Mar 2, 2009

Hidup perlu berkongsi...

Aku tertarikh dengan entri Tirana untuk hari ini. Cukup menarik dan mendalam maknanya. Pelbagai sudut boleh dilihat dan diperhatikan. Maka aku copy dan pastekan di blog ini. Demi menyampaikan ilmu takpa kan Tirana?

Tersebut kisah seorang peladang tua yang bekerja sebagai penanam jagung yang sangat berjaya. Setiap tahun dia akan menghantar hasil jagungnya yang terbaik untuk menyertai pertandingan jangung di daerahnya dan sering berjaya memenangi hadiah utama..

Gambar Hiasan

Di dalam salah satu pertandingan seorang wartawan telah menemuramah beliau dan Berjaya menemui sesuatu yang menarik mengenai tanaman jagungnya. Wartawan tersebut mendapati peladang tersebut berkongsi benih jagung terbaiknya dengan jiran-jiran pelandang yang lain.

“Bagaimana anda sanggup berkongsi benih jagung yang terbaik dengan jiran-jiran anda, sedangkan setiap tahun mereka bertanding merebut hadiah dengan anda?”” tanya wartawan tersebut.

Gambar Hiasan

“Kenapa tidak,” kata peladang tersebut, “tidak kah awak tahu? Angin menerbangkan debunga dari jangung yang masak dan memindahkan dari satu ladang ke sebuah ladang yang lain. Andai kata ladang jiran saya menanam jagung yang rendah kualiti, maka proses pendebungan serantau akan merendahkan kualiti jagung saya. Maka sudah tentu kalau saya ingin mendapat jagung yang baik, saya mesti menolong jiran saya menjadi penanam jagung yang baik.

Hakikatnya ternyata beliau sangat memahami hidup sebenarnya saling berhubungan dan berkaitan. Jangungnya tidak dapat menjadi bertambah baik melainkan jagung jirannya juga bertambah baik.

Di dalam satu dimensi lain. Mereka yang inginkan kedamaian di dalam hidup juga mesti menolong jiran mereka hidup aman damai. Mereka yang memilih untuk hidup dengan baik, mesti juga menolong orang lain hidup dengan baik, kerana nilai kehidupan diukur dengan kehidupan orang lain yang telah berjaya kita pengaruhi...Begitu juga dengan mereka yang memilih untuk hidup gembira, mestilah juga berusaha untuk membuat orang lain hidup gembira, kerana kebajikan hidup seseorang berhubung kait dengan kebajikan hidup semua orang.

Moralnya ialah jika kita ingin menjalani kehidupan yang baik, kita wajib menolong orang lain di sekeliling kita menjalani kehidupan yang baik...

8 Coretan Lain:

Mak Su on 3/02/2009 3:37 PM said...

mcm itu orang yang berwawasan kan, tak pentingkan diri sendiri. tapi bijaksana.

Unknown on 3/02/2009 4:54 PM said...

menarik - amat menarik N3 ni - semuga kita tahu yang kita memang mahluk sosial - saling bergantungan...

DUN Behrang 2020 on 3/03/2009 9:33 AM said...

Mantopsss! Orang yg cemerlang dlm hidup akan sentiasa berfikir dgn cemerlang untuk terus hidup...

HBM Consultant on 3/03/2009 10:05 AM said...

Doakanlah semoga semua orang Melayu mempunyai sikap sebegini... bukan dengki pi racun pula kebun jagung orang lain (macam yang terjadi pada jiran saya) huhu...

azlanlin on 3/04/2009 1:34 AM said...

To MakSu:

Memang benar dan ada kebenarannya untuk hidup dalam keadaan yang sebegitu...tetapi berapa ramai yang mampu sebegitu? Biasanya kita lebih selesa apabila kita mendapat lebih daripada orang lain... x gitu?

azlanlin on 3/04/2009 1:35 AM said...

To Jinggo:

Benar sama sekali Mr Jinggo bahawa kita saling bergantungan... tetapi berapa ramai yang mampu membuka ruang untuk bergantungan?

azlanlin on 3/04/2009 1:38 AM said...

To DUN:

Memang ramai yang inginkan kecemerlangan dalam hidup...tetapi berapa ramai pula yang sanggup menyediakan ruang untuk melihat orang lain cemerlang... kerana ramai yang akan berfikir, biarlah aku cemerlang dulu..barulah korang ikut...kan? Yang penting aku cemerlang dulu... tak gitu Mr. DUN?

azlanlin on 3/04/2009 1:39 AM said...

To Marni:

Moga-moga harapan adalah sebegitu, tetapi masih ramai yang melakukan seperti Marni maklumkan...pi bubuh racun kat ladang sebelah..kan? Itulah kita di kalangan kita..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template