Mar 8, 2009

Ada kita miliki 8 karektor?

Artikel ini amat menarik perhatian aku. Tersenyum aku sendirian apabila membacanya. Akukah yang memiliki 8 karektor sebegitu rupa? Hahahaha. Jauh panggang dari api.... Mari kita hayati dan perbaiki untuk menambah "gam" dalam hubungan antara lelaki dan wanita...

********************************************************

Apa yang disukai seorang wanita daripada lelaki? Persoalan ini mungkin pernah hinggap di minda segelintir kaum Adam yang sehingga kini masih sendirian. Kesukaran memenangi hati wanita membuatkan mereka menganggap golongan ini adalah individu yang cerewet dan sukar difahami. Lebih membuatkan mereka sakit hati sekali gus menerbitkan perasaan rendah diri adalah apabila cinta ditolak semata-mata disebabkan faktor paras rupa.

Tidak dinafikan, wajah yang kacak dan tampan adalah antara kriteria yang mampu membuat hati wanita cair. Pun begitu, bukan semua wanita memiliki pendirian sedemikian dalam memilih pasangan. Apa yang pasti, sebagai lelaki anda sebenarnya masih mampu menambat hati mereka dengan kriteria seperti berikut:

Berapa karektor yang kita ada?

Percaya Diri Sendiri

Lelaki yang memiliki sifat percaya pada diri sendiri yang tinggi biasanya akan memandang wanita tanpa rasa ragu. Sikap yang ditunjukkan ini akan membuatkan wanita yang memandang anda berasa yakin. Adalah satu bonus buat seorang lelaki sekiranya anda memiliki kemahiran atau kelebihan seperti tangkas bermain badminton, bola sepak, futsal atau permainan lain.

Lucu

Biasakan diri anda untuk tidak menjadi orang yang terlalu serius. Ini kerana kebanyakan wanita tidak begitu selesa berdampingan dengan lelaki yang serius. Sebaiknya, berusahalah untuk menjadi teman lelaki yang berupaya mengambil hati sekali gus menghiburkan mereka dengan cerita-cerita lucu terutama di saat mereka sedang berduka. Sekiranya, anda tidak memiliki bakat humor, memadailah sekiranya anda mampu menjadi pendengar setia tetapi dalam waktu yang sama cubalah wujudkan suasana komunikasi yang menarik. Pastinya, mereka akan berasa selesa dan menganggap anda amat istimewa buat mereka.

Romantis

Ini adalah antara kriteria penting yang perlu dimiliki oleh seorang lelaki. Pada dasarnya wanita sememangnya begitu mendambakan teman lelaki yang romantis. Bagaimanapun, harus diingat romantis yang dimaksudkan bukan menjurus kepada hawa nafsu tetapi tertumpu kepada sikap positif seperti pandai mengambil hati, penyayang dan mengambil berat. Apa yang pasti, bahagia bersulam bangga terbit dalam hati wanita sekiranya teman lelakinya memiliki sifat-sifat tersebut.

Bijak

Sejujurnya wanita sememangnya suka kepada lelaki yang bijak. Apatah lagi sekiranya lelaki tersebut berkedudukan dan berjawatan tinggi. Dalam situasi ini, bukan harta atau pangkat yang menjadi ukuran, tetapi lelaki yang bijak bisa menawan wanita kerana mereka beranggapan lelaki seperti ini punya daya kepimpinan, berkarisma dan luas pengetahuan. Malahan, rupa paras juga bukan menjadi keutamaan pada mereka.

Penyayang Dan Suka Kanak-kanak

Tidak semua lelaki memiliki sifat ini. Sekiranya, anda memiliki sifat tersebut, anda dikira amat bertuah. Ini kerana, wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang memiliki karakter semula jadi sedemikian. Bagi mereka, anda adalah jejaka sesuai dan layak dijadikan pasangan hidup kerana mampu menjadi suami dan bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.

Fashionable

Istilah kecantikan kini bukan lagi hanya sinonim pada wanita. Seiring dengan peredaran masa, kaum lelaki kini juga sudah mula menitikberatkan aspek kecantikan, kebersihan, stylish dan fashionable. Ingat, jangan sekali-kali meremehkan cara penampilan kerana ia mencerminkan sifat dan keperibadian anda. Menyentuh mengenai cara penampilan, anda tidak perlu berbelanja besar untuk membeli pakaian baru setiap kali bertemunya. Apa yang penting, pakaian yang dikenakan mestilah bersih, kemas dan berbau harum.

Jangan Sombong

Meskipun anda kaya dan memiliki pakej lengkap yang menarik dari segi fizikal, namun ia bukanlah tiket mudah untuk anda menakluk hati wanita idaman sekiranya sombong. Sikap negtif ini bukan sahaja mengundang perasaan benci tetapi tiada siapa yang ingin berdampingan dengan anda. Jadilah seorang lelaki yang sederhana, rendah diri dan bijak bergaul. Anda bukan sahaja disukai malahan dihormati dan disayangi oleh orang lain.

Tenang

Berusahalah untuk kelihatan tenang di hadapan si dia biarpun ketika itu anda sedang berhadapan dengan situasi genting. Awas, jangan sekali-kali mempamerkan ekspresi wajah yang gugup atau takut di hadapan mereka. Keadaan ini akan memperlihatkan kelemahan anda sekali gus membunuh rasa bangga dan kagum mereka pada anda.

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template