Mar 5, 2009

Jadikan tabiat...

Bermula Januari dulu, seawal pagi Isnin hingga Jumaat, aku iringi anak-anak dan mem besor hingga ke depan pintu pagar. Mereka meneruskan tugas masing-masing untuk separuh hari. Anak-anak berbasikal ke sekolah. Amir semakin confident menunggang basikal. Amirul tetap cool. Amiral semakin matang tentang tanggungjawab sebagai anak sulung. Dialah tukang 'kejan' adik-adiknya tentang bangun pagi. Mem besor pula berkereta ke sekolah setelah aku siramkan kereta setiap pagi kerana parking di luar pagar rumah.

Sudah dua bulan berlangsung sebegitu. Kekadang ada juga miss tabiat itu apabila aku menjadi "burung hantu" di waktu malam. Aku makin resah dan tidak selesa. Aku bukannya type 'orang tertib'. Aku mengambil tindakan drastik. Perubahan mesti dilakukan. Aku perlukan lonjakan dalam kehidupan seharian. Lonjakan ini membuatkan kita semakin bergerak ke hadapan.

Seingat aku, dalam tempoh dua bulan ini, telah tiga kali aku pergi mengurut badan. Sekali di Sg Behrang. Diperkenalkan oleh DUN Behrang 2020. Dua kali berurut dengan Pak Yob di Hulu Bernam. Diperkenalkan oleh Cikgu Rosli - jiran. (SMKA Slim River). Badan2 jadi sengal kerana tiada aktiviti lasak yang dilakukan. Otak makin beku. Sendi berkeriuk. Nak bersukan untuk aktiviti berpeluh, aku bukannya orang sukan. Kemudahan di UPSI cukup banyak, tetapi tidak mendatangkan daya tarikan langsung untuk aku. Aku hanya suka buat apa yang aku nak buat. Bermain ping pong, tak ada geng. Jika di KSPK-TMK di IPPM 2007 dulu, setiap malam main pingpong dengan rakan-rakan. TokNabe, TokHabib, Mat Kelana, Izwan, Ujang sering jadi lawan dan partner. Di IPPMlah aku berjinak-jinak untuk bermain pingpong. Tak penat nak berlari -lari macam main bola. Badan udah kondem wehhh... Di Tanjong Malim pula, aku tak ramai geng. Aku tak perlu mengharapkan persekitaran menyediakan ruang untuk aku. Sebaliknya, aku yang perlu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang ada. Memang berbeza sungguh antara Tanjong Malim dengan Kluang. Hahahahha.

Isnin lalu, aku mengheret basikal lama (yang penting gear basikalnya berjenama SHIMANO) ke kedai basikal di Jalan Ketoyong. Hampir dua tahun, basikal tu tak berusik walaupun berada di Kluang. Rantai, brek, tayar dan kabel; semuanya diupgrade. Aku tak peduli. Yang penting, aku buat apa yang aku nak buat.

Kini, sudah 3 hari, aku meneruskan rutin mengiringi mem besor dan anak-anak meneruskan aktiviti mereka. Aku juga mula mengiringi anak-anak ke sekolah semasa mereka berbasikal. Aku juga mengayuh bersama mereka. 4 minit sahaja, anak-anak telah sampai ke sekolah mereka. Aku meneruskan perjalanan aku.

Gambar Hiasan

Aku cuba menjadikan tabiat. Berbasikal seawal pagi bersama anak-anak. Aku meneruskan perjalanan. Melalui Jalan Ketoyong hingga ke Masjid Tanjong Malim. Belok ke kiri melintasi UPSI hingga ke simpang empat berlampu isyarat untuk ke Proton City. Di situ, aku membelok menghala ke jalan menuju arah Behrang/Ipoh. Meneruskan kayuhan untuk mencari renek-renek peluh di badan. Biasanya akan berehat seketika apabila tiba di lampu isyarat menghala ke Pekan Tanjong Malim. Lampu hijau, aku meneruskan kayuhan menghala ke Rumah kedai agen jual kereta Nissan. Di situ aku membelok ke kiri menghala ke Taman Pelangi. Hampir 20 minit kayuhan, aku hampir tiba di rumah. Biasanya aku singgah beli kuih "cara" di kedai untuk alas perut. Dalam tempoh itu, ada la sikit bintik-bintik peluh di badan dan dahi. Ok la juga. Aku nak ngelakkan badan aku jadi lemau dan tak bersemangat.

11 Coretan Lain:

DUN Behrang 2020 on 3/05/2009 8:41 AM said...

La...suka main pingpong ke bro...permainan teman dulu2 tu masa zaman belum sibuk...lg satu nk cari member2 kenal je sbb kang main ngan yg terrer2 sian dorang boring lak...kalo member2 ni...dorang tensen main ngan aku ke...mesti cari aku gak...asal kluo peluh...member nye pasal kan...kalo member dah tinggalkan member...tu bukan member beb!

azlanlin on 3/05/2009 9:27 AM said...

To DUN:

Bila nak start main pingpong bro? Dah gian nih..hehehheh. Asal keluar peluh jer, skill taruk tepi sebab skill malu nak lekat kat tangan aku. Hehehhehe... Sendiri mau ingat la...

GPI on 3/05/2009 10:00 AM said...

Bermain ping pong, tak ada geng?

NI dia geng dah jumpa... ada berani? cari meja.. set tempat! kita main puas2.. DUN.. jom join!

Mak Su on 3/05/2009 10:39 AM said...

saya nak beli beskal bodohlah, nak jadikan tabiat, bersenam dlm bilik :)

ok tak ek?

DUN Behrang 2020 on 3/05/2009 11:00 AM said...

Wah...tak sangka ramai ahli kelab rupanya...cantekkkk!!! Berani je GPI...asyik kutip bola pingpong pun kira dh kluo peluh tuuuu...

Beskal bodoh bersenam dlm bilik? Agak2 ok tak idea ni brader lan?

azlanlin on 3/05/2009 12:49 PM said...

To GPI :

Aku dah riki kat gimnasium UPSI. Ada table kosong. Ko tlg dptkan net dan kaki besinya tu. Bola, DUN tlg sediakan 4 biji (yang baik punya laaa...hehehe). Nanti kita ngeteh bertiga utk setting masa yang sesuai. Ambil 2 hari seminggu pun dah kira orait tu..

>> Boleh gak aku belajor skill pingpong drp korang. Hehehheh

Amacam? ada berani ka bro?

azlanlin on 3/05/2009 12:51 PM said...

To MakSu:

Boleh ajer...sbb beskal bodoh tu tak reti marahkan bila kita berhenti sebab penat. Hahahah..kan MakSu. Beli, jangan tak beli...

azlanlin on 3/05/2009 12:58 PM said...

To DUN 2:

Kalu cakap ramai je, xde maknanya..kalu x berani nak turun gelanggang bro... hahahha. Sediakan bola 4 bijik dan bat/paddle/racket memasing la..

Ok ka bro? Jom ngeteh ptg ni jam 6 petang d Rstoran mamak 24 jam setentang ngan kuil kat simpang 4 tu... ada berani ka?

azlanlin on 3/05/2009 1:01 PM said...

To DUN 2:

Beskal bodoh bersenam dlm bilik? Agak2 ok tak idea ni brader lan?

Memang ok gak tu.. sbb beskal bodoh tu x reti nak marahkan kita berenti kayuh bila penat. kan?

Tetapi kena ingat jugak, "orang" kat dalam bilik tu yg buat2 bodoh tengok kita kayuh beskal bodoh. Heheheh. Jangan le kita asyik layan kayuh beskal bodoh tu jer... terlupa kayuh "orang" yang buat2 bodoh nengok kita kayuh beskal bodoh.. Hehehhe Ada makna tu!!! Hahahah

TokNabe on 3/06/2009 10:50 PM said...

..........jadikan tabiat bagus, cuma jangan BUANG TABIAT.

Rozita bt. Paiman on 3/07/2009 1:29 AM said...

To TokNabe:

....betul..betul.betul..jangan BUANG TABIAT..

Yang herannya, banyak tabiat-tabiat yang tak pernah dibuat...syiok pula bila dibuat.

Kalu camtu dikatakan AMBIK TABIAT ke BUANG TABIAT?

Peninggg Tokkkk...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template