Mar 26, 2009

Kemenangan yang tergadai?

Kemelut pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO telah berakhir. Desas-desus dengan pelbagai cerita telah dipaparkan dalam media bentuk baru (internet). Ada yang memuji, ada yang mengutuk, ada yang tak berpuas hati, ada yang bersorak-sorai dengan keputusan muktamat. Perbezaan pendapat dalam menerima keputusan ini bergantung kepada kelompok-kelompok tertentu atau kem-kem tertentu. Khairi Jamaludin (KJ) telah dinobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru menggantikan Datuk Hishamudin Hussin.

KJ dipertikai untuk jawatan itu kerana beliau melalui pelbagai ranjau dan duri serta polemik-polemik tertentu dalam dunia politik. Kekuatan mentalnya untuk mengharungi arus rencam dalam gelombang politik UMNO telah membuktikan bahawa jawatan itu miliknya. Kepertikaian hanya wujud 'cara' mendapatkannya.

Rasionalnya, rasuah dalam politik adalah terlalu abstark untuk ditafsirkan. Ia terdapat pelbagai tafsiran mengikut acuan pemikiran masing-masing. Mana mungkin tanpa keluar satu sen pun untuk mendapatkan sebarang jawatan dalam mana-mana parti sekali pun. Tak kira sama ada UMNO, PAS, PKR, DAP atau lain-lain. Hanya masyarakat yang syumul sahaja akan memandang pelik akan isu itu.

Pencapaian KJ dalam arena politik adalah agak cepat. Dalam dunia sekarang, cepat atau lambat untuk mencapai sesuatu bergantung kepada strategi masing-masing. Kelompok yang gagal mendapatkan jawatan akan mengatakan bahawa KJ adalah terlalu muda (33 tahun) untuk jawatan itu. Baru setahun jagung. Itulah perbezaan pendapat masing-masing. Bagi aku, tua atau muda, hanya bergantung kepada kecilikan dan kebijaksanaan seseorang dalam menyusun atur strategi untuk mendapatkan sesuatu.



Ada juga yang berpendapat mempertikaikan kemenangan KJ dengan 304 undi daripada perwakilan. Kemenangan ini HANYA segelintir kecil daripada 3.2 juta ahli. Namun, HAKIKATNYA kuasa yang ada pada 800 perwakilan Pemuda UMNO begitu 'menjahanamkan', apabila disalahgunakan. Itu adalah HAKIKATnya dalam pemilihan UMNO atau mana-mana parti politik. Maka kuasa perwakilan yang hadir perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Jika dilihat perbezaan antara KJ, Khir Toyo dan Mukhriz, terlalu jauh dan amat ketara dalam mendekati golongan muda di negara ini. Dari kaca mata 'orang berumur', rentak tari dan personaliti KJ memang menjelikkan. Beliau sangat lantang, petak berpidato, idea-idea diluarjangka, bergerak pantas dan laju dalam melaksanakan sesuatu, membujur lalu, melintang patah! Ini berbeza dengan Khir Toyo dan Mukhriz seperti yang sedia maklum terhadap rentak kerja dan komunikasi mereka. Seolah-olah playsave dan lesu.

KJ menjadi Ketua Pemuda UMNO dijangkakan mampu menjadi sayap UMNO yang mantap. Beliau mampu menarik kembali golongan muda dalam membentuk satu generasi yang berhala tuju demi negara tercinta. Malahan, kepentingan melayu akan terbela dengan kelantangan beliau. pastinya, parti pembangkang akan mula berfikir dalam 'menyebut' sesuatu sekiranya ianya menggugat kepentingan Melayu.

Kini, hakikat tetap hakikat. Masa akan terus berjalan. rakyat akan terus perhatikan gerak kerja KJ dalam menerajui Pemuda UMNO. Yang besar tak semestinya bapak, yang kecil tak semestinya anak!!!.




2 Coretan Lain:

Unknown on 3/26/2009 11:19 PM said...

dalam satu pilihanraya kecil... khiri pernah.....

kalau kita tak lawan, diorang (pembangkang) kata kita (pemuda UMNO) pondan... bila kita lawan, diorang, kita kurang ajar...

kawe kata... khairi perlu jadi ketua pemuda, supaya pkr and the gang fikir 2 kali nak baling batu masa pilihanraya kecil di dua bukit nanti.... sekurang2nya.. seronok la sikit... hang pandai 'baling'... aku pun tau cam mana nak 'baling'

GPI on 3/27/2009 5:38 AM said...

Kawe pula dok pikir2.. kalau lah ada rombakan kabinet sedikit masa lg.. adalah KJ akan mengisi jwtn Menteri Pelajaran?
(yg selalunya diisi oleh Ketua Pemuda..)

Emm... Menteri Belia dan Sukan mungkin sesuai baginya...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template