Showing posts with label Software. Show all posts
Showing posts with label Software. Show all posts

May 19, 2011

DEMI CINTAKU PADAMU : Miss Sexy dan Miss Asus

19.05.2011 - Khamis

demi cintaku padamu
kemanapun kaukan ku bawa
walau harus kutelan lautan bara

Itulah bait lagu yang menusuk kalbu apabila kukenangkan Miss Sexy dan Miss Asus (Klik Di Sini). Penjagaan sepenuhnya harus kutitikberatkan demi keduanya. Takkan kubiarkan mereka mudah diracuni ayat-ayat cinta oleh parasit lain. Biarlah mereka tetap setia padaku.

Atas dasar itulah aku sanggup berkelana seorang diri dan bersengkang mata di alam siber demi mencari penawar untuk menghalang parasit-parasit di sekeliling Miss Sexy dan Miss Asus. Penawar ini sangat penting demi cintaku pada mereka berdua. Akhirnya penawar yang kucari telah berada dalam genggamanku. Ku genggam erat dan kujampi-serapah pada Miss Asus dan Miss Sexy. Kelihatan mereka sangat segar dan bertenaga. Perkhidmatan mereka padaku sememangnya diluarjangka. Penawar yang ditemui mampu menjaga mereka selama 26 tahun tanpa susut kemujarabannya. Kuharapkan kemujarabannya berpanjangan..

Paparan yang jelas berkaitan Jentayu Kaspersky 2011
(Kaspersky Internet Security 2011)

Itulah kelebihan penawar Jentayu Kaspersky 2011. Kebiasaannya, Jentayu Kaspersky di tangan pemilik lain hanya bertahan setahun akan kemujarabannya. Kini, Jentayu Kaspersky di tangan ku sanggup berkhidmat denganku selama 9703 hari hasil penat lelahku selama berkelana dan bersengkang mata. Aku bersyukur....
Continue Reading...

Dec 8, 2010

PSP Games : Cara download games yang terbaru

08.12.2010 - Rabu

Cuti penggal persekolahan ini pastinya ibu bapa merancang perjalanan percutian untuk keluarga masing-masing. Namun, mana mungkin keseluruhan cuti persekolahan diisi dengan percutian yang memerlukan budget yang tinggi. Tentunya, ada juga cuti persekolahan yang dihabiskan di rumah dengan diisi pelbagai aktiviti anak-anak untuk melahirkan pemikiran yang tajam. Selain mengulangkaji pelajaran, percutian juga boleh diisi dengan permainan psp yang memerlukan aktiviti berfikir.

Oleh itu, kali ini saya akan memberikan tutorial mudah untuk mendownload PSP games yang terbaru menerusi (via) torrent dengan kelajuan maximum - 1oo kb/s.

Sebenarnya, link yang saya ingin tunjukkan kepada rakan pembaca bukan hanya game PSP, game PC juga ada di portal tersebut. Malahan, terdapat game2 terbaru yang selalu update..mudah dan percuma. Untuk entri ini, saya hanya pamerkan tatacara download psp games sahaja.

Ini adalah langkah-langkah yang harus dilakukan:

1. Download Installer torrent Di http://www.utorrent.com/ .(software ini yang saya gunakan untuk mendownload apa saja berkaitan torrent)

2. Setelah di Install, sila kunjungi laman web game tersebut. Klik DI SINI.

Paparan muka laman web tersebut.

3. Pilih menu PSP.

4. Pilih game yang anda minati.

4. Download file torrentnya dengan meng-klik DESCARGAR TORRENT.

5. Jika file torrent telah siap, buka file torrent dan mulai mendownload..

6. Untuk mempercepatkan proses download, klik kanan file yang sedang anda download. set Bandwith alocation di posisi High.Set Down load limit di Unlimitted sedang untuk set uploading dengan kelajuan sebanyak 25kb/s.

Paparan untuk meningkatkan kelajuan proses download.
Terdapat juga senarai games yang sedang saya download.

Setelah selesai, bijak-bijaklah anda memasukkan games tersebut ke dalam psp kepunyaan anak anda. Untuk proses itu, saya tidak paparkan dalam entri ini. Anda boleh mencari maklumat tersebut dengan bertanyakan pada Pakcik Google.

Selamat mencuba untuk anak-anak anda. Mungkin juga ada games yang anda sendiri minati..heheh

Continue Reading...

Sep 1, 2010

NIKON DSLR D90 : Milik bersama.

01.09.10 - Rabu

Setelah kembali dari Kedah, aku bawa famili ke Port Kelang pada 28.08.10 (Sabtu) untuk ketemu dengan Tengku Abu Bakar. Di khabarkan salah seorang waris warisan. Kami sekeluarga ketemunya.

Selepas itu, kami lajak ke Kuala Lumpur dengan hasrat mengempiskan poket. Merayau di Lowyat untuk meninjau 'perakam nostalgia'. Ke kedai satu untuk mengetahui selok belok DSLR Nikon D90. Pelbagai perkara ditanya tentang fungsi lense dan flash. Mendapatkan jumlah harga. Berganjak pula ke kedai 2 dengan tujuan yang sama. Begitu juga ke kedai yang ketiga. Pelbagai cadangan dan pendapat berkaitan apa yang ditanya.

Sefamili di Lowyat
(Hasilan Samsung WB1000 - kompak)

Akhirnya, aku membuat keputusan. DSLR Nikon D90 menjadi hak milik. Bertitik-tolak daripada body kamera D90, lensa asalnya ditukar. Tamron 18-200 jadi pilihan. Jenama ProTAMA untuk Wide dan Macro Converter Lens jadi lensa tambahannya. Termasuk juga dengan flash kokak dan bateri yang boleh dicas semula untuk flash tersebut. Rabak dan berpinau seketika dengan harga yang dipersetujui. Semua itu untuk hadiah kepada Mem Besor sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-14 pada 20.08.10 lalu.

DSLR Nikon D90
(Hasilan Samsung WB1000 - kompak)

"Kamera ni ayah belikan untuk mama tau," ujar aku kepada anak-anak apabila meninggalkan Lowyat. Anak-anak mengangguk tanda faham. Mem Besor tersenyum simpul. Nikon D90 dicop mohorkan untuknya.

DSLR Nikon D90
(Hasilan Samsung WB1000 - kompak)

Semalam, terdengar suara-suara sumbang daripada anak sulung aku.

"Ma, sapa yang guna kamera tu?", ujar anak sulung aku. Itulah ayat menusuk kalbu aku. Mem Besor menyengih juga.

"Alaaa...ayah guna ke, mama guna ke, sama saja. Yang penting gambar kita ada dalam tu..kan?", Mem Besor memberi penjelasan. Terima kasih Mem Besor. Aku tidak perlu memberi jawapan spontan.

Lantaran itu, aku mempelajari selok-belok mengedit gambar berdasarkan HDR (High Dynamic Range). Warna dan paparan hasil editing nampak lebih menarik. Sebenarnya, HDR adalah salah satu daripada pelbagai teknik editing gambar. Walau bagaimanapun, aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan lama di Kluang perihal editing ini khusus kepada Sifoo Zuri dan Sep_Epol. Merekalah yang memberikan gambaran asas berkaitan dengan Teknik HDR ini.

Bangunan yang baru siap di Pintu Timur, UPSI.
(ProTAMA - Wide Lense Converter)

Bangunan Gimnasium di UPSI.
(ProTAMA - Wide Lense Converter)

Pintu utama KTM Tanjung Malim
(ProTAMA - Wide Lense Converter)

Semut Merah
(Macro Lense Converter)

Jurai yang bertalu
(Macro Lense Converter)

Merenung jauh...
(Macro Lense Converter)

Semakin merekah, semakin tinggi nilai estetika.
(Normal Lense - Tamron AF18-200)


Sekilas pandang di Proton City, Tanjung Malim.
(Normal Lense - Tamron AF18-200)

Di luar Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
(Normal Lense - Tamron AF18-200)

Continue Reading...

Jul 18, 2010

PERKONGSIAN ILMU : Sahabat aku berjaya

18-07-10 - Ahad

Semalam, 17/7/10 (Sabtu) jam 11.30 pagi - kejayaan sahabat aku menguruskan rakan-rakannya demi sedikit ilmu yang mampu memberi impak besar dalam sepanjang pengajian mereka peringkat Sarjana selama 2 tahun nanti di UPSI. Perkongsian ilmu ini akan digunakan selagi mereka bijak mengekploitasi ilmu itu dalam setiap penulisan mereka.


Sahabat aku, K'din - berjaya menarik minat rakan-rakan sekelasnya untuk menimba ilmu Pengurusan Bibliografi berasaskan Perisian EndNote X2. Aku sekadar memudahkan urusan dengan kerjasama Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI. Kemudahan peralatan ICT, bilik Latihan Utama di IPS - perjalanan perkongsian ilmu sesama rakan berjaya dilaksanakan.



Setakat ini, kebanyakan pelajar Pasca Siswazah yang separuh masa akan mempunyai kekangan masa untuk mengikuti kursus dan latihan anjuran IPS sendiri. Kebanyakannya latihan anjuran IPS adalah hari Ahad. Oleh itu, agak sukar bagi pelajar Master yang berada di luar Tanjung Malim untuk mengikutinya.

Atas dasar itulah, aku menggalakkan K'din bersama rakan-rakannya mencari masa senggang mereka sendiri untuk tidak terlepas menimba ilmu Pengurusan Bibliografi. Maka, mereka berjaya menetapkan sendiri masa mengikut kesesuaian mereka sendiri. Perkongsian ilmu seperti ilmu amat bermanfaat dalam tempoh pengajian di UPSI. InsyaAllah, semoga mereka akan dapat memanfaatkan ilmu yang mereka peroleh semalam.

Semoga berjaya rakan-rakan.

Sedang latih-tubi

Eksplorasi perisian EndNote

Makan dulu...
Continue Reading...

Jul 12, 2010

GAMBAR : Mari kita edit...

12.07.10 - Isnin

Hari ini aku mencuba edit gambar digital yang diambil secara mudah. Sebelum ini, aku mencuba editing gambar menggunakan photoshop. Agak teknikal. Hasilnya ada di sini.

Kali ini, aku menggunakan tool/software selain daripada photoshop. Software Photomatix Pro 3.2.9. Penggunaannya agak mudah. Kita boleh mengubahsuai tone warna ikut pilihan sendiri. Anda boleh baca di sini.

Inilah contoh hasil setelah explore software tersebut untuk kali pertama. Aku yakin, akan menghasilkan yang lebih baik baik setelah eksplorasi beberapa kali. InsyaAllah.

Gambar asal

Edit kali pertama

Edit kali kedua

Aku akan cuba bentukkan awannya hingga akan jadi sebegini.. Ini guna teknik HDR. Teknik ini sedang popular dalam kalangan penggemar bidang fotografi..

Betoi ka Sifoo Zuri? Hehehhe
Continue Reading...

Apr 14, 2010

MICROSOFT WORD 2007 : Not Responding

Setelah bertahun-tahun aku dok mengadap microsoft word mulai perisiaannya yang 2003 hinggalah 2007. Bertahun-tahun sudah, tak pernah kena penyakit not responding sehinggakan kekal sebegitu saja tanpa boleh dibuat apa-apa lagi.

Sudah 4 kali aku install dan dan uninstall word 2007 mulai minggu lepas. Masalah yang sama tetap muncul. Aku tidak boleh lagi menggunakan word 2007. Terbantut penulisan tesis aku. Bertambah-tambah rasa maleh aku nak mengadap tesis yang dah memang dok maleh.. Maka, timbul jugak sikit2 perasaan geram sebab aku belum berjaya atasi masalah itu.

Yang aku pasti, minggu lepas aku ter 'off' suiz laptop. Maka banyak fail word aku yang unsave. Oleh itu setiap kali dibuka word 2007, terbuka juga fail-fail yang belum disave dengan betul. Itu yang menjadikannya not responding'

Gambar Hiasan : Cilok dalam internet dan edit


Jika masalah not responding memang sering berlaku. Kebiasaannya apabila terdelete word sebelum sempat save. Setiap kali berlaku not respinding sewaktu membuka fail word, delete je mana-mana fail yang masih ter'gantung' prosesnya. Tapiiii..masalah kali ini yang ak hadapi..betul-betul menguji dan menambahkan senak di kepala!!!

Alhamdulillah, pagi ni, aku mintak bantuan pakcik google. Ghopa-ghopanya mudah ajerrrrr... Bertuah betul!!!!. Aku buat semakan di sini. Ada tatacara untuk menyelesaikannya. Mudah sebegitu ajerrrr...bertual betulll..!!!!!

Aku copy n paste untuk makluman aku dan pembaca yang menghadapi dan bakal hadapi akan datang. Hehehhe.


1. Open up Regedit. (Go to Start and type "regedit" in the search field and press enter.)

2. In Regedit navigate to HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Office\12.0\Word\Data

3. Right mouse click on the "Data" folder and delete it.

4. Open up Word, close it, and voila, problem solved.

Dah normal semula paparan word 2007 aku.. yang penting..walaupun bukan ori..ianya tetap dijadikan perisian ori.. hehhe

Paparan seperti sediakala dengan adanya 'documentmap' yang memudahkan kerja aku.


Alhamdulillah, masalah itu dah selesai. Maleh aku dah berkurang..aku kena sambung lagi untuk menulis dan terus menulis hingga selesai...

Continue Reading...

Apr 1, 2010

Kerja Gila : Jom teroka...

Sekarang, aku sudah boleh lapang-lapangkan kepala. Hujung bulan ini akan ada kolokium anjuran Fakulti Perniagaan Ekonomi. Untuk itu, aku dan membesor serta rakan-rakan lain akan membentang kajian. Ramai panel yang akan menanti dengan soalan yang bertubi-tubi. Pelajar baru juga akan memerhati dan menilai. Jika tak terjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh panel, kompom aku sengih je ler.. hehhe.

Oleh itu, aku gemar untuk bikin gembaQ sewaktu pembukaan pembentangan kajian menggunakan powerpoint. Beberapa garapan scene untuk montaj sudah ada dalam kepala aku. Maka, dengan masa yang semakin laju bergerak ini, aku perlu explore software yang telah lama aku tinggalkan. Sekarang, aku perlu explore semula. Apakah softwarenya?



Software itu ialah Adobe Photoshop Elements V7. Aku telah download software itu beserta dengan cracknya sekali. Tidak lupa juga ebook berkaitan software itu telah didownloadkan khusus untuk menjana kreativiti. Semuanya percuma, hanya kena tahu lubuk-lubuknya sahaja. Paling mudah mintak bantuan pakcik Googgle untuk membantu.. Selamat meneroka semula Adobe Photoshop Element v7..khas untuk aku yang nak memenuhkan masa...hehhehe

Syyyhhh... sebenornya perisian yang terbaru ialah versi 8. Berat wooo.. maleh aku nak download.. heheheh
Continue Reading...

Mar 30, 2010

Word 2007 : benar-benar menguji

Salam sejahtera,

Sudah lama aku tidak update blog ini. Senak dan sesak juga apa yang dilalui. Pelbagai pengalaman yang ditempuh. Menyentakkan minda. Yang paling menyentak dan meningkatkan aliran darah ialah terdapat gangguan pada fail word 2007. Senak kepala juga jadinya.

Kebiasaannya, kita akan memasukkan nombor mukasurat/halaman dalam fail word pada header @ footer. Semuanya untuk memudahkan sistem penulisan. Sistem mukasurat/halaman adalah salah satu contoh link yang dibuat secara code sebenarnya. Bayangkanlah jika anda memasukkan link untuk paparan bibliografi antara word dan endnote. Akhirnya, apa yang dilakukan telah menjadi kucar-kacir hanya dengan kesilapan kecil yang dilakukan.
Misalnya paparan mukasurat 8 telah dipaparkan sebagai "\* MERGEFORMAT". Mana pergi nombor mukasuratnya? Manakala, paparan sistem endnote juga telah menjadi kucar-kacir. Cobaannnn...

Seawalnya, aku buat semakan fail word tersebut pada 2007, memang masalah itu terjadi. Kemudian aku buat semakan pada fail word 2003, masalah itu tidak timbul. Aku hairan dan tidak tahu untuk menyelesaikan amsalah itu. Aku ambil langkah lain dengan telah uninstall dan install office 2007.Masalah tersebut masih tidak selesai.

Aku cuba minta bantuan pada pakcik google. Alhamdulillah, pakcik google telah membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pertamanya, aku klik di sini untuk menyelesaikan masalah pertama. Keduanya, aku klik di sini untuk memahami mengapa hal tersebut terjadi kepada aku.

Rupa-rupanya, baru aku ketahui bahawa terdapat sistem shortcut pada keyboard yang telah aku tekan. Sebelum ini, apa yang telah aku tekan pun aku tak tahu... Ini memang pengalaman yang betul-betul menyentak minda!!!!

Continue Reading...

Jun 8, 2009

Cover jer....



Ini cuma cover untuk InSMo ( Interactive Science Modul - Animal Level 1). Ianya dah jadi hak milik Mem Besor sempena Anugerah Guru Inovatif 2009 daerah Batang Padang. Insyallah pada 18 Jun 2009 nanti. Jika tiada aral, pada 16 Jun akan ada pemantauan pegawai PPD berkaitan penggunaan MILIS di dalam kelas.

Senyum je mem besor melihat cover ni...hehehhe.

Upah mana? Hehheheh
Continue Reading...

Feb 28, 2009

Blog WWK ada dalam paper di Tanjong Malim

Bila aku jengah blog aku pagi, aku meninjau-ninjau kata-kata para pengunjung di Chatbox. Aku klik satu persatu. Aku merasa tertarik pada salah satu blog pengunjung aku. Chipmunk 8. Blognya memberi informasi tentang mengedit gambar secara online dengan layout2 terkini yang memungkinkan pengunjung lain akan tertarik. Selain itu, ada juga link untuk membuat tajuk utama pada surat khabar sendiri. Kita boleh membuat surat khabar sendiri dengan tajuk berita utama pilihan sendiri juga. Apa lagi, jom le jenguk ke sana. Terima kasih dan kredit untuknya.

Blog WWK ada dalam paper Berita Tanjong Malim.

Nama website untuk mengedit gambar tu ialah Loonapix. Contoh hasil editing gambar seperti di bawah.

Contoh hasil editing secara online

Continue Reading...

Feb 15, 2009

Kawanku....Wakenabeb!

Ada ka patut...

Time-time kita memerlukan, ada je yang tak kena. Umpama macam kita nak naik bas. Tunggu punya tunggu, bas tak datang-datang. Bila tak mau naik, kerap pulak rasanya bas lalu depan kita. Analogi begini le yang terjadi kat aku...

Ada ka patut...

Tengah hari tadi, time-time nak pakai printer utk print apa-apa yang patut, time tu la pulak tak boleh nak print. Bukannya ink habis atau kertas habis... semua icon printer dlm pc dah hilang. Kosong!!! Aku tak boleh prinnnntttt!!!!

Kawan aku bagi arahan pada window..

Sumber : Internet (Ini jenis vista) Aku punya XP. Heheh

"Operation could not be completed. The print spooler service is not running."

Aku try tanya kat pakcik google, server pulak lambat. Bengang aku jadinya. Aku try install semula software printer. Tak boleh nak install...arahan yang sama telah keluar. Ada ka patut... Perasan aku, inilah firsttime aku teraniaya dengan kawan sendiri... selama aku dok berkawan dengan komputer. Ada ka patut...

Aku biarkan dulu, layan kepala aku lagi baik daripada aku layan songel kawan aku yang sesekali ada songelnya. Itulah ragam kawan yang sentiasa ada songel memasing. Maleh aku nak layan. Bila aku dah relaks sikit, baru aku tengokkan apa-apa yang patut.

Lepas aku balik dari ngeteh ngan mem besor, aku tengok sekali lagi songel kawan aku nih. Aku tanya kat pakcik google. Aku jumpa lubuk orang yang hadapi masalah dan arahan window yang sama. Ada beberapa cadangan yang aku tengok. Aku try...senang jer. Alhamdulillah. Icon printer dah ada semula. Aku dah boleh print semula.. Kawan aku berfungsi semula...

Caranya mudah ajer:

Go to Start > Run and type
net start spooler

Kawan...ko jangan le buat songel time-time cenggini..Lemau jugak aku jadinya. Nasib baik mem besor aku tak banyak songel...hehehhe. Tq Mem besor...

++++++++++++++++++

p/s : Ada sesapa yang pernah kena? Kalu yang belum terkena, hati-hati..jangan kalut dok nak hantaq kat kedai jer...cuba atasi sendiri dulu..kalu idak kompom kena charge!!! Heheheh

Seingat aku, kawan aku ni buat songel selepas aku cuba install software "All Office Converter Pro" pagi tadi. Aku nak convert fail pdf kepada word tanpa mengubah bentuk asal tulisan dan gambarajah atau jadual yang ada. Software yang aku ada sebelum ni, semuanya mengubah kedudukan rajah atau jadual dlm fail pdf apabila diconvert ke word.

Bila keadaan ni berlaku dan aku perlu convert fail..dapat juga aku lamanweb untuk convert secara online. Selesai juga urusan aku....Tapi urusan lain pulak yang datang.. WAKENABEB!!!

Continue Reading...

Nov 17, 2008

Cari Imej

Dalam mencari imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam blog, biasanya saya akan menggunakan Google Image Search. Namun, perlu diingat bahawa tidak semua dari imej ini boleh digunakan secara sah kerana masalah hak cipta. Silap haribulan, boleh kena saman kalau silap pilih imej. Foto stok pula menawarkan imej yang semuanya boleh digunakan secara sah, tetapi biasanya pilihan adalah terhad.

Jadi saya beralih kepada Compfight, iaitu enjin carian imej untuk Flickr. Kalau anda belum tahu apa itu Flickr, ia adalah laman perkongsian foto yang paling popular di dunia.

Contoh paparan imej pada skrin laptop/pc anda

Compfight memaparkan hasil carian dalam bentuk thumbnail. Ini sangat berkesan kerana anda hanya mahu melihat imej tersebut tanpa sebarang teks-teks lain yang tidak diperlukan. Anda juga boleh menapis imej-imej tersebut kepada Creative Commons ataupun komersil.

Sayangnya, Compfight tidak dapat dipaparkan dalam Opera. Buka Firefox anda untuk menggunakan laman web ini.

Sumber: Komputer

Komen aku:

Cukup menarik, mudah dan baaaannyaaakkkkkk gambar yang menarik!

Continue Reading...

Nov 13, 2008

Montaj Terakhir

Sekadar tatapan dan renungan serta rujukan aku di masa akan datang. Ini saja yang aku mampu lakukan untuk perasmian pembukaan oleh YB Hj Jais bin Hj Sarday di Majlis Anugerah Cemerlang di tempat kerja aku. pada 13/11/08 jam 8.30 pagi Moga-moga pengganti aku di tahun hadapan akan membuat yang lebih baik. Insyallah. Butiran YB tersebut ada di sini dan di sini.



Aku guna pelbagai software seperti Ulead Cool 3D, Photoshop CS, Adobe Element, Vegas 8, dan tapak untuk rander gabungan scene ni pada Ulead Studio 12 (software terbaru aku cilok!).

Sebenarnya, montaj ini dihasilkan dalam fail MPEG (video) bersaiz 139 MB. Jika aku nak upload video ni kat blog, jenuh la. Maka aku convertkan montaj ni ke fail WMV yang lebih kecil saiznya (9.37MB) tanpa mengubah rupa paras dan kualiti paparannya. Aku convert menggunakan software FormatFactory ( semalam aku cilok software ni.)

Sebenarnya, banyak scene dalam montaj ni, aku dah buat beberapa tahun lalu. Aku cuma ubah suai menjadikan ianya lebih releven mengikut keadaan semasa. Heheheh. Work Smart kata nenek aku.
Continue Reading...

Mar 14, 2008

Jom Ikut Jalan Angkasa...

Aku merasakan tentunya ramai rakan-rakan yang menggunakan jalan angkasa ikut laluan free..kan? Oleh itu, aku memikirkan ada baiknya kita sama-sama berkongsi menggunakan laluan angkasa yang menarik ini.


Setakat ni, aku dah gunakan software ni..ada beberapa perkara yang menarik hati aku ialah:

1. Membolehkan kita meletakkan tempat2 menarik seperti gambar penting ttg sesuatu lokasi (seluruh dunia) utk diketahui seramai orang pengguna internet.
2. Membolehkan kita mengetahui lokasi "zodiak" di atmosfera. Menarik tu....
3. Membolehkan kita melihat pergerakan bulan mengelilingi bumi...
4. Membolehkan kita explore lagi tentang banyak kebaikan tentang software nih.. (aku pun belum habis eksplore software ni lagi)
5. Membolehkan aku dapat ramai kawan lagi...heheheheh
6. Membolehkan dan lagi membolehkan lagi dan membolehkan lagi...hahaha

Cara Menggunakan Software ini:

1. Klik kanan pada gambar dibawah (fail yang dizipkan) dan klik extract here
2. Folder akan terbentuk seperti dibawah dan buka folder tersebut.

3. Dalam folder itu terdapat 2 fail utama seperti di bawah.

Cara Install:
1. Klik pada icon seperti dibawah:
2. Pastikan install hingga selesai.


Cara menggunakan crack/patch (mengoriginalkan software):

1. Klik kanan pada icon patch seperti dibawah, then klik copy.





2. Klik start button, klik my computer, pilih drive c, pilih program files, pilih folder google, pilih folder Google Earth Pro....then klik kanan dan klik paste
3. Fail patch yang dicopy akan dipaste dalam folder itu.
4. Klik fail patch, then tekan butang "Activate".....dia akan ganerate sendiri utk mengoriginalkan software tu...hingga timbul perkataan DONE!

TAHNIAH!
1. Anda berjaya mendonlot software ni
2. Anda berjaya menggunakan SOFTWARE ini...

BERMINAT?

Bolehlah rakan-rakan donlot software Google Earth Pro dan Manual User (Cara Install) dengan mengklik pada butang di bawah...jangan malu2 sebelum DakLan membuat e-book dengan mendahulukan bayaran....cepat...cepattt...sebelum berbayarrrr...hehehhehhe



selamat mencuba!

"daripada KITA untuk KITA"




Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template