Mar 7, 2009

Akurkah kita akan kuasa mereka?

Dalam pada aku merayau-rayau setiap ceruk mencari bahan bacaan aku berkaitan kepimpinan wanita dalam sesebuah organisasi, mata aku terpaku tentang artikel Kuasa Wanita dalam laman ini. Aku akur akan hakikat akan kuasa pujukan wanita. Namun, ada beberapa perkara yang lain yang harus dititikberatkan tentang kuasa mereka ini. Apa-apapun, baca dulu artikel tersebut.

*****************************************

KUASA PUJUKAN WANITA
Kehebatan wanita dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada wanita yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

Apakah ilusi kita?

KUASA KEJELITAAN WANITA
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN WANITA
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari wanita yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA WANITA
Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: “Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Orang bertanya:”Kenapa ya Rasulllah ?” Jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

KUASA TAQWA WANITA
Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan wanita untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: “Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”

***************************
Jika kita lihat pada artikel ini yang yang aku warnakan hijau, pasti kita memahaminya. Itulah KUASA mereka. Ketaqwaan dan keimanan serta kehalusan jiwa dan budi mereka mampu meruntun naluri lelaki. Kekuasaan mereka jelas pada gaya komunikasi sama ada lisan dan bukan lisan yang ada pada mereka dalam semua aspek kehidupan. Segalanya bermula dengan komunikasi... percayalah.

Semakin lembut tutur kata mereka, makin cairlah hati lelaki. Akurkah kita akan kuasa mereka? Oleh itu, akuilah bahawa wanita mampu menjadi PENYOKONG LELAKI. Lantaran itu, lelaki harus berhati-hati dengan kuasa penyokong mereka iaitu sebagai penyokong MELONJAK ke hadapan atau penyokong membawa REBAH. Klu utama untuk membuat sedikit PENILAIAN akan kuasa mereka ini, lihatlah pada tutur bicara mereka sama ada berbentuk positif atau negatif DALAM APA JUA HAL DAN KEADAAN. Tepuk DADA tanya SELERA. Ketuk KEPALA tanya MINDA. Kita ada KUASA PENILAIAN dalam PEMILIHAN itu......

" Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. "


Apa kata anda?

4 Coretan Lain:

Miss Jaz on 3/07/2009 2:50 PM said...

alhamdulillah jue dijadikan seorang perempuan..he..he...he..senang nak cairkan lelaki..he..he..lawak jer....

HBM Consultant on 3/07/2009 4:12 PM said...

Kuasa ini juga sering menjadikan wanita 'lupa diri' dan seringkali juga menyebabkan wanita berasa 'tidak dihargai'... hanya wanita sahaja yang faham apa yang saya maksudkan... hehehee

azlanlin on 3/07/2009 4:14 PM said...

To Miss Jazz:

Benar sekali. Setiap ciptaan, ada kelebihannya. Hargai kelebihan yang ada dijalan yang diredhaiNya.. Insyallah...

azlanlin on 3/07/2009 4:21 PM said...

To Marni:

Apa-apa pun hargai KUASA yang ada. Bagaimana kita manfaatkan 'kuasa' yang ada... itu yang paling penting, kan?

"Lupa diri" berlaku apabila kita terlalu 'taksub' dengan kuasa yang ada tetapi disalahgunakan.

"Tidak dihargai" pula berlaku apabila orang yang menerima KUASA itu kurang bijak berkomunikasi untuk menghargai apa yang diterimanya...

Situasi ini masih boleh dibaiki dengan meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara keduanya iaitu pemberi KUASA dan penerima KUASA.. tak gitu Marni?

Ada pandangan lain?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template