Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Jan 6, 2011

DEMAM : Masuk wad, sudah 4 hari. Esok keluar..

06.01.01 - Khamis :

| *_* |


Demam urat. Sudah 4 hari masuk wad. Esok mungkin keluar wad.


Kuda besi yang demam urat. Tuan punya kuda besi pulak yang demam
tak kebah-kebah.... fuhhh

Jika tak ada aral melintang, InsyaAllah, esok petang akan menghala ke utara merungkai perkara baru pulak... Moga-moga selamat dalam perjalanan.


Continue Reading...

Oct 3, 2009

Raya : Pelbagai dalam satu...

Bagi orang Melayu, bidang perniagaan bukan menjadi budaya dalam kehidupan kita turun-temurun. Bagi generasi baru yang ingin dan baru menapak dalam dunia perniagaan ini menjadi satu amalan yang agak sukar untuk diamalkan. Beberapa amalan yang tidak menjadi budaya dan tabiat, memerlukan kesabaran untuk mengamalkannya.

Kebiasaannya, kita terbiasa dengan mentaliti makan gaji. Malahan budaya sebagai 'pekerja' memang menjadi tabiat kita. Untuk itu, upgrade minda dan cara berfikir harus ditekankan. Penekanan ini memerlukan kesabaran dan ketekalan jiwa. Beberapa pengalaman untuk aku membentuk dan upgrade minda seorang pekerja kepada pengurusan memang menguji kesabaran aku. Dalam pada itu, kesabaran dan kekuatan jiwa kita sangat-sangat teruji. Itulah niat dan impian aku dan mem besor.. Insyallah, akan terlaksana di masa akan datang.


Hari raya ke7 lalu, aku kembali ke Melaka. Kami sekeluarga menginap di Strait Meredian. Aku ambil keputusan untuk membuat refleksi dan melihat perkembangan dan penguncupan yang berlaku dalam urusan perniagaan yang diuruskan. Alhamdulillah, semakin baik perkembangannya. Moga-moga impian aku dan mem besor akan tercapai. Semoga kami berjaya membentuk waris yang kami miliki akan berjaya dalam bidang perniagaan suatu hari nanti. Insyallah.


Saja discuss2 apa-apa yang patut untuk pengurusan 2010. Alhamdulillah, minda semakin terbuka.... Moga-moga kedua waris kami akan memiliki perniagaan sendiri.

Continue Reading...

Nov 26, 2008

Projek lagi..

Kereta projek memang lambat siapnya. Kena ada masa lapang dan lengang. Juga aktivitinya agak rencam. Tak boleh nak nyambil-nyambil. Bodek demi bodek mcm dah hampir nak berjaya. Kena masuk lagi gamaknya supaya geran bertukar tangan. Selagi geran belum bertukar tangan, belum boleh ngaku lagi.

Kereta Projek 1 : (Mini Cooper)

Mini Cooper ni macam dah nak sampai ke tahap yang memuaskan. Sistem break, enjin, lantai dan sebaginya sudah selesai. Skrg sembur antirust kat kedai sebelah bengkel. Enjin dah boleh running. Aksesori tunggu masa nak pasang jer. Sikit masa lagi boleh le layan mini Cooper pulak. Agak-agaknya, kalu bawak ke Behrang macam menarik juga. Aku cuma takut sakit pinggang sepanjang perjalanan atas lebuhraya utara-selatan tu. Apa-apa pun tengok keadaan dulu.

Mini Cooper

Kereta Projek 2 : (Morris)

Ini juga yang lama. Enjin dah boleh running. Geran dah bertukar tangan berbulan lalu. Baru ada masa nak belek-belek body. Banyak juga yang nak kena welding. Lantai, birai pintu dan sikit2 kat body. Walaupun diwelding, seni kat bodynya takmau diubah. Kalu siap memang mengancam. Cuma, bila nak siap je taktau.

Morris Minor


Continue Reading...

Oct 13, 2008

Refreshing .. Plan Pembangunan 2008

Malam ini aku dan krew aku bincang lagi. Merancakkan apa yang direncanakan. Moga-moga, plan untuk tahun ini tercapai. Malam ini dipilih kerana kakitangan Jitu Auto baru balik dari bercuti di Pulau Tioman. Bagi mereka benar-benar berehat dan bersantai. Selepas ini, setiap hari mereka akan bermain dengan masalah dan menyelesaikannya.

Kami bergerak ke Rest House Kluang. "Dah lama tak ke sini?" kata Si Julie. Waiter lembut yang meliut tangannya sambil menguntum senyuman. Suaranya aje yang macho. Hahaha.. Menarik! Memang meja lama dulu jugak jadi parking kami.

Setakat ini, plan pembangunan sepanjang 2008 tercapai! Pagar, peluasan kawasan operasi, ruang rehat untuk pelanggan, sistem pengkomputeran dan pengkeranian semakin terancang dan tersusun rapi. Insyaallah, sistem internet dan wireless akan dilaksanakan dalam tahun ini juga. Maka pelanggan aku akan dapat acces internet sewaktu menunggu kenderaan mereka! Wow! Salah sorang krew Jitu Auto akan kendalikan forum dalam laman web Jitu Auto berkaitan pembaikan kenderaan. Itupun jika mereka berkesempatan. Insyallah, itu adalah visi yang aku letakkan untuk krew aku laksanakan.

Visi terbaru, jika aku berjaya untuk tidak mengajar selama 2 tahun, segala perlaksanaan dan membuat keputusan operasi dan pengurusan, aku serahkan kepada krew aku. Aku dah mula minta mereka buat keputusan sendiri dalam melaksanakan perancangan. Aku cuma menantikan report dan memberi sedikit komen dan pandangan. Impian peribadi aku ialah, aku berjaya mewujudkan 2 orang usahawan berkaitan bengkel dalam keluarga aku sendiri dan dilaksanakan oleh orang yang aku amanahkan. Juga, dalam tempoh 2 tahun lagi, sebuah cawangan akan wujud dan lokasi belum diketahui. Apa-apa pun, itulah perancangan kita. Yang menentukan dan mengizinkan ialah Allah SWT.

Dalam perbualan kosong dengan krew, aku dapat pengalaman baru. Perbezaan mentaliti dalam masyarakat kita. Itulah kita di kalangan kita. Mentaliti makan gaji amat berbeza dengan mentaliti orang berniaga. Itu hakikat! Orang (makan gaji [kakitangan awam]- menerima gaji setiap bulan) kurang memikirkan dari sudut visi dan misi dalam menuju ke arah tersebut. Bagi yang dah bergaji besar, mungkin terlalu selesa dalam mengharungi hidup. Kelompok ini amat sukar menghadapi risiko dan terancam akan kehidupan mereka. Maklumlah, sudah terbiasa dengan mudah.

Berbeza pula dengan orang (berniaga - untung nasib bergantung pada perniagaan sendiri) yang terpaksa hidup dalam keadaan berhati-hati dan tidak terlalu bermewah. Jatuh dan bangun dalam perniagaan sentiasa dalam minda mereka. Maka segala risiko dan zaman kejatuhan akan kunjung tiba pada bila-bila masa sahaja jika terleka dan perlu sedia menghadapinya. Senyum mesti sentiasa di bibir!
Continue Reading...

Jul 25, 2008

Rezeki.... Mem Besar!

Setelah berbincang dgn mem besar, kami ambil keputusan Kancil Black Metal mem besar tu, kami upgrade enjinnya. Enjin asalnya Daihatsu 660 (Jepun) perlu dilondehkan. Sepanjang 3 tahun digunakan, memanglah mem gunakan untuk ke sekolah dan kami sefamili round2 bandar di masa terluang...

Then, bincang pulak dengan pomen. Diaorang cadangkan enjin L200s Turbo je dah cukup. Aku gemarkan gearbox manual. Boleh le melaram. Jangan le terlebih tekan pedal minyaknya, berdecit2 enjinnya.. Jenuh la mem aku. Hahahah.

Tujuan upgrade ialah untuk mudah pergerakan jarak jauh aku sorang-sorang untuk tahun depan nanti. Itupun jika perlu aku berkenderaan. Jika tidak, naik bas le jawabnya... Apa-apa pun tengok situasi nanti.

Berbalik semula pada enjin...memang aku order enjin halfcut Mira L200S Turbo. minggu lepas. Payment aku sattlekan.. Rabak juga RM3000.00. Esoknya, pomen call aku bahawa enjin dah sampai. "Tokey, bila nak mai tengok enjin ni..apa dah jadi?", kata taucu aku sambil gelak-gelak. Boring betul aku.

Petang tadi aku ke kedai halfcut ambil tangki minyak untuk enjin tu. "Tokey, manyak untung la lu. Lu dapat itu enjin maaaa.." kata tokey halfcut tu. "Apa ke halnya pulak dah!" gerutu hati aku sambil nyengih-nyengih. Sebenarnya, aku sendiri pun belum tengok halfcut yang dah sampai di bengkel. Aku mesti checking...apa ke halnya dengan enjin L200s turbo yang aku order tu...

Rupa-rupanya, halfcut enjin L200s tak de kat bengkel aku...yang ada cuma enjin halfcut Mira L500S Turbo...fuiiyoooo.... rezeki beb! Enjin L500S di Jepun ni adalah hasil upgrade daripada L200S Turbo. Lawa gak kat dashboardnya...tak le memetak mcm kancil asalnya... Kalu dashboard Mira L200S mmg sebijik macam kancil.. Alhamdulillah!

Continue Reading...

May 1, 2008

Gabungan...

Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bikin muafakat!

Ingat lagi aku akan lagu yang sering didendangkan di kaca televisyen suatu waktu dahulu. Cuma kali ini, aku paparkan coretan ini menggunakan sarikata lagu itu untuk makna yang sama tetapi situasi yang berbeza.

Lumrahnya, makna sarikata itu lebih menjurus kepada dua situasi yang berbeza tetapi digabung dalam situasi lain agar menjadi satu situasi yang penuh makna!. Begitu juga dengan aku. Kebiasaannya, tugasan seorang guru tak pernah menemui titik penghujungnya. Ada saja yang mendatang. Malah, sesuatu tugasan sedang dilaksanakan, datang pula tugasan lain. Begitulah kita dalam apa jua pekerjaan pun. Tambahan pula, aku menyibuk juga dalam urusan bengkel JITU AUTO SERVICE CENTRE. Bertambah-tambah keritih lagi kaki dan tangan aku. Di sini, jelaslah bahawa, tugasan seorang guru dan pengurusan bengkel adalah suatu bidang yang amat berbeza. Corak watak kita juga berubah.

Oleh itu, bertepatan dengan sarikata lagu tadi, aku gabungkan kerja seharian aku sebagai pendidik dan pengurus bengkel dalam satu situasi lain. Inilah dia!

TAG : untuk 40 orang Pegawai Teknikal yang bertugas

Kebetulan, sekolah aku selaku Pengelola Pertandingan Bola Jaring dan aku juga salah seorang yang berada di lekasi berkenaan. Kawan-kawan pulak yang dipanggil bertugas. Maklum le, dalam pendidikan, untuk pengurusan pertandingan seperti ini, budgetnya sememangnya ciput. Tapi, seperti kebiasaannya, takkan le nak nak mengurus pertandingan peringkat negeri dalam keadaan yang sempoi! Maka dalam pada dok berbincang dengan kawan-kawan, terhasillah tag itu sebagai sumbangan bengkel kepada masyarakat! Do the best! Done!
Continue Reading...

Apr 19, 2008

Rumah kedua....

Semenjak dua-menjak ni, aku sesangat keritih kaki. Aku kerap berulang-alik Kluang dan Simpang Renggam. Jenuh gak tu nak maintain jika ada "dua rumah". Letih dibuatnya. "Rambut Silver" kat kiri dan kanan kepala aku semakin bercambah. Nampak mcm bagus jer... Maknanya, rambut silver dah makin serasi jer ngan aku. Bagus gak tu!

Alhamdulillah, target aku terhadap umah kedua aku dah tercapai sebelum tiba masanya.. Maknanya tiba sebelum waktunya. Alhamdulillah. Aku lebih gemar rumah kedua aku berkonsepkan "open-air". Luas mata memandang, sejuk hati mengenangkannya. Harap-harap, aku dapat agihkan masa aku dengan seadil-adilnya, agar rumah pertama dan kedua tidak berkecil hati. Nampak mudah tapi payah, nampak senang tapi sukar. Gitulah sedanya... maka kepada rakan-rakan lelaki pembaca, mengimpikan ada "dua rumah", fikir-fikirkanlah. Kuatkah kita, mampukah kita dan adilkah kita... Sendiri mau fikir ler! Tapi jika mampu...teruskan!


rumah kedua

Continue Reading...

Mar 25, 2008

Congratulation...

"Yang... tayar belakang kancil sebelah kiri pancit di sekolah ni..." kedengaran sayup-sayup suara mem besar melalui handphone 'cokia' aku lebih kurang jam 10.00 pagi tadi. Line kat sekolah aku tak berapa clear...

"Ok. Nak betulkan sendiri atau nak minta tolong cikgu2 lelaki yang lain?" tanya aku pula.

"Rasanya nak belajar la...." balas Mem Besar aku.

"Kalu camtu, petang nanti kita tukarkan tayar spare. Untuk balik sekolah nanti cari-cari le kawan untuk hantarkan Yang balik rumah...boleh?" balas aku.

"Ok..beres.."kata Mem Besar tanda setuju.

Maka setelah selesai hantarkan Amira ke sekolah agama jam 3.30 petang tadi, kami berdua ke sekolah Mem Besar semula untuk proses pembelajaran menjadi "pomen emergency". Insiden ni first time semenjak mem menggunakan kereta. Dapat juga belajar ilmu tukar tayar. Mungkin hal ini mudah bagi sesetengah orang.

::Operasi Menukar Tayar ::

Beberapa maklumat mula diberikan. Rakan-rakan sekerjanya di sesi petang mula mengelilinginya. Maklum le time rehat petang. Mem Besar mula mengeluarkan tayar spare kat bonet dan mencari tool yang terselit di bawah tayar. Langkah pertama telah berjaya.

Langkah kedua menyusul. Body kereta mula diangkat menggunakan tool yang ada. Jenuh juga nampak gayanya. Siap duduk bersila lagi. Rakan-rakannya mula bergerak ke arah kelas masing-masing. Loceng tamat rehat telah berbunyi. Mem Besar masih lagi memutarkan tool utk mengangkat kereta. Aku sekadar menyenap gambar jer dan menyengih sambil menyakat Mem Besar. Aku meletakkan selipar sebagai tanda aras agar tayar perlu tergantung. Berjaya juga.

Skru mula dibuka. Jenuh sungguh. Petua diberikan. Skru yang nak dibuka mesti lawan arah jam. Maka, proses memijak tool utk membuka skru dimulakan. Jika nak menggunakan tangan, jenuh la gamaknya. Tak terganjak le skru tu. Fuhhh...fuh...fuh... Tambahan pula, skru tayar diketatkan menggunakan gun elektrik di bengkel kat Simpang Renggam. Terpaksa juga aku melonggarkan sikit skru dengan kederat lelaki. Untuk memudahkan sikit, yang penting asasnya perlu diketahui. Aku masih lagi menyenap aksi-aksi pomen. Berjaya langkah ketiga.

Apabila skru dibuka, tayar yang bocor tu digantikan dengan tayar spare. Aku minta Mem Besar lihat2 pada tayar yang bocor tu untuk mencari punca kenapa tayar itu bocor. "Lorrr...kena paku la Yang..." kata Mem Besar. Tahniah, berjaya juga langkah keempat ini.

Seterusnya, skru diketatkan semula apabila penukaran tayar sudah dibuat. Maka minta Mem Besar mencari kedai tayar bertentangan dengan Hotel Prime City. Itu je yang terdekat dengan sekolahnya. Kami bergerak ke sana dengan kereta masing-masing. Selesai saja urusan menampal tayar, nampak ceria di muka Mem Besar kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilik kenderaan yang banyak jasa kepadanya.

Mem Besar terus balik ke rumah. Aku membelok singgah di kedai kuih-muih di tepi jalan setentang Tadika Al-Husna di Kg Melayu. Lama dah kami tak merasa kuih-muih akak tu... semenjak Amirul meninggalkan sekolah tadika tu 2 tahun lepas. Sempat la aku ambil laksa penang utk aku, bubur kacang kegemaran Mem Besar dan buah melaka untuk Amir yang ditinggalkan di rumah. Hawa makan aku terus tersirap ke minda aku. Aku capai juga lepat pisang, dan lepat ubi. Heheheheh... Hawa makan!

=========================

"Murah je yer....RM5.00 je untuk tampal tayar tu kat kedai tadi..." kata Mem Besar bila aku tiba di rumah. "Padan ke dengan keje budak-budak tu kat bengkel tadi?. Masa try bukak tayar tu tadi...fuh...jenuh la!" kata Mem Besar lagi...

"Tu la... keje pomen. Orang yang tak pernah buat kerja tentang kereta masing-masing, selalu sangat kata "mahalnya ghega" bila pomen maklumkan ghega bayaran yang perlu dibayar oleh pemilik kereta." balas aku...

MORAL : Datang-datang le ke bengkel kereta di JITU AUTO SERVICE CENTRE di Simpang Renggam, Kluang.... untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. KEPUASAN ANDA MATLAMAT KAMI.....


Continue Reading...

Mar 11, 2008

Betul ke?

Cuti-cuti sekolah ni, banyak aku tumpukan masa aku ke bengkel. Dapat juga aku belajar buka head enjin satria..asalnya cuma nak tukarkan getah pada head enjin yang menyebabkan minyak ada sedikit leaking. Apabila aku membuka head cover tu, cham kete tu dah calar.


Aku minta "taucu" aku call owner kete tu untuk maklumkan hal itu. Beberapa kesan drp calar tu akan memberi effect pada enjin jika tak diganti. Itu yang perlu dimaklumkan kerana kesan drp calar itu akan membuatkan enjin bertambah problen nanti. Owner beri kebenaran untuk membuat top overhaul..




Continue Reading...

Feb 3, 2008

Kota Tinggi..

Hari ni aku ke Kota Tinggi. Malam tadi aku dapat sms jemputan daripada Md Nor sempena majlis makan-makan. Majlis ini dibuat sempena pembukaan bengkel barunya di Kota Tinggi. Mohd Nor ni aku kenal 2 tahun dulu semasa berkursus anjuran Mara di Johor Bharu.

Sebelum ke Kota Tinggi, aku ke bengkel dulu. Tetiba di sana, aku ternampak kete Mr Beans. Aku tersenyum! Aku membodek Cikgu Zamri untuk aku melaram ke Kota Tinggi. Maka, aku ke sana menaiki kereta Mr Beans. Saja nak test drive hingga ke Kota Tinggi. Hujan saja sepanjang perjalanan. Sakit pinggang oiiii bila naik kereta Mr Beans untuk perjalanan yang menjangkau 100km. Perrgghhh!

Wajah-wajah pomen Kota Tinggi dari kiri:
Sham, Md Nor, Wak Jai, Aku dan Enal

Tiba di sana jam 12.00 thari..ngam-ngam je time makan. Ramai juga geng-geng pomen Kota Tinggi termasuk costumer bengkel Md Nor. Bangga aku melihat perkembangan perniagaan rakan-rakan yang aku kenali. Pomen-pomen yang aku kenali di Kota Tinggi ni seumpama sifoo-sifoo aku dalam menguruskan bengkel.

Selepas makan, aku bergegas ke bengkel WakJai pulak di Taman Saujana, Kota Tinggi. Hari minggu, bengkelnya bukak. Hari ni juga aku dapat maklumat mesin scanner utk detect kerosakan pada kereta injuction. Menarik gak menatang tu hasil penerangan WakJai. Berharga RM8,000.00. Insyallah, akan aku usahakan untuk mendapatkan benda tu!
Continue Reading...

Jan 27, 2008

Meeting

Meeting Pengurusan
Jitu Auto Service Centre
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pelan Pembangunan Fizikal
Jitu Auto 2008

Bertempat : Rest House, Kluang
Hari : 26 Januari 2008
Jam : 9.45 malam


Dah selesai dan bersantai

Continue Reading...

Jan 22, 2008

Al-Fatihah...

Khas buat Along Kecik - sahabat pomen-pomen aku dan dianggap mcm adik-adik aku di Simpang Renggam. Malam td baru aku berborak dengan arwah di bengkel. Innalilla...

Continue Reading...

Jan 8, 2008

Projek baru lagi!

Weekend baru ni, aku ke bengkel untuk memantau perjalanan bengkel secara keseluruhannya. Juga aku memantau perjalanan projek yang sedang dan bakal dijalankan selain drp kerja-kerja rutin! Tu diaaaa..projek baru aku dan pomen-pomen di bengkel JITU AUTO SERVICE CENTRE..


PROJEK 1:
Kete Mr Bean - Cikgu Zamri punya.
(kete anak bapa angkat angkat aku di Simpang Renggam)
Dia dah jual Wolkswagen warna silver, thn beli yang ni pulak dah.
(ada dlm entri sebelum ni)

Kereta Cikgu Zamri yang baru dibelinya. Perlu diubahsuai hiasan dalamannya dan enjin serta beberapa menatang yang lain untuk mencapai kesedapan tahap gaban! Ghega yang dibelinya ialah RM18,000.00 siap tukar nama pada geran! Aku ada mencadangkan untuk tukarkan enjin Mira L200s (turbo). Kini pembaikannya dah hampir mencecah ghega sebiji halfcut Mira L200s. But, coustumer always right! Bayangkan, absorber depan, sebelah aje dah ghega RM300 lebih, siap bleh adjust lagi..sbb dia nak yang baik punya! Absorber asalnya dah kiok!

Hiasan dalamannya sedang dikemaskini...Seat Kancil/Mira TRXX digantikan! panel dashboard disalut dengan kain harimau belang...ngancam beb!

PROJEK 2:

..Sahabat Sunny aku..
- MY MORRIS -

Waaaa.... ini kete MORRIS CLASIC yang baru aku beli di Kota Tinggi! Gheganya cuma RM1,000.00 setelah berbincang semasa tawar menawar dulu. Dalam bab tawar-menawar adalah satu situasi yang paling aku gemari untuk menakluki keadaan dalam keadaan lembut dan mencairkan! Kipas siap tetonggok kat depan!

Pomen aku wiring semula kipas tu untuk dibawa balik kereta Morris ni dari Kota Tinggi ke bengkel aku di Simpang Renggam! hahahahah...Yang menariknya, enjin kereta ni, tuan asalnya dah tukarkan ke C20 (enjin van). Pomen aku cadangkan untuk masukkan enjin Ford 1.8cc yang dah memang ada stok kat store aku! Aku kira jadik jer!

Buah hati aku
....Papaku pulang dari kota....

Projek ni, bila nak siap pun aku tak tau kerana, pomen-pomen aku tak menang tangan setakat ni. Alhamdulillah, syukur sesangat...yang penting para pelanggan selesa untuk datang ke bengel aku. Cadangnya, kete MORRIS ni dicatkan semula kepada warna oren Gen2..aku dah siap belikan cat untuk diaorang kerjanya dan membogelkan kete ni.

Harap-harap, dapat le kut siap untuk aku bawa sewaktu KONVO di IPPM, Melaka nanti...baru kerek sikit...Kebanyakan orang lebih berselera dengan kereta baru dan berkuasa tinggi ...tetapi, aku lebih berselera dengan yang klasik! Don't jugde person by the car! wakakakaka...

Pejon- membuat tuning kat kete honda, tauke transpot di Simpang Renggam
Kodok - kat belakang sekali sdg membuat top overhaul wira, manager kilang di Simpang Renggam

Setakat ni, bengkel aku memiliki 6 orang pomen termasuk aku! Eh..aku ni reti pomen ke? Wakakakaka... nak tolong ambil spanar pun asyik tersilap nombor spanar jer... Walaupun aku tersilap ambil spanar, kompom pomen aku tak berani nak ketawakan aku kerana muka aku sememangnya serius selalu time keje! Atau memang muka aku ni jenis orang yang serius? Hanya orang yang mengenali aku je yg tahu bahawa aku ni apa typenya.... Bengkel ni akan menyambut usia yang ke3 pada bulan Mac ini... alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku suka melihat orang-orang muda yang dapat menumpukan pada kerja tanpa membuang masa dengan melepak!

IJAN - lulusan Politeknik Kota Melaka
Pejon - lulusan Politeknik Sult. Ahmad Shah, kuantan
Kodok - lulusan Kolej Komuniti Tangkak
Mie - lulusan Giat Mara Benut
Man - lulusan Kolej Teknologi Johor
Aku - hanya reti tengok & menyuruh pomen buat keje & melayan pelanggan berborak! Itu je le keje aku! wakakakakaka...
Continue Reading...

Oct 28, 2007

Mesin

Ari ni MakTam 2 ngajorkan Ijan untuk menggunakan mesin kira elektronik! Jika aku nak sediakan komputer, macam tak sesuai je..maklum le, setakat ni aku fikir, masih belum perlu aku sediakn jawatan kerani!

Oleh kerana urusan urusniaga diuruskan oleh Ijan, aku belikan mesin kira elektronik untuk tujuan penyemakan akaun. Macam pelik! Biasanya, mesin kira ni digunakan di kedai-kedai runcit je tetapi kali ni digunakan di bengkel kereta!


Yang penting, ia lebih memantapkan pengurusan yang lebih sistematik. Beberap "form", telah aku sediakan untuk lebih memudahkan penyemakan!
Continue Reading...

Sep 28, 2007

Surat yang beranak?

Jam 9.30 pagi tadi Ijan call aku. Dia maklumkan bahawa enjin dan wiring Nissan aku tu dah siap. Tunggu "fuel pump" je utk sambungkan kabel minyak ke tangki minyak. Dia dah try guna "fuelpump" Nissan 1.3 punya. Minyak tak support katanya. Maka aku call tempat aku beli enjin dulu. Alhamdulillah, lepas Jumaat nanti, owner kedai auto part (Padil - satu2nya bumiputera yang berjaya dlm bidang ni di Melaka) minta aku ambil di kedainya.

Ijan juga dah cuba masukkan "fuelpump" Mercedes, tetapi kedudukannya di luar tangki menyebabkan pengaliran minyak untuk pembakaran kurang "cun" katanya. Maka aku mesti dapatkan juga "fuelpump" Nissan 1.6 (BA14 - jenis enjin Nissan yang aku ambil). Malangnya, yang betul-betul ngam dengan model enjin aku xde.

Pada jam 2.30 ptg aku masih menumpang Sifoo Zuri untuk urusan ni sbelum balik ke Kluang. Cikgu Izwan juga ada ikut serta. Alhamdulillah, ada pula "fuelpump" Nissan 1.6 cuma modelnya berbeza. Aku cuma dapat model BA13. Ketika itu juga aku mengambil surat beranak enjin Nissan 1.6 Twincam (BlackTop) untuk dibawa ke mana saja sebelum pergi Puspakom....bila le aku nak pegi tu yer? Rasanya aku pakai runner je kut sbb kete aku nak pakai.....yahooooo!

Surat yang beranak?

Surat yang beranak?


Orait la tu dah.... Selesai saja urusan itu, kami bergegas bergerak ke Kluang... Balik ke lubuk!

Sportrim ori dari Jepun - 5 lubang

Ini kereta Mitsubhisi owner autopart tu.
BANZAI REVOLUTION AUTO PART

Kedai Autopart di Taman Merdeka, Melaka - kawasan IKS
(tu gambar Waja Sifoo Zuri yang bakal ditukar jika ada WISH yang dia berkenan)
Continue Reading...

Oct 22, 2006

SIBUK & MENYIBUK..

Seharian...
Perjalanan ari ni agak padat.. Sejak pagi membantu kgkawan menguruskan tempat utk majlis penyampaian sumbangan zakat utk anak2 yatim daerah kluang. Bank Rakyat menyerahkan zakat kepada Pemuda UMNO Kluang. Pemuda cuma menguruskan majlis penyerahan utk ank2 yatim. Lepas asar, majlis bermula... amik alih post Pengacara Majlis... alhamdulillah...majlis berjalan lancar.
Malam : Anto Pejon ke bus stand Kluang utk pulang ke pantai...Dah siapkan baru raya utknya di pertengahn puasa dulu...
Perkembangan Bengkel :
Dalam 2 @ hari ni sbeelum raya, jenuh la kat bengkel. Sorang pomen dah balik kg ... Utk cover keadaan, dah amik sorang budak KOLEJ KOMUNITI kat Tangkak dalam bidang Automotif yang balik bercuti di Kg Sahari gak... lega le sikit... Ini le gambornya... dah siap interview.. mcm ok gak.. cuma skill saja yang belum teruji... Kalau tip-top kejenya, thn depan dia dah abis belajo kat Kolej Komuniti, dah bleh keje trus kat G2 Auto...untung bebudak yg ada kemahiran...x perlu nganggur.... Gambor kat bwh ni le budaknya.... WAN namanya.
19 Okt, masa gi bengkel ngan mem, pomen2 blum berenti keje... bukan senang nak sattlekan problem kete orang.... Pejon pun mcm dah boleh sikit2... ada perkembangan..

Kebetulan pulak masa tu, ada jugak kaum dari kg bumihijau, pgkalan bharu yg anto servis kete kat bengkel. Yang berbaju merah tu le org bumi hijau. Alaaaa... anak panglima hitam. Dia keje Warder kat penjara di kluang. Yang berbaju putih plak org panchor, x berapa kenal sbb lapis2 bawah....dan yang lain2 tu org taiping... syok jugak boleh borak loghat utara.. hehheh

Continue Reading...

Oct 14, 2006

D'Carbo : Majalah KERETA Oktober'06

Berminat dengan aksesori dan hiasan luaran dan dalaman kereta?... Dapat majalah KERETA khususnya bulan OKTOBER ini. Pelbagai model kereta yang dihiasi dengan pelbagai cara. Pastinya menarik.


Malahan jangan lupa melihat iklan D'Carbo dihelaian akhir. G2 Auto menjadi agen penjualan D'Carbo.

D'Carbo adalah pembersihkan kotoran karbon yang amat berkesan. Pembersihan karbon dapat membantu mengoptimumkan prestasi sesebuah enjin dan mengembalikan keupayaan hampir ke tahap asal. Dengan itu, dapat mengurangkan penggunaan bahan api...

HARGA :

RM 41.00 ( Sem Malaysia)

RM 43.00 ( Sabah/Sarawak dan Brunei)

SERVIS PERCUMA...
Continue Reading...

Oct 10, 2006

STEB (fasa2) : Ujian Psikologi Skim Tabung Ekonomi Beliadi JB

Ari ni jam 7.10 pagi, aku membawa pomen-pomen G2 Auto ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, JB utk duduki peperiksaan ujian psikologi.... ujian saringan untuk STEB. Apabila tiba di sana dalam jam 8.45 pagi masih ramai peserta yang sedang mendaftar diri kat luar dewan. Aku ajak pomen2 bergambar dulu berlatar belakangkan kompleks tersebut...heheh...bergaya sakan depa tuuu...

Semasa depa dok dalam dewan memerah otak, aku amik peluang berbual ngan pegawai belia unit ekonomi yang berasal dr sarawak dan baru sebulan bertugas di jb. Maklum le, orangnya le yang akan rekmenkan kelulusan pinjaman peringkat Jabatan. Namanya En Kaya, friendly orangnya. Banyak perkara juga yang dapat dibualkan. Topik utama yang berjaya dicungkil ialah berkaitan hal STEB fasa 1 yang pernah aku hadiri dan telah berjaya dalam bulan 6 dulu .
Pinjaman dikeluarkan oleh Kem Belia dan Sukan dengan kerjasama Bank Rakyat. Alhamdulillah, interest 4% untuk pinjaman yang dikenakan ialah atas baki terakhir. Cadang2nya nak buat pinjaman sebanyak rm50,000 dan dibayar dalam tempoh 7 tahun. Boleh le tercapainya cita2 nak beli mesin haudralik angkat kete, mesin bukak dan alignment tayar termasuk mesin scanner kerosakan kete.... mesin scanner ni kalu ada memang gempak.... tak perlu pikir2 cari kerosakan...semuanya tertulis pada mesin tu bila kita check kete... heheh...JANGAN KELABU BIJI MATA BILA DAPAT PINJAMAN TU UDAH LEEE.....

Selesai je pomen2 keluar dewan, aku dah deal ngan pegawai tu untuk bergambar bersama2.... insyallah, gambar tu akan dicuci dan diletakkan lambang G2 kemudian diposkan kepada pegawai tersebut untuk kenang-kenangan....maklum le pegawai tu masih belum ramai kawan sejak datang johor.

Selesai semuanya, aku bergerak ke Austin Height di JB untuk riki2 kedai halfcut (kedai potong body kete). Bercadang nak cari enjin TOYOTA LEVIN yang bersesuaian utk kete KE30 yang aku gunakan semasa tempoh belajar PJJ UKM dulu... Baru ngancam bila dijadikan kete contoh bengkel G2 Auto... Berdesup le kat highway...... terlupa plak aku nak amik gambar enjin tu walapun sekdar riki jer... aku ada amik gambar mira L500... best bila tengok serombonng kat bonet depn tu... Maklum le enjinnya turbo











Dah selesai riki-meriki, kami lajak ke kota tinggi. Cadangan awal nak cari kedai halfcut juga kat sana.. tak jumpa pun..last2 jumpa kedai BAZAR RAMADAN. Apa lagi, melayan nafsu mata le kami bertiga.




Tambahan plak pomen2 ngadu nak cari kasut raya...layannnn... minat kami pun sama pulak tu...kedai BUNDLE. Satu pun x masuk ati... cuma melayan hawa mata je leee...















Kasut2 ni murah2 dan berkualiti baik lagi...walaupun gheganya bawah RM80.00 tapi nak buat camne, kalu ati x berkenan...
Continue Reading...

Oct 2, 2006

Realisasikan Convert Kete Impian

akum semua...

TUKAR KANCIL MENJADI RAV4

dalam ati masih berkata...bilakan aku mampu dan berjaya meralisasikan aktiviti pengubahsuaian kete impian RAV4 (model toyota- 4WD) dan berada di hadapan pintu pagar rumahku?











BENARKAH ia akan menjadi satu realiti......?













semoga impian menjadi kenyataan....kalu skadar nak convert enjin dan dptkan kelulusan puspakom.... member puspakom di kluang dah ada... hehehhe
UPGRADE KANCIL KE RV4 (MODEL DAIHATSU DI JEPUN)



Ini le kete kancil mem yang cuba di uprade menjadi RV4








SEBENARNYA :
Kalu di jepun, model ni agak limited. Cuma di keluarkan utk kawasan yg sejuk & bersalji je. sbb tu enjinnya 4WD. Sebenarnya, dah nengok sebijik model ni di KL, dalam majalah k-kompak. Perggg....mengancam abis... bygkan model ni pd kancil biasa yg selalu kita nengok..... gerenti cute....
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template