Sesuatu sistem dan peraturan yang ditentukan bukanlah sesuatu yang kekal. Ianya akan sentiasa berubah-ubah mengikut kelompok masyarakat, situasi dan zaman. Begitu juga dengan cadangan yang dbuat oleh Naib Presiden UMNO yang baru Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencadangkan agar golongan pendidik, terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran untuk dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti politik. Kenapa situasi ini berubah?
"Malangnya hari ini, pengorbanan, sifat dedikasi, kecekalan dan niat yang luhur serta sumbangan guru semakin dipinggirkan. Ini menyebabkan ada antara mereka yang menjauhkan diri dan terus meninggalkan perjuangan parti, walaupun kita tahu mereka sangat sayang parti ini," katanya semasa menggulung usul perbahasan yang menyentuh isu pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Baca di sini.
Jika disorot kembali zaman menuntut kemerdekaan negara kita. Golongan pelopor yang membarisi kepimpinan UMNO untuk menuntut kemerdekaan adalah golongan pendidik. Itulah yang disebut sendiri dalam ucapan Datuk Seri Hishamuddin sempena Sambutan Hari Guru 2007, dua tahun lalu.
Malangnya, kumpulan pendidik ini semakin tertinggal dalam arus kepimpinan dalam UMNO apabila Malaysia menuju ke era negara maju. Kumpulan pemikir mula diketepikan. Ini kerana kumpulan korporat mula menerajui barisan kepimpinan kerana difikirkan bahawa kumpulan ini mampu memajukan negara dengan idea dan pelaksanaan demi kemajuan negara ke arah sektor industri. Maka, golongan pendidik yang masih sayangkan parti keramat ini mula menyepi diri kerana tiada kemampuan dalam sumber kewangan untuk menguasai kepimpinan. Situasi ini berbeza dengan kumpulan korporat yang sememangnya penuh poket untuk membeli 'pensel' para perwakilan. Idealisme perjuangan dan pendapat yang kritis sudah mula tidak diperlukan. Poket yang tebal mesti didahului. Minda sebegini tidak dapat diterima oleh golongan pendidik yang lebih berteraskan kejujuran.
Situasi pertukaran idealisme dan kelompok kepimpinan adalah seumpama api dalam sekam yang menyebabkan gejala rasuah dalam politik semakin berleluasa. UMNO, semakin lama semakin parah dan ketandusan kepimpinan di kalangan golongan pendidik. Isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO cukup membangkitkan semangat orang awam. DSAI cukup bijak emmainkan persepsi masyarakat umumnya. Walaupun kesalahannya berpunca daripada perasaan 'tidak sabar' dan 'cuba melanggar ketua'.
Pemecatan ini mula menyemarakkan perasaan masyarakat untuk membenci kepimpinan UMNO secara keseluruhannya. Masyarakat kita dan Melayu khususnya, amat mudah dikuasai minda dan emosinya dengan memainkan persepsi isu sensitif. Mudahnya orang Melayu ditipu minda!!!.
Kini, UMNO semakin kurang kepimpinan profesionalisme dalam barisan kepimpinan di peringkat pusat, bahagian mahupun cawangan. Bila dilihat, kelompok profesionalisme melayu mula menyongsong arus dan berpaut kepada parti pembangkang seperti PKR dan Pas. Inilah ruang yang ada untuk mereka menyalurkan pandangan dan idea dalam mencorak semula negara tercinta.
Ketika kemerosotan golongan guru dalam UMNO semakin terasa sehinggakan pekeliling perkhidmatan Bil 5 Tahun 1999 dikeluarkan. Pekeliling ini berkaitan dengan Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Pendidikan & Murid dalam Kegiatan Politik Anti Kerajaan. Isu ini semakin menular dan menjadi buah mulut masyarakat di mana-mana saja sehinggakan dikeluarkan pula pekeliling baru kerana terdapat isu kertas soalan peperiksaan/ujian telah berbau politik. Ini semua kerana persepsi yang dimainkan dalam media alternatif berkaitan pemecatan DSAI. Macam-macam!
Oleh itu, cadangan yang dibuat oleh DSHH sudah tiba masanya untuk membawa golongan guru gred DG41 hingga DG48 dalam kepimpinan UMNO. Situasi seolah-olah mengiktiraf semula golongan guru dalam barisan kepimpinan. Ada pihak yang bersetuju dan ada juga pihak sebaliknya. Yang bersetuju, ada di sini, Yang tak setuju, ada di sini, di sini, di sini dan banyak lagi. Ini adalah situasi yang normal.
Bagi aku, era kegemilangan guru akan kembali menyinar dalam arus politik. Hakikatnya, persediaan mental dan jiwa seharusnya kental. Ilmu persilatan dalam mana-mana parti politik seharusnya dikhatamkan agar kumpulan ini bukannya sekadar kuda tunggangan. Kekuatan akar umbi sebaik-baiknya diperkukuhkan supaya penyokong dan penggerak program mampu dilaksanakan.. Adakah aku akan kembali ke persada politik seperti ini?
3 Coretan Lain:
bak kata najib... hanya dalam tempoh 1 generasi sahaja kita (UMNO) berjaya meningkatkan 'status' bangsa melayu.... kita tak de kuasa ekonomi, mujur ada kuasa politik... dulu org melyu jadi kerani pun dah dianggap hebat... kerana pada waktu itu hanya itulah saja level melayu... dan peranan guru sebagai pemangkin masyarakat digembeling sepenuhnya, hingga hari ini kita berada dilevel sekarang...
sekadar contoh.... apakah yg tersurat disebalik program JQaf yg pak lah buat.... (aku kekadang dengki dgn cikgu JQaf ni, lum keje pun dah gaji 1000 lebih, aku kena keje dekat 10 tahun baru sampai tahap tu... tapi bila mengenangkan mereka adalah 'aku'... sejuk hati la)
Adakah aku akan kembali ke persada politik seperti ini?
Ayat ni macam dah dekat je bro...jgn sok dah sibuk taknak ngeteh lagi dh le....
sekarang.. sempat?
Post a Comment