Feb 21, 2010

Kembali ke sekolah...

Seminggu bersapau di rumah. Selesaikan tugasan yang diberikan oleh cikgu. Akhirnya, perlu kembali ke sekolah untuk meruskan tuntutan sebagai pelajar. Juga kembali mengikuti rutin di asrama dalam membentuk peribadi yang utuh.

Asrama, salah satu institusi yang aku fikirkan mampu menguji kekuatan jiwa anak-anak. Mampukah mereka mengharungi dunia asrama? Mampukah mereka membawa diri dalam kelompok kawan-kawan? Mampukah mereka melenggokkan diri dalam proses sosialisasi sesama rakan? Di situlah kematangan diri anak-anak akan terbentuk seawal usia mereka.

Baru menerai baju batik asrama yang dijahit oleh mamanya
dari pagi hingga lepas zohor, udah siap.

Daripada cerita Amira, ada juga beberapa orang rakan mereka yang kembali ke rumah. Tidak sanggup mengharungi dunia asrama yang penuh dengan disiplin masa dan menghormati orang yang lebih dewasa. Ada juga yang merasakan mengantuk di sekolah akibat tidur lewat. Ini berpunca mereka tidak tahan dengan proses minggu orientasi di awal kemasukan ke asrama pada bulan lepas.
Lawatan kami sewaktu minggu orientasi bulan Februari lalu. 'Crown' dan 'kakak daerah' adalah identitinya..
Amira juga mengaku bahawa sering mengantuk di sekolah akibat tidur lewat di asrama dan terpaksa bagun awal akibat minggu orientasi. Itu proses biasa sebagai proses salam perkenalan daripada senior kepada junior. Semua proses itu akan mematangkan minda, menguji kekentalan jiwa dan mengharungi proses sosialisasi. Namun, penceritaan Amira kepada aku dan mamanya, telah ditenangkan oleh mamanya berdasarkan pengalaman mamanya yang tinggal di asrama hampir 6 tahun bermula ditingkatan 1 dulu di Sek. Men. Sharifah Rodziah, Melaka.

Alhamdulillah, semua proses awal salam pengenalan asrama berjaya diharungi. Malah, disiplinnya tentang masa juga telah berjaya dibentuk. Terima kasih kepada warden dan kakak-kakak senior yang membantunya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang tin ggal di asrama. Terima kasih semua..
Continue Reading...

Jan 28, 2010

Kuasa Tarikan : Penampilan

Penampilan dalam berpakaian amat bererti bagi sesetengah orang. Namun, ada juga yang tidak mementingkan penampilan berpakaian. Semuanya bergantung pada personaliti seseorang.

Ada sesetengah orang lelaki, berpakaian adalah mengikut situasi. Ada yang suka berpakaian kemas walaupun simple. Ada yang gemarkan lengkap segala akseori badan dan semestinya berjenama pakaian mereka.

Sesetengah orang, tidak bersetuju bahawa cara kita berpakaian mencerminkan peribadi kita. Mungkin benar dan mungkin tidak benar. Segalanya bergantung pada tujuan, personaliti kita dan kepelbagaian situasi yang dilalui.



Mari kita perhatikan, gambar anak kecil ini. Pakaiannya adalah simple dan melambangkan keperibadian mereka yang setara dengan peringkat umur. Namun jika pemakaian mereka diubahsuai dan meletakkan cara berpakaian mereka mengikut situasi yang dilalui, pastinya memberi impak yang maksimum.




Apabila diperhatikan, aku sendiri macam tak percaya. Betulkah mereka yang aku kenali? Di awal tahun, pastinya mereka memerlukan gambar ukuran paspot untuk kegunaan di sekolah. Apabila diminta oleh pihak sekolah, stok gambar juga telah kehabisan. Maka....terpaksa la memanipulasikan apa yang ada dan dimurnikan penghasilannya.. Akhirnya, cuci saja gambar tersebut utk dijadikan stok gambar anak-anak berukuran paspot. Boleh kut noooo....?
Continue Reading...

Jan 14, 2010

Tinggal di asrama : Bersedia @ tersedia?


Jam 6.50 petang, aku ternampak kelibat 'minah' berpakaian sekolah menengah sedang berbasikal merah menuju pintu pagar rumahnya. Pintu pagar dibuka, 'minah' itu menyorong basikalnya dan menyusun seiring dengan basikal adik-adiknya. Beg sekolah digalas, basikal dikunci. Pintu rumahnya dibuka.

"Assalamualaikum," suara halus 'minah' itu di luar rumah.

"Waalaikumussalam," sahut suara seorang wanita di dapur.

Minah itu membuka kasut sekolahnya dan disusun pada rak kasut di luar rumah. Lantas, pintu rumah dibuka.

"Kenapa engko menyengih-nyengih ni Long?" tanya ibunya.

"Mama, Along ada rahsia. Mama kena ucapkan Tahniah kat Along le...," balas anaknya.

Aku masih memerhatikan perbualan dua beranak di dapur.

"Kenapa?" tanya ibunya sambil menggoreng nasi goreng di dapur.

"Nanti le, Along mandi dulu. Lepas makan nanti, Along ceritakan yer..," usik anaknya lagi.

***********************
Itulah perbualan dua beranak. Lepas makan, Along menyerahkan sampul putih kepada aku.


"Tahniah. Along minat ke tinggal di asrama? Banyak perkara Along akan belajar nanti. Along perlu uruskan diri sendiri, masa, jadual belajar dan disiplin. Along juga akan jumpa macam-macam ragam kengkawan. Kumpulan kengkawan pulak, ada yang pentingkan diri, ada yang hormat orang lain, ada yang tak ambil kisah orang lain, ada yang terlalu baik, ada yang nakal. Semua watak-watak tu, kita kena belajar kenali. Semua tu jadi pengalaman baru Along nanti. Senang kata, tinggal di asrama macam rumah kedua Along le" panjang lebar penjelasan aku sambil nikmati kopi 'o' selepas makan nasi goreng.

Along mengangguk-angguk, tanda faham. Gambaran ini selalu aku berikan. Juga pengalaman aku dan MemBesor sewaktu di asrama suatu waktu dulu, sering diceritakan pada anak-anak.

Dengan adanya sampul surat putih itu, Alhamdulillah, perbincangan lalu telah membuahkan hasil positif. Terima kasih sesiapa yang terlibat.

**********************
Malam ini, baju dan alatan keperluan sekolah RK di SMK Khir Johari perlu disediakan. Tidak banyak yang diperlukan kerana kebanyakannya telah sedia ada. 'Eco Station' pusat tumpuan untuk memenuhi keperluan asas. 'GrandBuy' juga tempat yang dituju. Alhamdulillah, keperluan asas dipenuhi.



Pendaftaran akan dibuat pada hari Isnin, 18.01.10, jam 9.00 pagi. MemBesor juga akan memohon perlepasan daripada majikannya untuk urusan ini. Insyallah, semuanya akan berjalan lancar.

Selesai membeli-bungkus, pulang ke rumah. Beberapa website aku cari dengan bantuan pakcik google. Klik di sini, di sini dan di sini. Aku dan Along membaca cerita-cerita yang ada tentang tinggal di asrama. Semua itu umpama persediaan awal yang perlu diketahui sebelum tinggal di rumah kedua. Soalan-soalannya, telah Membesor jawabkan. Aku cuma tambah-tambah jer.

Isu sudut positif kenapa Along perlu tinggal di asrama telah dijelaskan. Adakalanya ibubapa tidak menjelaskan kenapa dan mengapa anak-anak perlu tinggal di asrama.

Isu pelajar yang tinggal di asrama perlu pulang ke rumah masing-masing setiap hujung minggu, tidak menimbulkan masalah setakat ini. Along masih boleh pulang berjalan kaki. Jarak asrama ke rumah lebih kurang 1.5 km. Itu kira saat-saat terdesak le. Berjalan kaki!

************************
Antara kelebihan tinggal di asrama:

1. Memberikan mereka pelajaran pertama untuk berdikari.. Walaupun tidak pernah ke sekolah asrama, tapi melalui pemerhatian, penceritaan didapati pelajar yang bersekolah di asrama lebih mudah untuk berdikari..

2. Pembelajaran lebih tersusun. Melalui penekanan dan jadual waktu pembelajaran, mereka memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang..Dengan kegiatan riadah yang dilakukan memberikan keseimbangan diantara kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.

3. Lebih berdisiplin. Melalui jadual waktu yang ditetapkan pelajar-pelajar akan lebih menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri mengikut tempoh ditetapkan.

4. Kurang ‘kejutan budaya’ ketika melangkah ke alam universiti. Melalui pengalaman di sekolah asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di IPT.

5. Ibu bapa dapat menjimatkan kos..Melalui asrama, ibu bapa dapat mengurangkan kos ‘duit saku’,'duit pengangkutan’ dan sebagainya..

6. Lebih cemerlang dalam pembelajaran..Walaupun tetap ada yang tercicir namun peratusan kecil.. Malahan kebanyakan pelajar asrama mendapat keputusan yang lebih baik dari sekolah biasa..

Sumber : Liga Kampung
Continue Reading...

Jan 9, 2010

Kuatnya pengaruh MADU!

Madu oh madu... kaulah penawar, kaulah racun!. Kau mampu membuatkan aku terangsang atau lesu untuk aktiviti yang aku lakukan... Keluarga aku jua memerlukanmu. Begitulah pengaruhmu terhadapku. Akibat pengaruhmu yang kuat, usahlah kau dalam golongan MADU PURA (tidak asli).


Itulah bait-bait ayat yang membawa konotasi bergantung pada persepsi dan pengalaman masing-masing. Bait-bait itu juga bergantung kepada siapa yang berkata dan siapa yang mendengar dan menafsirnya. Sebab, tafsiran maksud adalah berbeza-beza.

**********
Khamis lalu, hp Cokia berbunyi menandakan sms telah diterima:

Salam, makan madu untuk ubat batuk. Kat Kalumpang, kedai basikal. Ada jual madu asli. dr ust selamat.

T.kasih atas ingatan. Akan diusahakan untuk mencari dan membelinya. - azlanlin.

**********
Hari ini, jam 10 pagi, aku sekeluarga, baru berkesempatan merayau semula ke Kalumpang untuk mendapatkan madu asli seperti yang disebut oleh Ust Selamat. Jika dilihat kedai basikal tersebut memang tidak disangka, madu ada dijual di situ. Aku berhentikan kereta apabila melihat susunan botol yang tercatuk di atas rak bersebelahan dengan stok-stok alatan basikal.

"Ini madu asli loooo..," jelas apek itu.

"Macam mana mau tau madu asli atau bukan?" aku ingin tahu.

"Ini macam. Lu goncang ini botol ampat kali. Satu..dua..tiga..ampat," sambil mengoncang botol seperti yang diperkatakan. Dia mula meletakkan botol di rak semula untuk melihat bukti bahawa madu itu adalah asli.

Aku tersenyum sambil mengangguk-angguk. Mata masih tertumpu ke arah botol itu.

"Belakang, lu tengok. Nanti dia sulah ala buih putih-putih", apek itu mula tunjukkan ke arah buih-buih yang sedang membentuk di tengah-tengah botol madu.

"Lu tengok ini haaa... semut talak mali. Ini sulah tumpah, semut talak mali tau", jari telunjuknya menghala ke arah bekas madu yang tertumpah atas raknya.

"Apa pasal tak ada?", aku masih inginkan jawapan lanjut.

"Ini la oli punya. Talak camput-camput. Lain olang, ada camput itu gula. Tebu manis, mali punya. Gua talak itu macam", terangnya dengan jelas.

"Mana dapat?". Aku masih menjolok.

"Gua ambik sendili dalam gua punya kebun. Satu tahun ampat kali. Gua ada hantat di Selangor." jelasnya lagi.

Gua, umot sulah 70 tau. Pagi, pukot lua, gua sulah pigi kebun. Potong getah. Balik kebun sulah bukak ini kedai. Ini gua punya keleja hali-hali. Boleh ka kalau gua sulah tua mau bikin ini macam punya keleja? Ini madu memang hali-hali gua makan punya", terangnya sunguh-sungguh.

"Waaaa..sudah 70 tahun aaaaa. Sihat lagi. Kuat lagi. Muka pun talak nampak tua oooo. Bagus la." pujian terpacul daripada mulut aku.

Apa yang dia nak ceritakan, itu haknya. Aku tidak menyanggah. Yang penting, aku jumpa juga kedai basikal yang dicadangkan oleh Ust. Selamat.

Aku capai sebotol madu lebah asli. Berunding harga. Aku capai sebotol lagi apabila teringatkan 'seseorang' yang kerap batuk-batuk apabila berehat di belakang rumah . Berunding harga lagi.

"Apek, kita kan mau jadi kawan lama, kan?" sambil lurut-lurut bahunya yang hanya bersinglet.

"Ok la..ok la...". Dia membungkus 2 botol madu asli dengan kertas surat khabar lalu dimasukkan ke dalam beg plastik.


"Ini botol aaaaaa...lu jangan simpan dalam peti ais. Nanti dia punya gas abis lorrr. Buih sulah talak", terangnya lagi sambil mengunjuk bungkusan botol kepada aku.

Agak banyak petua yang diberikan. Cara meminum dan sukatan untuk dijadikan amalan. Bagus tu. Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat untuk mendapatkannya.

**** Banyak khasiatnya berkaitan madu.

Info tentang madu ada di sini.
Continue Reading...

Jan 7, 2010

Pengalaman ke2: Siapakah aku?

Setiap orang memang memiliki rupa dan wajah tersendiri. Dalam pada itu, iras wajah memainkan peranan tentang klasifikasi kelompok rupa dan wajah. Hinggakan ada pendapat lisan yang mengatakan bahawa ada 7 orang yang sama iras wajahnya. Pernahkah anda ketemui 6 orang lagi yang memiliki iras yangs ama dengan anda?

Namun, kelompok wajah inilah yang menjadi tandatanya. Jika berjanggut dan ada nama 'Mohd' di awalnya pasti akan ditahan di Airport US. Ini kerana klasifikasi itu dikelompokkan dan dikaitkan dengan 'penjenayah'.

Kesimpulannya, setiap wajah ada kelompok masing-masing. Ada yang dikaitkan dengan keturunan dan jenis warga. Begitu juga dengan aku. Hehehhe. Inilah dia pengalaman aku...Agak menarik bagi aku. Hehehe

**********************
Pengalaman 1:

Tahun 1992:

Hari Ahad, di kala menaiki bas ekspress daripada Pantai Remis untuk ke Ipoh. Situasi itu, sewaktu hendak pulang ke Maktab Perguruan. Di awal semester masih menaiki bas untuk berulang-alik. Bas yang aku naiki berhenti di sekatan jalan raya berhadapan dengan Balai Polis. Abang polis naik dan melihat wajah-wajah penumpang dalam bas tersebut. Abang polis terus bergerak hingga ke belakang. Abang polis merapati aku.

"Encik, minta IC..", kata abang Polis.

Aku hulurkan IC.

"Kenapa encik?"
.
"Kami nak buat semakan untuk warga asing."
balas abang Polis itu.

"Wajah saya ada iras warga asing ke, encik?" tanya aku sambil tersenyum.

Abang polis tersenyum. Dia hulurkan semula IC aku. Dia berlalu dan turun daripada bas. Aku masih tersenyum. Dalam ramai-ramai penumpang, aku seorang saja yang diminta tunjukkan IC. Hehehhe.

Penumpang di sebelah aku juga ketawa apabila topik itu kami bualkan di sepanjang perjalanan ke Ipoh. Akhirnya, penumpang sebelah aku terus menjadi 'kawan' kerana ia juga sedang belajar di Ipoh ketika itu. Kini, aku pun tak tahu lagi di mananya sekarang kerana terputus hubungan. Masing-masing dengan urusan kehidupan masing-masing.

****************
Pengalaman 2 :

07-01-2010 - 9 pagi.

Aku memasuki biliknya untuk berbincang perihal Rancangan Khas Daerah. Dia menerima tetamu walaupun sedang melakarkan sesuatu di buku catatannya. Perbincangan diteruskan. Akhirnya, dia perlukan sesuatu kepastian. Sememanglah itu sewajarnya. Jika aku berada di tempatkan, begitu juga tindakan aku.

"Maaf ye, saya perlukan tanya juga. Encik memang warga sini?" tanya orang itu.

"Ya, saya." balas aku.

"Saya bukan apa. Saya perlu pastikan bahawa pengambilan ini tidak terlibat dengan bukan warga kita. Maklum le, rupa orang ada macam-macam rupa. Encik pun tahu, yang bukan warga kita pun memang ramai di sini dan rupa mereka memang sama dengan kita. Maaf encik ye." terangnya dengan berhemah untuk mengelakkan persepsi.

"Takpa. Itu satu cara untuk dapatkan kepastian. Betul le tu. It's ok." balas aku dengan tersenyum. Kami sama-sama tersenyum.

Aku tersenyum. Akhirnya perbincangan kami diteruskan berkaitan kemasukan ke sekolah yang ada Rancangan Khas Daerah. Keputusan perbincangan memuaskan. Seolah-olah, saling perlu-memerlukan.

Selesai satu urusan berkaitan itu. Moga-moga, keputusan perbincangan akan ke arah positif untuk hasilnya nanti. Insyaallah.

Continue Reading...

Nov 27, 2009

Raya : Bersama SmartClamp

SmartClamp - sememangnya berbeza dengan zaman Tok Mudim atau laser(berjahit). Itulah hakikatnya proses berkhatan yang ada pelbagai jenis pelaksanaannya. Kebiasaannya dalam tempoh minggu pertama selepas berkhatan di zaman Tok Mudim atau laser, pastinya kanak-kanak masih menggunakan kain untuk memudahkan pergerakan. Kanak-kanak juga tidak boleh berlasak-lasak dan 'bird' mereka perlu kerap dicuci untuk mendapatkan 'hasil' yang baik. Lantaran itu, situasi zaman tersebut berbeza sekali dengan zaman SmartClamp (pengepit) seperti pengalaman anak bujang aku, SaifulIslam dan Luqman.

Isnin lalu (23/11), bermulalah kisah dua orang anak bujang aku melalui zaman SmartClamp. Perasaan mereka tetap bercampur-baur ketika di dalam kereta dan bertambah geruh apabila memasuki ruang klinik (depan UPSI). Pelbagai soalan mereka yang tak mampu aku jawab. (ada ka tanya, bagaimana proses nak pasang dan rupabentuk SmartClamp - jenuh la aku nak menjawab -mana pernah aku tengok).

Sewaktu menanti giliran, ada dua orang kanak-kanak yang datang lebih awal dari kami telah dipanggil jururawat untuk memasuki bilik rawatan. Sunyi sepi sewaktu kanak-kanak pertama melalui 'proses' itu. Keadaan ini berbeza apabila kanak-kanak kedua memasuki bilik rawatan. Terngiang-ngiang di telinga suara tangisan kanak-kanak itu. Anak-anak bujang aku mula mengeluarkan soalan-soalan cepu emas mereka apabila kedengaran suara tangisan. Aku memegang tangan Amirul dan terasa renek-renek peluh dan sejuk di tangannya. Heheheh. Pastinya jantung anak bujang aku berdegup kencang ketika itu. Hehehe.

Penantian satu penyiksaan. Senyum dalam gundah!

Mem besor telah memberi peringatan awal kepada kedua orang anak bujang aku - Amirul dan Amir. Mereka perlu membaca Surah Al-Fatihah di sepanjang proses 'memasang' SmartClamp. Ini bertujuan untuk mengelakkan terlalu memikirkan yang bukan-bukan dalam tempoh proses pemasangan SmartClamp itu. Apabila selesai, kedua orang anak bujang aku menerima 'duit raya' daripada doktor itu. Terima kasih doktor.
Amirul - masih ada riak-riak geruh.

Amir - Kontrol macho sewaktu proses pemasangan

Usai proses pemasangan SmartClamp, anak-anak bujang aku meminta upah kerana tidak menangis. Bertuah punya anak bujang. Yang penting, proses 'memasang' SmartClamp itu telah mereka berdua melalui dan merasainya. Alhamdulillah.
Dah boleh bercangkung sewaktu layan jajan dan mainan. Kopak..
Amira juga menumpang 'tui'.


Hari ketiga, mereka berdua telah memakai seluar sukan. Mudah bergerak kata mereka. Nampak gayanya, penggunaan SmartClamp memudahkan banyak pihak. Aku juga tidak perlu menjenguk setiap pagi untuk proses mencuci. Kebiasaannya, di zaman TokMudim dan Laser, pastinya setiap pagi perlu dicuci agar bersih di tempat jahitan dan tiada kesan darah beku. Alhamdulillah.

Hari keempat - Khamis (26/9) - kami sefamili ke Minerva di KL untuk tujuan mencari beberapa buah buku bacaan tambahan untuk urusan aku dan membesor. Anak-anak juga mengikuti kami dan sambil merayau-rayau. Maklum le, sejak bertemankan Garmin Nuvi 255, memudahkan aku bergerak ke segenap lokasi di KL. Taip saja nama tempat yang nak dituju. Kalu idak - kompom aku takkan jumpa. Hehehheh.

Terima kasih SmartClamp dan Garmin!.

Posing..jangan tak posing!

Berlatarbelakangkan Tugu Negara

Aku pun nak bergambor jugaaaa...heheh

Sepatutnya, SmartClamp udah boleh dibuka pada hari ke5. memandangkan hari ke5 adalah hari Jumaat dan jatuh pada Hari Raya AidilAdha, maka proses pembukaannya ditunda ke hari Isnin. Ini bermakna anak-anak bujang aku BERAYA BERSAMA SMARTCLAMP. Hehehhe.

Continue Reading...

Nov 20, 2009

Permohonan Kemasukan MRSM ke Tingkatan Satu 2010 - Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2009 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2010 di Semenjung Malaysia.

Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab. MRSM (Agama) Ulul Albab akan dilaksanakan di MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

Biasa

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  3. Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.

Ulul Albab (Agama)

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.
  4. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  6. Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.

Pemilihan

  1. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Katalaluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2009 diumumkan secara rasmi.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2009 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2010.
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu,
      Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
  2. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online akan ditutup pada 30 November 2009.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2009.
  3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

p/s :

1. Sudah selesai aku kunjungi Pejabat Mara Kuala Kubu untuk urusan mendapatkan password (kod pin).

2. Cadangan untuk Amira, akan berbincang sekeluarga untuk lokasi yang diminta ialah MRSM di Jasin atau Alor Gajah. Bertujuan lebih dekat dengan nenek dan atuknya di Melaka. Setidak-tidaknya akan lebih mengeratkan hubungan cucu dan nenek serta atuknya. Dapat le juga atuk dan nenek pergi melawat untuk melepaskan rindu dan dendam mereka pada cucunya nanti. Ermm..lama juga aku tak hubungi sahabat lama aku di sini... mungkin juga untuk menyokong tujuan ini.

3. Juga aku dah call kawan lama di Kluang. Heheh..

4. Malam ini discuss anak-beranak untuk penetapan lokasi yang bakal dimohon. Semua sudut akan dilihat dan diperhatikan.

5. Ini sekadar usaha, Allah S.W.T yang mengetahui segalanya..Insyallah.


Continue Reading...

Nov 19, 2009

Tahniah untuk Along

Jam 9 pagi, masih dalam cuaca/suasana sejuk...aku tetap mengadap laptop. Hp aku berbunyi...

"Ayah, guru besar dah sampai sekolah ni. Ayah datanglah cepat. Along guna hp kawan along. Ayah bawa kamera sekali tau. Bye"

Itulah ayat-ayat cinta yang resah dalam emosi. Penantian satu penyiksaan. Gedebak-gedebuk jantungnya berdegup. Itu aku pasti.

"Ok. Guru besar maklumkan pada ayah, jam 10 pagi." balas aku.

Jam sudah menunjukkan 9.30 pagi. Kamera sudah siap dicaskan baterinya. Aku bergegas keluar rumah menuju ke kedai telefon. Tambah topup handphone along N8O sebanyak RM20. Buat modal untuk dia telefon ennek dan mamanya nanti. Juga mungkin dia ingin bersms dengan rakan-rakannya di Kluang. Itu ruang dia.

Aku tiba di sekolahnya, berbual sekejap dengan Guru Besarnya. Jam 10.00 pagi, message masuk lagi ke hp aku :

"Ayah, cptlah dtg. Kitorg tgh brkmpul kat kantin. Cpt dtg tau"

Aku ikut rombongan Guru Besar, Pegawai Eksekutif Proton Holding ke kantin.

Menangis kegembiraan dan sedang menelefon mamanya sendiri.

Pengumuman dibuat. Seramai 17 org pelajar SKTM mendapat 5A. Peratus keseluruhan meningkat. Tahniah juga untuk Along. Pastikan usaha akan berterusan krn UPSR 2009 hanyalah sebagai langkah mula yang belum pasti untuk menentukan keputusan laluan kehidupan di masa akan datang...Tahniah daripada ayah, mama, Amirul, Amir, Atuk dan Nenek..


Gambar sebagai kenangan di SKTM

Tahniah sekali. Kira ok le keputusan tu jika nak dibandingkan dengan ayah dulu. Hehehhe. Ayah cuma ada Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Ayah cuma perolehi 5B Mama pula dapat 3A2B. Kira anak-anak ayah lebih baik daripada ayah dan mama. Alhamdulillah. Kira bagus le tu... Teruskan usaha!!!

p/s: Semoga semua guru dan staf SKTM sudi-sudikan diri untuk meraikan sedikit jamuan makan sewaktu rehat di kantin, esok hari (Jumaat)- makan nasik campur. Itu saja mampu aku menghargai guru-guru dan staf SKTM kerana usaha gigih mereka mendidik anak-anak bangsa, termasuk anak aku. Aku sudah sms kepada GBnya. Pastinya semua guru dan staf akan ketahui akan hal itu kerana memo akan keluar esok hari. Selamat menjamu selera...

Continue Reading...

Nov 18, 2009

Saat liburan sekolah - SmartKlamp

Hanya beberapa hari lagi, cuti sekolah akan berlangsung. Bukan sekadar kanak-kanak akan berasa gembira, guru-guru juga tidak ketinggalan untuk meraikannya. Di saat liburan sekolah ini, ibu bapa juga mula menyusun plan untuk membuat pengisian cuti sekolah. Ada yang mula nak menyusun lokasi untuk merehatkan diri bersama keluarga, ada yang mencongak-congak untuk pulang ke kampung, ada juga yang mula menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan anak-anak mereka dan bermacam-macam lagi. Agak-agaknya, ada ke tidak si bapa mengira hari untuk bersanding lagi? Hehehhe.

Tidak ketinggalan juga untuk ibu bapa yang mula membuat tempahan tarikh untukanak-anak mereka berkhatan. Dulu-dulu, kaedah berkhatan agak menggerunkan. Kanak-kanak perlu mandi terlebih dahulu untuk proses 'mengecutkan'. Siap memakai kain pelikat, duduk berbaris menunggu giliran Tok Mudim 'mencantas'. Kanak-kanak perlu duduk di atas batang pisang sambil merenung Tok Mudim mengasah pisau. Berdarau darah rasanya... Itu dulu.


Gambar Hiasan

Sekarang, proses berkhatan agak mudah. Ada beberapa klinik yang menggunakan kaedah SmartKlamp. Banyak kelebihan menggunakan kaedah ini. Semuanya ada di ceritakan di sini dan di sini.

Di sini juga ada senarai klinik yang berdaftar untuk menggunakan kauedah itu. Di Tanjong Malim juga ada klinik yang menawarkan perkhidmatan ini. (berhadapan dengan pintu utama masuk ke UPSI). Kosnya sebanyak RM140.00 untuk seorang. Aku dah tanyakan harganya.

Hakikatnya, entri ini tak ada kaitan hubungan perniagaan antara SmartKlamp dan aku. Entri ini sekadar info untuk ibu bapa yang merancang untuk program berkhatan untuk anak-anak mereka. Itu jer...


Continue Reading...

Sep 17, 2009

Raya : Pakat anak beranak

Cuti sekolah sempena raya sudah bermula. Projek baru dimulakan. Projek ini projek anak beranak. Projek ini sekadar memeriahkan suasana untuk merasai musim raya. Walaupun sempoi, tetap ianya dilaksanakan.

Petang tadi, aku membeli segala keperluan projek. Cornflake, madu dan margerin. Gula dan cup cake dah memang ada stoknya. Lepas berbuka, anak-anak dah mula bersedia dengan tugasan masing-masing.
Bahan-bahan asas

Jam 10.00 malam, projek bermula. Aku membuat sukatan ikut cawan (aku rembat dalam almari. Mem besor tak tahu). Madu, gula dan marjerin di masukkan dalam cawan masing-masing.

Memula, cairkan marjerin dlm kuali. Kendian campurkan gula dan madu. Kacau hingga gula mencair dan sebati. Ambil cornflake, ramas-ramas sikit utk kecilkan saiz, baru dimasukkan dalam kuali. Gaul hingga sebati... siap! Ini tugasan Amira.
Amira si tukang gaul. Amir sedang beraksi!

Ketika itu, Amirul membentang surat khabar atas lantai. Amir kena susun cup cake yang kosong atas surat khabar. Amira dan Amirul kena masukkan conflake yang manis dan berkilat ke dalam cupcake. Amir pula taburkan chocolate rice atas conflake dalam cupcake. Pandai-pandai le korang. Aku kena peratikan kerja diaorang. Maklum le, siap 2 cupcake, 1 hasil dlm cupcake masuk mulut depa! Cepatnya siap... Sempoi ja, tak dimasukkan daam oven langsung. Apa yang ada jer!. Hehehhe.
Projek pakat adik-beradik

Mem besor jadi pemerhati dari jauh. Ada tugasan tersendiri. Baju raya tukang jahit memang akan siap last-last minute. Sekarang dok ngadap mesin jahit je. Baju tema warna oren untuk tahun ini. Tahun depan warna apa pulak ek?

Oren : warna tema sekeluarga!

Weiiii...bila nak balik kampung ni? hehehhehe.


Bila dah sejuk
Continue Reading...

Sep 8, 2009

UPSR : Bukanlah elemen penentu masa depan

Geruh, resah, yakin dan gemuruh saling berganti. Itu proses biasa apabila seseorang pelajar memasuki dewan peperiksaan. Bagi pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2009 pastinya melalui perasaan sebegitu. Itu proses biasa.

Kekadang, sebagai ibu bapa terlebih risau berbanding anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan UPSR hari ini. Guru-guru juga tidak ketinggalan yang resah gelisah memikirkan anak didik mereka yang sedang menjawab kertas peperiksaan hari ini. Ini kerana anak-anak dan anak murid yang menduduki peperiksaan hari ini seperti menduduki ujian-ujian biasa sahaja. Ada juga anak-anak didik yang seumpama ceria tanpa ada terdetik perasaan gemuruh di pagi hari untuk menduduki peperiksaan. Itu semua asam garam demam peperiksaan.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR hari ini semoga anda perlu tenang demi menenangkan anak-anak anda.

Ibu bapa, perlu ketahui bahawa UPSR bukanlah elemen penentu kejayaan anak-anak di masa akan datang. UPSR hanyalah sebagai langkah mula untuk memasuki ke alam yang lebih pancaroba. Waima tersungkur untuk UPSR, masih ada ruang dan peluang untuk bangkit semula dalam mengatur langkah. Namun, apabila UPSR mencatatkan keputusan yang cemerlang, itu hanyalah langkah mula yang lebih teratur dan tersusun untuk amsa depan mereka.

Selamat Menjawab Dengan Tenang

Siap buat tanda peace sebelum ke sekolah pagi tadi. Jawab le sebaik mungkin... Nampak gayanya, soalan untuk hari ini agak mudah. Mudah-mudahan Along dapat buat yang terbaik! Esok tak tau lagi....

p/s : Baru dok explore utk editing gambor warna berlatar belakangkan hitam putih... semunya ada dalam internet

Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template