Showing posts with label ChentaHati. Show all posts
Showing posts with label ChentaHati. Show all posts

Dec 28, 2008

Bukit Fraser - Menyusur Banjaran!

Lepas Zohor - aku, ChentaHati dan Amirul menyusur banjaran menuju ke arah Bukit Fraser. Aku dan Amirul sekadar memakai halmet 'steng' aje. Tak sesuai pulak aku dan memakai halmet fullface. Selama ini, aku sekadar mendengar lokasinya saja. Jengah belum lagi. Aku plan sekadar nak riki view kat atas sana. Apa yang menarik agaknya. Adakah kena atau tidak dengan jiwa aku.

Tiba di Kuala Kubu, aku membelok menghala ke Bukit Fraser. Meneruskan perjalanan hingga ke empangan. Berhenti seketika untuk mengambail gambar Amirul berlatar belakangkan empangan tu.

"Ayah, macam cerita CicakMan 2 la.. Tempat macam ni la, airnya warna hitam!" kata Si Amirul.

"Wa...Amirul ingat noooo! Ni la dipanggilkan empangan air. Air dari sini le yang dihantar ke rumah kita..," balas aku sambil nyengih bila disebutnya CicakMan 2 yang kami tengok sefamili semasa balik ke Kluang minggu lepas!

Sempat juga le perabihkan sebatang rokok sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Jalan rayanya luas, ada 2 lorong. Sedap juga layan kona. Hehehe.

Di Empangan Sungai Selangor, Kula Kubu Bharu

Kami meneruskan perjalanan. Dari empangan tu, hanya 32km sahaja lagi untuk sampat ke puncak Bukit Fraser. Cuacanya makin lama makin sejuk. Glove pulak aku tak pakai. Jari-jemari terasa juga sejuknya. Amirul mula menyeluk poket jaket aku smabil memeluk pinggang aku. Sejuk katanya. Jalan raya semakin kecil dan lembab. Hujan renyai telah turun awal tadi. Aku bawa ChentaHati slow saja. Aku pun macam risau juga, maklum le 2 tayar saja. Kalu 4 tayar, tak le kisah sangat. Takkan terbalik. Hehehhe. Aku hanya bawa leih kurang 20-40km/jam je....risau! Walaupun lambat, asal sampai!

Akhirnya, lebih kurang jam, 4.00 petang, aku tiba juga aku di post menunggu. Ada 2-3 buah kereta saja. Bila dilihat pada signboard waktu naik dan turun, waduhhh...pukul 5.00 petang baru dibuka untuk naik ke puncak! Aku dah mula boring. Bab menunggu bukan kerja aku...memang kurang sabar kalu bab itu. Aku mengambil gambar Amirul untuk kenangannya nanti.

Di Post Menunggu

Kereta makin berderet untuk menunggu waktu naik ke puncak. Ada pulak sorang brader dari Ayer Hitam, Kluang dalam perjalanan ke PPangkor. Dia melalui Kuala Lipis dan tiba di post menunggu ini. Berborak le kejap. Dia nak melalui Kuala Kubu untuk ke Lumut!. Aku ajak juga dia naik ke atas puncak dulu.

"Alaaa bang, kita naik jam 5.00 petang. Kita ronda-ronda la kat atas puncak tu. Tengok le apa-apa yang ada. Nanti, jam 6.00 petang kita sama-sama turun le ke Kuala Kubu. Alang-alang dah sampai bang... Boleh jugak kita tahu apa yang ada kat atas sana..menarik ke idak. Kita naik ek?" ajakan aku sekadar menyokong apa yang terpendam dikalbunya.

Tepat jam 5.00 petang, gate mula dibuka untuk naik. Aku mendahului semua kereta sebab aku cilok masa gate di buka. Aku tak beraniiiiiii! Jalannya muat untuk sebuah kereta je! Berkona-kona! Aku bawak slow jer.. Kereta-kereta di belakang aku pun turut slow je sebab aku dah bawa slow! Aku peduli hapa kereta kat belakang aku. Yang penting aku selamat.... Lebih kurang 15 minit, aku tiba di puncak! Sejuk dan berkabus!

Bagi aku, Bukit Fraser ni sekadar tempat utnuk berehat2... Kalu bawa famili, sekadar untuk jalan-jalan dan berehat je le. Berbeza dengan aktiviti seperti di Cameron Highland! Walau bagaimanapun, masih ada beberapa ruang dan lokasi yang boleh diterokai di puncak sana. Klik di sini. Hakikatnya, aku tak punya banyak masa untuk menerokai di ruang sana. Yang penting, aku sempat belikan t'shirt hitam lengan panjang yang ada lukisan view dan tulisan Bukit Fraser untuk mem besor! Juga dibeli batch untuk anak-anak aku! Untuk aku.....aku dapat tiba di Bukit Fraser udah ler! Hehehhehe...

Di Bukit Fraser

Perjalanan pulang, agak lambat. Hujan! Fullface halmet dan glove, aku tak pakai.

"Ayah, hujan tikam muka Amirul la,"

"Sandarkan muka Amirul belakang badan ayah!" balas aku sambil bawa ChentaHati dengan hati-hati. Naik kebas juga jari-jemari aku!

Tiba di Kuala Kubu, aku berehat kejap di Dataran Kuala Kubu. Aku pekena kopi-o dan Horlick tarik untuk Amirul. Aku call brader dari Ayeh Hitam tu. Dia pun dah turun ke bawah, singgah di Petronas Kuala Kubu!

Pastinya Amirul dapat pengalaman! Amir...ko tunggu le ko besor sikit, kompom ko boleh ride dengan ayah! Hehehheheh.

Moral:

Teruskan perjalanan walau sesukar mana sekali pun. Yang penting KITA tahu MATLAMAT apa yang diingini. Kekadang, perasaan takut dan gentar, meracuni minda kita untuk U-TURN! Cuba kita lihat di sekeliling kita, berapa ramai yang U-TURN dalam melakukan sesuatu perkara!

Continue Reading...

Oct 3, 2008

Raya Ketiga

Lebih pada berehat di rumah. Kemas-kemas barang. Tersalah setting program, aku tak susun awal-awal. Hampeh jadinya. Petang, kami balik ke Kluang.

Aku tersinggah kat Rossi Bundle di Tangkak. Dapat aku jumpa dengan taukenya. Berborak kejap. Rupa-rupanya orang Melayu Kemboja. Dah bertapak di Tangkak 4 tahun lalu. Asalnya berhijrah dari Simpang Renggam. Maka kenal la jugak saudara-maranya. Rupa-rupanya itulah pelanggan tetap JITU AUTO. Jadi member la.. Bundlenya agak menarik. Ada daya tarikan tersendiri. Selain pakaian bundle mcm kedai-kedai lain, aksesori pakaian untuk mat-mat motor superbike dan easy rider/chooper memang banyak. Tersadung jugak aku! Maklum le, sememangnya aku berkenan. Aku fikirkan tahun depan jenuh jugak aku nak ke Tangkak untuk lain kali. Maka aku sambar la terus..Heheheheh.

Imran dan Aku sempat berposing dalam Rossi Bundle

Amirul pula bergaya atas Cilik Superbike. Macam sempoi gak motor tu...

Kami tiba malam di Kluang. Selepas mengemas barang-barang, gian aku dah mari. Aku capai kunci ChentaHati, saja meronda-ronda bandar Kluang untuk panaskan enjin. Dah beberapa hari tak start, kan? Hehehhehe.

Continue Reading...

Sep 14, 2008

Aku jumpa lagi...


Aku ni agak pelik sikit. Jika aku menggemari sesuatu, aku akan berusaha untuk dapatkannya. Walau lambat, akhirnya aku akan miliki jua. Tetapi dalam pencarian itu, mana-mana yang terbaik sahaja yang aku akan tunjukkan pada Mem Besar. Aku tahu di mana ada lubuk di situ akan ada ikannya. Setiap lubuk yang aku jumpa di sepanjang laluan aku, tetap aku jengah. Tetap aku belek, tetap aku kelebek, tetap aku sentuh. Walaupun ikannya tidak aku berkenan, aku tetap jengah juga. Itulah aku.

Hari ini, lepas Zohor, aku ngan mem besar meronda pasar Ramadhan di bandar Kluang. Bazar ini adalah anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kluang. Kali ini aku masuk melalui pintu utara bazar itu. Biasanya aku hanya memasuki pintu selatan. Dulu aku masuk ikut pintu timur. Melalui pintu utara, banyak greai baru yang belum aku jengah. Hati aku akan berdebar bila aku memandang gerai "bundle". Aku memang alergik. Jika Si Bongsu aku mengikuti kami, memang dia dah tau peel ayahnya. Jika melalui gerai yang sebegitu, dia pasti seret tangan aku untuk tidak menyinggah di kedai bundle. Petang ini, Si Bongsu tak ikut. Dia bersama abang dan kakaknya berehat di rumah sambil melayan PS2. Hanya aku dengan mem besar saja meronda-ronda dengan menaiki CHINTAHATI.

Mem Besar memang dah tau peel pelik suaminya. Hehhehe.

"Yang, ada bundle baru la. Kita belum jengah lagi kan?"

"A'a la, Jom. Mana la tau, kalau-kalau ada. Hehehheh. Tengok, mamat tu pun masih dok gantung2 baju lagi".

Mem Besar memang dah tau apa hajat aku. Beberapa buah bundle yang kami jengah sebelum ini, Mem Besar jadi penilainya. Sama ada sesuai atau tidak untuk aku miliki. Mem Besar juga akan jadi penentu nilainya. Aku sekadar tunjuk dan sebut. Apa-apa pun Mem Besar juga penentu keputusannya. Maklum le, bukan mudah nak jumpa sesuatu yang sememangnya kita minati.... Jenuh juga aku mendongak dan menyelak.

Akhirnya, aku jumpa juga T'SHIRT HARLEY DAVIDSON warna hitam. Bagi orang lain, apa la sangat nak beli-beli barang bundle. Bagi aku, nilainya sangat tinggi. Entah le, mungkin minat aku tu sejak dari zaman bujang lagi kot. Pantang nampak gerai bandle. Cuma, nak singgah atau tidak bergantung pada decoration sesebuah kedai itu. Mungkin aku jenis high taste kut! Hahahha.

Ada sesetengah kedai sebelum ni, aku pernah juga jumpa tshirt sedemikian rupa. Aku tak berkenan kerana warna corak dan tulisan harley atau chooper, terlalu "garang" sangat. Siap ada gambar tengkorak lagi...warrggg..tak berapa kena la dengan jiwa aku. Walau aku agak brutal, tetapi untuk corak sebegitu tak kena la ngan position aku. Hehehhe.

Kali ini, aku memang tergoda dengan t'shirt tersebut. Lembut sahaja coraknya. Very clean! Tak ada sampai keluar-keluar api seperti t'shirt2 yang aku temui sebelum ini. Ermmm, aku terus sambar dan bayar. Bagi aku, kalu aku dah berkenan, minda aku MACAM TAHU je utk seiring dengan HAJAT aku.. Hahhahahha. Boleh ke kata gitu? Alasan yang paling logik!

"Hello brader, kalu lu tak ambil kali ni, kompom la... mana-mana mat motor lain akan sambar beb!" Bisik minda aku sambil meruntun jiwa murni aku. Hahahha

Hahahhahahah. Akhirnya, aku yang menang, sebab aku yang beli dulu. Hahahhah.


Continue Reading...

Aug 17, 2008

Layan diri

Lebih kurang 40 minit aku berada di Stadium, aku call Cikgu Sudin. Tentunya dah ramai yang berkumpul di bandar.

"Din, ko kat mana?"

"Tudung Saji. Diaorang dah gerak. Aku melayan PA YB Jais kat sini"

"Ok. Aku gerak sekarang"

Bergegas aku dengan ChintaHati ke Tudung Saji. Tudung Saji ialah sebuah restoran yang dipilih untuk setiap program yang berkaitan dengan Pemuda dan UMNO Bahagian juga program belia dan sukan negeri Johor. YB Jais adalah Exco Belia dan Sukan Negeri Johor.

Hari ini adalah Kluang Bikers menyambut ketibaan Pasukan Bermotor seluruh Johor. Pasukan Bermotor dari Utara Johor akan disambut melalui Jalan Mersing dan dari selatan Johor akan disambut melalui Ayer Hitam. Pasukan Kluang Bikers diagihkan kepada 2 group untuk menyambut Pasukan Bermotor tersebut. Aku pulak freelance tapi boleh join mana-mana group.. Mungkin aku tak berapa suka terikat. Aku lebih suka bergerak ke mana saja aku nak pergi. Maka hari ini aku tak memakai apa-apa uniform untuk menjuruskan position aku. Aku lebih suka membantu mana-mana part yang lebih menjurus kepada minat aku. Kalu nak ke hulu hilir tak tentu arah...ermmm bukan aku kot! Penting diri jugak aku noooo...hahahahaaha atau aku jenis mendahulukan mana-mana yang lebih perlu.. ermmmm. Pembaca lebih tahu, kan?

Dari kiri: Joe Craft, Cikgu Sudin, PA YB, aku, wartawan.
ChintaHati aku salah satu drp paparan motor di atas. Simple dan ranggi!

So, aku berada di Tudung Saji lebih kurang 40 minit saja. Sempat berbual dengan PA YB Jais dan Cikgu Sudin. Aku tak sempat nak tunggu Pasukan Bermotor yang dinantikan itu tiba di lokasi. Aku dah dapat call drp Mem Besor bahawa event Amira di Stadium dah selesai. Aku terus bergerak balik ke rumah. Kami nak pergi jemputan kahwin rakan sekolah mem besar. Heheheheheh. Ini kerana lewat petang nanti aku akan ke bengkel pulak. Layan cuti dan memanfaatkannya...
Continue Reading...

Aug 16, 2008

Membelah Angin

Petang:
Selepas Jumaat, aku agak kelam kelibut sikit. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Aku perlukan bantuan mem besar untuk selesaikan beberapa kerja. Akhir sekali mem aku tolong hantarkan beberapa jenis item barang ke bengkel di Simpang Renggam. Tugasan ambil anak di sekolah agama di waktu petang, aku ambil alih. Ini sebab, ada beberapa kerja yang perlu aku selesaikan di bandar Kluang. Akhirnya dapat diselesaikan dengan sentuhan azimat mem besar. Akhirnya kami berjumpa dan ngeteh di Bangunan Mara Taman Intan. TQ mem besooorrr...

Malam:

Selepas Maghrib mem besar bawakan anak-anak ke sekolahnya. Mem besar perlu mengadakan kelas ganti tuisyen utk pelajar UPSR. Aku pula ada urusan dengan Cikgu Sudin berkaitan beberapa sparepart ChintaHati aku. Juga aku dah set dengan Cikgu Sudin dan Yan untuk ke Simpang Renggam untuk memantau ChintaHati yang aku tinggalkan dibengkel. Selesainya, berjumpa pula dengan Cikgu Faizal tentang hal kehidupannya... Ngeteh sekejap di warung berhampiran rumah Flat.

Jam 9.30 malam, mem aku selesai tuisyen dan dah set untuk balik ke rumah. Aku bergegas pula ke kedai bundle Al-Bashid. Aku dah berjanji dengan taukenya untuk nak ambil 'sandel' kulit buatan tangan. Limited edition dari Singapura. Ermmm... 'sandel' ni aku dah riki ngan mem besar 2 hari lepas semasa ronda-ronda malam di bandar Kluang. Memang aku tak pernah tengok design tu pun. Rabak la RM100.00...janji syiok! Taukenya buka harga RM150.00.

Jam 10.00 malam, aku sefamili nak pergi ngeteh kat Warong Tok Uban (kata anak aku sebab taukenya berambut putih keseluruhannya). Nak dijadikan cerita, makanan di warung Tok Uban banyak yang dah kehabisan. Aku terus call Cikgu Sudin supaya dia dan Yan terus bergerak ke bengkel aku di Simpang Renggam. Masing-masing membawa Vulcan. Aku sefamili terus bergerak ke Simpang Renggam. Mem drive Astina lampu kelipot-kelipot tu. Aku pulak jadi macam bos kat sebelah. Hehhehe.

Tiba di bengkel, mem bawa anak-anak ke Laman Simpang Renggam - tempat makan secara open air. Aku, Cikgu Sudin dan Yan layan kepala dengan Vulcan masing-masing. Di sana terjumpa pula dengan Pak Itam, seorang yang veteran dengan Vulcan 8 nya. Kami dok semeja. Mem pula dok semeja di sebelah dengan anak-anak. My mem very sporting and supportive. TQ Mem besar. Selesai makan, mem besar bergerak dulu dengan anak-anak ke Kluang. Mereka membelah malam anak-beranak.

Aku, Cikgu Sudin dan Yan mula bergerak ke Kluang menaiki highway Machap. Aku saja nak lepas gian untuk MEMBELAH ANGIN. Nampak gayanya dah lama aku tinggalkan zaman motor. Hahahhahaah. Paling brutal ialah di zaman maktab dengan Jipang Harley Davidson aku. Hahahahhaha. Nampak gayanya, bila naik motor easy-rider ni, aku belum biasa. Baru setakat Simpang Rengam ke Kluang melalui highway, abis sengal bahu aku. Terasa juga lenguh pinggang...Waduh pak...gawat nih! Mungkin ada kaitan antara handle dan seat. Mungkin juga saiz badan aku yang cute!

Tiba di Kluang jam 1.30 pagi. Singgah minum sekejap di Restoran Al-Manshur, Taman Intan. Ramai gak geng-geng politik di situ. Cikgu Sudin maklumkan bahawa hari Ahad nanti akan ada konvoi menyambut "sekumpulan orang" di Tol Ayer Hitam dan mengarak mereka ke Kluang. Untuk sesi makannya nanti adalah tajaan YB Hj Jais bin Sarday, DUN Mahkota. Aku tertarik juga kerana ruang dunia geng motor ini belum aku terokai...

Yang pastinya, esok pagi aku iringi mem besor ke Kem Mahkota untuk melihat latihan renang si Amira tu. Petangnya pula, aku, Cikgu Sudin dan Yan akan ke Batu Pahat dan Parit Sulung. Amboiii...manfaat cuti sekolah sungguh nooooo...

Continue Reading...

Aug 7, 2008

Chenta hati...


Vulcan 500cc yang standard, itu biasa. Bagaimana pula jika Vulcan 500cc dah diupgrade ke rupa bentuk Harley Davidson..? Tunggu dan nantikan keluarannya. Kena pula warna oren...mcm sempoi tapi jika yang tahu menilai, akan sentap! Manakala yang tak tahu menilai...
"Apa la brader... ini macam pun lu angkat ka?"
Itulah dialog-dialog yang akan terpacul keluar...
hehehhe
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template