Mar 29, 2009

Legaaaa....untuk seketika!

Bergelut dan bernafas dalam lumpur. Bergelumang dengan kalut. Kelam-kabut jadinya. Jenuh juga jika suami dan isteri menyambung study secara serentak. Bila mari time kalut, fuhhh...hanya yang lalui je yang tahu. Saat-saat itu baru aku dan mem besor lalui. Assigment yang nak dihantar. Keje sekolah mem besor yang tak habis-habis. Itulah nikmatnya belajor!!! Jika tak ada hal-hal sebegini, mana mungkin daya pecutan dapat dibentuk. Tekanan yang dihadapi melonjakkan kita terus ke hadapan.


Yang penting bagaimana kita perlu ciptakan ruang cool dalam kalut. Mencipta keadaan ini yang membezakan seseorang dengan individu lain. Yang penting, satu persatu perlu diselesaikan. Aku dan mem besor takkan nak memikirkan serentak tentang semua perkara dalam satu-satu masa. Kekuatan mental amat diperlukan saat sebegitu. Satu-satu perlu diselesaikan. Itu paling penting. Minggu depan, peperiksaan akhir semester akan ditempuh. Mem Besor hanya satu subjek saja yang ada peperiksaan. Aku pula du subjek. Semua ini bergantung pada lecturer... Hehehe.

Pengalaman first degree dulu. Kami belajar berasingan. Aku mulakan secara pjj dalam bidang psikologi dan komunikasi di UKM dengan pusat pengajian di Johor Bahru. Aku mulakan pada tahun 1998-2002. Lepas aku tamat, Mem Besor pulak sambung pjj dalam bidang Matematik di OUM yang berpusat di Kuitho. Batu Pahat. Pengajian mulai 2002-2006. Bidang kami berbeza. Dalam pada pengasingan tempoh belajar, salah seorang boleh cover hal-hal rumah dan anak-anak.

Kini, kami menyambung secara serentak. Bidang pengajian dalam first degree kami berbeza dengan peringkat master. Sekarang, kami mengambil bidang Pengurusan Pendidikan. di UPSI. Fuuhhh. Jauh beza. Ilmu asas tentang pengajian ini sekadar berteraskan pengalaman bekerja saja. Jenuh juga untuk memahami isi pengajian. Apa-apa pun, perjuangan perlu diteruskan walau apa rintangan yang mendatang.

Di Tanjong Malim, Mem besor ngajor di sekolah gred B. Panorama dan situasi amat berbeza dengan pengalaman di Kluang iaitu di sekolah gred A. Gred A, menuntut pergerakan yang laju dalam menyelesaikan banyak perkara berkaitan hal sekolah. Jika tidak, banyak perkara akan sangkut. Di sekolah kecik, kekadang tu kena-kena pandai cari kerja untuk membuatkan berasa seronok berada di sekolah..

Hari ini, aku, mem besor, Amira dan Amir bergerak ke Proton City. Saja nak bersantai dan berjemur di bawah panahan mentari pagi. Amirul malas nak mengikut. Dia dok seronok melayan rakaman raja lawak di youtube. Jom layan kepalaaaaa....layannnnn. Legaaa!!! Kemana lagi nak pergi di Tanjong Malim ni??? Nak ke lokasi mandi sungai, asyik2 musim hujan dan kompom badan akan letih selepas mandi sungai. hehehhe

Ada cadangan ke Bro DUN & GPI SKSV?


12 Coretan Lain:

sonata anak kancil on 3/29/2009 3:28 PM said...

sekali sekala luangkan masa ngan keluarga, tak salahnya...Buat Pengurusan Pendidikan , sangat baik...sonata pun buat ni gak dulu.

Unknown on 3/29/2009 7:33 PM said...

kerana kita adalah apa yg kita fikirkan....
semuga hari ini lebih baik dari selalunya
sebab
bukan senang nak senang....
he....

echah_syed on 3/29/2009 10:47 PM said...

kalo dua2 org further study..jgn korbankan anak2 udah ler.. :)

aku sentiasa berada dlm situasi ko & mem beso skrg sbb semua kawan2 aku kat sini cikgu n cikgi..

mcm2 kerenah dorang anak beranak semua dlm poket aku..yg suka & yg duka :)

cuma aku jek mokcik cleaner full timer :D

GPI on 3/29/2009 11:32 PM said...

emm.. teman balik 'bandor' sabtu-ahad..
dok kat rmh pun, bukan ada org nak ngajak ngeteh atau berping-pong...
dah nak karat besi net dok dlm keta tu...
huhuhu...

Bro. DUN... bila lagi???

DUN Behrang 2020 on 3/30/2009 8:11 AM said...

Hahaha...teman br je balik sempadan siam...medaiiii...medaiiiii!

Cam perli je...tak tahu nk cakap bila...sejak bos cuti sakit ni..teman "kena ambil alih" mana patut...tu yg penat berganda skit...

Yop...dh try kolam air panas sg kelah...best ooooo! Awex ramai...hahahaha!!!

*SiRibenMerah on 3/30/2009 9:45 AM said...

wahhh.. jenjalan disana.. best.. best..
tapi x update lak citer itu yek.. hurmmmmmm...
I baru masuk opis arineh.. wahhhh.. letihnya nak mengupdate blog yg ditinggal 2 minggu.. dan semestinya kisah permulaan journey itu sungguh menareks...wait for da entry yek.. arini membizi ngan induction..hukhukhuk..

*kem salam mem besor... =P~

azlanlin on 3/31/2009 12:20 AM said...

To sonata:

Harap2 begitulah, ada hikmah di sebalik ini. Yang pasti, saya akan beralih arah daripada mengajar lagi...sedang diusahakan..Insyallah.

azlanlin on 3/31/2009 12:21 AM said...

To Jinggo:

Moga-moga, esok lebih baik daripada hari ini... Insyallah..

azlanlin on 3/31/2009 12:24 AM said...

To Echah:

Insyallah, ingat pesan kawan2. Walaupun berkorban dan terkorban, anak-anak akan didahulukan. Walau bagaimana pun, mereka belajar nilai survive 3 beradik... Kakak ada tanggungjawab terhadap adik2. Adik2 pula akan patuh akan arahan kakaknya.. Alhamdulillah...

Ada cerita yang nak diceritakan tetang dalam poket tu? Meh kita kongsi2kan utk panduan dan teladan.
YM ke azlanlinn[at]yahoo[dot]com

azlanlin on 3/31/2009 12:25 AM said...

To GPI:

Untung le balik bandor drp tak kemana2..hehhe

Besi tu, baru nak berkarat..belum berkarat lagi. Kalu udah berkarat, kita sapu autosolll..hahahha. Lepas minggu depan, kita arrange semula aktiviti memungut bola ping-pong..hehhehe

azlanlin on 3/31/2009 12:26 AM said...

To DUN:

Apa yang dibawa balik utk kengkawan...medaii..medaiii...

Bila nak tolong pungut bola pingpong? Hehehhe

azlanlin on 3/31/2009 12:27 AM said...

To SiRiben:

Cerita tu tak diupdate sbb terlalu ekslusiff...bukan utk paparan.. kan?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template